Quantcast
Channel: Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)
Viewing all 317 articles
Browse latest View live

Acara ke-22 HIKMAH di ISTAC - Menyelami irama asyik Andalusia bagi menongkah arus zaman

$
0
0

Salam awal pagi Jumaat 10 Januari, Jumaat ke-2 bagi tahun 2020. Adapun kali terakhir  blogspot ini dikemaskinikan adalah ketika membuat artikel ke-373 iaitu Mawlid Agung Alam Melayu 2019 - Satu kerjasama yang mengangkat martabat majlis hampir 2 bulan lalu. Kali terakhir pula bercakap tentang apa-apa acara HIKMAH adalah ketika mempersembahkan artikel kompilasi Acara kedua puluh satu HIKMAH di Kompleks Makam Sultan Malikus Saleh membawa ke Muzium MAPESA/Pedir, Aceh 1-3 September 2019 hampir sebulan sebelum itu. Sekarang biarlah blogspot ini dikemaskinikan dengan rancangan acara terbaru. Ia telah diperkatakan beberapa kali di Facebook tetapi belum pernah lagi disebut di blogspot HIKMAH.



Pada 22 Oktober 2019 hampir 3 bulan lalu saya telah meletakkan gambar ini berserta teks berikut :-


MENGAMBIL IKTIBAR DARIPADA TAMADUN MELAYU ISLAM LAMA - ACARA KE-22 HIKMAH DI ISTAC 22 FEBRUARI 2020

Salam petang Selasa 22 Oktober 2019. Ini adalah tarikh yang baik untuk mengumumkan sesuatu. Sebelum itu biar dikongsikan cerita berkenaan.

Sejak kembali daripada perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos - 4 September 2019 di mana diadakan acara ke-21 HIKMAH 1-3 September saya dan isteri selalu ditanya bilakah akan diadakan acara HIKMAH seterusnya di Malaysia? Ramai berharap kami akan mengadakan sekurang-kurangnya satu majlis sebelum tamat tahun 2019. Tapi saya tak berani berjanji kerana penulisan tesis saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) pun dah 6 bulan tak sentuh. Sekarang saya sedang berusaha untuk mendapatkan kembali rentak...

Baru ini perkara dibincangkan lagi apabila sahabat saya Ustaz Mujiburrizal dari Aceh datang bertandang ke rumah. Isteri pun mencadangkan tarikh 22 Februari 2020 dan ia jatuh pada hari Sabtu. Tarikh dah memang cantik, kena pula dengan kenyataan bahawa ia adalah acara ke-22 HIKMAH. Dan saya pun ada ruang masa untuk menyiapkan tesis insyaallah lalu bersetuju.

Mujib seterusnya memberitahu dalam tempoh waktu sekitar itu ada beberapa orang aktivis daripada MAPESA (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh) mahu datang ke Malaysia. Kalau begitu bolehlah dilibatkan mereka kerana begitu aktif dalam kerja-kerja menyelamatkan tapak-tapak bersejarah di Aceh. Bila disemak ternyata mereka datang itu pada 22 Februari, cuma sampai lewat petang. Oleh itu biar acara dipanjangkan hingga Ahad 23 Februari supaya mereka dapat bersama.

Hal ini kemudian dibincangkan bersama sahabat saya Tengku Ahmad Ridhaudin sebagai presiden Persatuan Pelajar ISTAC. Tadi saya mendapat berita baik bahawa tarikh 22-23 Februari itu secara prinsipnya telah dipersetujui ISTAC lalu saya harus bersedia dengan kertas kerja bagi majlis. Dengan itu diumumkan bahawa insyaallah acara ke-22 HIKMAH akan diadakan di ISTAC Sabtu-Ahad 22-23 Februari 2020. Saya umumkan ini supaya semua kawan-kawan HIKMAH dapat bersedia meraikannya sambil saya dan beberapa yang terlibat secara langsung menyediakan kertas kerja.

Tema majlis kali ini adalah "Mengambil Iktibar Daripada Tamadun Melayu Islam Lama". Dijangka 6 pembentangan ilmu akan dibuat pada hari Sabtu, 6 lagi hari Ahad. Ada dalam bahasa Melayu, ada dalam bahasa Inggeris kerana memikirkan terdapat khalayak antarabangsa akan mengikuti majlis terutama para pelajar ISTAC juga daripada UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) sebagai badan yang menaungi ISTAC. Seperti biasa pada majlis-majlis HIKMAH kami meraikan penglibatan kawan-kawan aktivis busana tradisional Melayu juga daripada dunia persilatan. Insyaallah. Bersedia untuk menjayakannya bersama ya.




Kurang sebulan kemudian iaitu pada 16 November 2019 diletakkan pula gambar ini di FB berserta teks berikut :-


CARRY ON FORWARD 22nd HIKMAH 22.02.2020

Alhamdulillah. Sukacita dimaklumkan bahawa kertas kerja untuk melaksanakan acara ke-22 HIKMAH di ISTAC pada hari Sabtu dan Ahad 22-23 Februari 2020 sudah siap petang tadi lalu disampaikan kepada pihak yang berkenaan untuk dipanjangkan kepada pentadbiran dan pengurusan ISTAC. Cadangan untuk mengadakan acara pada tarikh tersebut sebenarnya telah dipersetujui secara prinsip dan lisan sekitar 25 hari lalu. Kertas kerja diperlukan untuk mengukuhkan cadangan dan memastikan kelangsungan majlis. Semoga ini menjadi berita gembira buat para penyokong HIKMAH. Bersedia...




Pada 30 Disember 2019 iaitu kurang 2 minggu lalu saya meletakkan gambar ini di FB. Ia adalah daripada acara pembuka HIKMAH bagi tahun 2013 - Rujuk Acara ketiga HIKMAH di Marina Hall, Lumut 27 Jan 2013. Ketika itu perkembangan terbaru tentang rancangan untuk mengadakan acara disampaikan dalam nada kurang enak. Ini disebabkan hal-hal tertentu...


BERSEDIAKAH UNTUK BERSAMA MENJAYAKAN ACARA KE-22 HIKMAH?

Salam kawan-kawan HIKMAH. Tinggal 2 hari lagi kita akan masuk tahun baru 2020. Sudi atau bersediakah untuk bersama menjayakan acara ke-22 HIKMAH yang dirancang mahu diadakan di ISTAC pada hari Sabtu dan Ahad 22-23 Februari 2020? Sila berikan maklum balas. Lebih baik lagi nyatakan kesediaan untuk menolong dalam bahagian apa.

Sesungguhnya saya sedang dilanda rasa kelemasan akibat banyak kerja tak siap sedangkan diri ini amat kepenatan dan kurang sihat. Takut tak menang tangan kena uruskan segala macam perkara secara berseorangan sedangkan saya tidak mendapat walau sedikit untung pun kecuali memenuhi rasa tanggungjawab atas harapan orang. Malah seringkali terjadi saya pula difitnah mengadakan acara untuk mendapatkan wang melalui saluran-saluran tertentu juga kerana berhajat untuk mengangkat diri malah menuntut takhta. Kalau terlalu berat sedangkan tiada komitmen orang lain menyokong ada eloknya jika dibatalkan sahaja rancangan.




-----------


Tidak dinyatakan ketika itu kenapa begitu nada saya. Sekarang biarlah diluahkan ia secara point form...


1. Saya masih menghadapi masalah untuk mendapatkan rentak dan rasa dalam penulisan tesis. Berdasarkan keadaan ini mustahil ia dapat disiapkan sebelum acara dirancang berlangsung pada 22 Februari

2. Ketika itu saya masih dalam kepenatan setelah membuat perjalanan kembara ke Krabi dan selatan Thailand 16-26 Disember. Ia asalnya dimulakan dengan memandu kereta sendiri tetapi ia rosak di tepi lebuh raya dekat Gua Tempurung lalu ditinggalkan di Ipoh untuk kerja membaik pulih. Perjalanan yang dibuat bersama isteri dan 4 orang anak disambung secara backpackers. Kembali ke tanah air dapat tahu kereta belum siap malah tiada tanda ia dapat siap diperbaiki dalam waktu terdekat. Belum lagi cerita mengenai belanja ribuan RM yang diperlukan...

3.  Rasa tak selesai dua hal tadi ditambah pula tidak mendapat jawaban daripada satu pihak di Aceh yang kami harapkan dapat membentang pada acara. Sedangkan mereka telah ditanya melalui seorang sahabat kami warga sana sejak bulan Oktober. Maka teringatlah bahawa pada awal bulan Disember ada orang memberitahu ada berlegar desas desus dalam kalangan para pengkaji muda sejarah di tanah air bahawa saya sibuk menghimpit pihak di Aceh itu untuk menumpang populariti mereka. Walhal pihak tersebut mula mendapat nama dalam kalangan pengkaji Malaysia diikuti antarabangsa disebabkan usaha HIKMAH membawa mereka ke majlis terawal kami hampir penghujung tahun 2012. Lihat Acara pertama HIKMAH di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012 diikuti Acara kedua HIKMAH di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 Nov 2012.

Adapun tujuan kami mahu melibatkan mereka dalam acara terbaru adalah untuk mengangkat ke persada yang lebih tinggi. Sebagai seorang berdarah keturunan Aceh dan sayangkan bumi asal usul nenek moyang sendiri saya mahu supaya kajian mereka mendapat faedah dibentangkan di ISTAC yang merupakan salah satu institusi pengajian Islam tersohor DI DUNIA. Tapi bila kedengaran rupa-rupanya ada pihak mendakwa dan menjaja cerita kami ada kepentingan sendiri apa patut saya rasa? Salahkah jika timbul bisikan hati mengatakan mungkin disebabkan inilah pihak tersebut tidak menjawab undangan kami?

4. Semua ini berlaku dalam keadaan FB saya sudah bertahun terganggu. Nama sahaja ada 5,000 friends atau kawan dan lebih 6,400 yang mengikuti atau following. Tetapi sejak  sekian lama cuma sedikit sahaja memberikan maklum balas terhadap updates atau pengemaskinian cerita/maklumat. Nampaknya reach atau capaian saya telah dihadkan secara drastik. Terasa ada pihak tertentu yang pandai dunia IT telah membuat ini - memang akaun FB saya pernah beberapa kali diganggugugat.

Awal bulan Disember seorang anak muda peminat sejarah yang sudah lama tidak ditemui bertanya kenapa dah lama tak nampak update saya di FB? Apakah sedang memencilkan diri?  Rupa-rupanya sudah lama update saya tidak keluar dalam newsfeednya. Nampaknya begitu juga halnya pada newsfeed kawan-kawan dan kenalan lain. Sebab itu kurang dapat maklum balas .

Dalam keadaan begini bagaimana hendak menggerakkan apa-apa acara HIKMAH seperti dahulu? Sedangkan boleh kata 90% usaha menjayakan acara digerakkan melalui FB. Yang pasti memang ada pihak mahukan ia malah apa-apa usaha saya gagal. Dan memang ada pihak-pihak tertentu mahu nama saya sebagai penulis dan pengkaji sejarah jatuh kalau tidak pun hilang langsung daripada pengetahuan umum.




Masuk tahun baru 2020 saya telah membuat azam agar tidak mengendahkan lagi perkara-perkara negatif seperti itu. Pada petang Jumaat 3 Januari berjumpa dengan penyelia  tesis saya, Sheikhul Quliyyah ISTAC, Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar untuk membincangkan perkembangan. Tengok-tengok alhamdulillah beliau memahami keadaan lalu saya hilang rasa tertekan. Pada awal pagi Selasa 7 Januari iaitu 3 hari tiba-tiba timbul pula rasa untuk meletakkan gambar atas dengan teks berikut di FB...


HIKMAH ISTAC 2020 : SALAM FAKIR ANDALUSIA

Subhanallah. Baru terbetik dalam fikiran tadi. Tajuk dan tema seperti di atas untuk acara ke-22 HIKMAH yang dirancang mahu diadakan di ISTAC pagi hingga petang Sabtu 22 Februari 2020. Amacam? Sila berikan maklum balas.


--------------


Walaupun setakat ini ia menerima cuma 4 komen atau maklum balas saya tetap merasa gembira.  Seorang sahabat seperjuangan dalam dunia persilatan dan kedaulatan Melayu yang ditemui petang semalam ditunjukkan posting berkenaan dalam telefon bimbit saya lalu bertanya kenapa ia tidak muncul dalam wall atau newsfeed FB beliau? Jawab saya sudah lama reach terganggu atau diganggu. Beliau pun meminta agar dipanjangkan ke WhatsApp. Sekarang baru boleh dikongsikan perkembangan terbaru tentang acara...



Merujuk pada artikel Zhenghe dan situasi Islam di China masa kini yang dipersembahkan di blogspot CATATAN SI MERAH SILU jam 2.59 pagi tadi. Ada disebut bahawa saya menghadiri acara berkenaan di ISTAC petang semalam supaya dapat bertemu dengan dua orang rakan aktivis dalam dunia persilatan dan kedaulatan Melayu selepas majlis. Ini adalah untuk membincangkan penganjuran acara ke-22 HIKMAH di ISTAC.

Sekarang biarlah diberitahu. Seorang adalah Tengku Ahmad Ridhaudin, orang yang bertanggungjawab menjayakan satu acara besar keris yang buat julungkalinya diadakan Istana Negara lama tahun lepas. Lihat Seloka 1000 Keris - Satu majlis baru yang layak dijadikan acara tahunan negara. Seperti saya beliau juga ada pelajar pasca-siswazah di ISTAC. Sebagai presiden persatuan pelajar (ISTACSS - ISTAC Student Society) beliau dipertanggungjawabkan untuk mendapatkan kelulusan dan apa-apa bantuan yang boleh bagi menjayakan acara. Sambil itu ia juga boleh menjadi antara acara awal dianjurkan ISTACSS buat tahun 2020.

Seorang lagi adalah saudara Roslim Abu atau Cikgu Roslim. Beliau yang dahulu memegang jawatan Timbalan Yang Dipertua DSSM (Dunia Seni Silat Melayu) Selangor baru-baru ini telah dilantik menjadi Presiden DSSM Malaysia. Penglibatan DSSM Selangor untuk memeriahkan acara telah kami bincangkan sejak pertengahan tahun lepas lagi. Ini kerana kami sudah mengenali sejak sekian lama dan DSSM Selangor pernah secara langsung terlibat menjayakan satu acara HIKMAH hampir penghujung tahun 2016. Lihat Acara kelapan belas HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016.

Kali ini acara boleh dibuat atas nama DSSM Malaysia atau DSSM pusat yang menaungi negeri-negeri. Dengan itu mereka juga boleh menjadi penganjur bersama HIKMAH. Setelah dibincangkan beberapa hal logistik seperti penggunaan ruang, pengisian pembentangan dan atur cara, memberi orang makan dan sebagainya maka diputuskanlah begini :-


1. Acara dilaksanakan selama 1 hari sahaja iaitu pada pagi hingga petang Sabtu 22 Februari 2020, bukan 2 hari iaitu 22-23 Februari.

2. Secara tentatifnya kami bersedia untuk kehadiran 100 orang sahaja masuk ke dalam ruang pembentangan ilmu walaupun mungkin akan muncul lebih ramai. Untuk jumlah ini insyaallah sudah sedia ada peruntukan makan.

3. Selain daripada itu adalah hadirin yang mungkin tidak begitu minat bab-bab akademik lalu kemungkinan besar tidak akan masuk ke dalam ruang yang diperuntukkan. Tetapi mereka boleh memeriahkan komponen budaya berupa pertunjukan silat, main gendang, memanah dan sebagainya di dataran luar bangunan.

4. Diberikan tapak perniagaan percuma seperti biasa dilakukan pada mana-mana acara HIKMAH. Kecuali ISTAC sendiri nanti menetapkan bayaran.


Difahamkan peruntukan untuk menampung makan minum bagi lebih orang juga ruang lebih besar boleh disediakan ISTAC jika memenuhi syarat.  Ini memerlukan komitmen 200 orang ke atas mengikuti pembentangan dalam dewan (tak campur mereka yang lebih suka berada di luar) supaya ruangan yang luas disertai penggunaan penghawa dingin dan sebagainya tidak sia-sia. Kalau tidak lebih baik disewakan kepada pihak lain yang sanggup membayar ribuan Ringgit setengah hari. Buat masa ini begitulah yang boleh dinyatakan kepada umum.

Oh, untuk pembentangan akan diadakan 6 slot sepanjang setengah setiap satu terbahagi kepada 2 sesi iaitu tengah hari dan petang. Setakat ini 3 tajuk tentatif dan pembentang boleh dikatakan berada dalam tangan. Kena cari 3 lagi untuk memenuhi pengisian.

Secara rata keputusan dibuat berdasarkan kemungkinan cuma mereka yang sudah biasa dengan HIKMAH dan acara-acara persilatan sahaja yang akan datang. Tetapi kalau dapat dipromosikan awal dengan baik tidak mustahil ia akan disertai ramai pelajar dan warga antarabangsa. Ini kerana ISTAC dan badan induknya UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) memiliki pelajar dan kaki tangan daripada banyak negara. Majlis-majlis ilmu di ISTAC biasa disertai mereka, cuma tidak dalam jumlah yang banyak.



Cikgu Roslim ada bertanya apakah tema majlis kali ini. Saya pun menunjukkan update di FB 3 hari lalu - HIKMAH ISTAC 2020 : SALAM FAKIR ANDALUSIA. Bila membuat artikel ini baru tersedar dahulu pernah bercadang untuk memakai tema "Mengambil Iktibar Daripada Tamadun Melayu Islam Lama". Walaupun itu juga kedengaran bagus saya fikir faktor Andalusia lebih penting ditekankan dalam majlis ini.

Kenapa ia penting? Satu - memang seni bina bangunan-bangunan di ISTAC dibuat untuk memberikan rasa istana Alhambra di Andalusia. Ini adalah untuk menggambarkan suasana keilmuan dan peradaban tinggi yang pernah wujud selama beberapa abad wilayah tersebut di Eropah berada di dalam pemerintahan Islam sebelum jatuh ke tangan Kristian Sepanyol. 

Kenapa "Salam Fakir Andalusia". Siapakah fakir yang dimaksudkan? Untuk itu lirik lagu Andalusia oleh M. Nasir dirujuk :-


Cahayamu bagai sabitah
Doaku kau sejahtera
Biar warna kubah-kubahmu kian pudar
Untukmu setanggi ini kubakar
Cahayamu sediakala
Aku rindukan zaman kebangkitan
Pabila nurani bersulamkan fikiran
Seganding dan bersatu
Lafaz niatku bertemu
Cahayamu tiada tara
Pohon salamku pada fakir-fakirmu Andalusia
Pohon izinkanlah aku menyelami irama asyikmu
Pohon ku dipinjamkan gabus dan ghazalmu jadi azimat
Supaya dapat aku tari menongkah arus…


Sebagai mengakhiri artikel biar dipautkan satu cerita berkenaan iaitu Menyahut Panggilan Andalusia setelah 30 tahun ia menjelma - Qada' dan Qadar seorang pelajar berusia. Ia adalah tentang bagaimana saya boleh terlibat dengan ISTAC - ada faktor keSufian yang berkenaan muncul sejak saya berusia 18 tahun lebih 31 tahun lalu. Untuk pengetahuan acara ke-22 HIKMAH ini mengambil kira bahawa tahun 2020 adalah bersamaan 1441 Hijriah (sehingga penghujung Ogos). Semoga dengan terzahirnya acara ini kita semua mendapat kekuatan untuk menongkah arus perkembangan akhir zaman yang kelihatan semakin mengganas.





Sedikit perkembangan terbaru tentang penganjuran acara ke-22 HIKMAH di ISTAC

$
0
0
Merujuk pada artikel Acara ke-22 HIKMAH di ISTAC - Menyelami irama asyik Andalusia bagi menongkah arus zaman yang dipersembahkan pada hari Jumaat 10 Januari iaitu lebih sebulan lalu. Tergerak saya untuk berkongsi beberapa perkembangan terbaru tentang penganjuran acara yang mahu diadakan di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam itu.



Adapun pada 22 Januari iaitu 12 hari selepas mempersembahkan artikel pertama tentang acara di blogspot HIKMAH saya telah membuat poster atas lalu dipaparkan di Facebook. Ketika itu saya telah mendapatkan persetujuan daripada beberapa orang ilmuwan untuk membentang secara sukarela pada majlis. Poster dipaparkan bersama teks berikut :-


PENGISIAN ILMU BAGI ACARA KE-22 HIKMAH DI ISTAC 22 FEBRUARI 2020

Salam semua. Adapun tepat sebulan daripada sekarang iaitu pada hari Sabtu 22 Februari 2020 HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman) dijadualkan akan mengadakan acara ke-22 kami di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Ketamadunan Islam). Seperti biasa pada setiap acara HIKMAH pengisian ilmu berupa pembentangan-pembentangan akan dibuat sesuai dengan tema majlis. Kali ini tema adalah “Salam Fakir Andalusia”. Ini mengambil ayat berkenaan daripada lirik lagu “Andalusia” oleh M. Nasir yang menyatakan kerinduan terhadap zaman kebangkitan Islam. Lalu dipohon agar dipinjamkan kekuatan daripada para fakir (ahli Sufi) Andalusia supaya dapat bergerak dan berjuang menongkah arus zaman.

Ia membawa makna mahu mengambil kekuatan jiwa dan dalaman daripada ketamadunan tinggi silam Andalusia yang pernah menjadi kiblat usaha ketamadunan Eropah lebih 5 abad yang lampau. Dua sesi ilmu akan diadakan sepanjang 2 jam setiap satu dengan setiap sesi terdiri daripada 3 pembentangan sepanjang 30 minit setiap tajuk. Hari ini biar diumumkan tajuk-tajuknya. Secara prinsip ini telah dipersetujui oleh mereka yang terlibat.

Sesi tengah hari – 11 am – 1 pm

1. “Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia” – Radzi Sapiee @ Merah Silu, pengkaji dan penulis buku, presiden HIKMAH

2. “Keris Sebagai Pakaian Peradaban Melayu” – Tengku Ahmad Ridhaudin, penulis dan calon PhD di ISTAC dalam bidang pemikiran Islam khusus pada kajian keris, presiden ISTACSS (Persatuan Pelajar ISTAC)

3. “Ilmu Kejuruteraan di alam Melayu dan Islam” – Shaiful Hakim, pensyarah kejuruteraan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan calon doube PhD dalam bidang Aerospace Engineering di UPNM dan Institut National Science Applique (INSA) di Bourges, Peranchis

Sesi petang – 2.30 – 4.30 pm

1. “Dinar dan Dirham Sebagai Wadah Kebangkitan Ummah” – Amirul Haji Mohamad, perunding kewangan Islam dan aktivis dinar dirham

2. “Melayu dan Islam Berpisah Tiada” – Profesor Datuk Dr Awang Sariyan, penyandang Kursi Za’aba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

3. “Semangat Keilmuan Andalusia Bagi Menongkah Arus Zaman” – Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar, Sheikhul Quliyyah dan penyandang Kursi Al-Ghazzali di ISTAC

Harap dapat bersama memeriahkan majlis seraya menimba ilmu. Majlis adalah terbuka dan percuma kepada semua. Lokasinya iaitu ISTAC begitu unik, penuh rasa kecintaan terhadap ilmu. Ini kerana seluruh seni binanya mengambil unsur dan rupa bangunan warisan Islam lama Istana Alhambra yang masih berdiri di wilayah Andalusia, selatan Sepanyol.

Silakan nyatakan kedatangan di sini -

https://www.facebook.com/events/482616022636057/

Sila juga panjangkan undangan kepada semua kenalan anda




Cuma ketika itu seorang pembentang utama iaitu Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar menyatakan setuju membentang jika didapati tidak ada perselisihan (clash) dengan apa-apa komitmen lain. Beberapa lama kemudian saya pun bertanya kembali kepada beliau tentang perkara. Beliau pun menyatakan tiada masalah untuk bersama dalam majlis. Lalu pada hari Selasa 11 Februari iaitu tepat seminggu lalu tergerak saya untuk menambah butiran pada poster sebelumnya untuk diwar-warkan di FB berserta teks berikut :- 



BERSEDIA UNTUK ACARA KE-22 HIKMAH DI ISTAC 22 FEBRUARI 2020

Salam semua. Pada ketika ini tinggal 11 hari sahaja lagi sebelum acara ke-22 HIKMAH dijadualkan berlangsung di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam), Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada hari Sabtu 22 Februari 2020. Alhamdulillah, Ahad 2 hari lalu saya telah menerima kepastian daripada Sheikhul Quliyah ISTAC, Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar tentang perkongsian ilmu beliau pada majlis. Saya telah meminta beliau untuk bercakap tentang zaman keemasan Islam Andalusia di Sepanyol lebih 600 tahun lalu. Ini adalah untuk memenuhi jadual pembentangan ilmu yang pernah diumumkan sebelum ini seperti berikut :-

Sesi tengah hari – 11 am – 1 pm

1. “Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia” – Radzi Sapiee @ Merah Silu, pengkaji dan penulis buku, presiden HIKMAH

2. “Keris Sebagai Pakaian Peradaban Melayu” – Tengku Ahmad Ridhaudin, penulis dan calon PhD di ISTAC dalam bidang pemikiran Islam khusus pada kajian keris, presiden ISTACSS (Persatuan Pelajar ISTAC)

3. “Ilmu Kejuruteraan di alam Melayu dan Islam” – Shaiful Hakim, pensyarah kejuruteraan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan calon doube PhD dalam bidang Aerospace Engineering di UPNM dan Institut National Science Applique (INSA) di Bourges, Peranchis

Sesi petang – 2.30 – 4.30 pm

1. “Dinar dan Dirham Sebagai Wadah Kebangkitan Ummah” – Amirul Haji Mohamad, perunding kewangan Islam dan aktivis dinar dirham

2. “Melayu dan Islam Berpisah Tiada” – Profesor Datuk Dr Awang Sariyan, penyandang Kursi Za’aba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

3. “Semangat Keilmuan Andalusia Bagi Menongkah Arus Zaman” – Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar, Sheikhul Quliyyah dan penyandang Kursi Al-Ghazzali di ISTAC

Acara bermula dengan pembukaan jam 9 pagi lalu berpanjangan sehingga jam 6. Seiring dengan pembentangan ilmu dalam bilik kuliah akan diadakan juga persembahan dan aktiviti-aktiviti persilatan oleh persatuan DSSM (Dunia Seni Silat Melayu) di ruang terbuka ISTAC. Acara yang dianjurkan bersama oleh HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman), DSSM dan ISTACSS (Persatuan Pelajar ISTAC) ini turut mengenengahkan demonstrasi dan aktiviti memanah oleh Armada Malaiu Malaysia. Ruang juga dibuka untuk pameran dan perniagaan barangan seperti keris, tanjak dan busana tradisional Melayu.

Penyertaan adalah terbuka dan percuma kepada semua. Sila maklumkan kedatangan di sini :-

https://www.facebook.com/events/482616022636057/ 



Nak dijadikan cerita Jumaat minggu lepas 14 Februari baru saya dapat tahu rupa-rupanya urusan atau formalities untuk mendapatkan penggunaan ruang di ISTAC masih belum selesai. Semalam petang Isnin saya pun ke ISTAC untuk menyelesaikannya. Rupa-rupanya ada sedikit mix up atau silap faham akibat kertas kerja majlis tercampur aduk dengan beberapa kertas kerja lain. Kertas kerja tersebut telah disampaikan oleh seorang kawan ke pejabat sejak beberapa lama sebenarnya.  Cuma belum disusuli dengan pertemuan empat mata bagi menerangkan perkara akibat kesibukan dengan satu acara lain yang dianjurkan beliau di Kedah.

Maka saya pun melakukan susulan dengan pihak pentadbiran ISTAC lalu memenuhi keperluan bagi mendapatkan kelulusan rasmi pejabat. Antaranya dengan mendapatkan tanda tangan 2 orang besar di ISTAC. Setelah ini berjaya dilakukan dibincangkan pula sedikit perkara logistik tentang penganjuran lalu saya pun membuat update berikut di FB :-



RUANG NIAGA DAN PAMERAN PERCUMA PADA ACARA KE-22 HIKMAH DI ISTAC SABTU INI 22 FEBRUARI 2020

Salam semua. Tadi saya telah hadir satu syarahan di ISTAC kemudian menyelesaikan beberapa hal tertunggak tentang penganjuran acara ke-22 HIKMAH yang mahu diadakan di ISTAC Sabtu ini 22 Februari jam 9 pagi hingga 6 petang. Beberapa hal telah dibincangkan dan ini akan dipanjangkan dalam satu artikel di blogspot HIKMAH nanti. Buat masa ini saya ingin memberitahu telah mendapatkan kebenaran untuk membuka ruangan bagi jualan dan barangan seperti buku, keris, tanjak dan busana Melayu tradisional. Seperti biasa pada setiap acara HIKMAH kami berusaha untuk mendapatkan ruang untuk orang berniaga secara percuma kerana polisi kami memang tidak mahu mengenakan apa-apa bayaran.

Cuma kami juga harus mengambil kira kehendak pemilik premis kerana mereka ada kos bagi menyelenggara ruang-ruang yang digunakan. Alhamdulillah setelah diterangkan bagaimana biasa kami melakukannya persetujuan telah diterima daripada pihak pengurusan ISTAC. Kebenaran juga telah diberikan untuk menggunakan meja-meja daripada bilik syarahan bagi tujuan jualan yang selalunya juga menjadi tempat pameran barangan-barangan menarik. Dengan itu biar diberitahu, siapa yang berminat boleh sahaja datang terus lalu membuka meja.

Datang awal sebelum acara bermula jam 9 pagi. Ambil sendiri meja daripada bilik syarahan berdekatan. Kemudian apabila habis acara pulangkan kembali mengikut aturannya. Sebaiknya maklumkan minat anda untuk berniaga, siapa nama, barangan apa dan sebagainya di event page ini :-

https://www.facebook.com/events/482616022636057/

Begitu juga halnya para hadirin lain. Sila maklumkan dengan cara klik going pada event page tersebut. Ia untuk membantu kami mendapatkan gambaran sebenar jumlah yang akan datang supaya dapat mengatur peruntukan makan minum (percuma) juga parkir kereta supaya tidak berselisih dan menganggu perjalanan dan peruntukan bagi majlis-majlis lain seperti sambutan perkahwinan yang turut akan diadakan di ISTAC dalam tempoh masa sama.



--------------------


Dengan ini selesailah gerak penulisan bagi perkongsian perkembangan terbaru tentang penganjuran acara. Selepas ini akan dibuat satu artikel untuk menunjukkan dengan jelas ruang-ruang yang telah diperuntukkan bagi majlis supaya mudah perkara.



Tatacara penggunaan ruang bagi acara ke-22 HIKMAH di ISTAC

$
0
0
Salam semua. Merujuk pada artikel Sedikit perkembangan terbaru tentang penganjuran acara ke-22 HIKMAH di ISTAC yang dipersembahkan semalam. Pada bahagian akhir artikel ada disebut bahawa saya ada membincangkan sedikit perkara logistik tentang penganjuran acara dengan pihak pentadbiran atau pejabat ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Dunia Islam). Paling penting adalah penggunaan ruang, di bahagian manakah bangunan ISTAC acara ke-22 HIKMAH ini mahu diadakan dan beberapa perkara berkaitan.


Setelah mendapat kata sepakat saya pun membuat peninjauan ruang lalu mengambil gambar. Adapun beginilah rupa bangunan utama ISTAC setelah masuk ke halaman melalui pintu pagar utama dari luar. Kelihatan jalan jadi bercabang. Yang belah kanan menaiki bukit, belah kiri pula menurun.


Pintu masuk utama bangunan terletak di laluan kanan bawah 'gerbang' yang kelihatan. Tetapi para peserta HIKMAH diminta agar tidak menggunakan laluan ini mahupun meletakkan kereta di tepian jalan dan tempat letak keretaa di seberang (tidak kelihatan, di kanan gambar). Ini kerana pada hari itu juga akan diadakan satu majlis perkahwinan. Ruang makan utama atau dining hall telah disewa orang untuk majlis bermula jam 11 pagi hingga ke petang (tidak disebut jam berapa tetapi biasanya hingga jam 4).


Majlis perkahwinan di dewan besar makan biasanya melibatkan 1,000 atau lebih orang tetamu. Tentu mereka akan menggunakan ruang lalu saya diminta memberitahu peserta HIKMAH agar tidak meletakkan kereta di sebelah sana. Sebaliknya kita boleh menggunakan laluan turun bukit di sebelah kiri. Selain tidak menganggu perjalanan majlis kerja kahwin acara HIKMAH sendiri akan diadakan di belah-belah sini.


Turun sedikit kelihatan laluan sisi untuk masuk ke bangunan utama. Kita boleh menggunakan ini...


Ke bawah lagi jalan membawa ke sejumlah apartment milik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) iaitu badan induk yang menaungi ISTAC. Letaknya ke bawah lagi, belakang bangunan dengan pintu gerbang yang kelihatan. Saya diberitahu peserta HIKMAH boleh menggunakan ruang letak kereta sana. Namun jarak sedikit jauh untuk berjalan kaki ke bilik yang telah diperuntukkan bagi membuat pembentangan ilmu HIKMAH. Sebaliknya saya melihat boleh sahaja meletakkan kereta di tepi jalan sepanjang ini. Yang penting tidak mengganggu laluan orang.





Naik ke pintu sisi bangunan utama ISTAC.





Memandang ke belakang dari pintu. Kelihatan serambi bagi bilik yang akan digunakan bagi pembentangan HIKMAH.


Dalam artikel Sedikit perkembangan terbaru tentang penganjuran acara ke-22 HIKMAH di ISTAC sudah disebut malah diisytiharkan bahawa kami membuka ruang bagi peserta HIKMAH berniaga atau membuat pameran barangan seperti keris, tanjak malah buku-buku secara percuma. Tidak perlu membayar sewa mahupun tapak. Saya lihat serambi atau ruang legar tepi ini cukup luas bagi meletakkan 10 malah lebih meja.  Saya telah mendapatkan kebenaran untuk menggunakan meja-meja daripada bilik syarahan berdekatan. 

Pesan pejabat, sila ambil dan atur sendiri. Kemudian apabila tamat acara letak balik pada kedudukan asal. Oleh itu mereka yang berminat diminta datang awal sebelum majlis bermula jam 9 pagi. Kalau boleh jam 8 dah sampai untuk mengatur meja. Jumlah meja terhad tetapi tetap ada ruang lain yang berdekatan boleh digunakan. Cuma pandai-pandai le sendiri nak atur macam mana jika tak dapat meja. Seeloknya standby peralatan sendiri...


Pembentangan akan diadakan di dalam Multi Purpose Room atau bilik serbaguna. Ia tidaklah sebesar dewan utama ISTAC yang boleh memuatkan lebih 300 orang, rasanya 600 orang pun boleh. Kalau 1,000 pun insyaallah masih boleh tapi perlu bersempit ditambah kerusi selain sedia ada. Sebagai contoh lihat kegunaan dewan dalam artikel Gagasan baru ISTAC - Memajukan perbandingan epistemologi, ketamadunan dan pengajian masa hadapan di blogspot CATATAN SI MERAH SILU

Memang asalnya hajat saya adalah mengadakan acara HIKMAH di dewan gah itu. Tetapi saya diberitahu untuk mendapatkannya harus memastikan kehadiran lebih 300 orang mengikuti acara. Itupun kalau pihak pentadbiran sanggup beri percuma kerana ia katanya biasa disewakan pada kadar RM1,800 setengah hari. Oleh itu cukuplah dapat memakai bilik serbaguna yang lebih kecil sepenuh hari.

Rasanya ia boleh menampung 100 orang dengan kerusi tambahan. Ketika saya diminta memberikan syarahan ilmu yang terkait dengan buku ke-11 saya, "Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu (terbit Mac 2018)" hampir 2 tahun lalu 70 orang hadirin dapat duduk mengikutinya dengan selesa. Lihat artikel lama Syarahan "Prophet Adam and the Malays 60,000 Years Ago - Aligment of Time, Revealed Knowledge and Science" di ISTAC. Ada kemungkinan juga lebih ramai akan datang malah tak mustahil lebih 300 orang boleh ada. Cuma saya tidak dapat memastikan jumlah kedatangan, kena tunggu apabila majlis berlangsung Sabtu nanti. 



Bersambung dengan serambi atau ruang legar bilik serbaguna adalah laluan untuk ke dataran lapang ISTAC.





Kawasan ini boleh digunakan untuk aktiviti bersilat dan sebagainya.


Dengan persatuan (DSSM) Dunia Seni Silat Melayu menjadi penganjur bersama acara akan dimeriahkan oleh ramai pesilat daripada pelbagai perguruan seluruh Malaysia.


Mereka-mereka ini yang mungkin boleh menambah jumlah hadirin melepasi 300 orang sambil memeriahkan acara.









Beberapa persiapan akhir bagi acara ke-22 HIKMAH di ISTAC

$
0
0
Salam semua. Adapun kini cuma tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum acara ke-22 HIKMAH dilangsungkan di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Dunia Islam.  Pelbagai perkara berkenaan penganjuran acara dan perkembangan persiapan telah dikongsikan dalam artikel-artikel berikut :-






Sekarang ada satu cerita perlu dikongsikan sebelum saya dapat berehat untuk mengembalikan tenaga bagi menjayakan acara.


Sekitar jam 3 petang semalam seorang rakan HIKMAH yang diminta untuk membaca syair pada sesi pembukaan dan perasmian memberitahu melalui WhatsApp sudah mendapat bahan yang dirasakan paling sesuai untuk majlis. Beliau menghantar lagu latar belakang syair lalu bertanya apakah ada kemudahan audio untuk mendengarkannya kepada umum? Hal ini menyebabkan saya menghubungi pihak pengurusan ISTAC lalu ditanyakan apa lagi benda yang perlu untuk menjayakan majlis. Ketika itulah baru tahu keperluan perlu dinyatakan dalam borang berkenaan untuk mendapatkan kelulusan pejabat. Disebabkan itu saya pun bergegas ke ISTAC jam 4.


Sebetulnya saya dan isteri memang bercadang untuk ke sana bagi membawa beberapa barangan supaya pagi nanti tidak sesak kereta. Kami juga mahu membuat persiapan yang patut supaya tidak perlu lagi tergesa-gesa sejurus sebelum acara. Cuma fikirnya tunggu dahulu anak-anak habis sekolah agama jam 6. Selepas mandi dan tukar pakaian baru bergerak. Tetapi disebabkan borang perlu diisi dan permintaan diluluskan pada waktu pejabat saya pun bergegas seorang diri...


Alhamdulillah setelah beberapa lama menerangkan lagi perjalanan acara kepada beberapa pihak kelulusan dapat diperolehi lalu saya ke bilik yang mahu digunakan bagi membuat persiapan. Sambil saya memasang sepanduk-sepanduk HIKMAH di tempat-tempat yang patut juruteknik ISTAC pula menghidupkan lalu menguji sistem PA (public address). Ah. Nasib baik perkara ini dilakukan petang semalam kerana ia rupa-rupanya mengambil banyak masa juga. Daripadamicrophone langsung tak keluar bunyi sampai betul-betul kedengaran mantap rasanya lebih 30 minit juga juruteknik harus membuat kerja kerana alatan dalam bilik itu sudah lama tidak digunakan. 

Selain itu ada barangan perlu diambil dan dikumpulkan daripada bilik-bilik lain. Kalau tunggu pagi alamatnya tak dapatlah pakai kerana pejabat ditutup hujung minggu, cuma ada beberapa kakitangan sahaja bertugas kerana kebetulan akan diadakan juga satu majlis perkahwinan di bahagian lain bangunan ISTAC.


Selain memasang sepanduk dan memastikan sistem PA boleh digunakan berserta alatan sokongan (didapati majlis perlu menggunakan 5 buah microphone kerana akan diadakan sekali sesi soal jawab, ingatkan cukup 3 sahaja tetapi rupa-rupanya itu pincang) saya juga perlu meletakkan pinggan mangkuk dan cawan plastik serta kertas yang telah dibeli oleh isteri. Lebih RM100 juga telah dibelanjakan untuk itu. Belum campur kos makan minum tambahan supaya dapat memastikan hadirin tidak lapar dan dahaga kerana acara akan dilangsungkan pagi hingga ke petang sedangkan kedai makan terdekat terletak lebih 500 meter ke luar ISTAC. 

Kami harus mengusahakan sendiri makan minum tambahan kerana cuma mendapat peruntukan RM500 sahaja sebagai kos makan tengah hari 100 orang pada kadar RM5 seorang. Untuk makluman, menurut katerer RM5 itu tidak termasuk minuman. Selain untuk memenuhi keperluan makan pagi dan petang yang tiada dalam peruntukan kami harus juga memikirkan kemungkinan bahawa lebih daripada 100 orang akan datang.  Malah kehadiran boleh melepasi 300 orang. Sudah menjadi kebiasaan dalam acara-acara kami orang tidak memaklumkan lebih awal kedatangan. Tiba-tiba boleh muncul beberapa rombongan.


Isteri sampai sanggup memasak sendiri sarapan juga bersedia untuk membancuh air sejuk dan panas agar meliputi juga makan tengah hari dan petang. Kuih muih telah ditempah sebanyak RM100 daripada seorang jiran sebagai sarapan tambahan selain RM100 lagi untuk makan petang ditempah daripada katerer yang dipertanggungjawab untuk menyediakan nasi dan lauk makan tengah hari. Maka itu banyak benda perlu dibawa dalam kereta Kenari kecil kami kerana kereta Kia Carens yang lebih besar masih berada dalam bengkel di Ipoh akibat kerosakan teruk yang dialami dalam perjalanan menuju ke selatan Thailand pertengahan tahun lepas. Rujuk artikel-artikel berikut di blogspot CATATAN SI MERAH SILU :-






Turut dibawa petang semalam adalah buku-buku tulisan dan terbitan saya untuk jualan. Kalau dikira daripada segi berat rasanya dekat 60 kg juga diangkat lalu disimpan dahulu dalam bilik acara agar mudah dikeluarkan pagi nanti ke ruang legar.


Dengan ini kuranglah sedikit barangan perlu dibawa pagi hari. Maklumlah, perlu membawa sarapan yang dimasak sendiri berserta kuih muih yang ditempah daripada jiran lalu dijangka akan diterima pada jam 7 pagi. Tentunya perlu dibawa sekali bekas dan perkakas makan minum. Sedangkan dalam kereta kecil yang sama kami perlu membawa set busana penuh tradisional Melayu untuk dipakai oleh saya, isteri dan anak-anak. 

Ah. Baru teringat. Sudah disebut bahawa ada majlis perkahwinan di bahagian lain ISTAC. Petang semalam baru tahu bahawa ia akan dihadiri lebih 1,000 orang tetamu. Maka harus begitu meriah ISTAC siang Sabtu sepanjang hari. Tentunya tetamu majlis perkahwinan akan mengambil peluang untuk meneroka pelbagai ruangan bangunan ISTAC yang begitu cantik dengan seni bina berunsurkan Istana Alhambra di Andalusia, Sepanyol. 

Tentu mereka tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar dalam suasana yang menggambarkan zaman keemasan Islam Andalusia beberapa abad lepas. Begitu juga halnya bagi para hadirin ISTAC kerana ramai belum pernah menjejakkan kali ke sana. Lebih menarik lagi sejumlah daripada mereka akan bersantai bersilat sepanjang hari di dataran terbuka ISTAC. Maka itu tentu hadirin daripada kedua-dua majlis akan bercampur baur pada satu peringkat. Harus tetamu majlis kahwin teruja melihat ramai daripada kami berbusana tradisional Melayu penuh, berkeris, bersampin dan bertanjak seperti kebiasaanya pada acara-acara HIKMAH.


HIKMAH ISTAC 2020 - "Salam Fakir Andalusia", kelebihan ilmu dan signifikan mengadakan acara di ISTAC

$
0
0
Salam petang Selasa 1 Rejab 1441 Hijriah. Merujuk pada artikel Beberapa persiapan akhir bagi acara ke-22 HIKMAH di ISTAC yang dipersembahkan awal pagi Sabtu 22 Februari iaitu 3 hari lalu. Alhamdulillah. Sukacita dimaklumkan majlis tersebut telah selamat dilaksanakan di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam pada siang itu. Cuma menunggu masuk tarikh Islam 1 Rejab hari ini untuk mula berkongsi cerita tentangnya kerana Rejab dikatakan adalah bulan khas bagi Allah SWT dalam kalendar Islam. Dan selepas menyelesaikan beberapa perkara baru boleh bercerita...


Pagi Sabtu 22 Februari 2020. Sampai masanya untuk melaksanakan acara ke-22 HIKMAH di ISTAC setelah hampir 6 bulan acara ke-21 diadakan di Aceh bermula 1 Muharram 1441 Hijriah iaitu pada 1 September tahun lepas. Lihat Acara kedua puluh satu HIKMAH di Kompleks Makam Sultan Malikus Saleh membawa ke Muzium MAPESA/Pedir, Aceh 1-3 September 2019. Acara terbaru ini telah diwar-warkan sebagai bermula pada jam 9 pagi. Timbul kerisauan apabila sampai berdekatan tol Rawang jam 8.02 pagi ada kesesakan lalu lintas luar biasa di Lebuh Raya PLUS. Saya yang sedang bertolak bersama isteri dan anak-anak dari rumah di Sungai Buaya, Rawang mendapat tahu daripada petugas jalan raya bahawa ada lori terbalik dekat jejantas naik ke tol Rawang.

Walaupun sudah melakukan sebahagian persiapan akhir di ISTAC petang Ahad (lihat Beberapa persiapan akhir bagi acara ke-22 HIKMAH di ISTAC) masih ada beberapa perkara lagi perlu dilakukan sebelum acara bermula. Isteri telah bangun tidur seawal jam 4 untuk memasak sendiri sejumlah makanan dan menyediakan minuman bagi sarapan para hadirin. Sejumlah kuih juga telah ditempah daripada jiran. Semua itu berserta bekas-bekas dan peralatan perlu dibawa 40 km perjalanan ke ISTAC kemudian diatur di luar bilik acara. Meja-meja daripada bilik syarahan berdekatan pula perlu dibawa keluar untuk kegunaan orang berniaga juga mengatur makan minum.


Alhamdulillah Google Map menunjukkan cara mengatasi kesesakan. Disuruhnya keluar tol Rawang  kemudian masuk kembali untuk meneruskan perjalanan ke arah selatan. Kesesakan dapat dielakkan kerana dengan dapat mengelak bahagian laluan yang tertutup sehingga tinggal satu lorong akibat lori terbalik itu. Ternyata jalan selepas itu lapang, tidak ada kesibukan.


Jam 8.29 bangunan ISTAC sudah kelihatan.


Masuk sahaja ke halaman perkara pertama dilakukan adalah meletakkan kertas pandu arah supaya jelas bagi mereka yang mahu mengikuti acara HIKMAH.





Satu sepanduk HIKMAH diletakkan sebegini atas bantuan kawan-kawan.





Dalam tempoh kurang 30 minit meja-meja telah diangkat ke ruang legar bilik acara bagi membentuk aturan yang kelihatan.


Walaupun acara diwar-warkan bermula pada jam 9 itu sebenarnya adalah permulaan waktu pendaftaran. Acara itu disendiri dijadualkan bermula dengan sesi pembukaan jam 9.30. Itupun dilewatkan ke jam 10 kerana menunggu barisan pemberi ucapan lengkap kedatangan.


Tetamu kehormat iaitu Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar, Sheikhul Quliyyah ISTAC (paling kanan dalam gambar) sudah bertanya tentang acara pada jam 9.30. Melihat kami seperti belum sedia sepenuhnya saya memberitahu pembukaan dilewatkan sedikit kepada jam 10 pagi. Sampai masanya saya mencari beliau di pejabat lalu kami sama-sama turun dan berjalan kaki ke bilik acara. Dalam perjalanan sempatlah diterangkan tema acara iaitu "Salam Fakir Andalusia", kenapa memilihnya, apakah yang diharapkan daripada ucapan beliau.


Saya telah meminta Osman untuk bercakap tentang zaman keemasan Andalusia iaitu kerajaan Islam yang pernah wujud di Semenanjung Iberia (kini menjadi negara Portugal dan Sepanyol) ratusan tahun yang lampau. Untuk pengetahuan selain memegang jawatan Sheikhul Quliyyah (orang yang bertanggungjawab menentukan pengisian dan hala tuju institusi) beliau adalah pemegang kedua Kursi Al-Ghazzali (selepas pengasas ISTAC, Tan Sri Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas). Osman juga adalah seorang cendekiawan Melayu Islam bertaraf dunia. Saya amat berbesar hati kerana beliau sanggup memenuhi undangan bagi menjayakan majlis.

Asalnya permintaan dibuat untuk beliau berkongsi tentang Andalusia pada sesi pembentangan petang. Tetapi apabila diminta untuk merasmikan juga majlis pada waktu pagi beliau memilih untuk menjadikan subjek sebagai isi ucapan perasmian. Pengacara majlis, saudari Dila (lupa pula nama penuh, beliau adalah seorang pelajar pasca-siswazah ISTAC yang baru ini mendapat tawaran menjadi pensyarah politik di sebuah universiti tempatan) pun membuat pengumuman permulaan majlis. Penyertaan Dila baru saya minta secara ad hoc pada petang Jumaat.


Artikel ini turut menggunakan gambar-gambar yang diambil oleh hadirin dan kawan-kawan. Kelihatan saya sebagai presiden HIKMAH berbusana penuh tradisional Melayu bersampin, berkeris, bertanjak duduk di sebelah Osman.


Menurut atur cara yang diberikan kepada pengacara, sahabat saya dari Aceh, Ustaz Mujiburrizal akan membacakan doa selamat. Beliau adalah duta Muzium Aceh dan seorang selebriti televisyen selain penyanyi nasyid. Di Malaysia beliau sering menyanyi bersama Raihan. Ustaz Mujib pernah bersama menganjurkan 3 kali acara HIKMAH di Aceh. Tetapi apabila dipanggil nama ternyata beliau belum sampai. Seorang sahabat aktivis busana pun menggantikan tempat membaca doa. Lihat artikel-artikel berikut :-







Selepas itu presiden persatuan pelajar ISTAC (ISTACSS), Tengku Ahmad Ridhauddin memberikan ucapan aluan. Untuk makluman ISTACSS adalah penganjur bersama majlis bersama HIKMAH.


Beliau telah beberapa kali hadir pada majlis-majlis HIKMAH, pernah membantu menjadi pengacara dan moderator secara ad hoc malah telah 2 kali sebelum ini terlibat dalam penganjuran. Lihat artikel-artikel berikut :-






Satu lagi penganjur bersama adalah DSSM (Persatuan Dunia Seni Silat Melayu). Badan yang bermula secara ad hoc melalui Internet terutama Facebook kurang 10 tahun ini telah berjaya menggabungkan ahli-ahli persilatan daripada lebih 50 perguruan seluruh Malaysia. Kelihatan Yang Dipertua DSSM, saudara Roslim Abu (kami panggil Cikgu Roslim) sedang memberikan ucapan. Beliau menyatakan harapan agar-agar para pesilat dapat bersama dengan golongan akademik untuk menggarap masa hadapan yang lebih cemerlang.


Saya sebagai individu juga HIKMAH sebagai satu badan longgar peminat sejarah dan aktivis kedaulatan Melayu dan ISLAM sendiri sudah lama sering bekerjasama dengan DSSM. Badan tersebut turut memiliki badan-badan berkaitan atas nama negeri misalnya DSSM Selangor yang mana Cikgu Roslim pernah menjadi timbalan YDP, baru 3 bulan lalu beliau diangkat menjadi YDP badan induk atau peringkat nasional DSSM. Ahli-ahli DSSM terutama dari Selangor sudah beberapa kali memeriahkan acara-acara kami. Dalam satu acara DSSM Selangor bertanggungjawab mengatur komponen persembahan silat sepanjang hari. Lihat Acara kelapan belas HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016.


Satu perkara menarik harus diberitahu tentang sepanduk HIKMAH yang kelihatan (bukan satu lagi yang ditunjukkan di luar bangunan tadi). Selepas acara ke-20 dilaksanakan di Aceh hampir 3 tahun lalu  (rujuk Acara kedua puluh HIKMAH di Rumah Cut Nyak Dhien, Aceh 19 Mac 2017) ia dibawa kembali ke Malaysia tetapi kemudian diserahkan kepada Ustaz Mujib yang sedang berada di Kuala Lumpur untuk dibawa ke Aceh. Ketika itu telah timbul beberapa hal yang menyebabkan saya merasa tawar hati untuk mengadakan apa-apa lagi acara HIKMAH. Saya merasakan lebih baik sepanduk yang telah dipakai sejak acara pertama kami (lihat Acara pertama HIKMAH di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012) diserahkan kepada orang Aceh. Lihat Menyerahkan HIKMAH kepada orang Aceh - Ke mana hala tuju selepas ini?

Setahun selepas itu iaitu pada bulan April 2018 saya mendapat isyarat untuk menghidupkan kembali HIKMAH. Penghujung tahun baru dapat gerak dan ilham bilakah harus melakukannya... ia mesti seiring dengan tahun baru Islam 1441 kerana saya lihat boleh jadi seiring dengan satu ramalan tentang kenaikan Aceh akhir zaman.  Acara mahu diadakan seiring dengan pengambilan kembali sepanduk yang telah 'ditapakan' di bumi 'Serambi Mekah' itu. Dibawa pula sepanduk mengembara mengelilingi seluruh Aceh malah lebih jauh lagi sebagai satu perbuatan simbolik yang memiliki tujuan-tujuan spiritual yang tersendiri.  Lihat Rancangan perjalanan pusing utara Sumatera dan Aceh berserta acara HIKMAH ke-21 di kompleks makam Sultan Malikus Saleh 1 Muharram 1441.


Dengan itu terbitlah acara ke-21 HIKMAH di Aceh yang juga merupakan kali ke-3 kami mengadakan acara di wilayah hujung utara pulau Sumatera itu. Lihat Acara kedua puluh satu HIKMAH di Kompleks Makam Sultan Malikus Saleh membawa ke Muzium MAPESA/Pedir, Aceh 1-3 September 2019. Hal ini mahu dinyatakan dalam ucapan saya sebagai presiden HIKMAH pada acara di ISTAC. Pada saya simboliknya agak penting untuk dikongsikan kepada umum. Selepas beberapa lama acara tidak diadakan, selepas hampir 2 setengah tahun sepanduk HIKMAH 'ditapakan' di Aceh, ia kini dibuka kembali di Malaysia. Dan tempat khususnya adalah di ISTAC, satu institusi pemikiran tinggi Islam bertaraf dunia.


Hal ini boleh dikupas dengan menceritakan kaitan Aceh dengan ISTAC. Tentang kepentingan Aceh sebagai satu kerajaan Islam Alam Melayu yang kuat suatu masa dahulu dan banyak terlibat dengan kerajaan-kerajaan di Semenanjung itu ramai orang tahu. Tetapi kaitan dengan ISTAC? Saya boleh kaitkan dengan misi dan visi pengasas ISTAC iaitu Syed Naquib. Beliau ketika muda pernah membuat tesis PhD tentang Hamzah Fansuri iaitu ulamak besar Aceh bertaraf wali abad ke-16 hingga ke-17 Masihi. PhD. Ia kemudian dijadikan buku bertajuk "A Mysticism of Hamzah Fansuri". Untuk makluman itulah bacaan pertama saya terhadap dunia Sufi dan Tasawuf. Ketika itu saya sedang berumur 18 tahun.

ISTAC dibina dengan segala ciri fizikal bangunan malah segala bentuk hiasan dalaman diperhatikan dengan rapat dan teliti berdasarkan saranan Syed Naquib agar memenuhi cita rasa yang menggambarkan kesayangan tinggi pada ilmu. Ciri-ciri seni bina Istana Alhambara di Andalusia kelihatan begitu terserlah dan ini turut melambangkan kaitan dengan wali besar Ibnul Arabi yang pernah hidup di sana lebih 800 tahun lalu. Hamzah Fansuri yang hidup sekitar 400 tahun kemudian pula dikatakan ada mengikut cara fikir falsafah Ibnul Arabi dalam dunia kesufian. Nah. Nampak tak bagaimana boleh mengaitkan Aceh dengan ISTAC juga kisah sepanduk HIKMAH?


Namun apabila dipanggil ke hadapan selepas ucapan oleh Cikgu Roslim saya terlupa semua itu. Saya terlupa untuk bercakap tentang Aceh dan sepanduk. Yang ditumpukan selepas menyatakan sedikit latar belakang dan sejarah HIKMAH diikuti hal tentang silat dan bagaimana ia sebenarnya ada terkait dengan dunia akademik adalah menerangkan kenapa memilih tema "Salam Fakir Andalusia" untuk majlis. Disebutlah bahawa ungkapan tersebut diambil daripada lirik lagu "Andalusia" oleh M. Nasir. Diterangkan bagaimana lagu menyatakan harapan dan kerinduan terhadap kebangkitan Islam akhir zaman. Dan salam itu sendiri adalah satu pernyataan memohon agar dipinjamkan kekuatan (melalui fakir, merujuk pada ahli-ahli Sufi seperti Ibnul Arabi) demi menongkah arus kebejatan akhir zaman dalam melaksanakan perjuangan.


Ucapan saya dibuat sebagai 'jambatan' untuk Osman menyatakan ucapan perasmian majlis. Kalau sebelum itu saya mungkin tidak dapat menjelaskan sebaik mungkin perkongsian bagaimanakah yang diharapkan daripada beliau tentang Andalusia, diharap ucapan saya itu menjadikan perkara jelas.


Dengan itu dapatlah guru saya ini berkongsi cerita zaman kegemilangan atau keemasan Andalusia dalam konteks yang sesuai. Disebutlah tentang pencapaian ilmu oleh tokoh-tokoh terkenal Islam di sana pada zaman itu seperti Ibnu Rush dan Ibnu Tufayl. Disebut bagaimana ia menjadi cikal bakal kepada zaman kebangkitan Eropah yang seterusnya membentuk dunia kita sekarang.


Diingatkan supaya kita di Alam Melayu ini mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku di Andalusia. Ia pernah menjadi kerajaan Islam yang hebat selama hampir 800 tahun tapi akhirnya runtuh disebabkan masalah dalaman selain serangan luar. Pun begitu ada gerakan-gerakan untuk menghidupkan kembali kenangan zaman kegemilangan. Kata Osman ketika bertandang ke sana tahun 1990 beliau dapati terdapat boleh tahan ramai masyarakat Islam dan mereka memiliki pusat Islam. Namun tidak seperti kebanyakan tempat lain di dunia Barat, yang menggerakkan adalah rata-rata orang tempatan. Dan mereka lebih bangga menyatakan diri sebagai orang Andalusia, bukan orang Sepanyol.


Selesai ucapan Osman pun merasmikan majlis. Saya sebagai presiden HIKMAH menyampaikan hadiah berupa sebuah tanjak yang dikarang khas untuk beliau. Setelah mendapatkan kebenaran saya pun menyarungkannya ke atas kepala.


Saya telah meminta saudara Kamal (kami panggil Lang Indah), Yang Dipertua persatuan Armada Malaiu untuk membuat karangan. Pesan saya bayangkan kalau ada tanjak mahu dihadiahkan kepada Imam Al-Ghazzali. Bagaimanakah rupanya ya?


Siap tanjak, kawan itu mahu memberikan nama "Julang Kandil Sejagat".


Tetapi mengenali Osman saya menukar itu menjadi "Kandil 'Ulum".


Ia membawa makna "Pelita Ilmu-ilmu". 'Ulum adalah perkataan jamak (plural) bagi Ilmu.


 


Kami berdua memakai tanjak  untuk mengikuti bahagian pembukaan seterusnya.


Ia adalah alunan syair oleh saudara Mohd. Zahamri Nizar, seorang penyokong kuat HIKMAH.





Tajuknya "Kelebihan Ilmu". Ia dicipta oleh pemikir besar tanah air awal abad ke-20 iaitu Pendeta Za'aba. Untuk mendengarnya sila mainkan video klip bawah.







HIKMAH ISTAC 2020 - Menelusuri pelbagai aspek peradaban Melayu demi kebangkitan ummah akhir zaman

$
0
0

Salam petang Jumaat pertama bulan Rejab tahun 1441 Hijriah. Sampai masanya untuk melengkapkan cerita-cerita sekitar penganjuran acara ke-22 HIKMAH di ISTAC, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam pada hari Sabtu 22 Februari lalu. Bersambung daripada HIKMAH ISTAC 2020 - "Salam Fakir Andalusia", kelebihan ilmu dan signifikan mengadakan acara di ISTAC.


Sesi pembukaan acara secara rasminya selesai selepas pembacaan syair "Kelebihan Ilmu".  Jam 11.19 pengacara pun mengumumkan permulaan sesi seterusnya iaitu pembentangan ilmu pagi. Dijadualkan berlangsung 11 pagi hingga 1 petang ia terdiri daripada 3 pembentangan ilmu sepanjang 30 minit setiap satu. Masa lebih (kalau ada) selepas itu diperuntukkan bagi sesi soal jawab.


 
Sesi dimulakan 20 minit lewat dengan pembentangan pertama oleh saya. Dalam atur cara disebut tajuk pembentangan adalah “Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia”. Ia dibawa oleh Radzi Sapiee @ Merah Silu, pengkaji dan penulis buku, presiden HIKMAH. Oleh kerana tidak dapat ditemui apa-apa gambar menunjukkan saya membuat pembentangan biar digantikan dengan slaid.


Dalam satu atur cara lebih terperinci yang disampaikan kepada ahli akademik ISTAC bertanggungjawab terhadap hal ehwal pelajar ditambah bahawa pembentang adalah calon sarjana (Masters) dalam bidang Pemikiran Islam dengan pengkhususan dalam perbandingan naratif sains dan agama. Pembentangan mahu menunjukkan kelebihan Alam Melayu/Asia Tenggara yang suatu masa dahulu pernah menjadi benua sebesar 2 kali benua Hindi berdasarkan beberapa sumber.


Perincian akan dibuat dalam artikel khas tentang pembentangan. Begitu juga halnya bagi tajuk-tajuk lain. Pembentangan kedua diberi tajuk “Keris Sebagai Pakaian Peradaban Melayu”. Disampaikan oleh Tengku Ahmad Ridhaudin, penulis dan calon PhD di ISTAC dalam bidang pemikiran Islam khusus pada kajian keris juga presiden ISTACSS (Persatuan Pelajar ISTAC) ia bermula sekitar jam 12.02.


Pembentang yang juga telah menulis 5 buah buku kecil tentang keris tidak menggunakan slaid. Bercakap secara terus kepada hadirin beliau membuat demonstrasi permainan keris berdasarkan penemuan beliau bahawa permainan keris yang asal tidak menikam sebaliknya lebih pada menghiris.



Keadaan pada jam 12.20


Walaupun kehadiran tidak seramai mana ia adalah lebih baik berbanding apa yang saya pernah lihat pada beberapa majlis ilmu walaupun yang bercakap adalah tokoh-tokoh besar.


Jam 12.38 pembentang ketiga saudara Shaiful Hakim membawa tajuk “Ilmu Kejuruteraan di Alam Melayu dan Islam”. 


Beliau adalah pensyarah kejuruteraan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan calon double PhD dalam bidang Aerospace Engineering di UPNM dan Institut National Science Applique (INSA) di Bourges, Perancis. Saya yang turut bertindak sebagai moderator menambah dengan memperkenalkan Shaiful sebagai seorang pengamal Silat Gayong yang rajin mengajar sehingga telah membuka 7 buah gelanggang di Perancis.


Menariknya beliau dapat menggunakan ilmu analisis pergerak udara sekitar sayap kapal terbang bagi menunjukkan kelebihan keris berbanding senjata tajam lain. Lihat siaran langsung Facebook yang dibuat isteri saya di sini.


Sekitar jam 1.25 baru sesi pembentangan pagi tamat. Gambar ini menunjukkan suasana di ruang legar luar bilik acara jam 1.52.


Ketika itu ramai sudah menikmati makan minum tengah hari yang disediakan secara percuma oleh pihak kami. Sejumlah hadirin sedang berlegar-legar melihat pameran dan jualan di tapak-tapak yang juga diberikan secara percuma tanpa perlu pun mendaftar... datang sahaja dan aturlah barangan anda. Saya pula masih belum makan kerana baru selesai beberapa urusan dalam memastikan kelancaran majlis.



Di dataran terbuka tengah bangunan utama ISTAC pula ada hadirin memanah.


Mereka sebetulnya telah bermula sejak awal pagi. Memang dataran terbuka disediakan bagi aktiviti-aktiviti luar terutama bersilat sambil pembentangan berjalan dalam bilik acara.


Sesungguhnya ramai yang hadir adalah kawan-kawan kami dalam dunia persilatan juga aktivis busana tradisional Melayu.


Oh. Beberapa gambar diambil daripada FB kawan-kawan.


Antaranya adalah pertunjukan silat yang diadakan dalam bilik acara sekitar jam 2.40. Ketika ini saya sedang berada di masjid untuk menunaikan solat. Boleh lihat rakaman video berkenaan di sini.


Sekitar jam 2.50 iaitu 20 minit lewat berbanding jadual asal baru saya bersedia untuk memulakan sesi pembentangan petang. Sebelum itu hadirin diajak bergambar beramai-ramai. Beberapa hari kemudian baru sedar rupa-rupanya ada sejumlah termasuk kawan-kawan pemanah tidak ada dalam gambar kerana sedang berada di bahagian lain bangunan ISTAC.


Sesi dimulakan jam 2.55 dengan pembentangan bertajuk “Dinar dan Dirham Sebagai Wadah Kebangkitan Ummah” oleh saudara Hazrin Marjan, seorang perunding kewangan Islam dan aktivis dinar dirham.


Slot ini asalnya diberikan kepada perunding dan aktivis lain saudara Amirul Haji Mohamad,. Tetapi ini tidak dapat dilakukan kerana diganggu masalah kesihatan. Sejak 2 minggu kebelakangan beliau sudah beberapa kali keluar masuk wad di hospital.


Saya telah meminta Amirul kemudian Hazrin untuk menyentuh bab negara Cina dalam pembentangan. Ini kerana teringat pernah membaca beberapa laporan di Internet bahawa negara besar komunis itu giat mengumpulkan emas beberapa tahun lalu. Tiba-tiba sahaja selepas itu mereka memiliki dana yang banyak untuk memulakan satu projek besar infrastuktur gergasi menghubungkan banyak negara yang dikenali sebagai OBOR (One Belt One Road initiative).


Menariknya, atas kebetulan apa entah, ketika hendak memulakan bicara tentang Cina datang 2 orang tetamu beragama Islam daripada negara tersebut lalu menyertai majlis. Tersenyum paling kiri dalam gambar adalah Imam Ibrahim Nuruddin. Saya diberitahu beliau adalah imam Masjid Jalan Taman, bandar Zhengzhou di provinsi Henan.


Yang memberitahu itu adalah Profesor Datuk Dr Awang Sariyan, pembentang kedua sesi petang. Beliau pernah memegang jawatan ketua Unit Tamadun Melayu Islam di ISTAC sebelum berpindah ke UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris) di Tanjung Malim, Perak untuk menjadi penyandang Kursi Za'aba. Beberapa tahun sebelum itu beliau pernah menjadi profesor mengajar bahasa Melayu di Cina. Dua orang tetamu itu adalah kenalan beliau namun datang ke majlis HIKMAH disebabkan ada pelajar ISTAC dari Cina memberitahu tentang acara.


Awang Sariyan membawa tajuk "Melayu dan Islam Berpisah Tiada". Oh, seorang daripada tetamu tadi cuma tahu berbahasa Arab selain bahasa Cina. Nasib baik pembentang sebelumnya iaitu saudara Hazrin fasih berbahasa Cina. Beliau dengan lancar dapat menerangkan apakah yang dibincangkan dalam pembentangan terutama yang melibatkan negara Cina.


Awang pula menerangkan kenapa Melayu dan Islam itu berpisah tiada berdasarkan perkembangan Islam di Alam Melayu. Ini diikuti peruntukan-peruntukan berkenaan dalam Perlembagaan Negara Malaysia.


Sekitar jam 4.15 saya membawa pembentangan terakhir sesi juga bagi keseluruhan majlis dengan memberikan tajuk yang kelihatan. Ia asalnya diperuntukkan untuk dibawa oleh Sheikhul Quliyyah ISTAC, Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar. Namun Osman yang juga diminta merasmikan majlis waktu pagi memberitahu tidak dapat bersama sepenuh hari. Oleh itu tajuk diambil alih oleh saya. 


Andalusia yang terletak di hujung barat benua Eropah dipilih sebagai topik kerana pernah mengalami zaman keemasan ilmu Islam ratusan tahun yang lampau. Ia menjadi jambatan bagi negara-negara Eropah mencapai kemajuan sehingga muncullah tamadun Barat yang kita lihat hari ini.


Keberadaan Andalusia kemudian dikaitkan dengan aspirasi keilmuan tinggi ISTAC. Ini boleh dilihat melalui seni bina bangunan yang jelas memaparkan ciri-ciri Istana Alhambra (dahulunya milik kerajaan Islam) yang masih wujud di wilayah berkenaan. Lihat video syarahan di sini.


Jam 5.02, felo kanan ISTAC, Profesor Datuk Dr Baharuddin meminta ruang untuk menerangkan atau menambah tentang satu perkara melibatkan keSufian yang ada saya sebut dalam pembentangan. Lihat sini. Dilihat pada satu lapis kelihatan pelbagai tajuk yang dibentangkan seperti mencapah sehingga boleh masuk bab Andalusia. Apa kena mengena pula dengan bangsa dan tanah air kita? Namun pada hakikat semua tajuk dipilih  bagi menelusuri pelbagai aspek peradaban Melayu demi kebangkitan ummah akhir zaman.


      
Beberapa hari kemudian terlihat pula video persembahan silat berkeris ini dikongsikan orang di FB. Rupa-rupanya ada yang sempat membuat rakaman di dataran ketika kami dalam bilik membentang. Sesungguhnya memang hajat saya mengajak kawan-kawan persilatan datang ke ISTAC supaya dapat bersama merasai aura cintakan ilmu yang wujud melalui seni bina nostalgia zaman keemasan Islam Andalusia. Semoga ia dapat merangsang semua supaya lebih bijak mengatur langkah-langkah perjuangan pada masa hadapan. Insyaallah. Allahuakbar.


Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia

$
0
0
Salam semua. Setelah beberapa lama sampailah masanya untuk berkongsi cerita tentang pembentangan-pembentangan yang telah dibuat pada acara ke-22 HIKMAH di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) 22 Februari 2020.



Pembentangan pertama sesi pagi merangkap pembentangan pertama keseluruhan diberi tajuk seperti yang kelihatan. Pembentangnya adalah saya, presiden HIKMAH.



Tajuk yang digunakan adalah mengambil daripada tajuk buku ke-12 saya "Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Manusia". Ia adalah lanjutan daripada buku ke-11 saya "Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu" sedangkan kedua-dua buku diterbitkan bersama secara 'berkembar' Mac 2018.



Tajuk tersebut pertama kali diminta oleh seorang kawan untuk dipersembahkan pada satu majlis ilmu di UiTM (Universiti Institut Teknologi MARA), Shah Alam hampir penghujung tahun 2018. Lihat Program Tempa Melayu - Menyingkap kajian terbaru tentang Hang Tuah sebelum mengupas kelebihan Benua Tua Melayu dan bangsa.... Oleh kerana ia adalah daripada buku dengan tajuk sama sedangkan buku adalah lanjutan daripada buku "Nabi Adam... " maka persoalan asas yang membentuk isi buku ke-11 itu pun diketengahkan terlebih dahulu. Ia adalah tentang usaha untuk menjawab perbezaan besar masa bermula wujudnya manusia di muka bumi dalam kitab berbanding sains.



Ditunjukkan daftar kandungan isi dalam buku "Nabi Adam... ". Oh. Semasa di UiTM itu saya diberikan masa sehingga 2 jam untuk membentang. Di ISTAC pula masa dihadkan cuma 30 minit lalu saya harus 'melompat' dalam memberikan penerangan.



Pembentangan terdiri daripada 88 buah slaid. Untuk majlis di ISTAC ia dipaparkan sekejap-sekejap sahaja kecuali bahagian yang rasanya perlu dipanjangkan penerangan. Antaranya adalah tentang majlis ilmu yang pertama sekali membawa saya untuk menanggapi persoalan.



Ditunjukkanlah keadaan muka bumi Asia Tenggara atau Alam Melayu ini beribu tahun yang lampau ketika ia masih sebuah benua besar akibat paras air laut  jauh lebih rendah.



Ditunjukkan sebaran bangsa Melayu awal ke merata dunia sehingga menjangkau Pulau Madagaskar di pantai timur Afrika dan Pulau Easter di pantai barat Amerika Selatan.




Ditunjukkan pula buku-buku tulisan Barat yang menyatakan bahawa Alam Melayu ini pernah menjadi sumber peradaban dunia...









Dipaparkan secara ringkas konsep matematik yang digunakan untuk menjawab persoalan asas yang membawa kepada penulisan buku "Nabi Adam...". Kemudian ditunjukkan jadual maklumat yang terhasil daripada penerapan konsep matematik tersebut. 



Perkara ini sebenarnya pernah saya syarahkan  panjang lebar di ISTAC pada April 2018 dalam bahasa Inggeris kemudian di Politeknik Tun Syed Nasir, Pagoh, Muar dalam bahasa Melayu. Ada juga majlis-majlis lain berserta penulisan yang memanjangkan perkara. Rujuk artikel-artikel berikut :-








Maka masuklah pada isi buku yang tajuknya menjadi tajuk pembentangan...




Diceritakan sedikit tentang dakwaan seorang penulis buku Indonesia bahawa Candi Borobudur di Pulau Jawa itu (kononnya) adalah peninggalan Nabi Sulaiman AS. Perkara ini telah saya sanggah setelah membaca buku berkenaan kemudian mengikuti lawatan tapak bersama beliau. Sila baca artikel Borobudur tinggalan Nabi Sulaiman? - Mencari kebenaran di sebalik dakwaan yang melampau di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.




Tetapi ada juga dakwaan dalam buku yang didapati benar lalu boleh memberikan implikasi besar. Satu daripadanya adalah jika ditarik satu garisan lurus tanpa putus dari tengah Ka'abah sehingga ke tengah Borobudur didapati ia tepat melalui sudut batu Hajarul Aswad.



Hal ini membuat saya ingin menyiasat - Bayangkan jika ada lampu di dalam dan tengah bangunan Ka'abah. Cahaya keluar melalui pintu Ka'abah terus sejauh mungkin di muka bumi. Bahagian manakah di Asia Tenggara akan termasuk dalam liputan cahaya ini?



Hasilnya amat mengujakan. Didapati seluruh bahagian Asia Tenggara yang pernah membentuk benua besar purba (dikenali sebagai Benua Sunda atau Sundaland) termasuk dalam liputan. Penemuan ini pertama kali saya bentangkan pada acara ke-11 HIKMAH di Masjid Sultan Alauddin Riayat Syah Pagoh penghujung tahun 2014. Lihat artikel-artikel berikut :-


1. Alam Melayu dan benua Atlantis Yang Hilang - Melacak kesan tanah tua

2. Alam Melayu dan benua Atlantis Yang Hilang - Kaitan Kaabah yang menakjubkan

3. Alam Melayu dan benua Atlantis Yang Hilang - Tempat keluar panji-panji hitam dari Timur?




Seterusnya adalah dakwaan bahawa kerajaan Saba' yang disebut dalam Al-Quran terletak di Alam Melayu (buku secara khusus menyebut di Pulau Jawa). Pada saya ini adalah separa benar. Berdasarkan apa yang saya dapat kumpul daripada orang-orang tua memang kerajaan Saba' pernah meliputi Alam Melayu. Kalau menurut apa yang diterima sejarah rasmi pula ia cuma meliputi hujung Semenanjung Arab.



Pada saya kerajaan Saba' sebenarnya lebih besar. Ada warisan tinggalan malah darah keturunan menunjukkan Habsyah (Ethiopia) di timur Afrika pun termasuk dalam lingkungannya. Untuk Alam Melayu pula ada cerita kanak-kanak seperti Hikayat Sang Kancil kemudian salasilah raja-raja Bugis menunjukkan keterkaitan dengan Nabi Sulaiman juga isteri baginda yang memerintah kerajaan Saba' iaitu Ratu Balqis.



Ini semua menunjukkan pada keistimewaan kedudukan Alam Melayu itu sendiri. Sehingga timbul kajian menyatakan tempat pertama Nabi Adam AS diturunkan di muka bumi selepas dikeluarkan dari syurga adalah di bumi sebelah sini, bukan di benua Hindi atau India seperti selalu disebut orang. Kajian peribadi saya pula menambah banjir Nabi Nuh AS pun berpunca dari belah sini, lebih tepat daripada letusan gunung berapi gergasi yang kemudian tinggal tapak menjadi tasik besar Danau Toba di utara Pulau Sumatera. Cuma sejarah ini hilang akibat perkembangan zaman. Lalu sejarah yang diketahui dan diterima ramai lebih menunjukkan segalanya bermula di Timur Tengah. Sedangkan saya percaya itu adalah sejarah selepas banjir besar. Ia bermula dari sana kerana di belah situlah bahtera Nabi Nuh AS mendarat lalu manusia mula berkembang biak kembali setelah hampir semua dimusnahkan oleh banjir besar.



Pembentangan ditutup dengan ini - carta pergerakan manusia sejak Nabi Adam AS hinggalah muncul penduduk Alam Melayu yang dikenali kemudian. Carta ini terdapat dalam muka surat akhir buku "Benua Tua Melayu". Sekian perkongsian tentang pembentangan.


Keris sebagai pakaian peradaban

$
0
0
Salam pagi Jumaat ke-2 bulan Rejab 1441 Hijriah. Masuk pembentangan ke-2 pada acara ke-22 HIKMAH di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) 22 Februari 2020. Bersambung daripada artikel Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia.

Pembentangan sesi pagi yang juga merupakan pembentangan ke-2 keseluruhan bagi acara diberi tajuk “Keris Sebagai Pakaian Peradaban Melayu”. Pembentangnya, Tengku Ahmad Ridhaudin adalah calon PhD di ISTAC dalam bidang pemikiran Islam khusus pada kajian keris. Beliau juga adalah  presiden Persatuan Pelajar ISTAC  (ISTACSS).


Beliau kini telah menghasilkan 5 tajuk buku tentang keris.


Bercakap tanpa menggunakan slaid saya lihat antara yang dikongsikan adalah isi daripada pembentangan lama beliau bertajuk Teknologi pembuatan keris dalam Al-Quran - Apakah yang tersurat dan tersirat?. Ia dibuat dalam  majlis sendiri di ISTAC hujung tahun lepas.


Bezanya dahulu ada digunakan slaid. Dan saya juga mendapati beberapa kelemahan hujah yang saya lihat wujud dalam pembentangan terdahulu telah diperbaiki dan diperkemaskan. Jika dahulu saya lihat terdapat beberapa lompatan mantiq hujah yang boleh menyebabkan pembentangan kedengaran terlalu taksub Melayu hingga hilang sifat saintifik yang boleh dipertanggungjawabkan, kini hujah-hujah yang digunakan untuk mengangkat teknologi besi yang dimiliki bangsa Melayu melalui pembuatan keris lebih teratur.  Ia tidak lagi terasa begitu melulu meminta untuk dipercayai tanpa asas secukupnya yang boleh diterima orang selain Melayu.


Kali ini juga dipertunjukkan demonstrasi permainan keris berdasarkan kajian beliau bahawa permainan keris asli bukanlah menikam tetapi menghiris. Cara permainan ini dikatakan membawa kepada nama keris itu sendiri. Kedengaran ada logiknya daripada hiris membawa pada nama keris. Sedangkan perkataan hiris pula dikatakan timbul daripada bunyi yang kedengaran apabila melakukan perbuatan menghiris.


Selain daripada apa yang sudah saya kongsikan itu kata-kata Tengku Ahmad atau update dalam Facebook beliau seminggu lalu iaitu seminggu selepas acara boleh dikatakan sama seperti dibentangkan ketika itu. Aturan atau ayat-ayat yang digunakan dalam tutur kata sebenar mungkin berbeza tetapi asas kandungannya tetap sama. Oleh itu biar dikongsikan di sini dengan sedikit suntingan...


----------------


Sebenarnya agak sukar menyusun ayat bagi memaknakan silat berkeris yang saya ingin kongsi dan sampaikan. Tesis saya ialah ramai orang bersilat tidak kenal keris dan ramai orang berkeris tidak kenal SILAT BERKERIS. Fenomena ini bermula seawal tahun 1823 Masihi apabila keris mula diharamkan dan ia pupus sekitar tahun 1970an setelah hampir 20 tahun Akta 357 (dalam undang-undang negara Malaysia) dibuat pada 1958. Walaupun dahulu keris dimaknakan sebagai pakaian peradaban, tetapi proses membuang keris dari jiwa Alam Melayu bermula pada tahun 1824 oleh Raffles dan Farquhar (dua orang pegawai atasan Inggeris) atas alasan keris adalah senjata amok (yang mengganggu proses penjajahan mereka).

Keris kemudian dijenamakan sebagai alat sihir oleh Skeat (penulis buku Malay Magic). Sejarah keris  pula ditulis sebagai senjata orang-orang tidak bertamadun oleh pengkaji-pengkaji Barat seperti Gardner, William-Griffith. Ia dinyatakan sebagai senjata Hindu oleh Crawford, Marsden dan sebagainya. Dengan kekeliruan sejarah ini akhirnya Malaysia yang undang-undangnya dibuat oleh Anglophile (orang Asia yang suka bersikap, berpakaian dan berbahasa seperti orang Inggeris) meletakkan keris sebagai senjata terkawal.

Malah pemikiran penjajah/kolonial dan takrifan Orientalis ini telah mendasar dalam pemikiran orang Melayu. Paling menyebabkan bias atau pandangan berat sebelah adalah apabila orang silat sendiri menggunakan keris sebagai alat mengamok, alat masuk hantu, alat menjadi isim dan tidak siuman. Hal sebegini membawa kepada hilangnya peradaban asal keris sebagai pakaian yang dianjurkan di dalam al Quran. Al Anbiya:80



Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur? 
Al-Anbiyaa' 21:80


Apabila saya diberikan izin untuk membuka kembali seni lama ini, saya terpaksa berhadapan dengan dua pihak. Satu, pihak yang selama ini berpandangan keris adalah senjata bahaya yang perlu diharamkan, satu  lagi pihak yang menganggap keris adalah senjata bahaya yang perlu dikawal. Maka secara adat kononnya ia perlu diikat, diterbalikkan, ditelungkup hingga hilang sifat keris dan hilang falsafah keris sebagai pakaian peradaban.

Dua pihak ini saling bantu membantu. Tanpa sedar mereka menjadi ejen-ejen penjajah yang menghilangkan ilmu peradaban keris yang sebenar. Oleh itu saya cuba menerangkan bahawa keris adalah warisan bangsa yang amat dalam maknanya bagi jati diri dan peradaban Melayu. Keris adalah alat tamadun agung yang telah disalah letak tempatnya. Ironinya, dalam kesungguhan orang Melayu berbusana, bersilat, dan memakai keris, mereka sendiri merosakkan sifat keris dan menjadikan diri mereka bahan ketawa para musuh Melayu yang sebenar.

Saya bawakan Silat Berkeris sebagai cara memelihara Warisan Bangsa yang hampir pupus. Ia kadang-kadang diajar tapi jarang-jarang dipertontonkan. Silat berkeris ingin mengembalikan semula iaitu menzahirkan kembali tapak asal dan langkah permainan keris yang selama ini dikelirukan oleh penjajah.

SILAT BERKERIS adalah cabang ilmu bela diri yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita sejak ribuan tahun dahulu untuk diwarisi menjadi pakaian dan amalan. SILAT BERKERIS bukan aliran baru. SILAT BERKERIS tidak tertakluk pada aliran dan perguruan. KERIS adalah pakaian seorang Melayu beradab. Tidak lengkap tanpa tahu SENI SILAT BERKERIS dan tidak sempurna ahli PERKERISAN tanpa tahu menggunakan keris yang disisip di pinggang hingga diterbalikkan dan diikat.

SILAT BERKERIS adalah pakaian dan pemikiran PERADABAN DAN TAMADUN MELAYU. Sewajarnya kita pesilat mengajak masyarakat di luar sana faham sifat dan nafsu berkeris bukan untuk amok dan menyerang curi dan bertikam tanpa sebab.

Orang yang tersisip keris di pinggang adalah orang yang sewajibnya menjaga amanah, mendaulatkan bangsa, menjaga keamanan dan kedamaian negara dan masyarakat, bukan orang yang ditakuti dan disahkan kebiadabannya sehingga perlu mengikat keris. Pada zaman dulu, hanya keris orang yang tidak dipercayai atau diragui sahaja yang diikat, diterbalikkan, dan ditelungkupkan. Keris orang yang dipercayai sentiasa terlentang di depan tanda mereka adalah golongan bangsawan dan beradab.

KERIS DAN SILAT adalah warisan dunia. Ia telah diangkat UNESCO sebagai warisan dunia pada tahun 2005 dan 2019. Tetapi sayang amalan dan fahaman keris kita mundur ke belakang. Oleh itu SENI SILAT BERKERIS adalah wadah untuk membawa kembali fahaman benar bahawa keris adalah pelengkap zahir dan batin Melayu.

Keris bukan ancaman. Buanglah keris jika ia adalah senjata bahaya pada ketamadunan. Diundang semua guru-guru dan persatuan silat, sahabat handai, rakan taulan dan kenalan untuk turut sama MENGAMBIL ILMU Silat Berkeris sebagai pakaian peradaban, bukan sebagai senjata terlungkup yang membawa mesej amok dan geruh.




Ilmu kejuruteraan di Alam Melayu dan Islam

$
0
0
Masuk pembentangan ke-3 pada acara ke-22 HIKMAH di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) 22 Februari 2020. Bersambung daripada artikel Keris sebagai pakaian peradaban.



Pembentangan ke-3 merangkap yang terakhir bagi sesi pagi diberi tajuk “Ilmu Kejuruteraan di Alam Melayu dan Islam”. Pembentangnya saudara Shaiful Hakim adalah pensyarah kejuruteraan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Beliau juga adalah calon double PhD dalam bidang Aerospace Engineering di UPNM dan Institut National Science Applique (INSA) di Bourges, Perancis.



Selain itu beliau adalah seorang pesilat yang aktif sehingga telah membuka lalu masih mengendalikan 7 buah gelanggang di Perancis. Oleh itu beliau ada sudut pandang tersendiri dalam menanggapi perkara. Pembentangan dibuka dengan menunjukkan jenis-jenis ilmu kejuruteraan diikuti definisinya.







Sudut pandang tersendiri mula menjadi nyata melalui senarai perkara yang mahu dikongsikannya.




Asal usul ilmu manusia itu sendiri berserta sejarah dunia menurut Al-Quran menjadi mukadimah sudut pandang keagamaan yang jarang diterima apa lagi mahu dinyatakan oleh ahli jurutera moden.




Nama Nabi Adam AS sebagai manusia pertama diturunkan dari syurga ke muka bumi pun disebut. Selain hal baginda diajarkan ilmu nama-nama oleh Allah SWT, ilmu terawal diketahui diperolehi manusia kisah anak-anak baginda Qabil dan Habil digunakan untuk menunjukkan sudah wujud ilmu pertanian dan ilmu penternakan haiwan seawal zaman mereka. Tentang hal Nabi Adam AS dan ilmu ini ada disentuh dalam kedua-dua buku ke-11 saya "Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu" dan 'kembar'nya (diterbitkan bersama Mac 2018) iaitu buku ke-12, "Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Manusia". Kedua-dua buku ada menceritakan kelebihan Alam Melayu termasuk mengenengahkan pendapat bahawa Adam AS sebenarnya diturunkan di bumi sebelah sini. Ia membentuk pembentangan pertama pada acara ke-22 HIKMAH. Rujuk balik artikel Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia.




Disebut pula tentang Nabi Idris AS yang muncul beberapa keturunan kemudian sebagai saintis dan jurutera pertama. Memang terdapat riwayat-riwayat menyatakan baginda mendapat beberapa ilmu istimewa yang boleh dikatakan lebih menepati ciri-ciri ilmu sains yang kita faham hari ini. Sehingga ada yang mendakwa Nabi Idris AS lah yang membina bangunan piramid di muka bumi (ini contoh saya, bukan daripada Shaiful). Menarik untuk direnung baginda bahkan dikenali dalam tamadun-tamadun Barat purba walau atas nama lain. Sehingga dikatakan seorang dewa Yunani kuno bernama Hermes yang selalu digambarkan memiliki sayap di kiri kanan kaki merujuk pada baginda sebenarnya (contoh saya juga). 

Watak Hermes yang memang disebut banyak pihak sebagai merujuk pada Nabi Idris (Barat menyebut baginda sebagai Enoch) menyebabkan wujud ilmu kuno yang dikenali sebagai Hermeticism. Ia menjadi antara sebab kenapa ilmu-ilmu Yunani lama turut dikaji dan diterima para ilmuwan silam Islam seperti Al-Kindi dan Al-Farabi kerana dilihat terkandung hikmah daripada ajaran nabi-nabi terdahulu. Lihat tulisan saya yang berkenaan dalam artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Socrates... nabi atau hukamah? di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.




Masuk pula kisah Nabi Nuh AS yang sangat terkenal di merata dunia kerana dikatakan telah membina bahtera besar purba bagi mengharungi banjir sedunia yang berlaku pada zaman baginda. Kata Shaiful ada bukti-bukti saintifik menunjukkan bahtera memang pernah wujud dan ia dibina menurut ilmu kejuruteraan yang tinggi.








Seterusnya disebut tentang kisah Nabi Daud AS yang diketahui pandai menggunakan besi untuk dijadikan senjata dan pakaian perang. Tentunya ini memerlukan suatu macam ilmu kejuruteraan walaupun mungkin caranya tidak sama atau tidak difahami menurut ukuran ilmu moden. Disebut pula tentang anakanda baginda Nabi Sulaiman yang antara mukjizatnya dapat menggunakan angin untuk membawa ke mana-mana. Shaiful melihat ini sebagai bukti baginda memiliki ilmu kejuruteraan aeronautik atau iaitu ilmu kejuruteraan pesawat terbang.



Maka masuklah pada bidang kepakaran khusus beliau iaitu kejuruteraan aeronautik. Ia adalah untuk mendapatkan keadaan terbaik bagi pesawat terbang sambil menjimatkan minyak juga kos pembuatan dan penyelenggaraan. Pengkhususan beliau adalah pada bentuk sayap. Bagaimana mahu mendapat bentuk terbaik yang dapat mengurangkan sebanyak mungkin (jika tidak dapat menghilang langsung) rintangan daripada geseren udara sambil meningkatkan daya angkat (lift yang menyebabkan kapal terbang boleh terangkat ke udara lalu terbang). 

Bagaimana hendak memaksimumkan pergerakan bagi menerbitkan fleksibiliti pesawat (paling penting bagi pesawat tempur atau jet pejuang)? Ada keadaan-keadaan tertentu boleh menimbulkan angin celaru (turbulence - terjemahan yang saya jumpa di Internet adalah 'pergolakan' lalu biar digunakan terjemahan sendiri bagi menggambarkan keadaan). Bagaimana mahu mengurangkan, kalau boleh hilangkan terus? Kerana angin celaru yang berlebihan bukan sahaja boleh merencatkan penerbangan menggegarkan pesawat malah boleh menyebabkan enjin tidak berfungsi lalu pesawat jatuh terhempas ke muka bumi.




Oh. Saya sudah pergi jauh ke hadapan rupanya. Slaid tadi lebih pada mukadimah menunjukkan bidang pengkhususan beliau, belum sampai pada penerangan panjang lebar. Cuma dalam mencari dan mencipya bentuk terbaik bagi pesawat turut diambil kira adalah bahan atau material bagi membuat pesawat. Ada bahan yang kukuh tapi menambah berat, ada pula yang ringan tetapi tidak kukuh. Ada yang ringan dan kukuh tetapi menimbulkan masalah lain seperti mudah disambar petir lalu menyebabkan kerosakan peralatan elektronik di dalam kapal terbang. Maka dimasukkan kisah Zulkarnain dalam Al-Quran sebagai seorang yang tahu ilmu kejuruteraan struktur material ataupun bahan berdasarkan ayat-ayat dan surah berkenaan.




Setelah beberapa lama baru masuk pada zaman selepas kedatangan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Disebutlah nama Ibnu Firnas yang hidup di wilayah Islam Andalusia (kini menjadi negara Sepanyol di Eropah) abad ke-9 Masihi. Beliau adalah orang pertama (dalam sejarah hampir moden, bukan keseluruhan sejarah manusia yang harus mengambil kira Nabi Sulaiman AS) diketahui berjaya terbang dengan suatu macam pesawat walaupun tidak jauh seperti apa yang boleh dilakukan sekarang.




Diberikan beberapa contoh ilmuwan Islam sekitar zaman itu yang boleh dikatakan mengamalkan ilmu kejuruteraan walaupun berlainan bidang...







Paling menarik saya kira adalah Al Jazari yang mencipta beberapa peralatan bersifat automatik dan robotik.





Menurut Shaiful, ilmuwan tersebut ada mencipta suatu bentuk peralatan bersifat robotik yang akan bergerak seraya memainkan bunyi-bunyian tiap kali masuk waktu solat wajib (5 waktu). Kalau berdasarkan apa yang ada pada zaman sekarang alat sebegini harus memerlukan timer atau alat jangka waktu yang telah dimasukkan data masuk waktu solat. Seperti kita tahu waktu solat boleh berubah mengikut hari, bulan dan musim di suatu tempat lalu waktu yang tepat harus diperbaharui selalu lalu dimasukkan datanya ke dalam alat. Dalam kes Al Jazari air (kejuruteraan hidraulik) digunakan untuk menggerakkan peralatan. Tetapi bagaimana ia boleh tahu atau mengesan waktu-waktu solat yang tepat? Harus ada semacam sensor atau pengesan dapat membaca perubahan waktu secara alami mungkin melalui perubahan suhu atau spektrum cahaya matahari (ini telahan saya sahaja)? Kata Shaiful sampai sekarang jurutera moden pun tidak dapat melakukan apa yang pernah dijayakan Al Jazari.




Setelah beberapa lama baru masuk pada ilmu kejuruteraan di Alam Melayu. Penemuan tinggalan industri besi purba di Kedah terutama di Sungai Batu dirujuk bersama catatan-catatan yang menyebut tentang besi berkualiti tinggi dikenali sebagai besi Qala'i hasil buatan dari Kedah. Malah dikatakan salah satu pedang Nabi Muhammad AS adalah daripada Qala'i ini. Tentang industri besi boleh rujuk pembentangan juga lawatan lapangan berkenaan dalam artikel kompilasi Acara kedua belas HIKMAH di Pondok A.M. Bawa Muhaiyaddeen dan tapak arkeologi Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah 17-18 Jan 2015.




Ditunjukkan pula kehebatan kejuruteraan Melayu dalam pembinaan rumah kayu tradisional termasuk istana zaman kegemilangan Melayu Melaka. Dapat ditunjukkan menggunakan teknologi moden bagaimana reka bentuk tersebut boleh membuang haba secara semula jadi menjadikan suasana dalaman rumah ataupun istana begitu selesa dan nyaman.




Orang Melayu dahulukala juga diketahui memiliki teknologi perkapalan yang hebat.




Seterusnya ada alat gobek untuk menerbitkan api menggunakan prinsip tekan udara.




Dikatakan daripada prinsip gobek menerbitkan api itulah seorang ilmuwan Barat berjaya mencipta enjin diesel kereta yang pertama di dunia...




Sekarang barulah masuk pada sajian utama setelah bermacam mauduq dan mukadimah pelbagai cabang ilmu dikongsikan tadi. Ia adalah tentang bagaimana mahu mendapatkan bentuk sayap terbaik bagi pesawat yang saya telah terlepas menyatakan lebih awal tadi.




Ditunjukkan bagaimana apa yang saya panggil sebagai angin celaru (turbulence) boleh timbul. Dalam keadaan biasa ini tidak menjadi masalah. Tetapi ada masanya pesawat perlu melakukan pergerakan lebih ekstrim lalu timbullah angin celaru seperti bergerak hampir menegak yang kalau tidak ditangani dengan betul boleh menyebabkan ia jatuh terhempas. Untuk ini ditunjukkan satu video simulasi pergerakan udara...



Ini semua melibatkan rintangan yang terbit kerana adanya udara di sekeliling kita. Prinsip-prinsip berkenaan pun diterangkan.




Kajian dalam mencari bentuk sayap terbaik membawa pada sejenis ikan paus yang badannya kelihatan seperti menggerutu, banyak ketuat merata, tidak licin permukaan kulitnya. Menariknya didapati bahawa bentuk ketuat-ketuat itu memiliki fungsi besar dalam melancarkan pergerakan ikan paus. Adapun semasa bergerak dalam air mahupun di luar (seperti meloncat keluar laut) prinsip rintangan dan seret tetap terpakai pada suatu objek. Maka itu jika di udara ada angin celaru, dalam air juga ada kejadian serupa.

Bezanya udara adalah jauh lebih 'ringan' berbanding air. Namun prinsip-prinsip berkenaan tetap terpakai baik di udara mahupun dalam air (sebab itu ilmu matematik dan fizik fluid mechanics terpakai baik pada cecair mahupun gas seperti udara). Cuma tidaklah terjadi objek 'terhempas' dalam laut seperti halnya di udara. Sebaliknya pergerakan dalam air boleh menjadi semakin lambat dan tersekat-sekat disebabkan turbulence pada cecair. Hmm... mungkin boleh digunakan perkataan pusaran celaru kerana turbulence dalam air memang bersifat seperti air berpusar tetapi celaru (chaos, chaotic)

Pusaran celaru boleh timbul apabila pergerakan ikan paus menjadi semakin menegak berbanding mendatar (misalnya ketika hendak naik cepat ke permukaan laut). Tetapi menurut Shaiful, kajian saintifik juga simulasi menunjukkan pusaran celaru itu 'pecah' lalu aliran air menjadi licin kembali apabila melalui bentuk-bentuk ketuat tersebut.



Hal ini kelihatan berlawanan dengan logik akal apabila dilihat selapis sahaja. Fikir kita objek yang licin tidak menggerutu harus lebih lancar perjalanan dan pergerakannya baik dalam air mahupun udara. Walhal bukti saintifik dan simulasi menunjukkan sebaliknya. Bentuk tidak rata menggerutu pula yang melajukan lagi pergerakan kerana dapat memecahkan angin mahupun pusaran celaru daripada berkumpul sehingga merencatkan gerak.

Shaiful pun mengemukakan cadangan. Mungkin ini adalah kelebihan yang ada pada bentuk keris yang berlok atau berbentuk beralun-alun itu. Kita fikir senjata licin yang lurus harus lebih laju pergerakannya, maka itu lebih baik dan pantas pengendaliannya. Tapi nampaknya keris lebih fleksibel lalu diberikanlah contoh daripada kisah Hang Tuah yang mana pahlawan besar Melayu bertarf laksamana itu boleh menikam sepantas kilat dengan keris. Dalam pertempuran perbezaan masa sedikit, 0.1 saat, 0.01 saat boleh menentukan kalah menang, hidup dan mati lawan. Apakah ini antara kelebihan keris berdasarkan kejuruteraan pembuatannya yang tersendiri?




Selain itu permukaan keris itu sendiri tidak licin. Lihatlah pada apa yang dipanggil sebagai pamor iaitu permukaan bercorak-corak yang kadangkala kelihatan seperti garis-garis bersimpang siur juga bulat bujur tidak tentu arah itu. Apakah kegunaannya selain tercipta secara semulajadi akibat jenis campuran besi dan cara menempanya? Dalam hal ini teringat bagaimana pengamal seni bela diri lain seperti Kung Fu atau Wushu bangsa Cina melihat senjata. Senjata-senjata tajam mereka rata-rata kelihatan 'bersih' berkilat, licin tidak berlok-lok 'bengkak bengkok' seperti keris. Dilihat selapis faham sahaja kelihatan senjata sebegitu harus lebih lancar pergerakan dan lebih baik pengendaliannya. Kalau begitu permainan senjata mereka harus lebih berkesan dan mencapai matlamat berbanding permainan senjata seperti keris Melayu.

Menurut Shaiful tidak. Beliau sudah pun membuat simulasi pergerakan udara pada keris menggunakan komputer lalu mendapati bentuk lok dan pamor memainkan peranan penting dalam melancar dan melajukan gerak permainan keris. Namun beliau belum berpeluang untuk menguji secara fizikal hal ini dengan sebaiknya. Cara saintifiknya di mana segala macam data empirikal dapat diperolehi adalah  dengan meletakkan keris dalam wind tunnel (terowong angin) yang biasanya cuma dimiliki syarikat-syarikat besar pembuat pesawat. Ia digunakan untuk melihat bagaimanakah pergerakan udara sebenar di sekitar suatu bentuk pesawat, reka bentuk sayap dan sebagainya.




Namun bukan senang hendak mendapatkan kebenaran bagi menggunakan kemudahan wind tunnel walau terdapat di universiti Shaiful di Perancis. Takut-takut dimarahi pensyarah kerana mahu menguji kelebihan keris, bukan reka bentuk pesawat. Namun secara prinsipnya kelebihan ini boleh dibuktikan secara saintifik. Ia menunjukkan ketinggian ilmu kejuruteraan besi Alam Melayu melibatkan reka bentuk juga bahan/material dalam pembuatan secara tradisional keris.

Kesimpulan daripada pembentangan? Ringkasnya sudah ada ilmu purba daripada para nabi untuk menyuluh jalan kemudian ada Al-Quran sebagai petunjuk. Orang Melayu sudah lama memiliki teknologi tinggi kejuruteraan dan ini ada banyak buktinya. Oh, artikel ini mula ditulis jam 12.30 tengah hari tadi dengan niat mahu meletakkan perkataan "Salam tengah hari Jumaat" pada pembukaan setelah siap nanti. Tetapi apabila didapati ia tidak dapat disiapkan sebelum keluar ke masjid untuk solat Jumaat berjemaah saya ketepikan ini.



Dinar dan dirham sebagai wadah kebangkitan ummah

$
0
0
Salam petang Jumaat. Pergi pada pembentangan pertama sesi petang merangkap ke-4 secara keseluruhan bagi acara ke-22 HIKMAH di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) 22 Februari 2020. Bersambung daripada artikel Ilmu kejuruteraan di Alam Melayu dan Islam.



Tajuk pembentangan adalah “Dinar dan Dirham Sebagai Wadah Kebangkitan Ummah”. Pembentang adalah saudara Hazrin Marjan, perunding kewangan Islam dan aktivis dinar dirham.




Tajuk yang saya pilih sebagai presiden HIKMAH ini asalnya diberikan kepada perunding dan aktivis lain iaitu saudara Amirul Haji Mohamad. Tetapi beliau kemudiannya memberitahu tidak dapat membentang kerana diganggu masalah kesihatan sehingga beberapa kali keluar masuk wad hospital. 




Adapun Amirul pernah membentang tentang dinar dirham (wang perak dan emas menurut sukatan berat dan ketulenan tertentu) pada lebih 5 acara HIKMAH. Hazrin pula baru membentang sekali sahaja sebelum ini. Lihat artikel-artikel lama berikut :-






Ada juga pembentangan tentang subjek sama dibuat orang lain menurut cara mereka sendiri. Antara yang sudah banyak kali membentang pada acara HIKMAH adalah Puan Norbaini Hassan. Lihat Kehilangan dinar Melaka - Usaha meminggirkan kuasa ekonomi sebenar Melayu?.



Selalunya setiap pembentang dan pada setiap kali pembentangan akan memberikan dahulu sejumlah hujah termasuk hadis Nabi Muhammad SAW dan ayat-ayat Al-Quran tentang betapa pentingnya dinar dirham digunakan dalam ekonomi sebenar Islam (bukan ekonomi sekadar pakai nama-nama dan hujah berbunyi Arab dan Islam). Ia amat perlu untuk melawan sistem kewangan dunia sekarang yang sebenarnya berdiri di atas penindasan riba' pada banyak peringkat.




Tapi kali ini saya minta supaya pembentangan 'melompat' lebih jauh ke hadapan untuk menghadapi isu-isu semasa kewangan dunia yang sedang melanda sekarang. Dengan itu Hazrin tidak memberikan hujah panjang lebar pengenalan. Sebaliknya diberikan analogi ringkas bahawa penggunaan dinar dirham adalah seperti mana suatu negara yang betul-betul maju dan makmur (bukan setakat daripada segi pencapaian material ada bangunan-bangunan tinggi, banyak duit dan sebagainya) memerlukan perkara-perkara berikut :-


1. Air bersih

2. Memelihara alam sekitar

3. Penghasilan karbon rendah (dalam bahasa Inggeris disebut low carbon emission. Ini kerana penghasilan karbon tinggi seperti daripada asap kereta dan kilang membawa pada pencemaran udara yang merendahkan kualiti hidup)

4. Makanan organik (sekarang terdapat banyak makan diproses yang boleh membawa penyakit)

5.  Jimat tenaga (eletrik, minyak petrol dan sebagainya)

6. Strategi ketenteraan (untuk suatu negara menjadi aman ia perlu memiliki kekuatan yang boleh mencegah musuh daripada mencari peluang untuk menyerang).


Dinar dirham diperlukan untuk manusia menjalankan muamalat iaitu berjual beli. Daripada segi hakikat zat (bahan) ia boleh disamakan dengan air bersih kerana boleh didapati secara 'percuma' (kata-kata Hazrin). Percuma itu adalah daripada segi emas dan perak sebenarnya tidak perlu dibayar jika kita mampu mendapatkannya sendiri. Pandai-pandailah cari dan lombong di mana-mana yang boleh sama seperti mencari air bersih.

Yang menjadikan ia perlu dibayar sehingga menjadi mahal adalah disebabkan kita perlu mendapatkannya daripada pihak lain. Kalau berjaya dapatkan sendiri mungkin kos tidak begitu tinggi. Bukan tidak pernah berlaku orang terjumpa emas 'setepek' terkeluar daripada tanah begitu sahaja. Tetapi dalam berurusan dengan orang lain (untuk mendapatkan suatu barangan misalnya) kita tetap menurut harga semasa walaupun kos untuk mendapat emas 'setepek' itu sebenarnya adalah percuma.




Terus pada perbandingan emas dengan wang kertas. Sebetulnya pada hakikatnya penggunaan emas dalam berjual beli adalah barter trade iaitu pertukaran jenis barangan yang berlainan tetapi dipadankan jumlah supaya mencapai apa yang dianggap sebagai sama nilai. Misalnya sebiji buah kelapa tidak sama jenis dan nilai dengan sebiji buah pisang (contoh saya). Tetapi boleh ditukarkan (hakikatnya merupakan jual beli jua) dengan satu tandan pisang jika kedua-dua pihak yang memiliki barangan bersetuju begitulah persamaan nilai kedua barangan. Sesungguhnya nilai suatu wang emas atau dinar itu terletak pada ain' atau zat wang itu sendiri. Bukan seperti wang kertas yang mana nilai pada zat iaitu harga kertas yang dipotong-potong bersaiz kecil kemudian dicetak sebegitu  rupa tak sampai berapa sen pun. Tetapi ia diberi nilai oleh undang-undang dan penguatkuasaan. Ini sebenarnya boleh dikatakan paksaan bagi orang yang faham.

Hal pemaksaan boleh dilihat apabila pernah berlaku dalam sejarah negara Amerika Syarikat rakyat DIWAJIBKAN menyerahkan emas simpanan milik mereka kepada kerajaan lalu diberi wang kertas yang DIANGGAP ganti setimpal. Walhal emas adalah bernilai, kertas tiada nilai kecuali yang 'dipaksakan' melalui undang-undang. Perbezaan nilai sebenar emas berbanding wang kertas inilah yang sebenarnya membawa pada inflasi iaitu nilai wang kertas semakin menurun. Ia adalah keadaan di mana semakin lama semakin banyak nilai wang diperlukan untuk mendapatkan suatu barangan sama jenis dan jumlah. Sedangkan perkara ini tidak akan berlaku jika emas digunakan sebagai matawang, begitu juga dirham kerana nilainya adalah pada zat iaitu bahan perak.



Hal ini perlu difahami untuk kita sendiri kembali memperkasakan ummah. Selagi bergantung pada duit kertas kita akan sentiasa tertakluk pada permainan pihak-pihak berkepentingan yang sentiasa mahu membuat untung atas angin sedangkan ia amat merugikan pihak lain. Malah mereka boleh mencetak atau menerbitkan seberapa banyak wang baru yang mereka suka tanpa perlu memiliki apa-apa sandaran kecuali penguatkuasaan undang-undang yang disokong oleh kekuatan dan ugutan ketenteraan. Hal ini sudah beberapa dekad dilakukan oleh Amerika Syarikat sebagai negara kuasa besar dunia dengan memaksa agar setiap transaksi  jual beli import eksport antarabangsa terutama antara negara dilakukan dalam matawang US Dollar. 

Ini paling terpakai dalam jual beli import eksport minyak (petroleum) sehingga wujud istilah Petrodollar. Sesiapa sahaja yang cuba merubah ini akan diserang dan dihancurkan dengan kekuatan tentera seperti pernah berlaku pada arwah Presiden Libya, Muammar Ghaddafi - beliau pernah menyeru agar jual beli petroleum dilaksanakan sepenuhnya menggunakan emas. Tetapi alasan lain diberikan untuk AS untuk menyerang lalu menghancurkan sekali ekonomi Libya yang hampir mencapai kejayaan keluar daripada sistem kewangan mencengkam Barat.




Sebetulnya sudah ramai pihak yang berpengetahuan sedar tentang hakikat sebenar sistem kewangan sekarang. Lihat sahaja pada ekonomi AS. Nampak kukuh dan begitu maju bukan? Kalau begitu kenapa hutang negara mereka mencapai bertrillion USD? Dengan siapakah mereka berhutang? 

Itulah hakikat kewangan dunia. Yang sebenarnya menguasai bank-bank pusat negara di merata dunia termasuk Federal Reserve US (bank pusat AS) bukanlah negara itu sendiri tetapi pihak persendirian terdiri daripada para pemodal Yahudi yang sudah berabad mencatur politik dan kewangan dunia. Disebabkan itu ada negara-negara yang berusaha untuk membina kembali simpanan emas. Jika didapati ada simpanan yang boleh dikaitkan dengan mereka di luar negara dicuba tarik kembali masuk untuk menyokong kedudukan kewangan dalaman. 

Bagi pembentangan ini saya secara khusus telah meminta Hazrin (sebelum itu pada Amirul) agar membuat kajian tentang simpanan emas negara China dan kesan terhadap ekonominya. Ini kerana ada terbaca sekitar beberapa tahun lalu (tak ingat di mana) bahawa negara tersebut sedang giat mengumpul emas. Tidak lama kemudian China kelihatan seperti begitu mendadak muncul sebagai satu kuasa ekonomi  dunia yang baru. Ketika itulah ia rancak mewar-warkan satu inisiatif yang dipanggil sebagai OBOR (One Belt One Road - boleh diterjemahkan sebagai Satu Jalur Satu Laluan). 

Ia adalah usaha untuk merancakkan jaringan perdagangan China dengan membina infrastruktur-infrastuktur baru seperti lebuh raya dan pelabuhan menghubungkan ia dengan negara-negara yang memiliki kedudukan strategik di seluruh dunia. Untuk itu China sedia memberikan wang pinjaman sehingga berbillion USD. Namun ia ada syarat-syarat tersendiri yang boleh menjadi jerat hidup bagi sesiapa yang terkena. Negara-negara yang tidak mampu membayar menurut jadual dan syarat boleh hilang atau tergadai infrastruktur yang dibina berserta tanah/wilayah kedudukannya.



Berita-berita tentang perkembangan China termasuk ia mula menunjukkan kekuatan ketenteraan dengan angkuh di Laut China Selatan melibatkan perairan yang ada tuntutan bertindih termasuk dengan Malaysia kerap kedengaran sejak beberapa tahun lalu. Sehinggalah muncul wabak kuman Coronavirus Covid-19 sebulan dua lalu membuat ia senyap seperti tertunduk tertekan. Apapun, hakikatnya memang kelihatan ekonomi China naik mendadak pada suatu masa tidak begitu lama dahulu. Hazrin telah membuat kajian berkenaan simpanan emas negara yang didapati bertambah 2 kali ganda berbanding suatu tempoh sebelumnya (saya lupa tempoh masa dan jumlah sebenarnya). 

Satu perkara menarik. Dalam tempoh masa tersebut simpanan emas China meningkat daripada segi jumlah berat metrik tan sebanyak 2 kali ganda. Tetapi nilainya dalam USD meningkat 4 kali ganda. Nampak tak bagaimana simpanan emas boleh memainkan peranan dalam memperkasakan ekonomi negara?




Ia berbalik pada soal wang kertas tidak memiliki nilai sebenar melainkan atas penguatkuasaan undang-undang yang biasa dilakukan melalui kekuatan tentera. Wang kertas boleh dicetak dan dikeluarkan begitu banyak dan ini sebenarnya telah dilakukan beberapa kali oleh Federal Reserve (bank pusat) AS yang merupakan milik persendirian sebenarnya. Hasilnya jumlah duit bertambah sedangkan nilai tidak ditingkatkan secara setimpal (seperti sandaran emas yang tidak lagi dipakai). Ia dicetak oleh bank milik pemodal Yahudi untuk disampaikan kepada kerajaan sebelum disebarkan untuk penggunaan orang ramai. Hasilnya kerajaan menambah hutang kepada bank dan rakyat menanggung beban.



Maaf. Gambar-gambar kurang jelas kerana kamera saya sedang mengalami masalah mekanisma fokus tidak berfungsi baik. Untuk pemahaman mudah tentang masalah wang kertas saya boleh beri contoh begini. Katakan bank mengeluarkan USD1 billion duit kertas. Harus ada suatu instrumen atau barangan senilai USD1 billion dalam sistem dijadikan sandaran atau timbal balik dalam kira-kira buku akaun. Dahulu semua negara di dunia termasuk AS menggunakan emas. Tetapi ini kemudian ditukar lalu nilai perdagangan minyak, simpanan rezab matawang antarabangsa dan sebagainya pula dijadikan sandaran.

Maka situasinya begini :-

USD 1 billion wang kertas dikeluarkan untuk kegunaan ramai. Ini dijamin nilai USD 1 billion dalam sistem.

Tiba-tiba atas sebab-sebab tertentu bank pusat mengeluarkan dan mencetak lagi USD 1 billion wang kertas untuk diedarkan, misalnya untuk menyelamatkan bank-bank umum daripada runtuh akibat suatu masalah. Hal sebeginilah yang terjadi akibat apa yang dipanggil sebagai masalah subprime iaitu penjualan hutang atas hutang antara institusi-institusi kewangan bagi pinjaman pembelian rumah yang dibuat oleh rakyat biasa (hal ini pernah berlaku tidak berapa lama dahulu). Tetapi nilai terjamin masih USD1 billion kerana tidak ditingkatkan dengan sandaran suatu barang sebenar. Yang ada cuma tulisan atas kertas (atau dalam komputer) masuk buku akaun. Maka itu sudah ada USD2 billion duit kertas beredar dalam sistem (USD 1 billion + USD 1 billion). Sedangkan nilai sebenar bagi semua wang itu masih USD1 billion juga.

Ini bermakna apa? Setiap 1 USD dalam tangan kita nilai sebenarnya  sudah menjadi cuma 0.5 USD sahaja. Tetapi tetap tercatat dalam sistem perbankan bahawa negara telah berhutang USD 2 billion kerana bank pusat mengeluarkan wang kertas yang tercatat dengan jumlah nilai tersebut (walaupun nilai sebenar sudah jauh merosot) kepada kerajaan. Hutang ini pula dikenakan bunga atau riba' yang tinggi selagi belum dapat diselesaikan sepenuhnya. Sebetulnya mustahil pun dapat diselesaikan kerana hutang terus meningkat dengan bank terus mencetak/mengeluarkan duit lalu dikenakan lagi bunga.

Malah bank sebenarnya tak perlu cetak duit pun untuk meningkatkan edaran wang (dicipta dengan meletakkan angka baru tambahan dalam akaun) yang membawa kepada implikasi hutang. Tambah sahaja dalam akaun antara bank pusat dengan bank-bank lain lalu terciptalah duit atas angin tanpa perlu langsung bersandarkan pada apa-apa nilai sebenar. Nampak tak bagaimana negara segah AS boleh berhutang bertrillion USD? Begitu sebenarnya hal negara-negara lain di dunia termasuk Malaysia.



Hal kemerosotan nilai akibat pengeluaran wang kertas tambahan apatah lagi akibat penambahan angka edaran dalam akaun yang menerbitkan lagi hutang mungkin tidak dapat dilihat secara terang dan nyata di hadapan mata pada suatu ketika. Tetapi ia tetap akan terzahir juga melalui inflasi yang mana harga barangan secara rata meningkat lalu ia boleh ditafsirkan sebagai nilai matawang menurun. Percayalah, perkara ini tidak akan berlaku jika kita menggunakan matawang emas. Dikatakan jika satu dinar (yang biasanya diletakkan pada berat 4.25 gram emas tulen) boleh membeli seekor kambing pada zaman Nabi Muhammad SAW begitu juga nilai dan kuasa belinya pada zaman kita malah sampai bila-bila.

Begitu juga hal dirham (lupa ukuran berat) boleh membeli seekor ayam tak kira pada zaman mana. Tentunya hal kestabilan harga serta pelbagai implikasi baiknya (baik bagi masyarakat umum, tidak pada puak yang menunggang kita) ini tidak disukai oleh pihak-pihak tertentu. Mereka mahu terus memperolehi keuntungan atas angin. Mereka mahu terus memegang kuasa untuk mencetak dan menambah angka edaran duit yang diterjemahkan menjadi hutang suatu negara.

Sebetulnya Hazrin ada mengutarakan 2-3 perkara lain termasuk penggunaan dirham pada skala kecil-kecilan di pasar-pasar orang Islam dan Melayu terutama melalui institusi masjid. Ini semua boleh membantu kita untuk memperkasakan ummah sambil berusaha keluar daripada sistem ekonomi dan perbankan sedia ada yang penuh dengan riba' walaupun ada diisytiharkan sebagai Islamik. Islamik daripada segi akad, lafaz niat dan nama-nama instrumen kewangan berbau Arab. Tetapi hakikatnya? Tetap bersandar pada sistem riba' yang mana bukan sahaja menindas semua orang. Malah Allah SWT dan rasul mengisytiharkan perang terhadap semua yang terlibat dengan riba'. Bagaimana doa kita mahu betul-betul diterima, menjadi makbul dan berkesan?

Kita cuma boleh menggunakan alasan darurat kerana tidak memiliki kekuatan untuk keluar daripada sistem sedia ada. Tetapi kita harus sekurang-kurangnya memahami ia adalah salah lagi berdosa dan merosakkan manusia lalu mencari jalan keluar daripada cengkamannya. Barulah ummah boleh betul-betul bangkit untuk menyahut segala cabaran akhir zaman. Untuk makluman ini adalah artikel ke-383 di blogspot HIKMAH.


Melayu dan Islam berpisah tiada

$
0
0
Allah. Sedar tak sedar rupa-rupanya sudah masuk pertengahan bulan Rejab. Malam tadi baru tergerak untuk menyemak kalendar lalu mendapati Ahad semalam sudah 13 Rejab. Sepatutnya saya berpuasa sunat siang itu kerana sudah membiasakan diri berpuasa 3 hari berturut-turut tarikh 13, 14 dan 15 setiap bulan Islam tetapi terlupa. Kalau hari ini Isnin 14 Rejab tak tengok kalendar pun insyaallah tetap akan berpuasa kerana sudah membiasakan diri berpuasa sunat Isnin dan Khamis.

Apapun masuk kita pada pembentangan kedua sesi petang merangkap ke-5 secara keseluruhan bagi acara ke-22 HIKMAH di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) 22 Februari 2020. Bersambung gerak penulisan daripada artikel Dinar dan dirham sebagai wadah kebangkitan ummah.


Tajuk pembentangan adalah “Melayu dan Islam Berpisah Tiada”. Pembentangnya adalah Profesor Datuk Dr Awang Sariyan, penyandang Kursi Za’aba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Untuk pengetahuan beliau adalah tokoh bahasa Melayu yang tidak asing lagi di persada tanah air. Sebagai penggiat bahasa beliau memiliki reputasi antarabangsa kerana pernah menjadi profesor bahasa Melayu di negara China selama beberapa tahun. Beliau juga sudah membentang tentang bahasa Melayu di banyak negara lain termasuk di Eropah.

Sebelum berpindah ke UPSI sekitar bulan September tahun lepas beliau pernah menjadi ketua unit Tamadun Melayu Islam di ISTAC.  Di situlah saya mula mengenali Awang kerana beliau juga adalah pensyarah bagi kelas berkenaan sepanjang semester pertama saya di ISTAC September 2018 hingga Januari 2019. Untuk assignment iaitu kerja akhir kelas saya menulis satu kertas tentang HIKMAH, bagaimana ia boleh bermula dan apakah sumbangannya terhadap masyarakat. Jadi sedikit sebanyak beliau tahu saya juga terlibat dan usaha dan gerakan untuk memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.

Beliau telah membeli buku ke-13 saya "Kenangan Kembara Hitchhike Solo Eropah Tahun 1995" sejurus selepas ia selamat diterbitkan Jun 2019 lalu sedia datang untuk memberikan kata-kata aluan pada majlis pelancaran di rumah bulan seterusnya. Lihat artikel Majlis rumah terbuka dan 'sambutan' buku Merah Silu di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Disebabkan hubungan inilah beliau tiada masalah untuk membentang pada acara ke-22 HIKMAH walaupun malam sebelumnya harus berada di Singapura untuk majlis lain.


Tajuk pembentangan adalah atas pilihan beliau. Difahamkan ia pertama kali disediakan lalu dibentangkan untuk satu majlis di sebuah masjid di Tangkak, Johor penghujung tahun lepas. Tajuk sama ada dipersembahkan di ISTAC awal tahun dalam satu majlis persatuan mahasiswa Indonesia di Malaysia. Walaupun pada mulanya ada terfikir untuk membawa tajuk lain ke acara HIKMAH akhirnya didapati lebih mudah mengulang tajuk sama tetapi pada khalayak yang berlainan memandangkan slaid untuknya sudah lama tersedia cantik.



Pembentangan dibuka dengan menyatakan asal usul orang Melayu seperti ada dinyatakan kajian Barat. Perkara sama melibatkan satu tanah besar dikenali sebagai Benua Sunda merujuk pada bentuk muka bumi Alam Melayu/Asia Tenggara beribu tahun lalu ada disebut dalam pembentangan saya yang berkenaan pada waktu pagi. Rujuk kembali artikel Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia. Disebut juga asal usul bangsa Melayu sebagai satu cabang keturunan Nabi Ibrahim AS. Semua ini ada disebut dalam penulisan-penulisan saya kecuali hal perkataan Jawi (satu nama rujukan kepada bangsa Melayi) sebagai berasal daripada gabungan perkataan Ji dan Wi yang menurut Awang  membawa makna "Satu Tuhan".




Ditunjukkan pula peta sebaran kependudukan orang Melayu daripada Benua Sunda ke bahagian lain dunia terutama setelah berlaku paras air laut naik mendadak sehingga membentuk muka bumi Asia Tenggara yang kita kenali sekarang. Perkara ini juga rujukan-rujukan yang kelihatan (buku "Eden in The East" oleh Stephen Oppenheimer dan "Atlantis the Lost Continent Finally Found") ada disebut dalam tulisan-tulisan saya terutama buku ke-11"Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu" dan 'kembarnya' (kerana diterbitkan bersama Mac 2018) dan buku ke-12 "Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Manusia". Sekadar memberitahu, kedua-dua buku ada dihadiahkan kepada Awang tidak lama selepas mengikuti kelas beliau di ISTAC. 

Yang saya tak pernah sebut adalah rujukan ketiga dalam gambar iaitu buku "Asal Usul Melayu Induknya di Benua Sunda" oleh pengkaji tempatan Puan Zaharah Sulaiman. Namun kajian-kajian Zaharah ada dirujuk dalam penulisan dan buku kerana pernah mengikut berapa pembentangan beliau tentang hal-hal berkenaan. Lihat artikel-artikel lama berikut :-


1. Simposium Serantau Asal Usul Melayu - Dari asal membawa ke usul

2. HIKMAH Merdeka Raya - Dari DNA Melayu ke pencarian makna besar kemerdekaan

3. Seminar Asal-Usul Melayu di UKM - Mengaitkan Adam dengan bangsa Melayu

4. Seminar Asal Usul dan Bukti Keintelektualan Melayu - Dari DNA Sundaland ke raja-raja Melayu




Selepas menerangkan asal usul Melayu purba sekitar 10,000 tahun lalu dan lebih awal baru disorot zaman yang lebih dekat. Dibuatlah pembahagian tempoh masa peradaban Melayu seperti dalam senarai. Kalau tak salah ingatan hal serupa pernah dibentangkan dalam kelas di ISTAC juga salah satu buku tulisan beliau.



Ah. Baru teringat isi hampir serupa iaitu tentang tahap-tahap peradaban Melayu atau bahasa Melayu dan kenapa dipecahkan begitu pernah diketengahkan dalam satu pembentangan Awang di Arkib Negara tahun lepas. Jadi tidak perlulah diulangi panjang lebar penerangan di sini. Lihat sahaja artikel Ceritera Bahasa Melayu di Negara Tercinta dan di Peringkat Antarabangsa oleh Awang Sariyan.




Sesungguhnya sebelum mengenali di ISTAC lagi saya sudah mengikut sejumlah syarahan dan pembentangan beliau terutama ketika menyandang jawatan ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Institusi tersebut banyak mengadakan majlis-majlis ilmu dan saya selalu berusaha untuk hadir. Sekadar berkongsi sejumlah artikel yang pernah ditulis tentang majlis-majlis ilmu di DBP termasuk sebelum Awang bertugas di sana dan selepas beliau keluar :-


















Sebut pasal DBP pada zaman beliau saya malah pernah menumpang kenderaan Awang dari sana ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra) tahun 2005. Tapi Awang tak ingat. Lihat Daripada Cheng Ho ke pesta buku - Rumi dan projek penulisan baru.  Kembali pada pembentangan. Disebutlah tentang kedudukan Melayu dan Islam seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Kebangsaan dan apakah implikasinya terhadap pembentukan negara. Tentulah disebut sekali bahawa menurut perlembagaan orang Melayu (di Malaysia) mestilah beragama Islam. Baru boleh diiktiraf menurut undang-undang sebagai seorang Melayu lalu boleh menerima hak-hak keistimewaan yang diperuntukkan sebagai penduduk asal dan peneraju Tanah Melayu.
















Dalam memperjuangkan hal ini Awang diakui sebagai salah seorang tokoh paling berpengaruh dan terkehadapan. Beliau sudah beberapa kali terlibat dalam demontrasi mengangkat kepentingan bahasa Melayu, suaranya menjadi satu petunjuk arah perjuangan. Sebagai mengakhiri penulisan biar diletakkan pautan beberapa artikel yang melibatkan perjuangan beliau dalam tempoh setahun kebelakangan :-








Secara rata pembentangan dan perkongsian fikir Awang termasuk pada acara ke-22 HIKMAH di ISTAC mengandungi aspirasi perjuangan yang sama demi memartabatkan Melayu dan Islam. Ini kerana beliau tetap konsisten dalam menanggapi perkara. Perjuangannya tidak pernah berubah asas, yang ada cuma penambahan, mungkin perubahan hujah menurut keadaan. Intipatinya tetap Melayu dan Islam.


Semangat keilmuan Andalusia dalam menongkah arus zaman

$
0
0
Salam semua. Setelah beberapa lama masuk kita pada pembentangan ke-3 sesi petang merangkap terakhir secara keseluruhan bagi acara ke-22 HIKMAH di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) 22 Februari 2020. Bersambung gerak penulisan daripada artikel Melayu dan Islam berpisah tiada.




Tajuk yang diberikan adalah jelas pada slaid. Pembentangnya adalah saya. Ia asalnya diperuntukkan untuk dibawa oleh Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar, cendekiawan utama di ISTAC. Namun setelah diminta juga untuk merasmikan majlis pada waktu pagi beliau memilih untuk bercakap tentang perkara dalam ucapan perasmian. Lihat  HIKMAH ISTAC 2020 - "Salam Fakir Andalusia", kelebihan ilmu dan signifikan mengadakan acara di ISTAC.




Tajuk dipilih untuk menegaskan kembali kenapa tema acara ke-22 HIKMAH ini diberikan tajuk "Salam Fakir Andalusia". Ketika memberikan ucapan sebagai presiden HIKMAH iaitu sebelum ucapan perasmian Osman saya ada memberitahu bahawa ungkapan tersebut diambil daripada lirik lagu "Andalusia" oleh penyanyi dan komposer terkenal tanah air M. Nasir. Diterangkan bagaimana lagu menyatakan harapan dan kerinduan terhadap kebangkitan Islam akhir zaman. Dan salam itu sendiri adalah suatu pernyataan memohon agar dipinjamkan kekuatan (melalui fakir, merujuk pada ahli-ahli Sufi seperti Ibnul Arabi) demi menongkah arus kebejatan akhir zaman dalam melaksanakan perjuangan.




Osman kemudian memanjangkan perkara dengan menceritakan sedikit tentang zaman keemasan Andalusia. Disebutlah nama beberapa tokoh ilmuwan Islam sana dan bagaimana ketinggian peradabannya kemudian memacu zaman 'pencerahan' (enlightenment) Eropah yang bermula sekitar abad ke-15 Masihi. Untuk pembentangan petang perkara diperincikan dengan menunjukkan dahulu kedudukan Andalusia dalam peta sekarang. Untuk pengetahuan ia kini adalah sebahagian daripada negara Spain atau Sepanyol.




Beginilah kedudukannya dalam peta moden sekarang. Perhatikan negara Portugal atau Portugis terletak di sebelah kiri atau ke barat wilayah Andalusia. Adapun Portugis adalah kerajaan Eropah pertama menjadi satu kuasa dunia diikuti Sepanyol. Dalam sejarah Alam Melayu nama mereka terkenal setelah berjaya menakluki kota Melaka tahun 1511 Masihi sementara Sepanyol datang dari arah Lautan Pasifik (Portugis dari arah Lautan Hindi) lalu membentuk wilayah yang dikenali sebagai Filipina tahun 1521. Apakah satu kebetulan mereka menjadi kerajaan-kerajaan Eropah terawal mencapai status kuasa dunia? Untuk memahami perkara harus disorot sejarah awal kemunculan kerajaan Andalusia Islam.




Sesungguhnya Andalusia muncul sebagai rantaian peristiwa daripada perkembangan wilayah Islam sejak junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW mendapat wahyu untuk menyebarkan Islam sekitar tahun 610 Masihi.  Sebelum wafat tahun 632 seluruh jazirah Arab dapat diIslamkan. Lihat kawasan yang ditanda dengan warna hijau gelap dalam peta. Pada zaman pemerintahan Khulafak Ar-Rashidin (Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali) liputan pemerintahan Islam sudah meliputi sekali kawasan berwarna hijau sedang. Ketika itulah Empayar Parsi berjaya dikalahkan lalu wilayahnya dimasukkan dalam pemerintahan Islam. Ketika itu juga Baitul Maqdis berjaya dibebaskan daripada pemerintahan Empayar Rum lalu turut menjadi wilayah Islam.

Perkembangan terus berlaku pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah sebagai khalifah (661-750). Wilayah pemerintahan Islam menjangkau lebih besar untuk meliputi pula kawasan bertanda hijau cair.  Nampak di sebelah kiri tengah Semenanjung Iberia di bahagian paling Barat Eropah? Itulah dia wilayah Andalusia Islam awal.




Penaklukan wilayah Eropah itu bermula dari arah Afrika Barat iaitu dari Maghribi, juga dikenali sebagai Morocco.




Dari Maghribi sudah terlalu dekat untuk menyeberang masuk dengan kapal.




Satu angkatan perang Islam dipimpin oleh panglima Tariq bin Ziyad pun masuk menyeberang menuju ke satu bukit tinggi di hujung selatan Semenanjung Iberia yang boleh dilihat dari darat Afrika. Lalu berlakulah penaklukan demi penaklukan mengalahkan kuasa-kuasa Kristian Barat. Mengingati peristiwa penyeberangan tahun 711 bukit diberikan nama Jabal (bukit dalam bahasa Arab) at-Tariq. Kemudian hari sebutan Jabal at-Tariq menjadi Gibraltar. Itulah nama tempat tersebut seperti dipakai Barat hingga ke hari ini.




Sekadar menunjukkan kawasan-kawasan wilayah pemerintahan bukan Islam yang pernah wujud sebelum kedatangan Islam. Sengaja ditunjukkan keadaan hampir 200 tahun lebih awal. Walaupun berlaku banyak perubahan selepas itu ketika Tariq bin Ziyad datang kuasa utama yang perlu ditentang adalah puak-puak Visigoths, satu pecahan kaum daripada ras besar Jerman/Germanic. Dikatakan Tariq sendiri datang mengambil kesempatan atas perang saudara antara puak-puak Visigoth. Selebihnya adalah sejarah yang membuka jalan pada kemasukan paling awal kuasa umat Islam di Eropah.




Masuk tahun 750 jangkauan kekuasaan Islam sudah meliputi kesemua kawasan yang diwarnakan hijau. Dengan itu boleh dikatakan hampir seluruh Semenanjung Iberia berada dalam tangan ummah. Oh, slaid-slaid saya mengandungi animasi yang mana teks-teks muncul beberapa waktu selepas dipaparkan suatu gambar atau peta. Teks dalam slaid ini menunjukkan apa yang berlaku setelah beberapa lama penaklukan demi penaklukan meliputi wilayah yang kelihatan. 

Adapun pada tahun 750 juga pemerintahan Bani Umaiyah yang berpusat di Damsyik jatuh lalu digantikan oleh pemerintahan Bani Abbasiyah (kemudian mendirikan kota Baghdad lalu berpusat di sana). Dalam selang waktu tersebut ramai ahli keluarga Bani Umaiyah diburu dan dibunuh. Namun ada yang dapat melarikan diri kemudian bergerak ke Andalusia lalu mengisytiharkan ia sebagai satu kerajaan bebas. 




Peta kerajaan-kerajaan Islam pada abad ke 9. Kelihatan terdapat beberapa pecahan wilayah pemerintahan. Pemerintahan terus (direct rule) Bani Abbasiyah cuma terpakai pada kawasan yang ditandakan hijau. Kawasan berwarna ungu dan oren pula berada dalam naungan. Selain daripada itu adalah pemerintahan Islam yang tersendiri, tidak lagi memandang kepada Baghdad sebagai pusat.




Masuk abad ke-10 wilayah Islam Andalusia telah mengecil sedikit akibat perlawanan daripada kuasa-kuasa Eropah Kristian dari arah utara. Namun ini tidak menghalang ia daripada diisytiharkan sebagai Kekhalifahan (Caliphate), bukan lagi sekadar suatu kerajaan.



Selepas seabad Kekhalifahan Islam Andalusia (juga dikenali sebagai Kekhalifahan Kordoba kerana berpusat di kota Kordoba) pula jatuh. Muncul kerajaan-kerajaan kecil diperintah oleh para penguasa tempatan, kerajaan-kerajaan yang dikenali sebagai Taifa.



Kerajaan-kerajaan serpihan memberikan lebih ruang untuk kuasa-kuasa bukan Islam menyerang sambil mengadu domba. Tidak lama kemudian tinggal wilayah Andalusia seperti yang kita tahu sekarang sebagai satu-satunya kerajaan Islam yang masih wujud di Semenanjung Iberia. Tahun 1492 ia jatuh sepenuh ke tangan kuasa Kristian. Itulah tahun dan tarikh keramat bagi gerakan kebangkitan Kristian melonjak naik mula mengatasi Islam.



Selepas daripada tarikh itulah muncul dengan galak angkatan-angkat Barat terutama dari Portugis menyerang kota-kota pelabuhan Islam sehingga membawa kepada penaklukan Kota Melaka di Alam Melayu tahun 1511. Satu tinggalan penting zaman keemasan Islam yang pernah wujud di Andalusia ialah Istana Alhambara seperti kelihatan pada gambar...



Sekarang baru hendak disebut tentang budaya dan legasi ilmu yang penting daripada zaman keemasan Andalusia. Osman telah menyebut beberapa nama ilmuwan sana yang membentuk suasana keemasan. Seorang pembentang iaitu saudara Shaiful Hakim juga ada memberikan contoh dalam pembentangan beliau. Lihat Ilmu kejuruteraan di Alam Melayu dan Islam. Saya cuma mahu memberikan tumpuan terus pada seorang sahaja tokoh iaitu Sheikh Muhyiddin Ibn Arabi (hidup 1165-1240). Beliau yang sering disebut sebagai Ibnul Arabi adalah seorang ahli ilmu Tasawuf yang dipercayai telah mencapai taraf wali tertinggi.



Sesungguhnya saya melihat legasi keilmuan Ibnul Arabi ini ada dibawa dalam pemikiran pengasas ISTAC iaitu Tan Sri Profesor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas. Ini boleh kaitkan dengan tesis PhD beliau tahun 1962 di London yang kemudian dijadikan buku bertajuk "The Mysticism of Hamzah Fansuri" (Kemistikan Hamzah Fansuri). Ia merujuk kepada tokoh besar ilmuwan Aceh abad ke-16 hingga ke-17 tersebut yang juga dikatakan seorang wali besar. Hamzah ada membawa fikrah, falsafah dan cara pemikiran Ibnul Arabi di dalam tulisan-tulisannya tentang hubungan manusia dengan Tuhan.

Saya melihat pemikiran sama ada dibawa oleh Syed Naquib sehingga tergambar pada seni bina bangunan ISTAC yang memang diketahui ramai mengikut ciri-ciri Istana Alhambra di Andalusia. Pemikiran serupa walaupun dengan pendekatan berlainan saya lihat dibawa pula oleh peneraju sekarang ISTAC, guru saya, Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar. Untuk pengetahuan satu kursi pemikiran tinggi diberi nama Kursi Al-Ghazzali telah dilancarkan di ISTAC lebih dua dekad lalu dengan Syed Naquib sebagai penyandang pertama kursi. Osman yang sudah beberapa lama mengajar di luar negara pula muncul sebagai penyandang kedua cuma baru setahun lebih lalu. Lihat artikel Gagasan baru ISTAC - Memajukan perbandingan epistemologi, ketamadunan dan pengajian masa hadapan di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.



Nah. Harus semakin jelas kenapa saya memilih tema "Salam Fakir Andalusia" bagi acara ke-22 HIKMAH di ISTAC. Sekarang lihat kedudukan dan konteksnya dalam lirik lagu Andalusia oleh M. Nasir. Sesungguhnya yang dimaksudkan sebagai fakir, yang dipohon sampaikan salam lalu diminta izin untuk diselami irama asyiknya itu adalah ahli-ahli Tasawuf Andalusia terutama Ibnul Arabi. Yang diminta pinjamkan gambus dan ghazalnya jadi azimat supaya dapat tari menongkah arus itu adalah memohon wasilah kekuatan ummah seperti tergambar pada zaman keemasan Andalusia melalui jalan kerohanian agar dapat memperjuangkan kebangkitan Islam akhir zaman. 

Sesungguhnya saya berusaha untuk mengadakan acara di ISTAC memakai tema berkenaan untuk mengajak hadirin terutama kawan-kawan dalam dunia persilatan agar dapat merasai jika tidak pun menyelami apa yang saya lihat sangat istimewa tentang lokasi sehingga akhirnya tergerak untuk menyambung kembali pengajian setelah lebih dua dekad meninggalkan universiti. Adapun dahulu, selepas menamatkan pengajian sarjana muda dalam bidang matematik di Universiti College of London tahun 1995 saya telah membuat keputusan untuk tidak lagi belajar (secara formal) walaupun disuakan peluang. Sebetulnya ada terbuka jalan untuk menyambung ke peringkat sarjana tetapi dalam bidang berkaitan seni pada waktu itu juga. Ini ada diceritakan dalam artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Penulisan tesis sebagai pembuktian dakwaan yang diyakini benar yang dipaparkan di blogspot CATATAN SI MERAH SILU Khamis lalu.. Satu lagi tak pasti apakah pernah diceritakan di mana-mana. Sebenarnya sebelum menduduki peperiksaan akhir tahun lagi saya pernah mendapat surat tawaran daripada Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menjadi tutor kemudian pensyarah. 

Turut ditawarkan adalah biasiswa bagi menyambung pengajian di peringkat sarjana. Syaratnya cuma dapatkan tempat (tidaklah susah bagi saya ketika itu) dan ia mesti dalam bidang matematik (yang ini agak susah sedikit kerana ketika itu fikiran saya sudah beralih arah tidak berapa lagi menggemari subjek-subjek sains). Saya akhiri artikel ini dengan cerita aspirasi berkenaan yang pernah dinukilkan tidak lama selepas menyambung pengajian di ISTAC. Lihat artikel Menyahut Panggilan Andalusia setelah 30 tahun ia menjelma - Qada' dan Qadar seorang pelajar berusia. Sekian perkongsian tentang pembentangan.



Video-video sekitar acara ke-22 HIKMAH di ISTAC

$
0
0
Cerita-cerita tentang perjalanan acara ke-22 HIKMAH yang dijayakan di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Kuala Lumpur pada 22 Februari lalu sudah selamat dikongsikan diikuti cerita-cerita tentang perincian pembentangan ilmu dalam tempoh 2 minggu kebelakangan. Sekarang biar dikumpulkan apa-apa rakaman video yang dapat ditemui dalam satu artikel. Ia datang dalam bentuk siaran langsung (live video) yang dibuat melalui Facebook juga rakaman yang dibuat pihak lain. Sebetulnya video atau pautan berkenaan ke FB sudah dimasukkan ke dalam artikel-artikel tentang perjalanan acara iaitu  HIKMAH ISTAC 2020 - "Salam Fakir Andalusia", kelebihan ilmu dan signifikan mengadakan acara di ISTAC diikuti HIKMAH ISTAC 2020 - Menelusuri pelbagai aspek peradaban Melayu demi kebangkitan ummah akhir zaman.  Namun untuk kemudahan pembaca biar dikumpulkan atau disenaraikan seperti berikut :-



Pertama adalah live feed sepanjang lebih 20 minit menunjukkan ucapan-ucapan bagi sesi pembukaan dan perasmian majlis. Penerangan ada dalam artikel HIKMAH ISTAC 2020 - "Salam Fakir Andalusia", kelebihan ilmu dan signifikan mengadakan acara di ISTAC. Video boleh dilihat di sini (klik pada perkataan "sini").






Perasmian diikuti gimik berupa bacaan syair bertajuk "Kelebihan Ilmu" karangan Pendeta Za'aba. Di atas adalah videonya...




Untuk sesi pembentangan pagi saya cuma dapat menemui rakaman bagi satu sahaja pembentangan. Tajuknya “Ilmu Kejuruteraan di Alam Melayu dan Islam”.  Silat lihat  live feed di sini.
.



Sebelum sesi pembentangan petang bermula ada pertunjukan silat diadakan dalam bilik acara sekitar jam 2.40. Rakaman video berupa live feed ada di sini.




Turut dibuat live feed adalah pembentangan ke-3 sesi petang merangkap terakhir secara keseluruhan yang dibuat oleh saya. Tajuknya adalah "Semangat Keilmuan Andalusia Dalam Menongkah Arus Zaman" Tujuannya antara lain adalah untuk menerangkan lagi kenapa acara ke-22 HIKMAH ini diberikan tema "Salam Fakir Andalusia". Lihat sini.


Felo kanan ISTAC, Profesor Datuk Dr Baharuddin kemudian meminta ruang untuk menerangkan sesuatu melibatkan keSufian. Live feed ada dibuat di sini



      

Akhir sekali adalah video persembahan silat berkeris yang dibuat lalu dikongsikan orang di FB. Inilah sahaja video-video sekitar majlis yang dapat ditemui. Kalau ada lagi harap beritahu untuk ditambah dan diabadikan dalam artikel ini.



Acara ke-22 HIKMAH di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam), Kuala Lumpur 22 Februari 2020

$
0
0


Salam sejahtera semua. Setelah beberapa lama sampailah masa semua artikel yang telah dibuat tentang acara ke-22 HIKMAH di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) dikumpulkan pautan  dalam satu artikel 'penggulungan'. Sekadar mengingatkan turutan peristiwa dan keadaan. Adapun acara di ISTAC itu adalah kesinambungan bagi acara ke-21 HIKMAH di Aceh setengah tahun lalu. Lihat Acara kedua puluh satu HIKMAH di Kompleks Makam Sultan Malikus Saleh membawa ke Muzium MAPESA/Pedir, Aceh 1-3 September 2019. Sebelum itu HIKMAH pernah berehat panjang daripada mengadakan apa-apa acara. Malah sebenarnya kami tidak mahu lagi mengadakan majlis sampai bila-bila.

Hal ini diputuskan selepas mengadakan acara ke-20 HIKMAH di bahagian lain Aceh (lihat Acara kedua puluh HIKMAH di Rumah Cut Nyak Dhien, Aceh 19 Mac 2017). Sebab musabab ada diceritakan dalam artikel Menyerahkan HIKMAH kepada orang Aceh - Ke mana hala tuju selepas ini?. Ketika itu  sepanduk utama HIKMAH yang telah dibawa ke sana ke mari sejak hampir penghujung tahun 2012 (rujuk Acara pertama HIKMAH di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012) baru diserahkan kepada orang Aceh. Selepas beberapa lama sepanduk 'ditapakan' di wilayah yang sangat terkenal dengan perjuangan tinggi Islam itu baru timbul isyarat dan gerak untuk mengadakan kembali acara.

Jadilah acara ke-21 di Aceh September tahun lalu selepas sepanduk dibawa merata pusing Aceh dan utara Pulau Sumatera dalam satu pengembaraan darat yang meliputi jarak dekat 2,000 km. Lihat Kompilasi artikel perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos - 4 September 2019 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Acara ke-22 di ISTAC pada 22 Februari 2020 pula menyaksikan sepanduk dibuka kembali di Malaysia menandakan perjuangan disambung lagi di tanah air ini. Ia juga adalah simbolik membawa semangat perjuangan Aceh yang sebenarnya ada kaitan dengan Semenanjung Tanah Melayu malah ISTAC itu sendiri. Kaitan khas dengan ISTAC ada kena mengena dengan tema acara iaitu "Salam Fakir Andalusia".


Persediaan untuk acara...


1. Acara ke-22 HIKMAH di ISTAC - Menyelami irama asyik Andalusia bagi menongkah arus zaman

2. Sedikit perkembangan terbaru tentang penganjuran acara ke-22 HIKMAH di ISTAC

3. Tatacara penggunaan ruang bagi acara ke-22 HIKMAH di ISTAC

4. Beberapa persiapan akhir bagi acara ke-22 HIKMAH di ISTAC


Apa yang berlaku sepanjang acara...


1. HIKMAH ISTAC 2020 - "Salam Fakir Andalusia", kelebihan ilmu dan signifikan mengadakan acara di ISTAC

2. HIKMAH ISTAC 2020 - Menelusuri pelbagai aspek peradaban Melayu demi kebangkitan ummah akhir zaman


Kertas kerja atau/dan perkongsian rasa yang telah dipersembahkan...


1. Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia – Radzi Sapiee @ Merah Silu, pengkaji dan penulis buku, presiden HIKMAH

2. Keris Sebagai Pakaian Peradaban Melayu– Tengku Ahmad Ridhaudin, penulis dan calon PhD di ISTAC dalam bidang pemikiran Islam khusus pada kajian keris, presiden ISTACSS (Persatuan Pelajar ISTAC)

3. Ilmu Kejuruteraan di Alam Melayu dan Islam– Shaiful Hakim, pensyarah kejuruteraan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan calon double PhD dalam bidang Aerospace Engineering di UPNM dan Institut National Science Applique (INSA) di Bourges, Perancis

4. Dinar dan Dirham Sebagai Wadah Kebangkitan Ummah– Hazrin Marjan, perunding kewangan Islam dan aktivis dinar dirham

5. Melayu dan Islam Berpisah Tiada– Profesor Datuk Dr Awang Sariyan, penyandang Kursi Za’aba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

6. Semangat Keilmuan Andalusia Dalam Menongkah Arus Zaman– Radzi Sapiee @ Merah Silu, pengkaji dan penulis buku, presiden HIKMAH


Antara yang dapat dikongsikan dengan butiran di blogspot...







6. Semangat keilmuan Andalusia dalam menongkah arus zaman


Acara juga boleh diikuti melalui video klip...


Video-video sekitar acara ke-22 HIKMAH di ISTAC



Pembentangan ilmu daripada acara-acara HIKMAH

$
0
0


Gambar hiasan dan kenangan : Membentang dalam keadaan kaki patah masih belum baik sepenuhnya pada acara ke-6 HIKMAH di Shah Alam 7 Sept 2013. Tiga bulan sebelum itu saya pergi ke acara ke-5  HIKMAH di Kuala Terengganu selepas beberapa hari sahaja kaki dibedah untuk dimasukkan besi. Paling merisaukan ketika itu adalah takut dilarang keluar daripada wad hospital di Sungai Buloh. Sedangkan kehadiran saya amat penting untuk membentang juga menganjurkan majlis...


Salam malam 27 Rejab, malam Israk dan Mikhraj. Para pembaca blogspot ini atau sesiapa sahaja yang rajin mengikuti berita tentang HIKMAH tentu tahu sudah 22 acara atau majlis ilmu kami adakan di merata Semenanjung Tanah Melayu termasuk 3 kali di Aceh sejak HIKMAH diasaskan hampir penghujung tahun 2012. Setiap majlis mengenengahkan beberapa tajuk pembentangan ilmu, paling kurang 2 topik, paling banyak sehingga 11 topik. Ini melibatkan pelbagai aspek keilmuan Melayu dan Islam. 

Daripada begitu banyak tajuk yang telah dipersembahkan ada beberapa dapat dipanjangkan dalam artikel-artikel khas memaparkan slaid atau sebagainya supaya dapat ditelaah umum. Setelah beberapa lama baru tergerak untuk mengumpulkan pautan bagi artikel-artikel tersebut mengikut kategori-kategori yang bersesuaian. Turut dikongsikan senarai semua tajuk menurut majlis. Semoga ia memberikan manfaat demi kebangkitan Melayu dan Islam dalam menghadapi segala macam cabaran akhir zaman.




Dinar Dirham dan Ekonomi Sebenar Islam


1. Mata wang syariah dan Melayu : Penipuan dalam kewangan dan perlembagaan?

2. Wang Fiat dan Keruntuhan Ekonomi Orang Melayu

3. Kehilangan dinar Melaka - Usaha meminggirkan kuasa ekonomi sebenar Melayu?

4. Dinar Dirham dan Instrumen Sejati Ekonomi Islam : Membuang debu Riba yang Menghalang Kebangkitan

5. Dinar dan dirham sebagai wadah kebangkitan ummah




Isu-isu Kedaulatan, Perjuangan dan Kebangkitan Ummah Akhir Zaman


1. Perlembagaan, Melayu dan raja-raja dalam menghadapi cabaran akhir zaman

2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu

3. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah di Teluk Ketapang, Melaka





Seni dan Kebudayaan Sebagai Tonggak Peradaban


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu

2. Tentang busana Melayu dan perkara-perkara berkaitan milik bangsa kita menurut kitab ulamak silam

3. Tentang evolusi busana tradisional Melayu







Islam, Tasawuf dan Pemikiran


1. Pemikiran Sheikh Ahmad al-Fathoni 

2. Tasawwuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Bhg I

3. Tasawwuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Bhg II

4. Tasawwuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Bhg Akhir

5. Semua Agama Asalnya Islam - Menerangkan Kesinambungan yang Hilang

6.  Melayu dan Islam berpisah tiada




Sejarah Alam Melayu, Watak-watak dan Tempat-tempat


1. Tentang Puteri Saadong

2. Malim Dewa dan Dinasti al-Kamil - Mencari kebenaran tersembunyi di sebalik cerita ajaib hikayat

3. Malim Dewa dan Dinasti al-Kamil - Kaitan Aceh-Muar dan keistimewaan Bukit Treh

4. Malim Dewa dan Dinasti al-Kamil - Balai Gambang dan aliran Sungai Muar

5. Mencari Kebenaran dalam Hikayat Merong Mahawangsa - Sedikit ringkasan ceritera

6. Mencari Kebenaran dalam Hikayat Merong Mahawangsa - Antara Merong dan Mahapudisat

7. Mencari Kebenaran dalam Hikayat Merong Mahawangsa - Dari zaman Funan ke zaman Kedah Islam

8.  Jalan Penarikan - Membuka Laluan Lama




Keistimewaan Alam Melayu Dalam Konteks Sejagat


1. Alam Melayu dan benua Atlantis Yang Hilang - Melacak kesan tanah tua

2. Alam Melayu dan benua Atlantis Yang Hilang - Kaitan Kaabah yang menakjubkan

3. Alam Melayu dan benua Atlantis Yang Hilang - Tempat keluar panji-panji hitam dari Timur?

4.  Jejak pengIslaman awal Red Indian juga kedatangan orang Melayu ke Amerika


6. Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia




Ilmu Melayu dan Islam



Acara pertama HIKMAH - “Suai Kenal HIKMAH” di Yayasan Restu, Shah Alam 4 November 2012

1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI

2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara

3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail

4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah

5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)

6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris

7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri

9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur

10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu

11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan





Acara kedua HIKMAH - “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012

1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI

2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail

3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah

4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan

5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu

6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri

8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)

9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu

10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh




  
Acara ketiga HIKMAH - “HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013

1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles

2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI

3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam

4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan

5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan

6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)

7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri

8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu

9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


  


Acara keempat HIKMAH – “Silaturrahim Bumi Serambi Mekah” di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013

1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati Othman, pemilik ANR

2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI

3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor

4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan

5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong

6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan

7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City

8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint

9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


  


Acara kelima HIKMAH - “HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013

1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham

2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan

3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH

4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint

5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani

6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)

7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu

8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza

9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


  


Acara keenam HIKMAH – “HIKMAH Merdeka Raya” di Galeri Shah Alam 7 September 2013

1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor

2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia

3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas

4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH





Acara ketujuh HIKMAH – “Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara” di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013

1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)

2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan





Acara kelapan HIKMAH – “Rumahku Syurgaku” di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014

1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu

2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)





Acara kesembilan HIKMAH – “Mutiara HIKMAH” di Dewan Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014

1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban

2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI

3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas

4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah





Acara kesepuluh HIKMAH – “HIKMAH Aceh : Kembali ke Makam Nenda” di Muzium Aceh, Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014

1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)

3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.




Acara kesebelas HIKMAH – “Hol almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah, Wali Allah yang Terpilih” di Masjid dan Makam Sultan Alauddin Riayat Syah di Pagoh, Muar 8 Nov 2014

 1. Sultan Alauddin Riayat Syah - Wali Allah yang Terpilih - Hasan Yusof, penulis buku "Sultan-sultan Soleh di Nusantara"

 2. Alam Melayu dan benua Atlantis Yang Hilang - Radzi Sapiee, penulis trilogi novel "Berpetualang ke Aceh"

 3. Kehilangan dinar Melaka - Usaha Meminggirkan Kuasa Ekonomi Sebenar Melayu? - Raja Kamarazaman, pencari dan pengumpul matawang lama dan Norbaini Hassan, perunding dinar dan dirham

4. Malim Dewa dan Dinasti al-Kamil - Sambungan Aceh ke Muar - Radzi Sapiee, penulis trilogi novel "Berpetualang ke Aceh"

5. Raja Temenggung Muar : Satu kaitan Aceh, Melaka lama dan beberapa kesultanan sekarang - TunSuzana Tun Hj Othman, penulis buku "Ahlul Bait dan Raja-raja Melayu"

6. Sistem Pentadbiran Islam Moden di bawah Pemerintahan Raja-Raja Melayu - Pelita Di Dalam Kaca, penulis novel Baldatun Thoiyyibatun Warabbun Ghafur





Acara kedua belas HIKMAH-  “Jejak Tamadun Merong” di Pondok A.M. Bawa Muhaiyaddeen dan tapak arkeologi Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah 17-18 Jan 2015

1. Sungai Batu sebagai Tapak Tamadun Tertua di Asia Tenggara - Profesor Dato' Dr Mokhtar Saidin, Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia

2. Masjid Kuno Pengkalan Bujang Kurun ke-9 – Dr Harleny Abd Arif, pengkaji seni visual, khusus dalam penelitian mihrab dan mimbar masjid

3. Tarikan Mistik Gunung Jerai dan Sekitarnya - Tuan Che Ross/ Idrus, pemilik rumah tempat acara merangkap wakil Pusaka Gayong Lembah Bujang juga Gurun

4. Hindu dan Buddha berasal daripada agama Islam - Tuan Hasan Yusof, pegawai penyelidik Mahkamah Syariah Melaka, penulis buku "Sultan-sultan Soleh di Nusantara"

5. Mencari Kebenaran dalam Hikayat Merong Mahawangsa - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH, penulis trilogi novel "Berpetualang ke Aceh"





Acara ketiga belas HIKMAH – “Membuka Laluan Lama” di Ladang Alam Warisan, Seri Menanti, Negeri Sembilan 4 April 2015

1. Dinar Dirham vs Wang Kertas dan Penipuan Perbankan - Norbaini Hassan, jururunding kewangan Islam, aktivis dinar dan dirham

2. Ikonografi Zulfikar di Alam Melayu : Kibaran Panji-panji Perjuangan Melayu Islam – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni ukir dan khat

3. Tipu Daya Dajjal dan Illuminati untuk Menakluki Dunia -  Mohd Khalid Yahya @ Muhammad Nurani Maarif, penulis buku “Membongkar Misteri Dajjal”, pengerusi AKAR (Akademi Kajian Rumpun Nusantara)

4. Teknologi Melayu lama : Bukti Bangsa yang Berkebolehan - Hasan Yusof, pegawai penyelidik Mahkamah Syariah Melaka

5. Negeri Sembilan sepintas lalu : Dari Melaka ke Seri Menanti - oleh Aziz Hj Mohd Gorip, Kurator, Lembaga Muzium Negeri Sembilan

6. Jalan Penarikan : Membuka Laluan Lama - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH, penulis siri buku “Berpetualang ke Aceh”





Acara keempat belas HIKMAH – “Aliran Sungai Pahang” di Masjid Warisan Kampung Chenor, Maran, Pahang 9 Mei 2015

1. Lembah Bama Pusat Tamadun Melayu Silam - Dr Aminuddin Abdul Karim, seorang pakar ICT (Information Communication Technology) yang minat mengkaji sejarah

2. Amalan Pejuang Pahang : Antara Silat dan Tasawuf – Pendita Azlan Ghanie, Presiden Persatuan Guru-guru Seni Beladiri Malaysia (MAGMA) dan pengasas Silat Lok 9

3. Dinar, Dirham dan Pertanian Fitrah - Kapten (B) Haji Awaluddin, pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Ahmad Afifi Sulaiman, aktivis dan pengamal dinar dan dirham

4. Gendang Pahang : Semangat dan Gerak - Rahmad b. Zainal Abidin, lebih dikenali sebagai Aki Uda daripada Kumpulan Kesenian Unggul Tori, Jerantut, Pahang

5. Mengenal Allah Melalui Agama Purba - Cikgu Kamaluddin Endol, juga dikenali sebagai Pelita di Dalam Kaca, bekas pensyarah Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis yang telah menulis beberapa buah buku.





Acara kelima belas HIKMAH – “Jejak Batu Bersurat” di Dewan Orang Ramai Kampung Banjar, Beruas 8-9 Ogos 2015

1. Dinar Dirham vs Wang Kertas dan Penipuan Perbankan – Amirul Haji Mohamad, jururunding kewangan Islam, aktivis dinar dan dirham

2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail kini wartawan bebas

3. Busana Melayu : Antara Tradisional dan Klasik - Johan Iskandar, pengkaji dan aktivis busana, pengasas Komuniti Keris Warisan

4. Teori Membangun Umat Cemerlang. : Rahsia Pemakanan para Rasul dan Kesan Amalan Harian Mereka daripada Sudut Sains - Idris Zainal Abidin, pengkaji sejarah dan pengusaha makanan sunnah.

5. Ikonografi Zulfikar di Alam Melayu : Kibaran Panji-panji Perjuangan Melayu Islam – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni ukir dan khat

6. Kesatuan dalam Kepelbagaian : Identiti Ragam Hias Gunungan Mimbar Sultan Iskandar Muda (1607-1636) – Dr Harleny Abd Arif,  doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris 

7.  Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis siri buku "Berpetualang ke Aceh"

8. Beruas sebagai satu Tapak Kebangkitan Akhir Zaman – Zuhriah Dato’ Shahruddin, motivator/trainer, seorang anak Beruas





Acara keenam belas HIKMAH – “Menangani Cabaran Akhir Zaman” di      
University of Life, Wadi Hussein (Rumah S.H.Alattas), Janda Baik 30-31 Jan 2016

1. Ahlul Bait keluarga Nabi sebagai Saranan Keselamatan Ummah – Tun Suzana Othman, pengasas dan pengerusi Kemudi (Pertubuhan Kesedaran Melayu dan Islam) juga penulis buku Ahlul Bait dan Raja-raja Melayu

2.  Memahami Tipu Daya Penjajah yang Melemahkan : Merintis Jalan Kebangkitan Ummah – Prof Madya Mat Rofa Ismail, pensyarah kanan Jabatan Matematik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia.

3. Dinar Dirham dan lain-lain Instrumen Sejati Ekonomi Islam : Membuang debu Riba’ yang Menghalang Kebangkitan Sebenar Ummah - Amirul Haji Mohamad, aktivis dan konsultan kewangan Islam.

4. 'Dikaburkan' atau 'Mengaburkan': Pembinaan Korpus Sejarah Teknologi Senjata Api Melayu – Tuan Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

5. Survival Umat Melayu Akhir Zaman : Sudahkah Kita Bersedia? – Tuan Mohd. Ramalan Yunus, penceramah bebas

6. Alam Terkembang Jadikan Guru : Mengambil Pelajaran Daripada Persekitaran - Syed Hussien Alattas @ Pak Habib, penulis buku politik terkenal dan pemilik University of Life, Janda Baik.

7. Semua Agama Asalnya Islam - Menerangkan Kesinambungan yang Hilang – Tuan Kamaluddin Endol (FB Pelita Di Dalam Kaca), mantan pensyarah Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, penulis buku “Hinduisme Agama Tauhid Terawal?”

8. Islam Agama Persekutuan : Menangani Cabaran Liberalisma dan anti-Islam – Dato’ Prof Mahamad Naser Disa, Ketua Pegawai Eksekutif IKSIM 

9. Menghidupkan Peranan Raja Zilullah Fil'alam melalui Kuasa Tersirat dalam Perlembagaan – Dr Mad Akbal bin Abdullah, Felo Kanan IKSIM (Institut Kajian Strategik Islam Malaysia)





Acara ketujuh belas HIKMAH – “Gerak Pencinta Tamadun” di Maktab Penyelidikan Tamadun Islam Nusantara, Seremban 17 Sept 2016

1. Dalil-dalil Bertanjak dalam Islam, Sanad Serban dan Imamah serta beberapa Hal tentang Melayu dan Islam dalam Kitab – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

2. Ulamak dan Persilatan dalam Sejarah Alam Melayu - Tun Suzana Othman, pengasas Kemudi (Pertubuhan Kesedaran Melayu dan Islam) juga penulis buku “Ahlul Bait dan Raja-raja Melayu”

3. Dinar dan Dirham : Perkembangan Terbaru dalam keadaan Malaysia Tersepit antara Pengaruh Blok Amerika dengan Pengaruh blok China - Norbaini Hassan, jururunding kewangan Islam, aktivis dinar dan dirham

4. Red Indian telah DiIslamkan lebih 1,000 Tahun Lalu : Jejak Lama Pendakwah Islam juga Orang Melayu di Amerika – Ustaz Hasanuddin Yusof, pengasas Maktab Penyelidikan Tamadun Islam Nusantara, penulis buku “Sultan-Sultan Soleh Di Nusantara”

5. Nabi Adam AS dan Orang Melayu purba 60,000 Tahun yang Lampau : Menyeleraskan Tempoh Kewujudan Manusia Dalam Sains Berbanding Kitab - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”





Acara kelapan belas HIKMAH – “Busana Lambang Ketamadunan Melayu” di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016

1. Teknologi Alat Tenun Melayu - Rosidah bt. Abdullah, Kurator Muzium Tekstil, Kuala Lumpur

2. Destar : Satu Pandangan Falsafah Islami - Mohd Emil Azril, aktivis budaya dan naib pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kuala Lumpur 

3. Pakaian Silat Melayu - Azlan Ghanie, pengasas MAGMA, persatuan guru-guru seni bela diri dan pengasas majalah Seni Beladiri 

4. Keris : Pakaian Ketamadunan Melayu - Tengku Ahmad Ridhaudin, aktivis budaya dan keris

5. Falsafah dan Simbol pada Tanjak - Maaruf Lim, aktivis budaya dan ahli PERDAM (Persatuan Destar Alam Melayu)

6.  Evolusi Busana Melayu - Nur Afifi M. Taib, aktivis budaya dan pensyarah UiTM Shah Alam 

7. Pemerhatian Terhadap Pemakaian Busana Melayu - Radzi Sapiee, pengasas HIKMAH





Acara kesembilan belas HIKMAH – “Ulangkaji Maulidur Rasul” di Dusun Nora, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang 17 Disember 2016

1. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja –  Taufiq Khalid, peguam

2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail

3. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Hazrin Marjan, aktivis dinar dan dirham

4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah

5. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah - R.A. Huzaifah, aktivis budaya dan busana, guru silat, seorang anak cucu keturunan Raja Haji di Melaka

6. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu, aktivis seni khat dan seorang saudagar buku





Acara kedua puluh HIKMAH – “Kunci Kebangkitan Islam Akhir Zaman” di Rumah Cut Nyak Dhien, Aceh 19  Mac  2017

1. Hubungan Aceh-Malaysia dan Kepentingan Kedudukan Aceh dalam Penyebaran Islam - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel "Berpetualang ke Aceh"

2. Manuskrip Aceh : Khazanah Tamadun Islam - Hermansyah, pensyarah filologi Aceh dan calon PhD di Eropah

3. Songket Aceh : Warisan Budaya Indatu Mahakarya Kerajian Budaya Aceh yang Termasyhur Sejak Ratusan Tahun Silam - Azhar Ilyas, pengasas bersama  komunitas "I Love Songket Aceh"

4, Ragam Batu Nisan Aceh sebagai Bukti Tamaddun Islam - Mizuar Mahadi, ketua MAPESA, Masyarakat Peduli Sejarah Aceh

5. Aceh Pusat Tamaddun Islam ASEAN - Abu Rahman Kaoy, sejarahwan dan pendakwah, mantan Dekan Fakultas Dakwah IAIN Ar-Raniry.




Acara  kedua puluh satu di Kompleks Makam Sultan Malikus Saleh membawa ke Muzium MAPESA/Pedir, Aceh 1-3 September 2019

1. Sejarah Samudera Pasai Berdasarkan Cerita Lisan dan Beberapa Sumber - bapak Ahmad Yus,  penduduk tempatan yang sering dianggap sebagai penjaga makam

2. Sejarah Samudera Pasai Berdasarkan Kajian Arkeolog dan Epigraf - ustaz Saiful Bahri, CISAH (Center for Information of Sumatra-Pasai Heritage)

3. Jejak Aceh di Semenanjung Tanah Melayu - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis buku "Berpetualang ke Aceh"

4. Nisan, Manuskrip dan Numismatik sebagai Sumber Penulisan Sejarah Aceh - Masykur Syafruddin direktur Pedir Museum

5. Menyusuri Sejarah Melalui Pencarian dan Pengumpulan Manuskrip - Tarmizi Hamid  kolektor manuskrip Aceh

6. Persaudaraan Aceh-Malaysia dan Makna Melayu - Ayah Panton, budayawan Aceh





Acara kedua puluh dua HIKMAH di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam), Kuala Lumpur 22 Februari 2020

1. Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia – Radzi Sapiee @ Merah Silu, pengkaji dan penulis buku, presiden HIKMAH

2. Keris Sebagai Pakaian Peradaban Melayu – Tengku Ahmad Ridhaudin, penulis dan calon PhD di ISTAC dalam bidang pemikiran Islam khusus pada kajian keris, presiden ISTACSS (Persatuan Pelajar ISTAC)

3. Ilmu Kejuruteraan di Alam Melayu dan Islam – Shaiful Hakim, pensyarah kejuruteraan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan calon double PhD dalam bidang Aerospace Engineering di UPNM dan Institut National Science Applique (INSA) di Bourges, Perancis

4. Dinar dan Dirham Sebagai Wadah Kebangkitan Ummah – Hazrin Marjan, perunding kewangan Islam dan aktivis dinar dirham

5. Melayu dan Islam Berpisah Tiada – Profesor Datuk Dr Awang Sariyan, penyandang Kursi Za’aba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

6. Semangat Keilmuan Andalusia Dalam Menongkah Arus Zaman – Radzi Sapiee @ Merah Silu, pengkaji dan penulis buku, presiden HIKMAH








Pusat lama kerajaan Aceh di Kampung Pande - Selamatkan bukti penting keberadaan awal Islam di Alam Melayu

$
0
0

Artikel ini baru sahaja dipersembahkan di blogspot CATATAN SI MERAH SILU beberapa minit tadi. Tetapi disebabkan ia sangat relevan dengan HIKMAH biar disalin juga di sini.


--------------


Salam petang Isnin 26 Muharram 1442 Hijriah. Sepatutnya semalam atau hari ini saya menyambung penceritaan perjalanan terbaru saya dan keluarga ke utara iaitu daripada artikel Misi menghantar anak balik kolej - Pusing sedikit Taiping dan cerita kereta tak boleh hidup sebelum meluncur ke Pulau Pinang (dipersembahkan Khamis lalu). Tetapi saya telah menerima permintaan daripada seorang sahabat baik di Aceh agar dapat membantu menangani masalah ancaman satu situs atau tapak bersejarah penting di tempat mereka. Adapun situs tersebut bukan sahaja penting bagi masyarakat Aceh yang cintakan agama, bangsa dan negara, ia juga penting buat seluruh umat Melayu dan Islam di Alam Melayu dan Asia Tenggara. Ini kerana ia pernah menjadi pusat awal kerajaan Aceh yang umum tahu adalah kerajaan utama selepas Melaka dalam membela nasib umat Islam di bumi Timur. Pada tapak itu wujud bukti-bukti kedatangan Islam sejak 800 tahun lalu malah lebih awal daripada itu.


Gambar ini diambil daripada artikel HIKMAH Aceh 2017 - Lawatan lapangan ke tinggalan Kampung Pande yang dipersembahkan di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) lebih 3 tahun lalu. Ia menunjukkan sejumlah batu nesan Aceh sedang diselamatkan oleh beberapa orang aktivis anak muda sana. Mereka bergerak atas nama MAPESA iaitu singkatan bagi Masyarakat Peduli Sejarah Aceh. Anak-anak muda yang ramai terdiri daripada pelajar universiti ini rajin turun padang membersihkan juga memugar makam-makam lama di serata Aceh menggunakan duit poket sendiri.


Kawasan ini juga kawasan sekitarnya asalnya adalah daratan berdekatan kuala Sungai Aceh. Tetapi ombak besar Tsunami yang menerjah ganas hampir 16 tahun lalu sehingga mengorbankan lebih 200,000 nyawa iaitu  pada tarikh 26 Disember 2004 telah mengundurkan garisan pantai sehingga memakan daratan 3 km ke dalam. Akibatnya kawasan ini dan sekitarnya digenangi air laut hingga kini. Sedangkan ia termasuk di dalam kawasan pusat lama kerajaan Aceh lalu mengandungi bukti-bukti penting keberadaan Islam di Alam Melayu/Asia Tenggara. 


Apabila surut air laut baru dapat dicari kesan-kesan tinggalan ini. Antaranya adalah batu-batu nesan  lama penuh ukiran berseni menandakan kedudukan makam orang-orang penting seperti raja, para pembesar dan ulamak-ulamak berwibawa dahulukala. Ia sudah lama berselerak masuk ke dalam lumpur dan sebagainya. Setelah beberapa tahun baru dapat ditemui lalu didirikan kembali oleh para aktivis terutama daripada MAPESA. 

Daripada batu-batu nesan ini dapat dibaca catatan-catatan terukir dalam bentuk khat menunjukkan ketinggian peradaban lama yang menjangkau pengaruhnya sehingga ke seluruh dunia Islam zaman dahulu. Dalam lawatan hampir penghujung Mac tahun 2017 itu kami diberikan penerangan tentang situs, kepentingannya dalam sejarah serta usaha-usaha bagi menyelamatkannya. Untuk pengetahuan lawatan adalah sebahagian daripada program HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman) anjuran pihak saya dengan kawan-kawan aktivis di Aceh. Lihat Misi HIKMAH Aceh 2017 - Berlangsunglah acara yang memberi nama.... HIKMAH diasaskan pada 12 Oktober 2012 sebagai satu ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook. Majlis ilmu atas nama HIKMAH diadakan sebagai lanjutan daripada cadangan peminat  agar saya mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam. Lihat HIKMAH - Bagaimana ia bermula.


Secara rata kawasan ini termasuk di dalam lingkungan besar apa yang dipanggil sebagai Kampung Pande. Ini kerana dikatakan pada zaman dahulu ia menempatkan banyak orang pandai (itu yang disebut pande) atau pakar dalam pelbagai bidang seperti pertukangan besi. Ada bahagian yang masih terletak di atas daratan lalu menempatkan bukti-bukti sejarah yang lebih tersusun. Pun begitu sejak sekian lama ia seperti tidak dipedulikan malah dijadikan pula tempat pembuangan sampah sehingga berbukit bertimbun mencemarkan suasana dan pemandangan. Nasib baik ada anak-anak muda dan mereka yang peduli seperti MAPESA memperjuangkan kerana melihat pentingnya kawasan dilestarikan sebagai bukti kukuh keberadaan awal Islam di Alam Melayu.


Termasuk di dalam lingkungan besar Kampung Pande adalah apa yang sudah diiktiraf sebagai tempat bermulanya Banda Aceh, pusat Kesultanan Aceh 800 tahun lalu. Sekadar berkongsi pengalaman, saya pertama kali sampai bersama keluarga  pada tahun 2014. Lihat artikel Tapak pusat kerajaan awal Aceh (Site of the centre of Aceh early kingdom) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Dua tahun lebih awal pula kami telah menziarahi makam-makam lama di sekitar itu. Lihat Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Dari Saidi Mukammil ke Hamzah Fansuri. Tetapi apabila disemak kembali perjalanan-perjalanan lama rupa-rupanya kami sudah sampai sejak tahun 2009 lagi. Lihat artikel Dari Syiah Kuala keluar Banda Aceh... singgah di 'Anjung' juga di 'Kandang'....



Berbalik pada lawatan lapangan tahun 2017. Tidak lama kemudian muncul ancaman baru berupa projek pembinaan infrastuktur pembuangan air najis di Kampung Jawa berdekatan Kampung Pande. Malah dalam tempoh beberapa bulan selepas itu ia sampai pada peringkat sudah didirikan kepuk bangunan batu setelah tanah sekeliling dikorek dan dibongkar ke paras tertentu. Sebetulnya Kampung Jawa boleh dikira termasuk di dalam lingkungan besar kawasan Kampung Pande. Projek ini secara efektiknya menggusur sejumlah makam lama bahkan bakal mencemarkan kedudukan keseluruhan kawasan sebagai tapak bersejarah penting dalam memartabatkan keberadaan Aceh, satu keberadaan yang terkait dengan perkembangan Islam ke seluruh Alam Melayu 800 tahun lalu. 


Projek yang dipanggil IPAL (Instalasi Pengolahan Air Limbah) boleh menyebabkan seluruh kawasan tercemar dengan laluan air najis. Tentu ini tidak setimpal dengan kedudukan kawasan sebagai pusat penting peradaban Aceh yang terkait dengan kemuliaan martabat orang Melayu juga Islam secara keseluruhan. Nasib baik setelah beberapa lama dibantah projek diberhentikan buat sementara. Lihat ulasan saya yang agak panjang lebar dalam artikel Isu ancaman terhadap tapak kerajaan lama Aceh di Kampung Pande - Satu gerak kebangkitan Islam di Alam Melayu akhir zaman?. Dengan munculnya cadangan-cadangan agar projek dialihkan ke lokasi lain yang tidak mengancam tapak-tapak penting bersejarah ingatkan Kampung Pande dan persekitarannya sudah selamat daripada ancaman. Rupa-rupanya belum lagi. Dalam sebulan dua kebelakangan muncul berita bahawa IPAL akan dilanjutkan kembali di tempat sama.


Entah kenapa pihak berkuasa diberitakan masih berkeras untuk melanjutkannya. Agak pelik ini kerana Aceh penduduknya 99% Islam, hampir kesemuanya berbangsa Melayu Aceh. Lainlah kalau di Malaysia yang mana bangsa bukan Melayu dan bukan Islam lebih jumlah, lebih berkuasa dan lebih berduit untuk menentukan hala tuju walaupun jelas merugikan Melayu dan Islam. Apakah terdapat tekanan daripada pihak tertentu agar situs penting sejarah di Kampung Pande dirosakkan? 

Apakah terdapat usaha untuk membendung kebangkitan semangat jati diri sebenar Aceh? Apakah ada yang takut kalau jiwa anak-anak Aceh menjadi betul-betul merdeka setelah dapat menghayati sepenuhnya semangat lama kerajaan melalui bukti-bukti sejarah? Kelihatannya begitu. Malah sejarah keberadaan Aceh dan bagaimana ia boleh masuk menjadi sebahagian daripada negara Indonesia  bermula tahun 1946 menyokong telahan ini. 

Sebetulnya apa yang diulas dalam artikel  Isu ancaman terhadap tapak kerajaan lama Aceh di Kampung Pande - Satu gerak kebangkitan Islam di Alam Melayu akhir zaman? 3 tahun lalu sudah cukup untuk menerangkan isu. Cuma ia bukan yang terkini apa lagi menyeluruh. Untuk mengikuti dengan lebih baik perkara sila masuk ke Facebook MAPESA. Anda dapat mengikuti perkembangan sejak daripada mula berserta pelbagai usaha dan penemuan MAPESA demi memartabatkan kembali sejarah Islam Aceh yang sebenarnya melibatkan seluruh Alam Melayu. 


Sesungguhnya kawan-kawan di Aceh sangat mengharapkan agar para aktivis di Malaysia terutama saya  melakukan sesuatu untuk mempengaruhi pihak berkenaan agar memberhentikan projek IPAL di Kampung Pande.  Saya diingatkan bagaimana satu usaha melalui HIKMAH 8 tahun lalu telah berjaya menghentikan ancaman terhadap situs bersejarah lain, sekitar 40 km ke timur Kampung Pande. Di atas adalah gambar sahabat berkenaan berpakaian tradisional Aceh ketika menghadiri acara ke-2 HIKMAH di Melaka pada penghujung tahun 2012. Melalui sumbangan seorang kawan lama saya zaman kolej kami telah menaja kedatangan 2 orang wakil MAPESA untuk mengenengahkan perkara. 

Seorang lagi pula datang bersama menggunakan belanja sendiri. Lihat Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu - Faktor Aceh dan sokongan kerajaan Melaka. Ancaman berupa  pembinaan padang golf tajaan pihak luar negara dilihat bakal merosakkan keseluruhan situs bersejarah lalu menghilangkan bukti ketinggian peradaban lama Islam di situ. Malah ditakuti mereka ada motif lain - Sambil membina padang golf sambil mengorek khazanah lama termasuk emas yang dipercayai wujud dalam tanah. Disebabkan wakil MAPESA dibawa membentang kerajaan pusat Indonesia di Jakarta katanya terpaksa mengambil tahu lalu harus bertindak membatalkan projek. Ini kerana acara kami mendapat sokong kerajaan negeri Melaka. Maka isu yang dibangkitkan pun menjadi isu antarabangsa. 

Sesungguhnya situs berkenaan yang merupakan  tapak pusat kerajaan lama Lamuri sangat kena mengena dengan keberadaan kerajaan awal Aceh. Perincian tentang kawasan boleh dilihat dalam artikel  Perjalanan ke-7 di Aceh - Hol Tuan di Kandang dan Emansipasi Citra Lamuri iaitu setelah saya membuat lawatan lapangan tahun 2015. Sekarang Kampung Pande yang merupakan tapak awal pusat kerajaan Aceh pula sedang menerima bahana. Tentunya kerjasama serupa diharapkan daripada kami di Malaysia walau sedang tersekat pergerakan disebabkan PKP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan demi membendung wabak virus Covid-19.


Gambar ini diambil ketika kami mengadakan satu lagi acara HIKMAH di Aceh tahun lalu. Sesungguhnya kerjasama kami para aktivis kedaulatan Melayu di Malaysia dengan para pencinta sejarah di Aceh telah menjangkau tempoh 8 tahun dengan 3 kali acara HIKMAH diadakan di sana. Lihat artikel-artikel berikut :-


1. Acara kesepuluh HIKMAH di Muzium Aceh, Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014





Maka jangan hairan jika kami tidak sanggup melihat kawan-kawan di Aceh berjuang bersendirian mempertahankan situs sejarah penting di Kampung Pande tanpa kami di sini berusaha untuk melakukan sesuatu. Sesungguhnya selama ini, sepanjang sebulan dua projek IPAL timbul balik saya hanya sekadar memerhati sahaja daripada jauh kerana tidak mahu lagi campur tangan dalam hal ehwal sana. Ini disebabkan sejak beberapa lama wujud tuduhan bahawa saya berhajat pada takhta Aceh. Disebabkan ada memiliki darah keturunan diraja sana keprihatinan saya terhadap isu-isu sejarah dan kemasyarakatan Aceh telah disalahtafsirkan pihak-pihak tertentu lalu mereka berusaha untuk memburukkan saya.

Tetapi apabila sahabat baik dari Aceh menelefon meminta pertolongan semalam itu tanda kawan-kawan aktivis sana sedang menghadapi saat-saat genting. Kelihatan usaha mereka sedang menemui jalan buntu lantaran pihak berkuasa dan berwajib seperti tidak menghiraukan saranan mereka. Oleh itu sahabat ini sangat mengharapkan pertolongan saya terutama atas nama HIKMAH agar boleh membuahkan sesuatu. Dengan itu saya menyeru semua pembaca terutama para aktivis sejarah dan kedaulatan Melayu berserta rakan-rakan HIKMAH agar turut sama membantu. Sekurang-kurangnya sebarkan penulisan ini sehingga semua orang cakna isu jika tidak pun sampai kepada pihak berwajib di Malaysia yang mampu mempengaruhi keputusan pihak berwajib di Indonesia. Perlihatkan kepedulian antarabangsa agar projek IPAL di Kampung Pande dapat diberhentikan buat selama-lamanya.




Tambahan (dibuat jam 8.55 malam) : Selepas masuk waktu Isyak saya mencari lagi berita-berita berkenaan projek dan ancaman. Terjumpa video yang telah dimuatnaik ke Youtube kurang seminggu lalu ini. Semoga memudahkan pembaca/penonton untuk memahami isu lalu dapat membantu dengan tindakan sewajarnya.




Mari kembali bangkit bangsa Melayu bertanjak 16 September 2020

$
0
0

OK. Seperti artikel Pusat lama kerajaan Aceh di Kampung Pande - Selamatkan bukti penting keberadaan awal Islam di Alam Melayu yang dipersembahkan 2 hari lalu artikel ini juga ditulis di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Tetapi ia sebenarnya untuk HIKMAH. Begini ceritanya...


------------------


Salam awal pagi Rabu 16 September bersamaan 28 Muharram 1442 Hijriah.  Ketika menulis ayat ini sudah jam 12.51 pagi. Walaupun penat kerana semalam pun tidur cuma 2 jam saya masih belum dapat melelapkan mata kerana kepala aktif memikirkan banyak perkara. Ada yang perlu dilepaskan. Antaranya adalah penulisan berkenaan.



Sekitar sebulan lalu ada pihak memulakan kempen agar seramai mungkin anak Melayu keluar ke tempat umum dengan memakai tanjak pada tarikh 16 September iaitu Hari Malaysia. Ia adalah ulang tahun terciptanya negara Malaysia - Melalui gabungan wilayah Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak pada tarikh tersebut tahun 1963.



Difahamkan pihak sama pertama kali memulakan kempen bagi memanfaatkan tarikh tersebut pada tahun 2019. Dapat dilihat ramai menyambut atau kebetulan bergerak sendiri bagi mengadakan kempen serupa lalu beribu anak Melayu muncul bertanjak di tempat-tempat umum 16 September 2019.



Kali ini kelihatan kempen disambut oleh lebih banyak pihak. Pun begitu saya merasakan ia biasa-biasa sahaja kerana sendiri sudah membiasakan memakai tanjak sejak hampir penghujung tahun 2012 sambil menganjurkan majlis-majlis mengangkat tinggi Melayu dan Islam. Lihat artikel-artikel berikut :-






Saya melihat pihak atau kumpulan yang membuat kempen 16 September itu baru sekadar memakai tanjak hitam tanpa persalinan Melayu lengkap. Sedangkan saya dan kawan-kawan aktivis sezaman sudah lama memakai busana tradisional penuh bertanjak, bersampin siap berkeris dan berpending ke majlis-majlis. Sila rujuk artikel-artikel berkenaan dalam blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).



Bahkan kami sudah berpakaian begini sambil mengadakan majlis-majlis di luar negara sejak 6 tahun lalu. Sehingga apa yang dilakukan menjadi ikutan ramai. Sehingga terbit bermacam persatuan di Malaysia dan luar  negara menggalakkan pemakaian busana tradisional setelah ahlinya mengikuti majlis-majlis kami. Lihat artikel-artikel berikut sebagai contoh :-









Tetapi saya tidak mengatakan diri sebagai pelopor gerakan. Kerana sudah ada kawan dan kenalan telah lebih awal memasyhurkan.






Cuma rata-rata kawan bergerak melalui wadah budaya dan persilatan, dalam majlis-majlis yang berkaitan. Berpakaian begini lebih mudah diterima dalam lingkungan berkenaan.








Di sinilah baru pihak saya boleh dikatakan mempelopori sesuatu kerana kami menggalakkan pemakaian busana tradisional Melayu dalam majlis-majlis pemikiran serupa seperti terdapat di universiti dan institusi-institusi setaraf. Inilah yang di luar kebiasaan kerana kami harus berhadapan dengan golongan intelek yang sudah terbiasa memakai kemeja, kot dan tali leher. Kami harus berhadapan dengan pihak yang memandang remeh busana tradisional Melayu sebagai pakaian ketinggalan zaman. Cuma dipakai mereka yang kekampungan, tidak memiliki kelulusan tinggi atau tidak termasuk dalam golongan bijak pandai.




Hal inilah berjaya kami lawan setelah beberapa tahun istiqamah meneruskan perjuangan agar pemakaian busana tradisional Melayu kembali diarusperdanakan dalam semua peringkat masyarakat. Sehingga dapat diterima malah disepakati bahawa ia juga pakaian golongan pandai dan berkedudukan. Ini ada ditunjukkan melalui perkembangan artikel demi artikel dalam blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) yang kini hampir mencapai 400 buah artikel. 

Itu baru untuk blogspot khas atas nama berpersatuan. Saya memiliki 3 lagi blogspot yang setiap satu kini memiliki sekitar atau lebih 2,000 artikel. Ia lebih pada memaparkan pengalaman dan pengamatan peribadi dalam pelbagai bidang. Lihat :-





Namun atas kapasiti peribadi juga saya sering keluar ke sana ke mari berbusana tradisional Melayu bersendirian. Sehingga naik pengangkutan awam pun boleh berpakaian begitu tanpa ada kawan atau aktivis lain menopang semangat. Sehingga naik gunung juga menunggang motosikal besar pun tidak canggung berpakaian demikian. Begitu juga halnya ketika melawat tempat-tempat bersejarah seperti Angkor Wat di luar negara walhal ia lambang agama Hindu-Buddha, tiada bersifat keMelayuan. Namun tetap digagahkan memakai tanjak dan persalinan sebagai lambang jati diri dan semboyan perjuangan. Lihat artikel-artikel berikut sebagai contoh :-








Disebabkan sudah biasa memakai tanjak ke mana-mana walau seorang diri tanpa disokong orang saya tidak hairan melihat kempen 16 September. Pada saya teruskanlah berkempen, biar saya memerhati sahaja. Kerana tanpa ada kempen pun saya tetap akan bertanjak ke mana-mana. Alhamdulillah jika lebih ramai berani bertanjak disebabkan kempen. Tetapi saya tidak bercadang untuk bersama. Untuk Hari Malaysia ini saya bercadang untuk duduk rumah sahaja.



Tetapi berlaku sesuatu yang mengubah fikiran. Ini adalah apabila terlihat poster-poster di Facebook menunjukkan jiran kita di Indonesia juga menjalankan kempen sama.



Bukan sekadar satu dua tempat malah banyak tempat...




Lebih mengujakan adalah kerana mereka mahu bersama pada tarikh 16 September sedangkan ia Hari Malaysia, bukan Hari Indonesia. Masyaallah!



Hal inilah membuat saya terpanggil untuk berbicara sehingga menulis artikel ini. Rugi jika peristiwa yang sangat bersejarah ini tidak direkodkan untuk tatapan kemudian dan bagi generasi akan datang.







Sesungguhnya terdapat rentetan sejumlah peristiwa yang membuat kempen anak Melayu bertanjak ini boleh sampai ke tahap begini. Bukan terus jadi. Hal ini ada direkodkan melalui pembentangan dalam satu majlis yang pihak saya anjurkan dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia. Lihat Acara kelapan belas HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016







Tetapi itu pada 4 tahun lalu. Sekarang perkembangan pemakaian tanjak juga busana tradisional Melayu sudah sampai ke tahap tinggi baru. Melihat pada poster melibatkan Indonesia terasa seperti ia adalah semboyan kebangkitan Islam daripada Timur akhir zaman. Semoga ini menjadi kenyataan kerana ramai kawan aktivis terutama dalam dunia persilatan sebenarnya berharap agar dapat bersama berjuang menghapuskan segala bentuk kezaliman lalu bersama mengecap zaman keemasan yang katanya akan dibawa watak Imam Mahdi seperti disebut dalam hadis-hadis Nabi Muhammad Rasulullah SAW. Cukuplah gerak penulisan. Jom kita keluar bertanjak beramai-ramai siang karang. :]


Meninjau sambutan kempen Melayu bertanjak di Kuala Lumpur pada Hari Malaysia 2020

$
0
0

Salam. Lagi tentang usaha melestarikan pemakaian tanjak dalam kalangan anak Melayu seantero dunia. Baru sahaja dipersembahkan di blogspot CATATAN SI MERAH SILU sekitar setengah jam tadi.


-------------------------


Merujuk pada artikel Mari kembali bangkit bangsa Melayu bertanjak 16 September 2020 yang dipersembahkan pada jam 2:36 pagi Rabu 16 September bersamaan 28 Muharram 1442 Hijriah. Ada disebut pada permulaan artikel bahawa ia mula ditulis pada jam 12.51 pagi dalam keadaan penat amat tetapi tidak dapat melelapkan mata. Walhal malam sebelum itu pun saya cuma tidur 2 jam sahaja. Hal ini menyebabkan saya tidak dapat keluar awal untuk menyertai sambutan Hari Malaysia.




Pun begitu tidaklah bermakna saya dapat 'membalas' tidur buat sekian lama. Selepas bangun  solat Subuh kemudian menunggu matahari naik memang niatnya hendak lagi tidur lagi barang sejam dua. Maklumlah memang hendak keluar untuk Hari Malaysia. Kalau tak cukup rehat susah juga.

Namun didapati diri sibuk melihat perkembangan melalui kemaskini (update) dan komen-komen kawan dan kenalan di Facebook juga WhatsApp. Disebabkan teruja saya tidak dapat melelapkan mata namun belum merasa cukup bertenaga untuk bersiap dan keluar. Dalam keadaan sekejap duduk sekejap berbaring saya melihat beberapa gambar memaparkan program Tanyalah Ustaz di kaca televisyen pagi itu. Biasanya baik pengacara mahupun penceramah/pendakwah undangan akan memakai jubah atau pakaian keagamaan serupa berserta kopiah atau songkok atau serban. Tapi kali ini kedua-duanya berbusana tradisional Melayu siap dengan tanjak... nampaknya untuk menyambut kempen Melayu bertanjak Hari Malaysia.


Itu sahaja sudah petanda baik untuk gerakan bagi membiasakan dan mengarusperdanakan pemakaian tanjak buat semua anak Melayu. Sedar tak sedar masuk jam 11.30 masih belum melelapkan mata lalu terasa sudah terlewat untuk tidur. Kalau terlelap harus paling awal pun waktu Zohor baru larat bangun. Saya pun membuat keputusan untuk mandi lalu bersiap.

Gambar ini diambil jam 12.18 tengah hari setelah lengkap mengenakan busana Melayu. Sudah dipakai sampin, sudah berpending, sudah bertanjak sudah tersisip kemas keris di sisi. Kiranya sudah bersedia untuk keluar, Cuma kena alas perut sedikit dengan sesuatu...



Gambar ini pula diambil pada jam 12.52, setelah sekitar 10 km meninggalkan rumah di Bandar Sungai Buaya menghala ke Sungai Choh. Saya bercadang untuk ke Kuala Lumpur melalui jalan pintasan Serendah-Rawang sebelum masuk ke jalan lama...


Tidak lama selepas mengambil jalan pintasan isteri menelefon lalu memberitahu terlupa hendak meninggalkan kad Touch n Go dalam kereta. Ia berada di dalam kereta satu lagi yang telah digunakan isteri untuk ke pejabat di pekan Rawang. Oh, biasanya isteri dan anak-anak akan ikut sama kalau ada majlis atau sebab untuk berbusana Melayu tradisional di mana-mana. Tetapi kali ini beliau memilih untuk membuat overtime  kerja kemudian balik berehat sedangkan anak-anak mahu duduk di rumah main game.

Kalau belum mengambil jalan pintasan saya boleh ke pejabat untuk mengambil kad. Tetapi bila dah masuk sudah jadi amat jauh hendak ke Rawang kerana harus menghabiskan dahulu jarak sekitar  8 km sebelum dapat menemui pusingan u (u-turn) untuk berpatah balik. Tanpa kad Touch n Go saya tidak boleh menggunakan mana-mana jalan tol. Ini tiada masalah kalau mahu berjalan di Kuala Lumpur sahaja. Tetapi saya sebenarnya ada bercadang untuk menghadiri satu majlis perkumpulan bertanjak di Cyberjaya iaitu selepas meninjau  sambutan di pusat bandar raya. Untuk ke situ memang harus mengambil jalan tol.


'
Saya juga ada bercadang untuk berjumpa kawan-kawan lama zaman kolej di Hartamas, Bukit Damansara dan Taman Tun. Dari kawasan mereka di barat Kuala Lumpur adalah lebih dekat terus mengambil Lebuh Raya PLUS untuk kembali ke Sungai Buaya. Sekarang sudah tak boleh kerana tiada kad Touch n Go. Perjalanan harus dihadkan pada jalan raya tanpa tol. Ini bermakna saya harus kembali menggunakan jalan sama.


Sampai di Selayang keluar daripada laluan utama untuk mencari masjid bagi menunaikan solat Zohor. Kebetulan perut meragam lalu harus ditunaikan hajat.


Perjalanan disambung kembali sekitar jam 2.15 petang. Kelihatan jalan raya boleh tahan sesak...







Jam 2.32 sampailah ke Dataran Merdeka lalu mencari parkir terdekat ke padang sana. Dari situ saya bercadang untuk berjalan kaki ke beberapa tempat. Semoga dapat bertemu ramai orang bertanjak lalu beramah mesra.


Kelihatan padang sedang ditutup, tak tahu kenapa.


Tak mengapa. Masih boleh bersantai di sekitar lebuh di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad yang sangat bersejarah itu. Biasanya di sekitar inilah para aktivis busana tradisional Melayu berkumpul lalu membuat pelbagai aktiviti untuk menzahirkan kewujudan mereka kepada warga kota. Ada masanya kami menumpang majlis yang diadakan di situ. Lihat misalnya artikel-artikel lama berikut :-









Tahun lepas pula, ketika kempen Melayu bertanjak pada 16 September Hari Malaysia pertama kali berlangsung ada kumpulan aktivis mengadakan majlis yang agak gilang gemilang di Dataran Merdeka. Tetapi saya tidak ikut serta kerana pergi ke majlis lebih kecil di negeri lain. Lihat Membawa semangat Aceh ke Perak - Petanda-petanda sekitar Hari Malaysia di bandar diraja Kuala Kangsar. Kali ini saya menghadapi masalah mencari kelibat aktivis berbusana Melayu penuh apatah perkumpulan besar. Yang nampak cuba cebisan atau serpihan - sana ada sedikit 2-3 orang, sini ada sedikit 4-5 orang. Dan mereka tidak berpakaian lengkap, Rata-rata memakai t-shirt dan seluar jeans dengan tanjak hitam.


Tidak keterlaluan untuk mengatakan rata-rata mereka adalah anak-anak muda yang baru setahun dua mengenal tanjak. Mereka adalah sebahagian daripada gerakan baru mahu mengarusperdanakan pemakaian tanpa perlu berbusana lengkap. Ada pula memperkenalkan tanjak kain moden selain songket agar tidak terasa begitu janggal seperti halnya kami yang sudah biasa berbusana tradisional penuh. Kiranya  ganti bagi topi dan cap Barat kebiasaan anak muda lalu menjadi trend baru yang boleh menepati zaman.


Namun saya lihat mereka tetap adalah bahagian penting dalam landskap pergerakan yang semakin berkembang. Cuma masalahnya ada dalam kalangan mereka mewar-warkan ke serata dunia kononnya merekalah pelopor, orang paling awal dan paling terkehadapan dalam gerakan. Hal ini saya dapat tahu menyinggung perasaan ramai pelopor sebenar awal. Baru sekitar tahun 2018-2019 mengenali tanjak tetapi disebabkan lebih cakna IT (Information Technology) mereka dilihat ramai generasi kini sebagai orang terawal. Padahal sejumlah aktivis lain yang lebih berusia telah memulakan dari gelanggang persilatan sebelum memberikan tumpuan terhadap aspek budaya tanjak seawal tahun 2008-2009. Cuma berdasarkan pemerhatian peribadi kehadiran mereka mula jelas dizahirkan kepada dunia pada pertengahan tahun 2012. Rujuk pembentangan saya di Muzium Negara hampir penghujung tahun 2016 :-




Pun begitu tak mengapalah bagi saya. Yang penting semakin ramai anak Melayu merasa selesa memakai tanjak. Dari Dataran Merdeka saya melangkah ke arah Masjid Jamek. Hampir sampai ke masjid baru tersedar tidak memakai pelitup muka. Musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) untuk mengekang sebaran virus Covid-19 ni jangan main-main. Terjangkit kalau mendekati orang yang ada penyakit tu satu hal. Kalau bertembung dengan pihak berkuasa boleh kena denda RM1,000!


Terpaksalah bergegas berpatah balik ke kereta untuk mengambil pelitup muka. Alang-alang dah sampai kembali ke Dataran Merdeka saya mengambil laluan lain lalu menuju ke Pasar Seni.


Ketika itulah tergerak untuk membuat live video atau siaran langsung di Facebook. Boleh menunjukkan keadaan pada waktu sebenar (real time) sambil meninjau sambutan kempen Melayu bertanjak di Kuala Lumpur. Asal jumpa orang yang kelihatan seperti mengikut kempen saya memberi salam lalu bertanyakan hal. Ini dilakukan sepanjang perjalanan dari Dataran Merdeka hingga masuk ke Pasar Seni dan keluar. 


Siaran langsung diteruskan tanpa berhenti mahupun rehat melepasi lebuh di Hong Kong Bank membawa masuk ke Masjid Jamek lalu pusing keliling masjid. Sambung ke Masjid India lalu ke Jalan TAR (Tuanku Abdul Rahman) membawa ke Sogo diikuti Kompleks Pertama. Apabila didapati tiada lagi orang bertanjak baru berhenti live.  Tengok-tengok lebih sejam bersiaran langsung sambil berdiri dan berjalan kaki. Sila klik sini untuk melihat video.



Setelah beberapa lama berhenti baru ada orang memberitahu lebih awal tadi sudah ada kumpulan bertanjak berlegar ke sana ke mari di sekitar itu. Ah. Kalau begitu saya yang salah. Saya yang terlewat untuk mengikuti aktiviti-aktiviti lebih jelas. Tak mengapa. Tinjauan diteruskan tanpa membuat live. Bateri telefon pun sudah tinggal kurang 40 peratus. Terlihat perkataan busana di bangunan ke utara Pertama Kompleks timbul rasa untuk ke sana.


Di bangunan inilah terletaknya Digital Mall iaitu versi Bumiputera bagi satu kompleks dengan banyak kedai IT seperti halnya Plaza Low Yatt di Bukit Bintang yang didominasi peniaga Cina.


Selepas itu baru makan tengah hari lewat di sebuah kedai makan di Jalan TAR. Ketika gambar ini diambil sambil menunggu mee rebus sampai sudah jam 4.27.


Selesai makan saya berjalan kaki ke Dataran Merdeka. Sejurus sebelum sampai terlihat bas percuma lalu tergerak untuk ambil. Ikut sahaja ke mana ia membawa lalu turun di KL Sentral. Di sana tergerak pula untuk mengambil LRT ke KLCC.


Saya masuk kompleks membeli belah sebelum keluar ke lapangan di hadapan tasik taman. Sebetulnya sejak keluar LRT lagi didapati ada 2-3 orang sini, 2-3 orang sana memakai tanjak sama seperti di Dataran Merdeka (tidak berpakaian lengkap). Tiba-tiba dapat melihat sekumpulan pengunjung memakai busana tradisional penuh. Saya pun mengambil gambar secara zoom-in demi merekodkan keadaan. Mereka dapat melihat saya lalu datang merapat.



Bukan hendak mendabik dada tapi rata-rata mereka yang telah lama bergelumang dalam dunia aktivisma busana tradisional Melayu mengenali saya sebagai Merah Silu dan cam muka. Walaupun sebelum ini tidak pernah bertegur sapa mereka tahu siapa saya. Memandangkan kami sahaja kelihatan berbusana penuh sapaan bertukar menjadi perbualan panjang mesra.


Gambar-gambar berkenaan diambil daripada FB wanita yang kelihatan. Beliau adalah seorang keturunan Dusun dari Sabah yang sudah lama menetap di Semenanjung mengajar silat buah pukul. Kelihatan dalam gambar seorang anak muda yang baru setahun dua bertanjak. Rupa-rupanya beliau pengikut pihak yang sering mewar-warkan diri sebagai pelopor gerakan bertanjak Hari Malaysia. Terus wanita ini menegur - Sudah ada orang lebih lama membawa gerakan. Malah kejayaan gerakan Hari Malaysia tahun 2019 pun sebenarnya melibatkan sejumlah orang lama termasuk beliau. Maka ada eloknya anak muda itu memanjangkan hal sebenar.


Saya diam sahaja mendengarkan itu. Sesungguhnya dalam dunia silat dan busana ini terdapat pelbagai ragam manusia. Ada yang betul-betul sayangkan budaya, ada yang lebih mementingkan perniagaan dan pengaruh lalu sanggup membuat dakwaan macam-macam sambil memencilkan sumbangan orang lain. Pun begitu saya lebih suka berlapang dada. Yang penting gerakan dapat dikembangkan lalu semakin ramai anak Melayu memakai malah mencintai tanjak.






Kumpulan yang lebih aktif dalam dunia persilatan ini mengajak saya ikut makan di suatu restoran berdekatan KLCC. Terlihat orang meja sebelah menerima tempahan roti tisu tinggi tergerak untuk mengambil gambar. Ketika itu sudah jam 6.59. Kami duduk makan sehingga waktu malam lalu menunaikan solat Maghrib di surau restoran.


Ini pula gambar yang mereka ambil di Pintasan Saloma tidak jauh dari restoran. Saya telah membawa mereka hingga ke Kampung Baru di hujung utara pintasan. Ketika ini kami sudah berpisah. Saya hendak mengambil LRT di Stesyen Kampung Baru hingga ke Masjid Jamek.


Ini pula gambar Sungai Gombak ketika melangkah dari Masjid Jamek menyeberangi jambatan pejalan kaki ke Dataran Merdeka.


Selepas jambatan ada terjumpa orang menjual tanjak malam-malam tapi tak ambil gambar. Beliau memberitahu telah menyertai perhimpunan di Melaka pada waktu pagi. Tetapi apabila ramai aktivis bertanjak berkumpul di hadapan tinggalan bangunan penjajah Portugis yang bernama A Famosa polis datang dalam jumlah yang besar lalu menyuruh mereka bersurai. Nampaknya ada yang risau gerakan bertanjak akan turut sama membuat demonstrasi agar Bukit St Paul di belakang A Famosa ditukar balik ke nama asal (sebelum penjajahan tahun 1511) menjadi Bukit Melaka.  

Sebetulnya desakan-desakan sebegini sudah rancak dizahirkan oleh pelbagai perkumpulan Melayu sejak sebulan dua kebelakangan. Tetapi ia kelihatan tidak diendahkan demi menjaga hati orang bukan Melayu dan bukan Islam. Hamba Allah tadi memberitahu beliau kemudian bergerak ke Malakat Mall di Cyberjaya. Katanya di situ paling meriah kerana ramai berkumpul untuk menjalankan pelbagai aktiviti keMelayuan. Bila disemak kembali laluan perjalanan menggunakan Google Earth didapati saya telah berjalan kaki lebih 6 km . Ini dilakukan dengan memakai capal kulit yang sudah lama tidak dipakai. Sudahlah tak cukup rehat, tumit kaki kiri kanan melecet sakit sejak sampai ke Pasar Seni lagi... 



Tetapi saya tetap dapat bertahan kerana begitu bersemangat. Ini disebabkan merasakan perkembangan terkait rapat dengan perjuangan Melayu Islam akhir zaman. Merujuk kembali pada artikel Mari kembali bangkit bangsa Melayu bertanjak 16 September 2020. Selepas kembali ke rumah jam 10 malam saya membuka komputer riba dan Internet untuk melihat perkembangan terbaru. Terlihatlah gambar atas dikongsikan oleh rakan aktivis dari Aceh.



Mereka memiliki tutup kepala tradisional sendiri yang dikenali sebagai Meukotop. Tetapi untuk menunjukkan sokongan terhadap gerakan bertanjak di Malaysia mereka turut mengambil gambar memakai tanjak cara Melayu Semenanjung...



Ini pula di Beranang. Saya snip gambar ala montaj terus daripada FB.


Di IOI Mall Putrajaya. Sebetulnya cukup jelas ribuan telah menyambut saranan atau kempen Melayu bertanjak di merata tempat...






Ini di Kota Bahru, Kelantan. Saya dapat tahu yang berkumpul ramai-ramai sebegini adalah rata-rata pada waktu pagi.



Di Kemaman, Terengganu...


Di Malakat Mall, Cyberjaya...









Di makam pejuang Melayu terkenal abad ke-19 iaitu Mat Kilau di Pulau Tawar dekat Jerantut, Pahang. Perhimpunan bertanjak malah berbusana lengkap ini sebetulnya dipimpin oleh satu kumpulan berasaskan persilatan di Kuala Lumpur. Kumpulan inilah sebenarnya yang paling utama menjadikan perhimpunan Hari Malaysia 2019 di Dataran Merdeka gilang gemilang.


Ini pula daripada jemaah Armada Malaui Malaysia cawangan Perak. Mereka berkumpul di Kellie's Castle dekat Gopeng. Kumpulan ini yang induknya adalah di KL serta juga sebuah kumpulan besar gabungan pelbagai aliran persilatan yang diberi nama DSSM (Dunia Seni Silat Melayu) adalah para aktivis paling selalu dan setia menyokong usaha-usaha saya atas nama HIKMAH. Lihat cerita-cerita berkenaan dalam blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)

Bersama satu lagi kumpulan yang selalu juga menyokong acara-acara HIKMAH, kami sering menzahirkan kecintaan terhadap busana dan tanjak dengan mengadakan majlis juga berjalan dan berlegar di tempat awam. Kumpulan terakhir yang memakai nama Keris Warisan ini kebanyakkannya terdiri daripada anak didik seorang saudara saya daripada keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak. Beliau yang bernama Johan Iskandar telah melahirkan ramai pembuat tanjak selain aktif mengajar silat dan memanah. 

Selain itu terdapat kumpulan-kumpulan turut bergerak sama sezaman seperti Pusaka KL, Magma Melaka (kemudian menjadi Sigma Melaka) dan Penjurit Kepetangan melestarikan pemakaian busana tradisional Melayu yang memiliki pelbagai kombinasi, rupa dan ragam. Pendek kata sudah terdapat ramai pihak berjuang sejak awal. Cuma untuk perkara ini disedari lalu diterima dan diikuti umum mengambil masa secara berperingkat. Ia ibarat hendak mendapatkan durian kena ada pihak terlebih dahulu sanggup menggadaikan nyawa menghadapi ancaman binatang buas dan makhluk halus sebelum dapat membuka hutan. Kemudian ada pihak menanam benih lalu menjaganya hingga jadi pokok lalu berbuah. Maka itu apabila dapat buah jangan ada pihak mendabik dada mengatakan dialah yang memberi orang ramai makan. Sedangkan mereka belum dilahirkan pun ketika pohon baru bercambah apa lagi terlibat dalam pembukaan hutan.


Sesungguhnya kami-kami inilah yang saling menyokong menjadikan pemakaian busana tradisional Melayu satu kebiasaan pada hari raya di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan. Kalau dalam majlis persilatan dan sebagainya memang sudah lama biasa, begitu juga dalam majlis-majlis lain anjuran kami dan mereka yang sejalan. Ini berbeza dengan usaha untuk membawa mereka yang di luar lingkungan turut sama melestarikan. Saranan yang dimulakan secara besar-besaran ketika bulan puasa tahun 2016 turut diikuti segelintir individu anak Melayu di luar negara  Lihat Ledakan busana tradisional Melayu di masjid-masjid pagi raya


Di atas tadi adalah gambar jemaah Armada Malaiu di Pahang. Untuk Hari Malaysia ini mereka berkumpul di Temerloh. Ini pula perhimpunan cawangan Johor di Johor Bahru. Terdapat lebih 50 lagi gambar kempen Melayu bertanjak Hari Malaysia 2020 mahu dikongsikan tetapi biar dalam artikel baru.

Sesungguhnya perkembangan yang amat memberangsangkan ini bukan berlaku dalam tempoh sehari dua mahupun cetusan seorang dua individu. Ia adalah gerakan bersama dan menyeluruh yang diilhamkan terhadap sejumlah pejuang sejati agama, bangsa dan negara sambil dibantu perkembangan sosio-politik tertentu. Misalnya apabila ahli-ahli parti politik PAS memakai busana penuh tradisional Melayu dalam satu majlis siap berkeris. Sedangkan selama ini ia dikaitkan dengan lawannya parti UMNO . Hal ini membunuh stigma berkurun bahawa PAS cuma pedulikan Islam sedangkan UMNO cuma pedulikan Melayu. Rujuk cerita berkenaan dalam artikel Pemerhatian terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu - Melangkaui sempadan politik demi penyatuan Melayu  Islam akhir zaman. Sekarang kedua-dua parti utama Melayu itu sudah berkerjasama untuk mendirikan kerajaan sejak setengah tahun lalu.


Melayu bertanjak hingga ke Indonesia pada Hari Malaysia 2020 - Bibit-bibit penyatuan bangsa Melayu di seluruh Asia Tenggara?

$
0
0

Salam malam Jumaat 30 Muharram. Merujuk pada artikel Mari kembali bangkit bangsa Melayu bertanjak 16 September 2020 diikuti Meninjau sambutan kempen Melayu bertanjak di Kuala Lumpur pada Hari Malaysia 2020. Kita sambung lagi hal kempen bangsa Melayu bertanjak Hari Malaysia sehingga cukup selesai...


Pada penghujung artikel Meninjau sambutan kempen Melayu bertanjak di Kuala Lumpur pada Hari Malaysia 2020 ada disebut bahawa terdapat lagi lebih 50 buah gambar sekitar kempen bangsa Melayu bertanjak mahu dikongsikan lalu elok diletakkan dalam artikel baru. Untuk makluman gambar-gambar tersebut baru diambil lalu dikumpulkan sekitar jam 10 pagi tadi.



Sebelum itu saya sibuk mencari lalu memilih gambar-gambar daripada Facebook dan WhatsApp untuk digunakan dalam artikel Meninjau sambutan kempen Melayu bertanjak di Kuala Lumpur pada Hari Malaysia 2020. Tiba-tiba Profesor Supyan Hussin daripada UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) menghubungi melalui WA jam 8.12 pagi lalu mengajak masuk grup bernama Bangsa Bertanjak melalui perisian Telegram.


Beliau yang baru sahaja meninggalkan jawatan pengarah ATMA (Institut Alam & Tamadun Melayu), UKM tetapi masih berada di sana atas kapasiti lain memberitahu terdapat 4,600 ahli dalam grup. Terdapat banyak gambar orang bertanjak menghiasinya.


Supyan sendiri sudah berjinak dengan pemakaian tanjak malah busana penuh tradisional Melayu sejak 2-3 tahun lalu. Beliau termasuk antara sejumlah cendekiawan tanah air yang kini rajin memakai begitu ke majlis-majlis terutama apabila melibatkan isu-isu Melayu.


Saya tidak pernah memakai Telegram sebelum itu. Disebabkan saranan beliau saya pun membuka satu akaun melalui komputer riba.


Selesai itu saya memberitahu Supyan. Beliau pun memasukkan saya ke dalam grup. Bermulalah penjelajahan saya dalam grup itu.



Ternyata ia sangat aktif. Terlihat begitu banyak gambar telah dikongsikan sekitar Hari Malaysia 16 September sejak jam 1 pagi lagi.


Tetapi saya cuma boleh menggunakan sejumlah sahaja untuk artikel. Saya harus menghadkan jumlah supaya artikel tidak terlalu panjang lalu mula memilih gambar-gambar yang diletakkan bermula jam 8.30 pagi.


Gambar-gambar di sini kesemuanya diambil daripada Telegram grup Bangsa Bertanjak. Biarlah dikongsikan tanpa memperincikan situasi dan tempat ya.



Sesetengah tempat boleh dikenali melalui bangunan penanda ataupun landmark...






Sesetengah pula kelihatan umum, entah di mana tetapi tetap jelas untuk menunjukkan semangat kemasyarakatan ataupun komuniti dalam melestarikan kempen Melayu bertanjak...


Kalau nak sebut semua nama tempat jenuh le. Ada yang saya boleh kenal walaupun tak ramai tahu kerana pernah sampai atau cam tempat. Misalnya ini di hadapan muzium di atas Bukit Melawati di Kuala Selangor.


Ada yang saya cuma boleh meneka-neka entah di atas puncak gunung atau bukit mana. Yang penting terserlah di suatu tempat tinggi yang cantik dalam hutan.





Kalau hendakkan kepastian saya harus membaca setiap perkataan selain melihat gambar. Letih tu. Memilih gambar jauh lebih mudah walaupun banyak kerana kita boleh melihat apa yang dirasakan berkenaan tanpa memerlukan apa-apa penerangan.

























Saya sekadar memilih berdasarkan kronologi bilakah dipamerkan dalam Telegram. Saya 'lompat lompat' sebelum mengambil mana-mana yang terasa berkenan kerana terlalu banyak.































Cuma gambar ini sahaja biar diberikan sedikit penerangan. Ia adalah di suatu tempat di Indonesia. Walaupun tidak jelas lokasi saya boleh tahu ia di negara tersebut kerana perkataan Kecamatan pada poster. Ini merujuk kepada suatu mukim menurut bahasa Indonesia. Kalau daerah dipanggil Kabupaten kalau tingkat negeri dipanggil Provinsi...



'






'
Cukuplah untuk membuktikan bahawa kempen bertanjak ini turut diraikan di Indonesia seperti disebut melalui poster-poster dalam artikel Mari kembali bangkit bangsa Melayu bertanjak 16 September 2020 awal pagi semalam. Pada saya ini amat menarik perhatian kerana mereka sanggup melakukannya pada tarikh sama. Padahal kita cuma mengambil kesempatan di atas sambutan dan cuti Hari Malaysia.  Selain itu ada ideologi melibatkan pembentukan negara 57 tahun lalu. Kesanggupan untuk bersama menunjukkan mereka tidak takut dituduh terikut-ikut Malaysia. Hal ini nampaknya kerana soal tanjak melibatkan maruah yang melangkaui sempadan negara.






Ia menjurus kepada penyatuan menyeluruh umat atas nama Melayu. Wadah penyatuannya adalah pemakaian tanjak. Sungguh ia merupakan lambang tanah yang dipijak.






Difahamkan sambutan serupa turut dilakukan di Patani di selatan Thailand. Walaupun belum menemui gambar-gambar dan belum sempat menyemaknya dikatakan kempen Melayu bangsa bertanjak turut mendapat sambutan di Brunei dan Singapura...






Kelihatan seperti  sudah ada bibit-bibit penyatuan bangsa Melayu di seluruh Asia Tenggara.






Hal ini memang ditunggu oleh ramai yang mengkaji.






Bagi mereka ia kelihatan seperti semboyan kebangkitan Islam dari Timur.






Hal ini sesuai dengan sabda Nabi Muhammad SAW  bahawa pada akhir zaman kelak akan ada pihak membina daulah Islamiah sejati di belah Timur sebelum menyerahkan kuasa kepada pemimpin tertinggi yang dikenali sebagai Imam Al-Mahdi.



Kekuasaan itu menjurus pada berdirinya kembali sistem Khilafah berdasarkan manhaj Nabi meliputi seluruh dunia. Selepas beberapa peristiwa yang menggetirkan umat Islam yang masih hidup akan mendapat kemenangan mutlak lalu mula mengecapi zaman keemasan.





Cukuplah gambar-gambar ini untuk menunjukkan kempen Melayu bertanjak memang mendapat sambutan sehingga dapat direalisasikan dengan penuh kebanggaan dalam pelbagai situasi tanpa rasa canggung mahupun segan silu.
















Gerakan bertanjak semenjak mengenalinya tahun 2012

$
0
0

Artikel berikut baru sahaja dipersembahkan di blogspot CATATAN SI MERAH SILU beberapa minit tadi. Biar salinannya membentuk artikel ke-393 di blogspot ini. Nombor cantik ni, 3 x 131  = 131 x 3.


-------------------------



Salam hari Rabu malam Khamis 13 Safar 1442 Hijriah. Dua minggu lalu iaitu sekitar sambutan Hari Malaysia 16 September saya telah membuat 3 buah artikel bagi menunjukkan kemeriahan sambutan gerakan Melayu bertanjak pada tarikh tersebut. Tiga hari kemudian iaitu pada 19 September tergerak untuk membuat artikel menunjukkan gerakan bertanjak dan pemakaian busana tradisional Melayu sejak mengenalinya lalu terlibat sama tahun 2012. Cuma kekangan masa menyebabkan saya cuma dapat mengumpulkan artikel-artikel berkenaan sehingga tahun 2014 sahaja. Selepas itu baru dibuat untuk tahun 2015 hingga 2017, kemudian 2018 hingga 2020. 

Malam ini biar artikel-artikel kompilasi tersebut dikumpulkan untuk capaian mudah. Semoga dapat membantu untuk menunjukkan bagaimana gerakan bertanjak dan berbusana ini bermula di Lembah Klang sekitar sedekad lalu sebelum berkembang untuk meliputi Malaysia malah lebih jauh sebagai tanda kebangkitan kesedaran anak Melayu.

 

1. Gerakan bertanjak yang kukenal - Daripada 2012 ke 2014

2. Gerakan bertanjak yang kukenal - Daripada 2015 ke 2017

3. Gerakan bertanjak yang kukenal - Daripada 2018 ke 2020


Viewing all 317 articles
Browse latest View live