Quantcast
Channel: Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)
Viewing all 317 articles
Browse latest View live

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Warisan Melayu di Kampung Nakhoda

$
0
0
Salam Jumaat. Sudah lebih 3 bulan blogspot HIKMAH tidak dikemaskinikan. Hari ini biarlah dikongsi sesuatu untuk memecahkan kesunyian...



Adapun bulan raya Syawal Aidilfitri mula menutup tirai Jumaat minggu lepas 29 Syawal. Esoknya Sabtu sudah masuk bulan Zulkaedah. Namun masih lagi berlaku majlis-majlis rumah terbuka Sabtu dan Ahad itu atas nama sambutan Aidilfitri. Salah satunya adalah majlis seperti tertera dalam poster undangan di atas.


Majlis dijadualkan bermula jam 11 pagi. Saya, isteri dan anak-anak bergerak ke lokasi di Kampung Nakhoda, Batu Caves sana selepas solat Zohor.














Alhamdulillah, ramai kawan-kawan aktivis busana dan persilatan turut memeriahkan. Agak lama juga tak jumpa ramai daripada mereka...




Saya dan isteri memilih baju biru untuk hari itu...


Seperti biasa diadakan persembahan-persembahan silat daripada beberapa perguruan...














Berlaku sedikit drama apabila seorang hadirin kesurupan diresapi makhluk halus, mungkin orang bunian. Seorang guru silat mengajaknya berpulut sebagai usaha pemulihan selain memberi kesempatan makhluk halus tersebut melepaskan hajat...





Pada penghujung majlis diadakan suatu sesi yang setakat saya tahu belum pernah dibuat dalam mana-mana majlis kumpulan persilatan.


Hadirin diajak berjoget lambat diiring irama-irama lagu tradisional Melayu dipandu gesekan indah juga rancak biola...


Sehingga saya pun terjebak sama walau bertari sumbang di hadapan...





Akhir sekali bergambar beramai-ramai. Alhamdulillah silaturrahim antara kami para aktvisi tetap termetri kuat insyaallah sepanjang zaman...



Kesantunan Malaiu Seni Nusantara dan hal-hal di sekitar Dataran Merdeka

$
0
0
Salam hari Selasa 12 Rabiulawal 1440 Hijriah. Selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, hari Maulidur Rasul. Ada pun pada ketika ramai orang membuat sambutan di merata Malaysia malah ada yang menyambutnya seiring dengan apa yang baru sejak 3 tahun lalu diisytiharkan sebagai Hari Melayu saya pula menghabiskan masa di rumah dan sekitar Rawang bersama ahli keluarga. Kami ada banyak urusan perlu diselesaikan sebelum membuat satu pengembaraan baru jauh di luar negara dalam masa terdekat. Malam semalam pun kami memandu 160 km meliputi Kuala Lumpur, Puchong dan Shah Alam kerana hendak mendapat beberapa barangan yang mahu dibawa keluar mengembara.

Kalau ikutkan hajat sekurang-kurangnya saya mahu menyertai satu majlis Maulud dan sambutan Hari Melayu di Shah Alam siang tadi. Tapi memang tak berkelapangan selain kepenatan, perlu juga menyimpan tenaga untuk perjalanan lasak akan datang. Dalam tempoh setahun ini kami kurang aktif menyertai majlis-majlis kedaulatan Melayu. Apapun ini ada sedikit perkongsian daripada hujung minggu lalu.


Sabtu malam Ahad kami bergegas ke Dataran Merdeka di Kuala Lumpur untuk menyertai satu majlis melibatkan kawan-kawan aktivis busana tradisional dan persilatan Melayu. Kami datang dari arah parlimen tetapi mendapati jalan utama di hadapan Taman Tasik Perdana ditutup lalu dibuat lencongan entah ke mana. Kami membuat keputusan untuk meletakkan kereta di Padang Merbok lalu berjalan kaki ke arah dataran.


Sambil itu juga kami ada urusan dengan satu pihak yang datang dari Cheras. Disebabkan jalan-jalan di sekitar Dataran Merdeka ditutup kami bertemu di hadapan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kebetulan ada suatu majlis melibatkan keMelayuan di auditorium sana. Kami pun singgah naik ke atas...





Kelihatan nama majlis dipaparkan sebagai "Malam Gagaharika". Ada pertunjukan kebudayaan pelbagai ragam.


Menurut jadual ia harus bermula jam 8.30 malam. Melihatkan tiada tanda majlis akan bermula lagi setelah masuk jam 8.45 kami membuat keputusan masuk ke Dataran Merdeka...





Tengok-tengok ada majlis Maulidur Rasul melibatkan tokoh-tokoh daripada kerajaan Malaysia baru sekarang.


Ia diwar-warkan sebagai acara yang "grand". Melihat pada kehadiran dan apa yang sempat kedengaran dibincangkan nampaknya majlis ini memang hebat. Sangat hebat sehingga memerlukan mata yang kasyaf untuk melihat begitu ramai makhluk ghaib sedang memenuhi semua ruang demi mendengarkan kehebatan yang diwar-warkan dalam majlis.


Seterusnya kami menuju ke bahagian selatan dataran dekat bendera besar. Jam 10.20 barangan sedang disiapkan untuk memulakan majlis anjuran kawan-kawan yang menjadi sebab utama keluar ke dataran walaupun kami sekeluarga sebenarnya sedang kepenatan dan kurang mood nak jumpa orang.





Disebabkan ada masalah teknikal selepas jam 11 baru majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.


Kemudian ada nyanyian qasidah sempena sambutan Maulidur Rasul.


Acara yang diberikan nama Kesantunan Malaiu Seni Nusantara ini dibuat secara santai ala-ala orang busking atau membuat persembahan jalanan.


Ada sketsa tentang semangat patriotik dan perjuangan orang Melayu melawan segala kesan buruk yang tercipta akibat penjajahan Barat.

Ada persembahan tarian tradisional gaya Negeri Sembilan...


Paling utama adalah persembahan silat...


Dianjurkan oleh kawan-kawan seperjuangan daripada Armada Malaiu Malaysia acara Kesantunan Malaiu Seni Nusantara ini diadakan pada hujung minggu ketiga setiap bulan...














Sedikit gambar-gambar sekitar majlis yang diambil oleh pihak lain...










Pemansuhan hukuman mati dan kes pembunuhan Adib - Satu konspirasi untuk melemahkan kedudukan orang Melayu dan Islam?

$
0
0
Sudah hampir 3 minggu blogspot ini tidakdikemaskinikan. Biar diperbaharui dengan artikel yang ditulis di blogspot CATATAN SI MERAH SILU tadi...


--------------


Salam semua. Sejak minggu lepas hampir setiap hari saya perlu keluar ke Kuala Lumpur lebih 40 km dari rumah malah sehingga hampir 80 km ke Bangi untuk menghadiri majlis-majlis ilmu, forum dan sebagainya. Pagi tadi ada satu majlis lagi. Kalau ikutkan penat juga urusan harian keluarga tak patut lagi saya bergegas ke KL hari ini. Sebagai seorang penulis yang bekerja sendiri adalah menjadi tanggungjawab saya menghantar anak-anak ke sekolah waktu pagi kemudian mengambil mereka selepas tengah hari. Selepas itu harus menghantar mereka ke sekolah agama, petang ambil dan hantar mereka mengaji muqaddam dan quran pula. Tetapi disebabkan rasa prihatin terhadap suatu perkara besar saya keluar lagi hari ini. Isteri pun mahu ikut sama sehingga mengambil cuti setengah hari. Ini ceritanya...


Beberapa hari lalu saya dimaklumkan tentang satu majlis meja bulat untuk membincangkan perkara seperti tertera dalam poster. Majlis dianjurkan oleh satu badan gabungan NGO-NGO Melayu dan Islam bernama UMMAH, singkatan untuk  Gerakan Pembela Ummah. Mereka pernah bertanggungjawab menganjurkan perhimpuan anti-ratifikasi ICERD (International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination) pada 8 Disember 2018. 

Ini adalah perhimpunan untuk menentang usaha pihak-pihak tertentu agar negara mengaplikasikan sejumlah perkara yang digariskan dalam Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Sekilas pandang ia kelihatan adil seperti mahu memberikan kesejahteraan saksama lagi sama rata antara semua kaum yang wujud di Malaysia. Tetapi di sebalik itu ada niat jahat untuk menghapuskan hak istimewa orang Melayu,  institusi raja-raja Melayu dan kedudukan tinggi Islam dalam Perlembagaan Negara.

Semasa perhimpunan itu berlaku saya dan keluarga baru sahaja kembali daripada pengembaraan lasak merentas darat melalui negara Cambodia dan Thailand 22 November hingga 3 Disember. Kembali sahaja ke Malaysia saya terus disibukkan dengan kerja-kerja pengajian pasca-siswazah di ISTAC (Institusi Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) juga hal-hal keluarga. Keadaan ini menyebabkan saya cuma dapat menyertai perhimpunan ketika ia tinggal 'ekor' sahaja. Hal ini ada dikongsikan dalam artikel Antara perjuangan dan pelbagai macam kehendak dan tuntutan... tepat 2 bulan lalu.


Pagi tadi Selasa 12 Februari 2019 saya pun ke lokasi majlis meja bulat di Kuala Lumpur. Walaupun mejanya tidaklah bulat konsep majlis adalah begitu. Ia adalah wadah perbincangan di mana para pemimpin dan wakil-wakil NGO diletakkan setara. Saya datang atas kapasiti presiden HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman). Rujuk blogspot kami Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)
.

Topik perbincangan adalah "Pemansuhan Hukuman Mati dan Kesan Pada Kes Permbunuhan Adib". Pemansuhan merujuk kepada usaha pihak tertentu agar hukuman mati dimansuhkan pada sidang Parlimen akan datang (katanya bermula 11 Mac) sedangkan kes pembunuhan merujuk kepada peristiwa seorang ahli bomba bernama Muhammad Adib yang mati akibat kecederaan dipukul perusuh ketika berlaku kekecohan di Kuil Mariamman, Seafield, USJ Subang Jaya. Kekecohan tercetus apabila sekumpulan lelaki menceroboh kuil awal pagi Isnin 26 November 2018. Berlakulah pergaduhan antara dua pihak, satu kebetulan berbangsa Melayu, satu lagi India lalu diapi-apikan hingga menjadi isu perkauman..

Ketika ini berlaku saya dan keluarga sedang berehat sebelum menjejakkan kaki ke pusat empayar Funan di Indo-China. Kebetulan tarikh tersebut adalah hari ulang tahun kelahiran saya yang ke-48. Lihat artikel Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Menyambut hari lahir di tapak pusat empayar. Rusuhan menyaksikan banyak harta benda dirosakkan dan beberapa kereta dibakar. Awal pagi Selasa 27 November masuk dua kenderaan bomba, lori dan van ke lokasi untuk memadamkan api. Sebaliknya mereka diserang perusuh lalu Adib dipukul teruk. 

Ketika itu saya dan keluarga sudah berada di Phnom Penh iaitu ibu negara Cambodia pula. Tetapi kami tetap mengikuti perkembangan melalui Internet. Lihat Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - Kehebatan kota Phnom Penh. Tiga minggu kemudian Adib meninggal dunia akibat kecederaannya. Berikut adalah kronologi peristiwa seperti dipaparkan akhbar Berita Harian 18 Disember :-



26 November 2018

- pergaduhan membabitkan dua kumpulan berhubung isu pemindahan tapak kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Seafield, Subang Jaya, jam 3 pagi.

- 18 kenderaan terbakar dan 700 anggota keselamatan digerakkan bagi mengawal keadaan.

- Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun umum polis tahan 17 lelaki dan adakan kawalan 24 jam, orang ramai yang berkumpul di sekitar kuil diarah bersurai.

27 November 2018

- anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib, 24, diserang dan pukul hingga parah dan jentera bomba dirosakkan selain dua kenderaan lain dibakar.

- Muhammad Adib dimasukkan ke unit jagaan rapi di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, kira-kira jam 1 pagi, sebelum dipindahkan ke IJN, pada keesokan malamnya.

- Ketua Polis Selangor beri jaminan keadaan terkawal.

- Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy minta semua masyarakat India bertenang.

- Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tegaskan insiden berunsur jenayah bukan perkauman atau agama.

28 November 2018

- Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman dakwa Muhammad Adib parah akibat kemalangan jalan raya.

- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tubuh jawatankuasa khas siasat kejadian.

29 November 2018

- Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun tegaskan dakwaan pihak kuil tidak benar.

4 Disember 2018

-Selepas seminggu dirawat, Muhammad Adib beri tindak balas kepada orang sekeliling, tetapi masih tidak dapat bertutur.

5 Disember 2018

- Muhammad Adib mendapat sistem sokongan kepada mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) yang membantu fungsi paru-paru.

- Jantung Muhammad Adib juga mampu berfungsi dengan sendiri tanpa sokongan mesin bantuan.

7 Disember 2018

- Muhammad Adib tunjuk perkembangan positif walaupun masih kritikal dan stabil selain tidak bergantung kepada mesin sokongan jantung.

8 Disember 2018

- Muhammad Adib masih bergantung beberapa mesin sokongan untuk memastikan organ dalamannya dapat dipulihkan pada tahap optima.

10 Disember 2018

- Muhammad Adib memberikan respons dengan menulis pada papan putih untuk berkomunikasi.

15 Disember 2018

- Muhammad Adib terpaksa menggunakan semula mesin ECMO kira-kira jam 9 malam selepas penilaian mendapati paru-parunya mula mengeras.

16 Disember 2018

- kesihatan Muhammad Adib kembali merosot dan kritikal. Institut Jantung Negara (IJN) memaklumkan selepas penilaian menyeluruh, paru-parunya menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, menjadikan pertukaran gas tidak berkesan.

17 Disember 2018

- Muhammad Adib disahkan meninggal dunia jam 9.41 malam.


Kematian Adib menjadi sensasi kerana sehingga kini belum ada pihak dipertanggungjawabkan atas kematian beliau. Sebaliknya kelihatan ada usaha untuk mengalihkan perhatian dengan menyatakan beliau mati akibat dilanggar lori bomba yang berundur sehingga melanggar van bomba di belakangnya. Satu inkues telah dimulakan pagi Isnin 11 Februari semalam untuk menyiasat dan menetapkan punca kematian. Namun ada kebimbangan bahawa ia sekadar wayang untuk menutup perkara sebenar kerana ada kepentingan-kepentingan politik tertentu bukan Melayu sedangkan hal ini sangat menghiris hati orang Melayu.

Berbalik kepada majlis meja bulat. Usaha pemansuhan hukuman mati dilihat akan memberikan kesan kepada kes Adib juga banyak kes-kes bunuh yang sudah berlaku di Malaysia  Kelihatan  dalam gambar peguam Christina Teng  menyatakan kebimbangan jenayah berat akan meningkat jika hukuman mati dimansuhkan. Beliau adalah panelis pertama membuat perkongsian dalam majlis. Teng pernah mewakili keluarga Sosilawati dan Kevin Morais - kedua-duanya dibunuh secara kejam dalam dua kes berasingan sedangkan pihak yang bersalah kelihatan belum menerima hukuman yang cukup setimpal dengan kekejaman mereka. Sila rujuk sendiri di Internet tentang dua nama tersebut dan kes pembunuhan.



Panelis kedua, Adnan Seman juga ada seorang peguam. Menurut beliau pemansuhan hukuman mati bukan sahaja akan membuka ruang untuk jenayah berat bertambah pesat. Ia akan menyebabkan mereka yang merasa teraniaya akibat ahli keluarga atau rakan terbunuh membuat keputusan untuk membalas dendam dengan membunuh pula penjenayah yang terlibat. Kata Adnan usaha pemansuhan hukum bunuh juga berlaku dan disokong sesetengah peguam kerana memiliki kepentingan. Antaranya mereka memiliki anak-anak guam yang sudah dijatuhkan hukuman mati lalu menunggu masa sahaja untuk hukum dijalankan. Kalau pemansuhan berjaya dilakukan maka terselamatlah mereka daripada hukuman.


Panelis ketiga, mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pula berkongsi pengalaman beliau menangani jenayah berat terutama melibatkan kumpulan-kumpulan gangster atau samseng dan jenayah terancang. Menurut beliau ada kumpulan-kumpulan penjahat yang dilindungi akibat memiliki hubungan gelap dengan ahli-ahli politik yang berkuasa. Menjadi cabaran besar buat pihak polis untuk membina kes pada kala orang-orang berkedudukan masuk campur tangan mengganggu siasatan.


Secara rata mereka yang berusaha untuk memansuhkan hukuman mati menggunakan alasan hak asasi manusia. Kononnya penjenayah berat berhak meneruskan hidup sebagai manusia biasa. Maka dipersoalkan - bagaimana pula hak asasi mereka yang terbunuh dan keluarga serta kenalan mereka? Lagipun pengalaman menunjukkan ramai penjenayah akan mengulang kembali jenayah apabila tamat tempoh hukuman penjara. Apakah jaminan seorang pembunuh tidak akan membunuh kembali jika dilepaskan?


Seorang wakil UMMAH (tak ingat nama) kemudian berkongsi harapan keluarga Adib agar beliau mendapat pembelaan. Semoga inkues dapat memberikan keadilan. Selepas itu majlis pun dibuka untuk hadirin lain menyatakan pendirian atau bersoal jawab.


Saya sendiri mengambil peluang untuk menyoal kembali 'usul' berlakunya pembunuhan Adib. Kita tahu bahawa ia melibatkan sebuah syarikat milik orang Cina menghantar kumpulan samseng berbangsa Melayu menyerang kuil orang India sehingga jadilah ia isu perkauman. Kena jadi begitu? Apaka ia satu konspirasi? Bagaimana pula boleh ditemukan sijil silat dan buku panduan silat pada penyerang? Tidakkah ini pelik? 

Dengan ini biar dikongsikan rumusan rasmi meja bulat seperti diambil daripada Facebook UMMAH. Ia boleh dirujuk di sini :-


KENYATAAN MEDIA :

Sidang Meja Bulat UMMAH Berhubung Kesan Pemansuhan Hukuman Mati

Oleh : Gerakan Pembela UMMAH
12 Februari 2019

1. Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) telah mengadakan sidang meja bulat sebentar tadi, bagi membincangkan mengenai kesan keputusan pemansuhan hukuman mati secara umumnya, dan kaitannya dengan kes pembunuhan Muhammad Adib (“Adib”) secara khususnya. Sidang ini dihadiri antara lainnya oleh tokoh-tokoh rentas bidang, termasuk oleh para aktivis di pelbagai peringkat, mantan ketua polis negara, pengamal perundangan dan juga syariah, serta ahli-ahli akademik.

A. KES PEMBUNUHAN ADIB

2. Setelah mendengar pandangan dan hujah yang disampaikan oleh pihak-pihak yang hadir dalam perbincangan ini, UMMAH merumuskan bahawa terdapat sebab yang kukuh untuk meragui ketelusan Peguam Negara dalam menangguhkan pendakwaan terhadap pembunuh Adib, dan sebaliknya melengahkannya dengan menjalankan prosiding inkues, atas sebab-sebab berikut:-

(b) di bawah Bab XXXII Kanun Acara Jenayah, satu-satunya asas utama untuk mengadakan siasatan inkues adalah jika terdapat ketidakpastian sebab kematian mangsa; sedangkan dalam kes pembunuhan Adib, pihak polis sudah pun mengenal pasti suspek, melalui kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim pada 21 Disember 2018 yang mengumumkan bahawa empat orang suspek yang dikenal pasti, telah disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh; [1]

(b) pada 24 Disember 2018, polis juga dilaporkan telah menyiapkan hasil siasatan ke atas empat orang suspek tersebut, dan telah menyerahkannya kepada Jabatan Peguam Negara untuk diambil tindakan lanjut; [2] dan

(d) justeru, memandangkan siasatan polis telah secara jelas mengenal pasti suspek, tindakan Peguam Negara untuk mengadakan inkues seolah-olah punca kematian Adib belum dikenal pasti adalah dikhuatiri hanya akan melambat-lambatkan pendakwaan terhadap para pembunuh Adib, dan membangkitkan keraguan kononnya Adib tidak dibunuh, di mana kini empat orang suspek tersebut telah pun dilepaskan dan tidak diketahui menghilang ke mana.

3. Apa yang lebih membimbangkan ialah apabila di atas semua kejanggalan ini, kini terdapat pula cadangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Portfolio Undang-Undang) yang mengumumkan hendak menghapuskan hukuman mati, yang berkemungkinan akan dibentang untuk diluluskan dalam sidang Dewan Rakyat pada bulan Mac nanti. [3] Sama ada berkait atau tidak, Ummah melihat ini sebagai satu rangkaian kronologi yang tidak baik dan tidak sihat untuk sebuah negara yang seharusnya mengutamakan kedaulatan undang-undang, melindungi masyarakat awam dan menghukum para penjenayah.

B. CADANGAN PEMANSUHAN HUKUMAN MATI ADALAH TIDAK WAJAR

4. Dalam hal ini, UMMAH merumuskan 6 sebab hukuman mati perlu dikekalkan, dan tidak wajar dimansuhkan secara terburu-buru:-

(i) Utamakan kepentingan awam. Kerajaan seharusnya mengutamakan hak dan kepentingan 33 juta rakyat negara ini, berbanding para penjenayah yang jumlahnya sekadar minoriti, iaitu 1281 banduan akhir, yang sedang menunggu hukuman mati (i.e. 0.00039%). Hak asasi dan keselamatan masyarakat majoriti rakyat Malaysia seharusnya diberikan keutamaan. Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan meletakkan tanggungjawab kepada Kerajaan untuk melindungi nyawa setiap rakyat Malaysia, dan ini tentunya termasuk tanggungjawab menghukum para pembunuh. Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan secara atas talian oleh akhbar New Straits Times, 82% menyokong mengekalkan hukuman mati, dan menentang usaha untuk menghapusnya. [4] Manakala petisyen atas talian “Do not abolish death penalty” pula telah mendapat sokongan hampir 60,000 penandatangan setakat hari ini. [5]

(ii) Mencegah jenayah. Undang-undang yang ketat dan tegas bertindak sebagai pencegah jenayah sebelum ia dilakukan oleh mereka yang mungkin berniat melakukannya. UK misalnya telah menghapuskan hukuman mati sejak dari tahun 1965. Sejak dari itu, jenayah membunuh meningkat dengan mendadak. [6]

(iii) Wang pembayar cukai. Dalam pada kerajaan hari ini mendendangkan bahawa hutang negara berada pada kadar yang tinggi, dan potongan dibuat pada banyak sektor, termasuk pendidikan dan kesihatan, maka seharusnya kewangan negara disalurkan bagi perkara-perkara yang lebih bermanfaat, berbanding digunakan untuk menyara hidup para pelaku jenayah serius. Jika hukuman mati dimansuhkan, kehidupan mereka perlu ditanggung sepanjang hayat mereka di dalam penjara. Kos bagi menyara hidup seorang banduan bagi setiap satu hari adalah RM41, justeru berdasarkan jumlah banduan akhir seramai 1281 orang ditahan di dalam penjara selama 30 tahun, kosnya adalah RM41 x 356 x 30 = RM575 juta. Ini adalah wang pembayar cukai yang seharusnya boleh digunakan untuk perkara-perkara yang lebih bermanfaat, seperti penambahbaikan pendidikan, pemberian biasiswa, penjagaan kesihatan, pembinaan infrastruktur, meningkatkan penguatkuasaan undang-undang, dan lain-lain.

(iv) Undang-undang Islam. Hukum syarak menetapkan hukuman mati bagi kesalahan-kesalahan tertentu. Ini termasuk bagi jenayah membunuh, misalnya, Islam menetapkan qisas, iaitu bunuh seharusnya dibalas bunuh, jika berjaya dibuktikan melangkaui sebarang keraguan, dan jika ahli keluarga mangsa tidak memberikan kemaafan melalui diyat. Ini selaras sebahagiannya dengan seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang menetapkan hukuman mati bagi kesalahan membunuh.

(v) Hukuman mati perlu bagi kesalahan-kesalahan serius. Baru-baru ini Yemen telah menghukum dua orang penjenayah dengan hukuman mati setelah dibuktikan mereka menculik, merogol dan kemudian membunuh seorang kanak-kanak berusia 12 tahun. [7] Di Malaysia, kita tidak kurang dengan kisah-kisah tragis di mana kanak-kanak menjadi mangsa seperti ini, di mana sejak lima tahun lalu, sebanyak 9781 kes kanak-kanak hilang telah dilaporkan di seluruh negara yang melibatkan 2280 lelaki dan 7510 perempuan. [8]

(vi) Konflik kepentingan. Undang-undang negara tidak seharusnya dibenarkan untuk dimanipulasi oleh para penjenayah atau melalui NGO-NGO yang mendapat sokongan para penjenayah, kononnya untuk menepati standard antarabangsa. UMMAH mengesyaki bahawa sesetengah NGO yang menuntut pemansuhan hukuman mati ini adalah terdiri daripada para peguam yang mempunyai kepentingan tersendiri, kerana mewakili para penjenayah selaku peguambela yang sedang menghadapi pertuduhan yang boleh membawa kepada hukuman mati. Justeru, dalam mengimbangi kepentingan para penjenayah dengan masyarakat awam, seharusnya kepentingan masyarkat awam didahulukan.

C. TUNTUTAN UMMAH

5. Justeru, UMMAH menuntut daripada kerajaan seperti berikut:-

(a) Hentikan moratorium terhadap pelaksanaan hukuman mati dengan serta-merta. Hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah hendaklah dilaksanakan, dan kerajaan selaku cabang eksekutif tidak berhak untuk menangguhkan mahupun melengah-lengahkan hukuman yang telah diperintahkan;

(b) Tangguhkan pembentangan rang undang-undang bagi menghapuskan hukuman mati. Hukuman mati perlu dikekalkan, dan berikan kebebasan kepada para Hakim untuk menentukan hukuman yang wajar berdasarkan kepada fakta kes secara keseluruhan, termasuk menjatuhkan hukuman mati bagi kes-kes serius; dan

(b) Berikan pendedahan penuh dan berterus terang mengenai kepentingan para Menteri dan ahli-ahli parlimen, terutamanya yang mempunyai karier sebagai peguambela dan mempunyai kepentingan sama ada secara langsung mahupun tak langsung terhadap 1281 banduan akhir, kerana mereka mungkin akan bertindak bias membelakangi kepentingan awam.

Tuan Haji Aminuddin Yahya
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)




Sebagai mengakhiri artikel ini ingin saya berkongsi ilham yang terbit dalam hati tentang perkara ini. Saya rasa orang lain pun ada terfikir perkara yang sama. Cuma hendak menyatakan ia secara teratur tu mungkin ramai tak yakin atau tidak dapat kalamnya.

Melihat pada tempoh masa rusuhan yang mengakibatkan kematian Adib berlaku saya bertanya kepada isteri mesti ada terkait dengan suatu perkara besar tetapi apa dia? Kalau ada konspirasi dan saya percaya memang ada konspirasi tentu ia terkait dengan perkara besar itu. Isteri saya pun berfikir sejenak. Ah. Rasanya ia terkait dengan perhimpunan anti-ICERD yang berlaku 8 Disember. 

Terus terbetik dalam hati rusuhan yang tercetus awal pagi 26 November iaitu kurang 2 minggu sebelum perhimpunan tersebut memang bertujuan untuk menggagalkan atau memburukkan himpunan tersebut. Umum tahu bagaimana usaha untuk meratifikasikan ICERD ini disuarakan oleh seorang menteri berbangsa India yang sering mendakwa bangsanya ditindas orang Melayu. Bila berlaku rusuhan beliau dan beberapa orang politik bangsa India terus membuat tuduhan ia berlaku akibat serangan orang Melayu dan Islam terhadap kuil mereka. Polis pula didakwa lambat bertindak sedangkan ramai tahu kebanyakan anggota polis adalah berbangsa Melayu. Sentimen negatif dimainkan dan diapi-apikan sebegitu rupa sehingga menjadi isu perkauman Melayu lawan India. Sedangkan isu sebenarnya adalah puak mereka telah mendirikan kuil atas tanah milik orang lalu diminta keluar.

Mahkamah telah pun memerintahkan mereka keluar dan untuk itu satu tanah ganti telah diberikan untuk mendirikan kuil baru berserta wang pampasan. Sebaliknya apa yang berlaku ia dijadikan isu perkauman, kuil atas tanah haram pula mahu terus dipertahankan, wang pampasan tidak dipulangkan dan tanah yang diberi mahu terus dipegang.

Nampak tak bagaimana celakanya situasi ini? Adib menjadi mangsa akibat sentimen perkauman anti-Melayu dan Islam yang  dikocakgelorakan (saya main bantai aje letak perkataan itu... :]) sehingga sebaik sahaja ternampak kelibat penjawat awam itu berbangsa Melayu terus diberikan ancaman. Saya melihat bahawa rusuhan diapi-apikan untuk memaksa orang Melayu bertindak ganas. 

Apabila itu berlaku bolehlah diwar-warkan kepada dunia bahawa orang India memang 'tertindas'. Dengan itu isu ICERD dapat diangkat dengan bantuan dan desakan masyarakat antarabangsa. Seterusnya ia boleh digunakan untuk menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu, institusi raja-raja Melayu dan kedudukan tinggi agama Islam menurut perlembagaan.

Orang India yang kita tahu cuma membentuk belasan persen penduduk negara Malaysia cuba dipaparkan sebagai pihak yang teraniaya. Tetapi yang saya lihat akan mendapat laba paling besar kalau ICERD berjaya diratifikasikan adalah orang Cina yang membentuk 20 lebih peratus penduduk tetapi menguasai lebih 80% ekonomi negara. Perkara ini akan berbalik  kepada siapakah pemilik tanah yang mengandungi kuil, kenapa dihantarnya samseng berbangsa Melayu untuk menduduki kuil. Bukankah ramai lagi samseng berbangsa Cina boleh dihantar? 

Mohon siasatan dibuat secara terperinci tentang ini. Sekurang-kurangnya biar mendapat kepastian bagaimana boleh ada sijil silat dan sebagainya pada tangan jawatankuasa kuil. Betulkan didapati daripada penyerang berbangsa Melayu? Atau ia 'ditanam' untuk memburukkan orang Melayu terutama warga silat sebagai samseng belaka?

Tetapi apa yang dirancang tidak menjadi apabila berlaku kematian Adib namun orang Melayu tidak bertindak di luar batasan. Bayangkan apakah yang akan berlaku jika orang Melayu mengamuk lalu ada orang India terbunuh? Apakah orang bukan Melayu akan begitu sabar menunggu keputusan siasatan, inkues bagai seperti halnya orang Melayu? Tidak. Kita sudah tahu sangat perangai mereka yang tidak redha lagi kiasu amat mementingkan diri. 

Bila rancangan asal untuk mempersalahkan orang Melayu tidak menjadi malah nampaknya orang India pula akan dipersalahkan cara yang tinggal adalah menimbulkan keraguan agar kesalahan tidak dapat dipalitkan pada mana-mana orang India. Itu yang saya nampak dan saya percaya ramai juga nampak perkara yang sama. Kalau tidak dipantau sebaiknya lalu diberikan tindak balas yang sesuai jangan hairan jika kematian Adib dikatakan sama ada sebab dilanggar lori bomba atau dikecilkan skop menjadi akibat darah beku naik ke otak atau sebagainya. Akan cuba dielakkan dan dibuang ke tepi bagaimana boleh muncul darah beku akibat pukulan atau apa-apa taktik lain yang menghilangkan tanggungjawab orang bukan Melayu.

Baling batu sembunyi tangan. Hal ini terkait juga dengan usaha pemansuhan hukuman mati dan banyak lagi undang-undang bersifat pencegahan yang cuba dimansuhkan oleh pihak-pihak tertentu. Saya melihat ada tangan-tangan cemar yang terkait dengan pemikiran kuku besi ala komunis dan kepentingan kongsi-kongsi gelap yang suka membanyakkan rumah-rumah maksiat, judi, minum arak, rumah urut, zina. menjual dadah, perdagangan manusia dan sebagainya, Cukup.



Menerima duit lama Pasai dan Kelantan tengah hari Jumaat - Petanda tentang suatu kecemerlangan akan datang?

$
0
0
Satu lagi artikel daripada blogspot CATATAN SI MERAH SILU  yang amat cocok dikongsikan di sini. Baru siap dimuatnaik tadi...


--------------


Salam petang Jumaat. Ada gerak yang muncul hari ini untuk suatu penceritaan berkenaan.



Jam 8 pagi tadi saya membuka Facebook lalu mendapati tertera gambar atas pada wall saya. Ia mengingatkan tentang gambar berkenaan yang dikongsikan di FB tepat 6 tahun lalu. Gambar diambil daripada satu sesi rakaman televisyen yang berlaku siang 15 Februari tahun 2013. Ia adalah berkenaan aktiviti saya dan kawan-kawan mempromosikan ekonomi Islam berdasarkan penggunaan wang emas dinar dan wang  perak dirham. Lihat artikel A television interview on Islamic economics and finance di blogspot BERPETUALANG KE ACEH

Terus terasa ia adalah alamat saya akan menerima sesuatu yang berkenaan hari ini lalu saya up atau naikkan kembali gambar dan posting atas di FB. Tadi tergerak pula untuk menyemak tarikh hijriah bagi 15 Feb 2013 lalu mendapati ia bersamaan 5 Rabiual Akhir 1434 hari Jumaat. Hari ini 15 Feb 2019 juga adalah hari Jumaat. Tarikh adalah bersamaan 10 Jamadiul Akhir 1440 Hijriah.


Sejurus sebelum masuk jam 12 tengah hari tadi saya menerima satu bungkusan Poslaju. Sebetulnya saya sudah menjangkakan apakah isinya dan akan menerimanya dalam tempoh sehari dua ini. Ini kerana seorang rakan aktivis kewangan Islam ada memberitahu telah mengeposnya pada petang hari Rabu 13 Februari.


Saya sudah tahu apakah isinya kerana sudah diberitahu oleh rakan tersebut melalui WhatsApp pada malam sebelumnya. Ia adalah duit kupang emas zaman kerajaan Pasai. Cuma  tak tahu bilakah akan sampai. Ketika menyemak nombor tracking Poslaju jam 8 tadi ia dinyatakan telah dipos pada petang 13 Feb di pejabat Poslaju bandar Pasir Mas, Kelantan lalu sedang berada di Poslaju Parcel Hub, tidak dinyatakan di bandar mana.

Timbul kemusykilan. Setahu saya kawan yang menghantar duit ini sebagai hadiah menetap di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kenapa dihantar dari Pasir Mas? Saya pun menghubungi beliau melalui WA. Rupa-rupanya duit lama ini dibeli daripada seorang ahli numismatik atau pengumpul wang lama di Pasir Mas. Rakan membelinya atas talian. Orang tersebut menghantar dari Kelantan.


Apapun masuk jam 8.30 saya menyemak lagi nombor tracking Poslaju lalu mendapati bungkusan sudah sampai ke depot Poslaju Rawang. Tahulah saya besar kemungkinan ia akan sampai hari ini. Sambil itu terbetik dalam fikiran harus ada suatu makna tersirat kenapa bungkusan dihantar dari Kelantan. Nama tempat pun Pasir Mas. Bila dah terima bungkusan lalu dibuka rupa-rupanya ada sekali wang pitis atau wang timah lama Kelantan.

Adapun duit emas kupang Pasai itu adalah daripada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Malik az-Zahir. Tertera pada sampul tahun pemerintahan adalah 1270-1295 Masihi. Ini tidak tepat kerana setahu saya Pasai dan kerajaan kembarnya Samudera (kedua-duanya sering dikenali sebagai Samudera-Pasai) diperintah oleh pengasas kerajaan, seorang moyang induk saya, Sultan Malikus Saleh sehingga tahun 1297. Semakan di Internet menunjukkan Sultan Ahmad memerintah 1345-1383. Terus teringat seorang wali besar bernama Sayyid Hussein Jamaluddin Qubro yang hidup pada zaman itu juga sebuah kerajaan lama berkaitan yang pernah berpusat dalam lingkungan daerah Pasir Mas. Lihat artikel-artikel berikut :-












Duit pitis Kelantan pula adalah daripada zaman pemerintahan Sultan Muhammad IV 1900-1920 Masihi. Terus teringat wali besar Kelantan iaitu Tok Kenali aktif pada zaman itu. Lihat :-








Merujuk kepada gambar paling atas yang dikongsikan di FB tepat 6 tahun lalu. Ini adalah rakaman video berkenaan yang muncul di kaca televisyen beberapa waktu kemudian. Untuk mengakhiri cerita biar diletakkan pautan sejumlah artikel yang pernah dikongsikan tentang ekonomi dan kewangan Islam serta usaha untuk menghidupkan kembali penggunaan wang emas dinar dan wang perak dirham. Semoga sampainya duit lama Pasai dan Kelantan hadiah kawan aktivis ke tangan saya tengah hari tadi membawa berita baik perjuangan akan lebih cemerlang pada masa hadapan.















Rancangan perjalanan pusing utara Sumatera dan Aceh berserta acara HIKMAH ke-21 di kompleks makam Sultan Malikus Saleh 1 Muharram 1441

$
0
0
Salam hari Ahad 3 haribulan Rejab tahun 1440 Hijriah. Adapun hampir 2 tahun lalu saya telah membuat artikel bertajuk Maulidur Rasul dan Hol di Gunung Jerai - Sampai masa untuk menutup cerita untuk memberitahu bahawa saya tidak mahu lagi menulis di blogspot HIKMAH buat suatu tempoh.  Setengah bulan sebelum itu saya telah membuat artikel bertajuk Menyerahkan HIKMAH kepada orang Aceh - Ke mana hala tuju selepas ini? untuk memberitahu tidak mahu lagi menganjurkan apa-apa lagi acara HIKMAH. Maka acara ke-20 yang telah diadakan di Aceh sebulan lebih awal boleh dikira sebagai acara terakhir kami. Lihat Acara kedua puluh HIKMAH di Rumah Cut Nyak Dhien, Aceh 19 Mac 2017.

Namun pada bulan April tahun lepas saya mendapat isyarat agar menghidupkan kembali acara HIKMAH lalu memberitahu dalam artikel Gerak HIKMAH dan majlis hol almarhum Sheikh Abdullah al-Qumairi 2.0. Cuma ketika itu belum tahu bila lalu ditambah, ia bukanlah dalam masa terdekat. Penghujung tahun itu baru mendapat ilham tarikh yang sesuai untuk acara. Saya pun menyatakan dalam Facebook berserta satu gambar peta seperti berikut :-


No photo description available.


JEJAK AWALUN ISLAM DAN ACARA KE-21 HIKMAH DI ACEH OGOS 2019

Salam semua. Saya sedang berkira-kira hendak membuat perjalanan pusing lawan arah jam seperti boleh dilihat dalam peta. Asalnya saya bercadang cuma mahu melawat makam-makam di Barus (penghujung selatan perjalanan) yang katanya ada makam-makam pendakwah Islam zaman khalifah ketiga empayar awal Islam, Saidina Uthman Affan. Oleh kerana saya belum pernah menjelajah kawasan pantai barat Aceh kecuali hingga ke Lhoong sekitar sejam perjalanan dari Banda Aceh maka biar dimulakan perjalanan dari bandar di hujung utara itu. Kembali nanti lalu pantai timur Sumatera. Bolehlah singgah ke Pulau Samosir di Danau Toba kemudian Berastagi kemudian Medan. Bolehlah singgah ke tapak- tapak kerajaan lama seperti Perlak dan Samudera Pasai. 

Perjalanan dijangka memakan masa seminggu. Cukup satu pusingan saya bercadang hendak mengadakan acara ke-21 HIKMAH di Banda Aceh. Tarikh yang terasa cantik adalah hari Sabtu 31 Ogos 2019. Saya dapati ia adalah bersamaan 1 Muharram 1441 Hijriah.

Rancangan perjalanan boleh dibahagi dua. Satu untuk hardcore atau pengembara/pengkaji sejarah tegar. Ini yang akan pusing seminggu seperti ditunjukkan dalam peta. Cadangan tak lebih 12 orang bersamaan 2 kereta. Maksimum 18 orang = 3 kereta. Kumpulan ini kena bertolak ke Banda Aceh seawal 22 Ogos lalu perlu mengambil cuti lebih seminggu. Kita akan cuba menjejak kesan sejarah awal Islam sebanyak mungkin sepanjang perjalanan itu.

Kumpulan kedua adalah mereka yang boleh mengikuti kesan-kesan sejarah Islam di Banda Aceh dan sekitar. Mereka boleh bertolak ke Banda Aceh paling lewat petang Jumaat 30 Ogos. Kedua-kedua kumpulan akan bersama untuk acara HIKMAH 31 Ogos pagi hingga tengah hari di satu lokasi dalam Banda Aceh. Lepas Zohor buat lawatan lapangan ke tapak kerajaan Lamuri 40 km ke timur bandar. Amacam? Sila berikan maklum balas...


-------------------------


Antara maklum balas yang diterima adalah cadangan agar majlis HIKMAH ke-21 itu dibuat di kompleks makam Sultan Malikus Saleh. Yang mencadangkan adalah seorang rakan yang memegang jawatan sebagai duta Muzium Aceh di Banda Aceh, 6 jam perjalanan dari kompleks makam. Saya jawab boleh sahaja kalau beliau dapat mengatur perkara.

Sejak itu saya menyimpan hajat untuk mengadakan acara di makam pengasas kerajaan Samudera-Pasai. Ini kerana baginda merupakan seorang moyang utama sebelah bapa. Namun tak nampak lagi cara untuk menjadikan ia nyata. Rakan warga Aceh yang mencadangkannya pula memberitahu harus menunggu dahulu selesai Pilpres (majlis pilih presiden) Indonesia yang akan berlangsung pertengahan bulan April. Baru dia boleh menumpukan fikiran kepada bagaimana hendak menjayakan acara.

Hendak dijadikan cerita malam tadi saya sukar untuk melelapkan mata walaupun sebenarnya sudah penat dan kurang tenaga. Selepas jam 2 pagi tergerak untuk menyemak harga tiket kapal terbang Air Asia ke Banda Aceh kerana teringat isteri ada memberitahu sudah muncul tawaran murah malah tambang yang dikatakan percuma. Adapun selepas muncul ilham untuk tarikh mengadakan acara iaitu pada penghujung tahun lepas kami ada menyemak harga. Tetapi didapati ia amat mahal. Pergi balik untuk tempoh cadangan kami memerlukan sehingga RM500 satu kepala. Sedangkan kami nak pergi empat beranak. Tak larat nak bayar harga...

Tadi didapati tarikh pergi dan balik yang cukup sesuai memberikan harga minimum tiket RM134 satu kepala. Itupun kerana saya memiliki keahlian website Airasia. Kalau tiada keahlian harga minimum yang dapat ditemui adalah RM241 seorang. Kan banyak beza tu? Lebih RM400 murah untuk saya, isteri dan dua orang anak sekolah rendah.

Tarikh yang memberikan harga minimum itu adalah pergi hari Rabu 28 Ogos dan kembali Rabu 4 September. Kebetulan tiket balik memang tinggal 4 sahaja, cukuplah untuk kami sekeluarga. Dengan tarikh terbaik sudah didapati terus dapat membayangkan bagaimana jadual perjalanan pusing utara pulau Sumatera boleh diatur dengan acara ke-21 HIKMAH dapat diadakan pada 1 Muharram 1441. Cuma bila disemak kembali tarikh tersebut didapati jatuh pada hari Ahad 1 Sepmber 2019. Tetapi ini bukanlah masalah malah memberikan lebih banyak ruang masa untuk melihat-lihat tempat-tempat sepanjang pantai barat Sumatera hingga ke Barus membawa ke Medan lalu naik ke pantai timur...

Begitu banyak perkara bermain dalam fikiran tentang perancangan yang boleh dibuat sehingga dah dekat jam 5 pagi masih belum benar-benar dapat tidur. Selepas sedikit tidur ayam saya membuat update berikut ke FB menggunakan telefon pintar :-


BILA DAH DAPAT ILHAM DAN ISYARAT

Ya Allah susah betul nak lelap. Cuma dapat paksa diri agar tidur ayam sekejap demi memenuhi syarat boleh solat Tahajud iaitu selepas bangkit daripada tidur malam. Kepala jadi hyper-active sangat. Dah dapat ilham bagaimana perjalanan bersama keluarga boleh dibuat meliputi sebanyak mungkin tempat bersejarah dari Banda Aceh menyusur pantai barat Sumatera menghadap Lautan Hindi ke Barus kemudian masuk Pulau Samosir di tengah Danau Toba sebelum melaksanakan acara ke-21 HIKMAH di kompleks makam Sultan Malikus Saleh, tapak pusat kerajaan Samudera-Pasai pada 1 Muharram 1441 Hijriah insyaallah. Selepas itu menyusur pula pantai timur Sumatera menghadap Selat Melaka kembali ke Banda Aceh sambil singgah lagi ke sebanyak mungkin tempat bersejarah.



---------------------


Selepas solat Tahujud kemudian bersahur lalu menunggu waktu Subuh masuk, setelah berbincang dengan isteri tentang tarikh penerbangan pergi balik Aceh yang memberikan harga minimum tiket kami pun melakukan transaksi atas talian menggunakan komputer riba lalu membeli 4 keping tiket. Dengan itu tetaplah tarikh kami bertolak ke Aceh pagi Rabu 28 Ogos 2019 dan kembali petang Rabu 4 September. Sekarang bolehlah diwar-warkan rancangan perjalanan supaya siapa yang berminat untuk turut serta boleh membuat rancangan yang selari. Selain dapat bersama kita juga boleh berkongsi kos sewa mobil/kereta. Semakin ramai semakin boleh menjimatkan belanja...




Secara kasar inilah laluan yang akan digunakan dalam jelajah lawan arah jam dari Banda Aceh menyusuri pantai barat utara Sumatera sehingga Barus di selatan sebelum menaik ke arah utara melalui Medan kemudian menyusuri pantai timur hingga kembali ke Banda Aceh. Jika dahulu saya bercadang harus on the road seminggu sebelum sampai ke kompleks makam Sultan Malikus Saleh pada siang 1 Muharram 1441 kini terasa cukuplah 4 hari 4 malam berjalan kemudian ke makam. Tempoh masa yang sudah ditetapkan dengan pembelian tiket penerbangan ke Banda Aceh pagi Rabu 28 Ogos dan kembali ke Malaysia petang Rabu 4 September itu sendiri akan memakan tempoh keseluruhan 8 hari 7 malam. Jarak kasar diliputi berdasarkan lakaran dalam peta mencapai 1,599 km perjalanan darat.

Tetapi itu tidak dicampur lagi jarak perjalanan dalam setiap bandar yang akan disinggahi juga persinggahan tambahan yang mungkin akan dibuat, misalnya pusing Pulau Samosir di tengah tasik luas Danau Toba. Nak keliling pulau yang sebesar Singapura itu sendiri memakan jarak 120 km. Saya rasa jarak keseluruhan perjalanan darat boleh melepasi 1,800 km. Untuk mengoptimumkan perjalanan agar dapat singgah ke sebanyak mungkin tempat menarik dan bersejarah sambil mendapat penghayatan juga rehat secukupnya tempoh perjalanan  keseluruhan iaitu 8 hari 7 malam boleh dibahagikan begini :-




Hari 1 – Rabu 28 Ogos 2019


Walaupun sudah ke Aceh 8 kali perjalanan menyusuri pantai barat menghadap Lautan Hindi adalah sesuatu yang baru buat saya. Sebelum ini saya cuma pernah sampai ke satu tempat bernama Lhoong 50 km atau sejam lebih sedikit perjalanan dari Banda Aceh. Kali ini bolehlah melihat apa yang ada di tempat seperti Meulaboh sebelum bermalam di Tapak Tuan.



Hari 2 – Khamis 29 Ogos 2019


Esoknya hari Khamis perjalanan boleh disambung hingga ke Barus. Inilah asbab asal jelajah ini dibuat. Seperti ada disebut di atas saya teringin hendak menziarahi sejumlah makam lama yang katanya dimiliki pendakwah zaman sahabat Nabi. Ia dikatakan bukti paling awal pernah wujud komuniti beragama Islam di Asia Tenggara.




Selain itu Barus juga dipercayai pernah dikenali sebagai Fansur lalu dikatakan tempat asal pujangga dan ulamak besar Melayu Aceh abad ke-16 dan 17 Masihi iaitu Sheikh Hamzah Fansuri. Walaupun pernah menziarahi makam beliau di satu tempat lain yang turut dikatakan pernah dikenali sebagai Fansur tetapi begitu dekat dengan Banda Aceh dikatakan di Barus juga ada makam beliau. Cuma bila Google tadi lokasi tepat dikatakan adalah Subussalam yang jaraknya agak jauh sebelum Barus. Semak lagi lebih teliti. Kelihatan lokasi makam adalah 25 km ke barat Subussalam. Kena ikut laluan lain untuk memotong dari arah Tapak Tuan.

Selain itu teringin hendak ke Singkil, tempat asal seorang lagi ulamak besar Aceh abad ke-17 iaitu Sheikh Abdul Rauf Singkil. Untuk itu kena keluar jauh juga daripada laluan utama Tapak Tuan ke Barus. Pergi balik ada juga dalam 60 km jarak...




Hari 3 – Jumaat 30 Ogos 2019


Selepas bermalam di Barus perjalanan boleh diteruskan ke Medan hari Jumaat. Ada dua laluan boleh digunakan. Yang diwarnakan biru itu merentas bandar atas gunung atau tanah tinggi Berastagi lalu dapat dilihat pemandangan cantik gunung berapi Sinabung yang terkenal. Laluan ini pernah diambil bersama isteri tetapi dari arah berlawanan iaitu dari Medan menuju ke Danau Toba. Ketika itu penghujung tahun 2011 isteri sedang sarat mengandungkan anak bongsu kami Johan sedangkan abangnya Rasyid yang ikut sama baru berumur 2 tahun. Lihat artikel lama Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Dari Medan ke Berastagi diikuti Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Dari Berastagi ke Danau Toba di blogspot CATATAN SI MERAH SILU




Oleh kerana laluan ini sudah cukup dekat Danau Toba malah menghampiri satu bahagian di mana terdapat satu-satunya jambatan masuk ke Pulu Samosir (disebabkan perairan yang memisahkannya dengan daratan besar paling sempit di belah situ) boleh dibuat sekali perjalanan pusing pulau. Cuma ini akan menambah jarak perjalanan lagi 150 km. Kalau masa tidak menghalang eloklah dibuat perjalanan pusing pulau. Kami anak beranak pernah melakukannya dengan menaiki motosikal kecil walau harus meredah suku pulau dalam kegelapan malam dan hujan renyai. Lihat Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Cabaran pusing pulau.

Selepas itu kami ke Medan menggunakan laluan lain iaitu dari Parapat. Lihat Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Keluar pulau untuk ke Medan. Di Medan yang merupakan bandar raya terbesar di Sumatera kita boleh melawat Istana Kesultanan Deli yang sudah dijadikan muzium. Namun satu bahagian masih diduduki anak cucu raja yang sudah lama hidup seperti rakyat biasa. Ada juga masjid lama kebanggaan kesultanan iaitu Masjid Al-Mashun yang terletak berdekatan.

Dahulu kami anak beranak pernah bermalam di sebuah hotel yang terletak betul-betul di sebelah masjid lalu menyambut Hari Raya Aidil Adha di sana. Lihat Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Raya Haji di Medan... dan penceritaan sebenar pun bermula. Kali ini ada baiknya kami bermalam dan beriktikaf dahulu di Masjid Deli Tua. Dari arah Danau Toba dan Berastagi kita akan sampai ke situ terlebih dahulu sebelum masuk ke Medan 11 km perjalanan.

Saya memikirkan ini kerana teringat ada ahli jawatankuasa masjid mengalu-alukan kami datang. Ini disebabkan dia pernah terbaca tulisan yang berkenaan. Lihat Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Kerajaan Haru Deli Tua dan legenda Puteri Hijau. Selepas bermalam bolehlah melihat tempat-tempat menarik di Medan. Rasanya ini memang sesuai kerana perjalanan dari Barus ke Medan yang mana kalau boleh akan dibuat sekali dan perjalanan pusing Pulau Samosir bakal memakan masa yang agak lama.




Hari 4 – Sabtu 31 Ogos 2019


Adapun perjalanan tahun 2011 itu dibuat untuk menunjukkan kepada isteri laluan yang pernah diambil seorang diri ketika pertama kali masuk ke Aceh awal tahun 2004. Ketika itu darurat disebabkan perang antara puak pemisah GAM (Gerakan Aceh Merdeka) dengan TNI (Tentera Nasional Indonesia) masih teruk melanda. Pengalaman inilah yang menjadi latarbelakang utama buku-buku terawal saya iaitu siri trilogi "Berpetualang ke Aceh". Buku pertama terbit Jun 2006 diikuti buku kedua Mei 2007 dan ketiga November 2007.

Cuma ketika itu saya tidak pergi ke Danau Toba. Selepas beberapa malam di Medan saya bergerak mengikut laluan seperti ditunjukkan di atas. Di Tanjung Pura kami singgah ke rumah suluk dan makam seorang ulamak dan wali Allah terkenal abad ke-19 iaitu Sheikh Abdul Wahab. Lihat Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Tanjung Pura Langkat, Amir Hamzah, Sheikh Abdul Wahab dan Kampung Besilam



Dalam perjalanan kita akan lalu di bandar Pengkalan Brandan. Ia pernah menjadi tempat saya berehat sambil memohon petunjuk setelah ditahan askar di sempadan Aceh lalu dihalang daripada masuk wilayah. Lihat Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Jeti bercat kuning dan masjid di Pengkalan Brandan. Kalau cukup masa elok keluar sedikit dari laluan utama untuk singgah ke Pengkalan Susu bagi mendapatkan bot ke Pulau Kampai. Ini harus memakan masa kerana bot cuma ada beberapa kali dalam sehari dan setiap kali pergi memakan masa setengah jam, begitu juga kembali. Tapi kalau dapat alhamdulillah kerana ia memiliki tinggalan sejarah yang tersendiri. Lihat Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Pulau Kampai , keberadaan kerajaan Haru dan faktor Sheikh Abdul Qadir Jilani.

Seterusnya boleh singgah di Langsa yang terletak tidak beberapa jauh setelah memasuki Aceh. Di situ ada kenangan yang sangat bermakna dan manis apabila percubaan kali kedua memasuki Aceh  tahun 2004 membuahkan hasil. Lihat Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Mengenang 3 malam di Langsa, tempat pertama kali bertapak di Aceh. Selesai itu baru ke Perlak di mana kami akan bermalam. Saya bercadang agar menginap di pondok musollah sebelah makam Sultan pertama Perlak iaitu Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Shah. Untuk pengetahuan baginda dikatakan telah ditabalkan pada 1 Muharram 225 Hijriah iaitu pada tahun 840 Masihi. Dalam perjalanan baru ini malam kami berada di Perlak itu sudah masuk 1 Muharram 1441 Hijrah.



Hari 5 – Ahad 1 September 2019 @ 1 Muharram 1441 Hijriah


Untuk pengetahuan lagi Sultan Abdul Aziz adalah berketurunan Nabi Muhammad SAW. Dengan membawa aura bermalam sambil beramal di makam 1 Muharram kami akan bergerak ke makam Sultan Malikus Saleh selepas Subuh. Menurut kajian saya Malikus Saleh yang hidup 400 tahun selepas Abdul Aziz juga berketurunan Rasulullah SAW. Saya percaya ini adalah gerak tepat yang boleh membantu mengangkat kembali Daulah Islamiah sejati di Alam Melayu.  Lihat Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Menelusuri sejarah Perlak sebelum ke makam Sultan Malikus Saleh.




Adapun ada kawan-kawan di Banda Aceh telah mencadangkan agar diadakan sekali satu majlis ilmu lain di tempat mereka sempena kedatangan saya untuk jelajah dan acara ke-21 HIKMAH.  Selepas selesai majlis di kompleks makam Sultan Malikus Saleh, mungkin paling lewat selepas Asar (insyaallah akan diziarahi beberapa lagi makam penting di sekitar) bolehlah bergerak menuju ke Banda Aceh. Dalam perjalanan boleh singgah ke makam tokoh bangsawan Melayu terkenal abad ke-17 Masihi iaitu Tun Sri Lanang. Beliau pernah menjadi Bendahara kerajaan Johor lama lalu menulis kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu sebelum menetap lalu meninggal dunia di Samalanga, Aceh.

Sampai di Pidie elok bermalam di sana. Keluar sedikit ada satu makam yang sangat penting dalam perjalanan hidup saya. Lihat Jejak "Berpetualang ke Aceh" : 3 x 11 dan jejak warisan Bugis Aceh. Di situ juga terdapat sejumlah kawan aktivis yang gigih memperjuangkan pemakaian pakaian adat atau busana tradisional Aceh. Mungkin boleh diadakan satu majlis ad hoc di tempat mereka seperti mana pernah dilakukan untuk meraikan persinggahan saya ke Pidie dalam satu sesi jelajah lain tahun 2014. Rujuk artikel Misi HIKMAH Aceh - Sambutan di Pidie dan perjalanan ke Takengon.

Ini berlaku dalam rangka kerja mahu melaksanakan acara ke-10 HIKMAH di Banda Aceh. Lihat Acara kesepuluh HIKMAH di Muzium Aceh, Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014. Pada saya tak perlu pun majlis hebat. Cukup sekadar berjumpa beramai-ramai berbual-bual dengan pakaian tradisional pun sudah jadi majlis yang bererti buat perjuangan kami.



Hari 6 – Isnin 2 September 2019


Selepas majlis di Pidie yang mungkin berlangsung tak sampai setengah hari bolehlah kami bergerak ke Banda Aceh. Terdapat  beberapa tempat menarik dan bersejarah boleh disinggah.




Cuma tu le ada dua laluan berbeza, Setiap satu ada tarikan tersendiri. Yang biasa orang guna memang seperti dalam peta sebelum ini. Saya pernah sekali sahaja mengambil laluan lain yang banyak menyusuri garisan pantai seperti kelihatan dalam peta atas. Hasillnya, saya belum puas kerana ketika itu sudah lewat petang lalu setengah laluan  diambil pada waktu malam. 



Hari 7 – Selasa 1 September 2019


Apapun yang penting adalah dapat sampai lalu bermalam di Banda Aceh Isnin malam Selasa. Esok siang Selasa bolehlah diadakan majlis ilmu seperti diminta.




Selepas majlis mungkin boleh meliputi apa-apa yang tak sempat. Kalau ambil laluan pantai dari Pidie ke Banda Aceh lalu dapat singgah di makam Laksamana Kemalahayati bolehlah pergi masjid lama di Indrapuri petang Selasa. Kalau ambil jalan pendalaman hari Isnin bolehlah dilakukan sebaliknya...



Hari 8 – Rabu 2 September 2019


Hari terakhir di Aceh boleh santai-santai sebelum ke lapangan terbang untuk mengambil pesawat kembali ke Malaysia petang Rabu. Melihat ruang waktu boleh sahaja rancangan jelajah ini ditukar sedikit iaitu selepas acara HIKMAH ke-21 di kompleks makam Sultan Malikus Saleh hari Ahad 1 Muharram 1441 boleh bermalam di sekitar itu. Esoknya Isnin baru bertolak ke Pidie. Selasa bertolak ke Banda Aceh. Majlis-majlis yang dicadangkan mahu diadakan di dua tempat ini boleh sahaja diatur pada suatu celah dalam tempoh masa itu.

Oh, ada satu perkara lupa nak cakap. Merujuk kepada artikel Menyerahkan HIKMAH kepada orang Aceh - Ke mana hala tuju selepas ini? yang ditulis 2 tahun lalu. Ada disebut dalam artikel tersebut bahawa saya telah menyerahkan bunting atau sepanduk besar HIKMAH kepada seorang sahabat warga Aceh. Ia pernah digunakan untuk menghiasi hampir setiap 20 acara HIKMAH meliputi hampir seluruh Semenanjung membawa ke Aceh. Selepas itu ia disimpan atau 'ditapakan' di rumahnya di Banda Aceh.

Rumah itu terletak betul-betul di sebelah kapal atas rumah yang terkenal akibat hentaman ombak dahsyat Tsunami 26 Disember 2004. Sahabat tersebut adalah antara orang yang terselamat kerana berlindung di dalam kapal berupa bot nelayan besar. Bot pula ditolak ombak dari laut sehingga tersangkut di atas rumah. Sebelum memulakan perjalanan pusing utara Sumatera ini saya secara rasmi ingin mengambil kembali sepanduk. Ia akan dibawa dalam jelajah kemudian menghias kembali majlis pada acara ke-21 HIKMAH di makam Sultan Malikus Saleh 1 Muharram 1441. Selepas itu saya akan membawanya kembali ke Malaysia. Semoga ada semangat kuat perjuangan Aceh dapat dibawa bersama untuk mendaulatkan Melayu dan Islam di tanah air tercinta. Amin.



Haul Tok Pulau Manis - Apabila penyanyi rock Awie beraksi pada acara julungkalinya

$
0
0
Salam semua. Setelah hampir 2 bulan tidak mengemaskan blogspot ini baru timbul perkara atau cerita yang sesuai untuk diletakkan sebagai artikel baru.



Baru-baru ini saya dan keluarga telah hadir ke majlis yang diwar-warkan poster. Disebut sebagai majlis haul atau hol iaitu untuk mengenangkan suatu tokoh yang sudah meninggal dunia ia julungkali diadakan atas nama Tok Pulau Manis. Ini merujuk kepada ulamak merangkap wali besar Terengganu abad ke-17 dan18 Masihi yang nama tubuh badannya adalah Abdul Malik. Beliau juga dikenali sebagai Sheikh Abdul Malik ibni Sharif Abdullah ibni Sharif Abdul Qahar ibni Sharif Muhammad Baghdadi. Secara spiritual atau kebatinan tokoh yang sudah meninggal dunia lebih 300 tahun ini memainkan peranan penting dalam mendidik lalu membantu saya mencari diri dan erti. Oleh itu saya berazam akan membawa isteri dan anak-anak menghadiri majlis.




Atur cara majlis pula kelihatan begitu sarat dengan pelbagai aktiviti menarik.


Tetapi disebabkan saya dan keluarag ingin singgah berjalan-jalan di beberapa tempat sepanjang pantai Cherating di negeri Pahang hingga ke Kuala Terengganu di negeri Terengganu kami sampai ke lokasi majlis iaitu Kampung Pulau Manis selepas jam 9 malam.


Kelihatan suasana begitu meriah penuh manusia dengan bermacam ragam...











Ketika itu sedang berlangsung konsert berupa nyanyian yang membawa mesej keTuhanan daripada beberapa pihak.


















Paling ditunggu adalah kehadiran penyanyi rock terkenal tanah air Awie daripada kumpulan Wings.


Beliau tampil secara sukarela atas dorongan tertentu untuk berkongsi pengalaman sebenar beliau mula berubah arah daripada seorang yang pernah hanyut dengan dunia glamour hiburan menjadi  seorang 'pencari' Tuhan...



Dikongsikanlah bahawa semasa zaman hanyutnya sekalipun beliau sebenarnya sudah menyanyikan lagu-lagu bermesej keTuhanan tetapi tidak memahami lirik yang dibuat oleh pihak lain.


Dalam majlis untuk mengenangkan Tok Pulau Manis @ Sheikh Abdul Malik ini beliau sekadar mahu berkongsi pengalama. Tetapi apabila diminta untuk menyanyi sedikit lagu beliau pun akur. Bukan lagu lagho pun tetapi lagu dengan lirik yang jelas mahu mencari makna keTuhanan bagi mereka yang faham. Untuk makluman ini adalah artikel ke-360 di blogspot ini.


Haul Tok Pulau Manis - Membuka kaitan Saidina Hassan dan rahsia berkenaan secara bidan terjun

$
0
0
Merujuk kepada artikel Haul Tok Pulau Manis - Apabila penyanyi rock Awie beraksi pada acara julungkali yang dipersembahkan semalam. Adapun majlis haul yang turut diwar-warkan sebagai festival ini mengandungi banyak komponen termasuk pertunjukan silat dan memanah tradisional. Tetapi untuk perkongsian tak perlulah diceritakan semua.  Antara paling menarik perhatian adalah wacana ilmu yang mahu diadakan di Masjid Tok Pulau Manis pagi hingga petang Sabtu 20 April 2019...











Selepas bermalam di satu taman perumahan beberapa kilometer dari lokasi saya dan keluarga sampai ke lokasi jam 9.50.





Ceramah bertajuk "Tok Pulau Manis dan Syeikh Abdul Rauf Singkel dalam Perkembangan Islam di Nusantara"  oleh Profesor Dr Farid Wajdi dari Aceh sedang berlangsung. Dimaklumkan ia bermula agak lewat. Jadi saya tidaklah terlepas terlalu banyak...


Saya dapat mendengar sejarah Aceh dikongsikan sekitar zaman kegemilangannya abad ke-16 hingga ke-17 Masihi. Disebut tentang kehebatan laksamana perempuan bernama Malahayati (Raja Keumala Hayati) menentang pencerobohan kuasa Barat. Disebut tentang Sultan Iskandar Muda yang memerintah tahun 1607-1636 mendukung fahaman Tasawuf wujudiyah yang dibawa Sheikh Hamzah Fansuri juga Sheikh Hamzah Fansuri. Seterusnya disebut tentang penentangan Sheikh Nuruddin ar-Raniri pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Thani (1636-1641) yang membawa fahaman shuhudiyah sehingga membunuh beribu pengikut wujudiyah dan membakar kitab-kitab mereka. Selepas itu baru muncul Sheikh Abdul Rauf Singkel mendamaikan kedua pendapat sambil menjadi penasihat kepada 4 orang raja perempuan yang memerintah Aceh selepas kemangkatan Iskandar Thani.

Sheikh Abdul Rauf sebetulnya faham tentang kebenaran wujudiyah yang ditentang Sheikh Nuruddin tetapi mengambil pendekatan lain yang tidak menimbulkan lagi perbalahan mahupun silap faham. Alimnya beliau itu sehingga dapat secara Syari'e mematahkan hujah-hujah ulamak Mekah yang melarang negara diperintah oleh raja perempuan. Bila beliau wafat sekitar tahun 1699 baru hal ini tidak dapat dipertahankan lagi lalu naiklah seorang Sultan berbangsa Arab didatangkan terus dari Mekah. Dengan Sheikh inilah Tok Pulau Manis atau Sheikh Abdul Malik dari Terengganu belajar sehingga dapat menjadi ulamak besar.


Selepas ceramah ataupun syarahan diadakan bacaan maulud.


Dalam keseronokan menyatakan pujian terhadap Rasul yang membawa kepada satu kemuncak semua hadirin berdiri saya bergerak ke hadapan sisi kanan masjid...





Daripada sisi itu saya mengikuti syarahan seterusnya oleh pendakwah muda dan penulis buku, Ustaz Mohd Hanif bin Ibrahim. Beliau membawa tajuk "Menginsafi Amanah Leluhur : Pulau Manis, Di Sini Bermulanya CINTA". Dipromosikan sekali satu buku tulisan beliau yang baru sebulan dua terbit bertajuk "Menginsafi Amanah Leluhur"...


Asalnya syarahan beliau sepatutnya diadakan jam 2 petang, Tetapi ia dikehadapankan kerana penceramah yang sepatutnya mengisi slot jam 11 pagi, Dr. Shafie bin Abu Bakar dari Lembah Klang tidak dapat hadir kerana jatuh uzur. Ceramah Hanif yang menceritakan keistimewaan Tok Pulau Manis serta lokasi yang dikenali sebagai Kampung Pulau Manis dalam lipatan sejarah lama kerajaan Terengganu ini tamat sekitar jam 12.30. Ketika orang lain keluar untuk makan tengah hari dan sebagainya saya yang sedang berpuasa berehat tidur  di sisi kanan masjid.


Saya bangun sejurus sebelum masuk waktu Zohor lalu mandi sedikit kemudian ikut solat berjemaah. Gambar ini diambil selepas solat. Saya harus bersedia untuk satu tugasan bidang terjun.


Adapun malam sebelumnya saya telah diberitahu oleh Hanif bahawa Shafei yang merupakan bekas pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, pernah membuat tesis tentang kitab Hikam Melayu tulisan/syarahan Tok Pulau Manis, tidak dapat datang. Namun beliau ada menyerahkan teks berkenaan lalu pihak majlis telah meminta penceramah bebas terkenal Ustaz Iqbal Zain untuk mengulas teks tersebut pada sesi ceramah petang. Untuk memantapkan lagi sesi saya diminta berkongsi cerita tersendiri tentang Tok Pulau Manis selepas itu dengan pengkhususan diberikan terhadap kaitan dengan satu dinasti raja yang pernah wujud di Aceh lama. Kata Hanif, itu atas permintaan ayahanda beliau, seorang guru dan pemimpin tarikat Syadziliyah yang dikenali sebagai Tokku Ibrahim.


Tokku Ibrahim ini adalah pemimpin Ribath (kini katanya dikenali sebagai Zawiyah) Tok Pulau Manis di kampung ini. Saya teringat pernah diberikan penghormatan untuk berkongsi kisah di sebalik penulisan buku-buku terawal saya, siri trilogi  "Berpetualang ke Aceh" (terbit 2006-2007) pada satu majlis besar agama di masjid negeri atau masjid besar Shah Alam tahun 2012. Selepas itu baru dapat tahu majlis yang dihadiri lebih 10,000 penuntut agama dan para ulamak dari seluruh Alam Melayu termasuk 1,000 dari Aceh itu terbit akibat usaha Tokku. Dan saya juga dapat tahu beliaulah yang meminta agar jawatankuasa majlis menghubungi lalu mengundang saya bercakap. Rujuk artikel  Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.


Gambar-gambar tadi menunjukkan satu kumpulan anak muda membaca qasidah. Ia adalah selingan sebelum sesi ketiga atau sesi petang wacana ilmu bermula.


Saya dan Ustaq Iqbal pun dijemput mengambil tempat di hadapan.


Pengenalan dibuat sebelum Ustaz Iqbal membuka kata-kata. Secara rata beliau bercerita tentang asal usul Tok Pulau Manis dan keturunan juga sumbangan beliau. Untuk makluman kertas kerja yang harus ditangani beliau walau menurut cara sendiri bertajuk "Ketokohan, Dakwah dan Perjuangan Tok Pulau Manis".


Saya sebagai pembicara atau pensyarah/penceramah terakhir mengambil tugas berat memanjangkan dan mewar-warkan lagi asal-usul Tok Pulau Manis yang dipercayai sampai kepada cucu sulung Rasulullah SAW iaitu Saidina Hassan. Walaupun datang sebagai bidang terjun saya bernasib baik kerana ada bahan sokongan penting telah lama dipersembahkan dalam blogspot lalu boleh dimuat-turun untuk tatapan hadirin. Saya memulakan dengan memperkenalkan perkongsian sebagai pengalaman peribadi berbentuk dzauqiyah dan majzub.  Diceritakanlah bagaimana sebagai seorang pelajar matematik di London tahun 1991-1995 saya hampir menjadi atheis atau tidak percayakan Tuhan lantaran terlalu berpegang pada akal. 

Namun saya ditunjukkan kebesaran Allah SWT melalui pengalaman roh beberapa kali keluar masuk badan. Diceritakan peringkat-peringkat seterusnya pencarian sehingga terbawa untuk mengenali asal usul keturunan di Aceh.  Lalu terjadilah satu peristiwa yang membuka perkenalan tentang siapa itu Tok Pulau Manis. Ketika itu saya sudah lama diberikan ilham bahawa wujud ramai keturunan Saidina Hassan di Alam Melayu yang tidak tahupun mereka memiliki darah Ahlul Bait keturunan Rasulullah SAW akibat peristiwa-peristiwa lampau memaksa nenek moyang menyembunyikan asal usul sebenar. Seperti membenarkan telahan ini ziarah pertama ke makam Tok Pulau Manis menyaksikan saya dihadiahkan risalah menyebut kaitan dengan Saidina Hassan.


Cerita berkenaan boleh dibaca dalam artikel lama Wasilah kekeluargaan Tok Pulau Manis, wali agung Terengganu abad ke 17.... Gambar-gambar yang digunakan untuk membantu penerangan diambil daripada Risalah kecil Tok Pulau Manis. Diberitahu kepada hadirin bahawa cerita boleh dibaca dalam buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh : Sirih Pulang ke Gagang?" (terbit November 2007) malah dikhaskan satu bab untuk Tok Pulau Manis. Tetapi perkara paling besar adalah tentang kaitan dengan Saidina Hassan dan amanah yang wujud dalam darah keturunan baginda. 

Dalam hal ini tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa saya adalah orang pertama membuka satu rahsia besar berkenaan melibatkan seorang Ahlul Bait bernama Muhammad Nafs az-Zakiyah ibni Abdullah al-Kamil ibni Hassan al-Muthanna ibni Saidina Hassan. Ia ada diceritakan dalam buku saya dan anda boleh membacanya dalam artikel Akhirnya... Membuka misteri identiti Nakhoda Khalifah!. Di atas adalah gambar yang isteri temui tadi menunjukkan saya sedang memberikan ceramah. Kemudian baru isteri dapat menemui lebih banyak gambar sekitar perkongian saya. Biar diletakkan sedikit di bawah...








Sesungguhnya saya merasa terharu diberi penghormatan dapat berkongsi sedikit ilmu dalam majlis haul yang penuh gilang- gemilang ini. Keadaan begitu terasa kerana saya tahu sejak beberapa tahun hingga kini ada beberapa pihak berusaha bertungkus lumus untuk menjatuhkan nama saya serta meremehkan kajian-kajian dan sumbangan ilmu daripada saya. Penghargaan daripada pihak-pihak yang lebih berwibawa menjadi bukti bahawa usaha saya selama ini bukanlah sia-sia, ilmu yang dikongsikan bukan tidak bermakna mahupun picisan. Saya bukanlah orang yang mengejar harta, duit mahupun nama. Tetapi sebagai manusia biasa apabila difitnah macam-macam apa lagi setelah penat berusaha menggali pelbagai maklumat untuk dikongsikan disebabkan dorongan dalaman tentulah ada masanya saya terasa dan terguris hati. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke-360 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.


Haul Tok Pulau Manis - Kemuncak zikir dan maulud Nisfu Sya'aban. Apabila diri yang hina dimuliakan seorang ulamak besar Tasawuf

$
0
0
Salam malam 19 Sya'aban. Sekarang sampai masanya untuk berkongsi tentang kemuncak acara. Bersambung daripada artikel Haul Tok Pulau Manis - Membuka kaitan Saidina Hassan dan rahsia berkenaan secara bidan terjun.


Adapun saya diberitahu oleh pengarah majlis atau festival Tok Pulau Manis bahawa ketika memilih tarikh 19-20 April untuk mengadakan acara tidak terfikir pun ia akan masuk pada satu tarikh penting dalam kalendar Islam. Ini merujuk kepada belah malam 20 April yang mana siangnya adalah Sabtu tetapi menurut kalendar Islam malamnya bermula waktu Maghrib sudah masuk tarikh baru hari Ahad yang kebetulan bersamaan 15 Sya'aban 1440 Hijriah. Ini adalah hari yang dikenali sebagai Nisfu Sya'aban. Apabila menyedari ini maka majlis Maulidur Rasul yang memang telah dirancang mahu diadakan pada malam itu diwar-warkan sekali sebagai sambutan Nisfu Sya'aban.


Seperti kebiasaan pada mana-mana masjid diadakan dahulu bacaan tiga kali Surah Yassin di Masjid Tok Pulau Manis berserta doa-doa yang berkenaan. Selepas Isyak baru tumpuan beralih ke padang  dekat dengan makam (Tok Pulau Manis) untuk orang ramai di mana terdapat beberapa buah khemah dan satu pentas besar.


Masuk jam 9 orang ramai sudah memenuhi ruang. Namun saya sendiri lewat menyertai kerana harus menyelesaikan beberapa urusan terlebih dahulu.


Sejumlah ulamak berada di pentas. Mereka datang daripada pelbagai pelusuk Asia Tenggara.


Poster yang diwar-warkan sejak beberapa lama sebelum acara menyenaraikan nama-nama ulamak yang terlibat waktu malam. Saya letak sini untuk membantu mengingati siapakah yang berucap dan daripada mana  mereka datang (tidak semua berucap).





Selesai urusan saya bergerak ke beberapa bahagian untuk mendapatkan sudut pandang yang baik dan selesa. Akhirnya didapati ada ruang kosong cukup dekat dengan pentas di satu khemah di hadapan sisi kanan kawasan. Saya pun bergerak ke sana...


Dari situ mudah memerhatikan aktiviti atas pentas juga di khemah sebelah yang dikhaskan untuk kumpulan-kumpulan membawa qasidah juga alunan bacaan maulud.





Tidak lama kemudian berdiri Tengku Khairunnas dari Jakarta memberikan syarahan tentang tauhid orang Sufi ataupun Tasawuf. Beliau sebetulnya adalah orang berketurunan Aceh yang berguru kepada seorang ulamak besar Aceh, Sheikh Amran Wali.


Selepas itu berkumandang lagi qasidah memuji-muji kecemerlangan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW tapi dalam bahasa Jawa. Kalau tak salah ia dibawa oleh satu kumpulan dari Sabah.








Ini pula Ustaz Sulaiman Champa dari Kemboja (Cambodia). Beliau berkongsi tentang usaha pengembangan Islam di negara majoriti Buddha itu yang dipelopori orang Melayu berketurunan Champa, satu negara Melayu yang kini sudah ditelan menjadi Vietnam.


Ini kalau tak salah adalah Baba Romli (lihat memegang mike). Yang pasti dari Patani. Beliau bercakap tentang institusi pengajian pondok yang dipelihara di sana walaupun sejak lebih 200 tahun wilayah dan kerajaan Melayu lama itu telah ditelan menjadi sebahagian daripada selatan Thailand. 

Oh, baru teringat. Sama ada sebelum atau selepas Tengku Khairunnas dari Jakarta yang berketurunan Aceh bercakap pengacara ada menyebut acara sedang diikuti secara langsung melalui Facebook oleh umat Islam di Sulu, selatan Filipina.


Yang ini Ustaz Hafiz Hukmi al-Kenali daripada Pondok Tok Kenali di Kota Bahru, Kelantan. Beliau yang merupakan anak cucu keturunan Tok Kenali, wali besar Kelantan awal abad ke-20 berkongsi sedikit tentang majlis haul Tok Kenali yang julungkali diadakan tahun lepas lalu edisi kedua dijangka akan diadakan sebelum Hari Raya Haji akan datang.


Kiyai Ahmad Cirebon pula merupakan keturunan Sunan Gunung Jati, salah seorang ahli Wali Songo atau Wali Sembilan yang sangat terkenal dalam sejarah pengIslaman Pulau Jawa. Lupa pula beliau bercakap tentang apa. Tutur katanya perlahan dan lembut, rasanya bercakap tentang adab.


Satu kumpulan lagi membawa alunan qasidah dan maulud. Walaupun sedap suara orang yang memimpin kumpulan saya pada mulanya kurang senang kerana alunan yang dimodenkan. Tetapi bagi orang lain mungkin lebih berkesan. Saya kembali masuk menyelami irama dan rasa apabila alunan tradisional Arab dikembalikan untuk bacaan-bacaan seterusnya.


Acara mencapai kemuncak apabila semua hadirin diminta berdiri bagi satu bahagian maulud.


Sudah tengah malam baru ia 'disurutkan' agar majlis dapat ditangguh. Ia ditutup dengan bacaan doa panjang lebar oleh Ustaz Iqbal Zain. Pada penghujung itulah baru kelihatan satu kelibat yang sangat berpengaruh menjayakan majlis iaitu Tokku Ibrahim yang disebut dalam artikel Haul Tok Pulau Manis - Membuka kaitan Saidina Hassan dan rahsia berkenaan secara bidan terjun. Beliau muncul daripada sisi kanan kawasan sedangkan ketika itu saya sudah berada di hadapan tangga pentas. Tak perlulah ditunjukkan gambar.

Sama ada kebetulan atau memang berniat begitu beliau melangkah ke arah pentas lalu berhenti betul-betul di sebelah kanan saya. Sempat kami bertegur sapa  sebelum seorang demi seorang ulamak dari atas pentas turun ke arah beliau lalu mencium tangan Tokku. Jelas bagaimana beliau dipandang tinggi oleh ulamak yang memiliki amalan Tasawuf dari merata Alam Melayu walaupun ada antara mereka  jauh lebih tua sedangkan beliau pula cuma 4 tahun lebih tua daripada saya. Ketika para ulamak melangkah untuk ke tempat makan VIP saya cuma berdiri tercegat sahaja kerana sedar siapakah saya berbanding para ulamak yang berilmu agama tinggi.

Masyaallah air mata mula bergenang apabila menulis ini. Tetapi saya harus menyatakan rasa dengan jujur. Walaupun sebagai penulis yang telah menghasilkan 12 tajuk buku, walaupun sebagai seorang aktivis saya telah menganjurkan 20 acara HIKMAH di merata Semenanjung Malaysia membawa 2 kali ke Aceh saya rasa sangat kerdil apabila berdiri bersama para ulamak yang bacaan doanya, hafazan Al-Quran, pengetahuan hukum hakam, matan hadis dan sebagainya begitu luas dan lancar. Tetapi Tokku Ibrahim telah memuliakan saya dalam majlis sangat berjaya yang dihadiri ribuan orang. Saya diajaknya berjalan kaki bersama menuju ke tempat makan VIP.

Masuk dalam ruang makan saya berdiri tercegat lagi kerana memikirkan tentu ada ulamak berwibawa diajak duduk di sebelahnya. Saya sedia untuk duduk di mana sahaja ruang. Maklumlah orang dah biasa tidur bersepah, baik dalam masjid, mahupun di tepian jalan. Saya bukan sesiapa. Walau seperti mana-mana manusia biasa saya merasa suka apabila dimuliakan tetapi saya tidak mengharapkannya.

Tengok-tengok diajaknya saya duduk di kirinya. Seorang ulamak lebih berumur dari Pulau Jawa pula duduk di kiri saya. Tengku Khairunnas di belah kanan Tokku. Lain-lain ulamak duduk memanjang dan melintang membentuk segi empat mengikut ruang makan. 

Saya diajak berbual-bual. Entah bagaimana dan tiba-tiba dia berkata Merah Silu (ya, dia tahu nama panggilan saya itu) tentu ada kashaf boleh melihat perkara ghaib. Saya jawab tidak. Saya cuma diperlihatkan sekali sekala sahaja perkara-perkara sebegitu. Ia bukan dalam kawalan saya.

Dengan lembut dia memberitahu itulah kashaf sebenar. Kalau tiap kali hendak melihat boleh nampak itu kashaf jin. Kata Tokku kashaf sebenar adalah seperti berlaku kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Ketika timbul fitnah isteri baginda Siti Aishah RA ada berbuat tidak senonoh setelah tertinggal kafilah lalu diselamatkan seorang lelaki muda baginda pun tidak dapat melihat apakah yang sebenarnya berlaku. Sebaliknya baginda harus menunggu turun ayat atau wahyu menerangkan keadaan sebenar. 

Selepas beberapa lama tergerak untuk saya bertanya apakah benar Tokku ada meminta ahli jawatankuasa satu majlis besar di masjid negeri Shah Alam tahun 2012 agar menghubungi lalu mengundang saya untuk bercakap tentang buku "Berpetualang ke Aceh"? Beliau jawab ya. Saya tanya kenapa? Beliau jawab apabila terlihat gambar saya rasa sesuai dan ada gelombang. Rujuk artikel  Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh di blogspot CATATAN SI MERAH SILU

Sekian perkongsian tentang majlis daripada saya. Untuk makluman ini adalah artikel ke-361 di blogspot HIKMAH. Ini adalah 19 x 19. Sesuailah dipersembahkan pada malam 19 Sya'aban... :]



Sidang menolak PPSMI bersama Profesor Awang Sariyan dan para pejuang bahasa

$
0
0
Merujuk kepada artikel Haul Tok Pulau Manis - Kemuncak zikir dan maulud Nisfu Sya'aban. Apabila diri yang hina dimuliakan seorang ulamak besar Tasawuf yang dipersembahkan awal pagi Khamis. Ini ada satu cerita yang boleh menjadi satu macam kesinambungan daripada majlis haul di Kampung Pulau Manis, Kuala Terengganu 19-20 April.


Petang Sabtu lepas 20 April 2019, ketika masih berada di majlis haul saya menerima WhatsApp daripada tokoh pejuang bahasa, Profesor Datuk Dr Awang Sariyan berbunyi begini :-


Pemakluman awal: Sidang media pembentangan hasil kajian penolakan PPSMI akan diadakan pada 23.4.19, Selasa, 12 tengah hari di Wisma Majlis Perundingan Melayu, Jalan Ledang, Kuala Lumpur. Mohon kehadiran pemimpin  semua badan pejuang bahasa dan pendidikan kebangsaan (persatuan dan institusi/agensi). Kehadiran individu pejuang turut dialu-alukan. Allahuakbar!


Untuk pengetahuan beliau adalah pensyarah saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Dunia Islam) dalam subjek Tamadun Melayu Islam semester lalu. Turut diterima senarai berikut lalu beliau meminta saya memanjangkan dengan menambah nama :-


Senarai pejuang yang mengesahkan kehadiran dalam Sidang Media Pembentangan Laporan Kajian PPSMI, 23.4.19, pukul 12 tengah hari:

1. Prof. Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron
2. Dato' Raof Husin
3. Dato' Dr.Hasan Mad
4. Awang Sariyan
5. Prof. Supyan Hussin
6. Puan Zaharah Sulaiman
7. Kamal Shukri Abdullah Sani
8. Dato' Ibrahim Ghafar
9. Zairudin Hashim
10.Cikgu Zai Mustafa
11.Cikgu Azmi Hamid/wakil TERAS
12.Wakil Utusan Melayu
13.Wakil Berita Harian
14.Wakil Harian Metro


Saya jawab : "Tak boleh janji Prof" memandangkan sedang berada jauh lebih 450 km dari rumah. Takut apabila kembali yang dijangka sampai lewat Ahad malam Isnin saya sudah terlalu penat lalu perlu berehat sepanjang hari. Kepenatan mungkin berlanjutan hingga keesokan harinya kerana saya harus memandu kereta lebih 1,000 km meliputi banyak tempat dalam keadaan sedang menunaikan puasa sunat setiap hari sejak masuk bulan Rejab. Beliau pun meminta agar dimewar-warkan majlis kepada para pejuang Melayu Islam yang lain.


Awang tahu saya adalah seorang aktivis kedaulatan Melayu Islam lalu memiliki ramai kenalan sealiran kerana pernah membuat satu kerta kerja ala-ala tesis lebih 6,000 perkataan tentang HIKMAH - Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman, Diberi tajuk "HIKMAH – Satu Gerakan Intelektual Melalui Jaringan Sosial Internet untuk Memartabatkan Agama, Bangsa dan Negara" ia dibuat sebagai assignment terakhir (lupa pula apakah perkataan Melayu untuk assignment.) untuk kelas beliau. Petang Isnin 22 April, setelah lebih 12 jam berada di rumah iaitu sekembalinya dari Terengganu baru terasa boleh menghadiri majlis pada tengah hari Selasa 23 April. Saya pun memberitahu beliau melalui WhatsApp. Diberi pula senarai terbaru penyertaan termasuk nama saya sambil diminta mendapatkan lagi penyertaan...


Senarai pejuang yang mengesahkan kehadiran dalam Sidang Media Pembentangan Laporan Kajian PPSMI, 23.4.19, pukul 12 tengah hari di Wisma MPM, Jalan Ledang, KL:

1. Prof. Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron
2. Dato' Raof Husin
3. Dato' Dr.Hasan Mad, MPM
4. Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan, PLM
5. Prof. Supyan Hussin, ATMA
6. Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan, PPM
7. Datuk Zainal Abidin Borhan, GAPENA
8. Puan Zaharah Sulaiman
9. Kamal Shukri Abdullah Sani, PLM
10. Dr. Mohd. Saleeh Rahamad, PENA
11. Dato' Ibrahim Ghafar
12. Zairudin Hashim, ABIM
13. Cikgu Zai Mustafa, MAPPIM
14. Cikgu Azmi Hamid/wakil TERAS Pengupayaan Melayu
15. Anas Alif, GPMS
16. Wakil Utusan Melayu
17. Wakil Berita Harian
18. Wakil Harian Metro
19. Prof. Dato’ Ir. Dr. Wan Ramli Wan Daud, ASASI
20. Abdul Hakim Shahbuddin, GPTD
21. Datuk Nasarudin Hashim
22. Azril Mohd Amin, CENTHRA
23. Mohd Zuhdi Marsuki, Pusat Penyelidikan PAS
24. Dato' Rosli Yang Danian, Harmonis Perak
25. Mohd. Fauzi Noordin
26. Prof. Emeritus Dato' Dr. Wan Hashim Wan Teh
27. Ramlee Wahab
28. Ruslan, MPM
29. Dato' Faridah Jabar, MPM
30.Wakil akhbar Harakah
31. Dato' Zain Hamzah
32. Letfee Ahmad
33. Dr. Fazilah Husin, NUMERA
34. Prof. Dr. Puteri Roslina (APM, UM)
35. Junaini Kasdan (ATMA/PAPTI)
36. Abd Ganing Laengkang (Pascasiswazah, APM, UM)
37. SN Dato' Dr. Ahmad Kamal Abdullah, NUMERA Malaysia
38. Zainal Mohd. Jais, KEMUDI
39. Dr. Hasrina Baharum (UPSI)
40. Prof.Madya Dr. Norliza Jamaluddin (UPSI)
41. Dr. Zaharani Ahmad
42. Prof. Dr. Zamri Mahamod (UKM)
43. Dr. Ibrahim Ahmad, Harmonis Perak
44. Romil Shamsudin
45. Radzi Sapiee @ Merah Silu



Masuk jam 5.30 petang beliau memberitahu sudah ada 60 orang  dalam senarai. Tengah hari Selasa saya pun bergegas ke lokasi majlis iaitu Wisma Majlis Perundingan Melayu (MPM). Bangunannya adalah sebuah bungalow lama yang dicat baru bersebelahan bangunan Parlimen Malaysia. Kelihatan dalam gambar Awang sebagai pengerusi sedang memperkenalkan majlis...


Secara rata diceritakan bagaimana program PPSMI iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris itu merosakkan prestasi pelajar Melayu di sekolah. Diperkenalkan tahun 2003 oleh Kementerian Pendidikan atas dakwaan kononnya ia akan memperbaiki pemahaman pelajar tentang sains dan matematik sambil meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris ia dikecam banyak pihak terutama mereka yang memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu. Mengikut kajian berdasarkan apa yang sebenarnya berlaku di sekolah-sekolah beberapa tahun selepas dilaksanakan ia didapati menyebabkan pencapaian pelajar dalam subjek-subjek tersebut menurun. Bahkan penguasaan bahasa Melayu mereka juga turun merosot sama kerana dipaksa menguasai subjek-subjek lain bukan dalam bahasa ibunda lalu mengabaikan bahasa sendiri di sekolah.

Disebabkan itu bermula tahun 2009 telah diadakan bantahan demi bantahan sehingga pelaksanaan PPSMI dibatalkan tahun 2012. Ketika itu bantahan serta hujahan berkenaan didengar lalu disokong oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kini setelah berlaku pertukaran kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei tahun lepas PPSMI kembali menghantui. Ada ura-ura Perdana Menteri sekarang, Tun Dr Mahathir yang pernah menjadi PM ke-4 dahulu ingin menghidupkannya kembali.

Ditunjukkan satu kaji selidik ringkas berupa kutipan pendapat melalui Internet tentang PPSMI dalam tempoh beberapa hari sebelum majlis.


Seramai 2,844 orang daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang telah memberikan maklum balas.


Secara rata mereka menolak PPSMI...











Seterusnya naik Presiden Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Datuk Abdul Rauf Hussin berkongsi kajian ilmiah yang dibuat atas nama Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA).  Untuk pengetahuan beliau juga adalah pengarah eksekutif PEMBINA.


Kajian yang berada pada tangan beliau lalu ditunjukkan kepada hadirin itu cukup tebal, Seperti satu jilid ensaiklopedia atau satu tesis PhD rupanya. Salinan ringkasan kajian bertarikh Mac 2009 dengan 28 muka surat diberikan. Ia adalah hasil usahasama PEMBINA dengan 8 buah universiti :-

1. Universiti Putra Malaysia (UPM)
2. Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)
3. Universiti Sains Malaysia (USM)
4. Universiti Utara Malaysia (UUM)
5. Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM)
6. Universiti Teknologi Mara Sarawak (UiTM Sarawak)
7. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
8. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Kakitangan universiti dihantar membuat kajian bagi memerhatikan pembelajaran baik daripada segi cara cikgu mengajar juga penerimaan dan pemahaman murid kemudian dinilai hasil peperiksaan. Disebut bahawa kajian diadakan di 90 buah sekolah rendah kebangsaan termasuk 3 sekolah orang asli, 2 sekolah pendidikan khas, 7 sekolah Cina dan 5 sekolah Tamil. Turut dijadikan kajian 70 buah sekolah menengah termasuk 4 sekolah agama, 4 sekolah berasrama penuh, 4 sekolah teknik dan 5 buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Secara rata ia melibat 553 orang guru dan 15,089 pelajar.

Pada bahagian belakang dilampirkan salinan surat rasmi Profesor Diraja Ungku Aziz bertarikh 6 Mei 2009 menyokong laporan diikuti salinan rencana akhbar Berita Harian tentang laporan (tidak kelihatan tarikh).


Ringkasannya mudah. PPSMI adalah satu projek yang gagal lagi menyusahkan. Diberikan juga satu salinan 12 sebab kenapa ia tidak boleh diteruskan. Kajian inilah yang pernah dibawa kepada Muhyiddin lalu PPSMI akhirnya dibatalkan tahun 2012. Pada awal salinan dilampirkan salinan laporan akhbar Utusan Melayu hari Sabtu 23 Mei 2009 menunjukkan pertemuan Ungku Aziz, Tan Sri Ahmad Sarji, Datuk Abdullah Abdul Rahman dan Datuk Hassan Ahmad dengan Muhyiddin. Mereka datang atas nama Gagasan Veteran Malaysia untuk menyatakan penolakan terhadap PPSMI.


Presiden Akademi Sains Islam Malaysia, Profesor Datuk Ir. Wan Ramli Wan Daud pula berkongsi laporan prestasi pelajar akibat PPSMI menurut berdasarkan penaksiran antarabangsa TIMMS dan PISA.



TIMSS adalah singkatan bagi perkataan Inggeris Trends in International Mathematics and Science Study. Saya terjemahkan sebagai "kebiasaan semasa dalam pengajian matematik dan sains antarabangsa". PISA pula singkatan bagi Programme for International Student Assessment - Program Penilaian untuk Pelajar Antarabangsa. Kedua-duanya merupakan program penilaian pelajar di beberapa buah negara yang dibuat dua badan antarabangsa berlainan.


Ditunjukkan graf kajian TIMMS bagi Malaysia berbanding Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Indonesia untuk subjek matematik. Didapati berlaku penurunan pencapaian yang jelas apabila PPSMI diperkenalkan tahun 2003 malah semakin menurun dan menurun. Selepas dibatalkan tahun 2012 baru pencapaian naik menuju pemulihan. Belum lagi mencapai tahap sepertimana sebelum PPSMI diperkenalkan...


Begitu juga kajian TIMMS untuk bidang sains. Lihat sendiri graf dan rumusan.


Untuk PISA pula Malaysia mula menyertai kaji selidik ini pada tahun 2009 yang mana PPSMI sudah diperkenalkan. Lalu tidak dapat dibuat perbandingan dengan tahun-tahun sebelum itu. Kelihatan seperti ada peningkatan dalam bidang matematik. Tapi kadar peningkatan kelihatan serupa sahaja selepas PPSMI dibatalkan tahun 2012.


Ini pula kajian yang dibuat berdasarkan aliran. Kedua-dua aliran sains dan bukan sains diambil kira. Saya agak keliru membaca graf. Jadi ikut sahajalah rumusan bahawa pencapaian pelajar aliran sains tulen mendatar sekitar 30% pada zaman PPSMI dilaksanakan dan menjunam sekitar 20% pada 2016-2018 iaitu setelah ia dibatalkan tahun 2012. Adakah ini bermakna pembatalan itu menjahanamkan?  Menurut Wan Ramli bukan. Walaupun PPSMI tidak lagi dilaksanakan ketika itu ia telah menimbulkan trauma yang berpanjangan. Pelajar melihat matapelajaran sains menjadi susah akibat PPSMI lalu terkesan walaupun ia tidak lagi dilaksanakan.



Tokoh pejuang bahasa Prof. Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron turut memberikan pendapat sebagai orang lama yang dahulu pernah berusaha sama membantah sehingga pelaksanaan PPSMI dibatalkan. Pada beliau ia jelas merosakkan prestasi pelajar bukan memajukan.


Hadirin lain pun secara rata sependapat.


Yang harus dipanjangkan adalah strategi bagaimana untuk memastikan ia tidak berulang juga menyekat apa-apa lagi cadangan pembelajaran yang boleh mensudutkan kedaulatan bahasa Melayu dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan bahawa bahasa penghantar utama adalah bahasa Melayu.


Saya sendiri turut berkongsi pandangan dan memberikan maklum balas. Gambar ini dan selepasnya dihantar Awang kepada saya melalui WhatsApp.


Sesungguhnya PPSMI ini bukan sahaja isu yang boleh melemahkan pencapaian pelajar Melayu di sekolah. Dalam keadaan sekarang di mana jelas kumpulan-kumpulan bukan Melayu semakin rancak memperlekehkan kepentingan orang Melayu dan penggunaan bahasa Melayu ia seperti membantu serangan ideologi musuh untuk menjatuhkan orang Melayu secara keseluruhan.


Saya akhir artikel ini dengan beberapa laporan akhbar daripada majlis menolak PPSMI. Semoga memberikan manfaat...






Oh. Baru teringat. Ketika menyemak kembali artikel ini baru tersedar. Rasanya elok disertakan sekali pernyataan rasmi oleh Awang pada majlis yang dibuat atas nama Persatuan Linguistik Malaysia. Saya ambil gambar kenyataan itu di rumah...


Sebetulnya kenyataan dicetak atas kertas berwarna merah jambu. Tapi saya ambil gambar di ruang tamu bawah lampu kuning. Nah. Dah jadi macam nak sama warna kuning kejinggaan dengan bangunan makam Tok Pulau Manis pula. Hmm... :]



Hari-hari awal bulan Syawal tahun 1440 Hijriah dan usaha memartabatkan busana tradisional Melayu

$
0
0
Ini ada satu artikel yang baru dikongsikan di blogspot CATATAN SI MERAH SILU sebelum solat Jumaat tadi. Biarlah ia disalin untuk menjadi artikel ke-363 di blogspot HIKMAH ini.


---------


Salam tengah hari Jumaat 10 Syawal, Jumaat kedua bagi bulan Syawal tahun ini. Setelah mempersembahkan artikel Berbuka 27 Ramadhan bersama kawan-kawan lama Sains Johor 11 hari lalu baru hendak berkata sesuatu tentang raya.



Harus tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya Aidil Fitri. maaf zahir batin kepada para pembaca sekalian. Kelihatan adalah 'kad raya' yang dibuat secara ad hoc pada hari Isnin malam Selasa 3 Jun. Ketika itu tinggal kurang 24 jam sahaja lagi sebelum tarikh 1 Syawal menjelma iaitu apabila masuk waktu Maghrib Selasa malam Rabu 4 Jun. Ketika membuat 'kad' dalam tempoh sekitar 10-20 minit keluar pengumuman tentang tarikh jatuhnya 1 Syawal dalam kaca televisyen oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Gambar diambil daripada artikel tentang raya tahun lepas iaitu Ringkasan sambutan raya Aidil Fitri/bulan Syawal tahun 2018.



Ini adalah gambar pertama diambil pada pagi raya 1 Syawal bersamaan 5 Jun 2019. Lokasinya adalah di  halaman masjid jamek Muar. Lupa pula apakah diambil sebelum atau selepas solat raya.



Yang ni confirm selepas solat raya. Bersolat di bahagian belakang masjid terjumpa sejumlah anak jati Muar yang turut berpakaian busana tradisional Melayu.


Ini dalam dewan utama masjid. Ia adalah tempat saya bergolek-golek zaman bebudak. Selepas itu ada bergambar bersama anak-anak laki-laki saya juga beberapa orang aktivis busana tradisional Muar di halaman masjid. Tapi nak cari gambar tak jumpa pula di mana. Hari tu mudah aje jumpa terpapar dalam WhatsApp.


Ini gambar bersama isteri dan anak-anak di hadapan rumah orang tua saya di Kampung Temiang, Muar.


Ini pula gambar bersama isteri di rumah seorang seorang saudara di  kampung beliau di Tanjung Sepat, Selangor. Gambar diambil pada hari raya ke-3 iaitu pada 7 Jun sejurus sebelum menunaikan solat Jumaat.


Gambar di tempat sama tetapi dalam keadaan berdiri dikongsikan dalam Facebook pada malam itu jam 21:21. Ini dicetuskan oleh satu perkembangan baru melibatkan usaha buku terbaru saya. Lihat teks yang dikongsikan bersama gambar :-


ANTARA RAYA DAN BUKU - SILA DAPATKANNYA...

Salam malam 4 Syawal. Setelah melupakan hal buku terbaru merangkap buku ke-13 saya, "KENANGAN KEMBARA SOLO HITCHIKE EROPAH TAHUN 1995" untuk memberi laluan kepada sambutan hari raya tiba-tiba ada orang bertanya tentangnya petang tadi. Dah masuk Isyak baru tersedar beliau telah membuat bayaran sebelum Maghrib. Ia menjadi tempahan berbayar yang ke-44 setakat ini.

Dengan itu tergerak saya untuk berkongsi kembali teks update ketika tempahan mula dibuka lebih kurang sebulan lalu. Ia mengandungi maklumat ringkas tentang buku dan isi. Insyaallah buku akan keluar dari kilang 2 minggu lagi. Untuk membuat tempahan sila ikut panduan pada penghujung teks.

Nota : Gambar hiasan diambil dekat kampung isteri di Tanjung Sepat, Selangor siang tadi... 😀


PRE-ORDER DIBUKA UNTUK BUKU ‘PERTAMA’ YANG MENJADI BUKU KE-13 RADZI SAPIEE @ MERAH SILU

Salam semua. Akhirnya, setelah dekat 10 bulan berhempas-pulas menulis dan mengatur isi sebaiknya baru boleh dinyatakan ini. Dengan lafaz bismillah baru boleh dibuka pre-order untuk buku terbaru saya “KENANGAN KEMBARA SOLO HITCHHIKE EROPAH TAHUN 1995”. Adapun penulisannya pernah dimulakan dalam bahasa Inggeris ketika saya mula bekerja sebagai wartawan akhbar The New Straits Times hampir penghujung tahun 1996. Tetapi usaha dilupakan setelah semua fail berkenaan hilang akibat masalah pada sistem Intranet pejabat awal tahun 1997.

Usaha dihidupkan kembali tetapi dalam bahasa Melayu apabila mendapat mimpi untuk melakukannya Julai tahun 2018. Maka diimbau kembali pengalaman pengembaraan lebih 20 tahun lalu daripada kaca mata diri yang telah jauh berbeza berbanding dahulu. Dengan ini buku yang asalnya harus menjadi buku pertama saya akan muncul sebagai buku ke-13 iaitu sejak buku pertama “BERPETUALANG KE ACEH : MENCARI DIRI DAN ERTI” terbit Jun 2006. Sasaran saya buku terbaru ini dapat keluar dari kilang cetak pada Jun 2019 iaitu tepat 13 tahun selepas buku BERPETUALANG itu terbit. Sedikit maklumat ringkas tentang buku : -


TAJUK : KENANGAN KEMBARA SOLO HITCHHIKE EROPAH TAHUN 1995

RINGKASAN ISI : Mengimbau kembali pengembaraan seorang diri pada musim panas tahun 1995 menaiki pelbagai jenis kenderaan tidur luar merata meliputi 11 buah negara di Eropah dalam tempoh 33 hari dengan belanja kurang RM1,000. Pengembaraan dilakukan setelah tamat pengajian ijazah muda dalam bidang matematik di University College of London. Sebelum ke tanah besar Eropah saya ada membuat persediaan tidur lasak dengan menjadi gelandangan ataupun homeless di tengah kota London selama 3 bulan.

NEGARA DILIPUTI :

1. Belanda
2. Jerman
3. Republik Czech
4. Slovakia
5. Austria
6. Switzerland
7. Liechtenstein
8. Itali
9. Monaco
10. Peranchis
11. Belgium

JARAK DILIPUTI: Sekitar 5,900 km, 1,240 km dengan pengangkutan awam, 230 km berjalan kaki. Selain itu iaitu lebih 4,500 km adalah dengan hitchhike iaitu menahan lalu menumpang kenderaan orang.

CARA MENGINAP : Mana sahaja dapat dengan menggunakan sleeping bag. Antaranya dalam sampan orang di Amsterdam, tepi lebuh raya di sempadan Belanda-Jerman, bawah jambatan di Frankfurt, atas meja di luar restoran Dubi, Republik Czech, hadapan Kedutaan Peranchis di Bratislava bersama ahli Greenpeace, dalam kolong di tepi sungai Little Danube di Vienna dan dalam terowong kereta di Sisteron, Peranchis

PENGALAMAN LUAR BIASA : Tertinggal bas di Breda, Belanda. Gitar dicuri di Amsterdam. Barangan dicuri di Prague, Republik Czech. Berhadapan dengan 3 orang warga tempatan, seorang mendakwa memiliki pistol Colt.45. Berhadapan 40 orang peninju dalam bas ke Brno mahu meminta wang. Bergelut dengan 2 orang inspektor tiket di Bratislava, Slovakia. Berselisih dengan sekumpulan lelaki berwajah Arab, seorang membawa pisau daging berdarah-darah di Genoa, Itali. Masuk lokap satu malam di Lyon, Peranchis akibat disyaki pengganas Islam.

JUMLAH MUKA SURAT : 224 berwarna saiz 6 x 9 inci termasuk gambar-gambar lama saya, gambar-gambar tempat dan lakaran peta perjalanan.

Mereka yang berminat sila ikut panduan berikut. Bayaran pre-order ini mahu digunakan untuk kos mencetak buku. Nama-nama mereka yang tersenarai sebagai pembayar akan diabadikan dalam blogspot CATATAN SI MERAH SILU.


CARA MEMBUAT PEMBAYARAN PRE-ORDER

Pilih salah satu harga berikut :-

1. RM55 senaskah sahaja bagi yang hendak mengambil buku terus daripada saya. Boleh berjumpa di rumah saya di Bandar Sungai Buaya, Rawang atau di Kuala Lumpur (selalunya saya berada di tempat belajar di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Tamadun dan Pemikiran Islam di Bukit Tunku sepanjang hari Isnin)

2. RM62.90 (senaskah buku RM55 + RM7.90 pakej Poslaju) untuk pembaca di Semenanjung

3. RM67.50 (senaskah buku RM55 + RM12.50 pakej Poslaju) untuk pembaca di Sabah dan Sarawak.

Sila masukkan jumlah berkenaan ke dalam akaun saya :-

AFFIN ISLAMIC BANK : 20-530-011171-1

Atas nama: Mohd Fahrulradzi bin Mohamad Sapiee

Atau akaun isteri :-

MAYBANK - 112110854698

Atas nama: Nor Afidah binti Yusof

Selepas itu pm bukti pembayaran ke Facebook atau Whatsapp nombor saya 013-3082131. Sertakan sekali alamat pos dan nombor telefon untuk memudahkan urusan Poslaju



Dalam tempoh waktu itu iaitu hari raya pertama hingga hari raya ke-3 boleh dilihat banyak gambar anak-anak Melayu di merata Malaysia bergambar memakai busana tradisional Melayu penuh bertanjak, bersampin, berkeris dan bercapal melalui FB dan WA. Usaha memartabatkan pakaian tradisional bangsa itu mencapai satu tahap baru apabila universiti pun masuk mempromosi sama. Kelihatan di atas gambar artikel berkenaan yang keluar dalam surat khabar Harian Metro untuk hari Isnin 3 Jun iaitu 2 hari sebelum raya. Namun salinan digital muka surat yang mengandungi artikel telah diwar-warkan dalam beberapa kumpulan WA terutama yang melibatkan persilatan pada malam sebelumnya lalu saya pun memanjangkannya ke FB berserta teks berikut :-



TU DIA - UNIVERSITI PUN DAH MASUK BERKEMPEN MENGHIDUPKAN PEMAKAIAN BUSANA TRADISIONAL MELAYU

Alhamdulillah. Dulu kami para penggiat seni dan warisan bergerak berkempen sendiri untuk menghidupkan kembali, mendaulatkan juga membiasakan pemakaian busana tradisional Melayu, bertanjak berkeris bagai termasuk semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri atau awal bulan Syawal. Kini ATMA atau Institut Alam dan Tamadun Melayu di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) pula bersedia untuk bergerak di barisan hadapan memimpin inisiatif serupa pada skala yang lebih besar. Syukur usaha-usaha terdahulu tidak sia-sia. Semoga ini akan mengangkat semangat kedaulatan dan ketamadunan Melayu ke mercu kejayaan tertinggi sesuai dengan bayangan-bayangan yang menyatakan ada kemungkinan bangsa kita ini akan memimpin kebangkitan Daulah Islamiyah akhir zaman...



Namun di sebalik kemeriahan itu wujud pula suara-suara sumbang yang mengkritik lonjakan pemakaian busana tradisional yang berlaku pada musim raya ini. Masalahnya mereka yang mengkritik itu juga termasuk dalam kalangan para aktivis dan pengamal tetapi berselisih dengan para aktivis dan pengamal lain. Setelah ini berlanjutan buat beberapa hari saya pun tergerak untuk menyatakan sesuatu. Pada 9 Jun Ahad malam Isnin diletakkanlah dalam FB pautan bagi artikel Pemerhatian terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu - Bibit-bibit awal sekitar tahun 2012 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) . Ia menerbitkan gambar atas lalu ditambah teks berikut  :-


MELURUSKAN HAL PERKEMBANGAN PEMAKAIAN BUSANA TRADISIONAL MELAYU PADA ZAMAN MODEN - DARI SEBELUM TAHUN 2006 MEMBAWA KE AWAL 2013...

Salam malam 6 Syawal. Melihat pada perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu terutama tanjak yang sangat memberangsangkan pada musim raya kali ini namun ada pula yang mempersoalkan bab adab pemakaian seolah-olah mereka paling baik dan berhak menterjemahkan perkara tergerak saya untuk berkongsi pemerhatian sendiri dalam hal ini. Ia pernah dipersembahkan sebagai satu pembentangan pada acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016. Untuk perkongsian dalam blogspot isi pembentangan telah dipecahkan kepada 3 bahagian. Ini bahagian pertama.


Petang Selasa 11 Jun pernyataan disambung dengan memautkan artikel Pemerhatian terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu - Gerakan yang berkembang ke merata Semenanjung membawa luar negara ke Aceh. Keluarlah gambar yang kelihatan lalu ditambah teks berikut :-


MELURUSKAN HAL PERKEMBANGAN PEMAKAIAN BUSANA TRADISIONAL MELAYU - AWAL 2013 HINGGA PERTENGAHAN 2015...

Salam petang 7 Syawal. Berbalik pada perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu terutama tanjak yang sangat memberangsangkan pada musim raya kali ini namun ada yang mempersoalkan bab adab pemakaian seolah-olah mereka paling baik dan berhak menterjemahkan perkara. Percaya atau tidak gerakan anak Melayu di Malaysia bermula di Lembah Klang malah menjadi ikutan sehingga menjalar ke beberapa tempat di Indonesia termasuk di Aceh. Diakui ada yang terlebih-lebih menggayakan busana sehingga kelihatan "bersultan di mata, beraja di hati". Tetapi dalam membuat 'teguran' janganlah sampai boleh mematikan semangat mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia ini. Biarlah berhemah lalu dapat membantu perkembangan minat bukan membantutkannya.

Melihat kepada cara sesetengah orang 'menegur' itu kelihatan mereka seperti berhasad dengki dengan orang-orang yang lebih dikenali dan diakui dalam bidang ini. Kelihatan mereka yang 'menegur' itu bukan jujur mahu menegur tetapi melepaskan geram kerana mereka sendiri tidak diangkat sebagai pakar rujuk busana tradisional Melayu walau pernah termasuk dalam kalangan mereka yang terawal menghidupkanya kembali pada zaman moden ini. Sekarang biar disambung pemerhatian saya sendiri dalam hal ini seperti pernah dibentangkan pada acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016. Ini adalah bahagian ke-2 daripada isi pembentangan yang dipecah 3 untuk perkongsian dalam blogspot.



Lewat malam itu pula tergerak untuk berkongsi gambar ini berserta teks berikut. Cerita tentangnya boleh dirujuk dalam artikel Panggilan Pasir Salak - Bersama Raja Muda Perak diikuti Panggilan Pasir Salak - Bertandang ke rumah Tok Sago :-


BERSANGKA BAIK DAN BERBUDI PEKERTI DALAM MELESTARIKAN PEMAKAIAN BUSANA TRADISIONAL MELAYU...

Pada saya kalau kita berlapang dada kita akan seronok melihat semakin ramai anak Melayu mahu berbusana tradisional walaupun cara pemakaian tidak lengkap, ada kecacatan dan sebagainya. Biar datang minat dahulu kemudian siapa yang tahu tu boleh le bantu perbetulkan. Jangan jadi macam syaitan yang berbisik kepada manusia, selagi belum lengkap cara mengamati setiap rukun solat atau selagi belum 'mengenal' Allah SWT maka tak sah solat. Begitu juga kalau belum ikhlas, ada yang kata baik tak payah solat.

Kaedah beramal yang saya diajar oleh orang tua-tua adalah teruskan bersolat walaupun tetap banyak kecatatan. Jangan nak tunggu cukup segala syarat baru boleh bersolat. Kalau tunggu cam tu sampai bila le tak bersolat jawabnya.

Pandangan saya mudah. Kalau hati kita lurus mau meraikan maka kalau tak enak dipandang pun ada je cara baik nak sampaikan teguran dan pembetulan. Tapi kalau dah cara tu macam mengejek-ngejek, mengherdik je memanjang? Apatah lagi bila yang disindir adalah orang-orang tertentu yang bagi kami yang sudah lama mengikuti perkembangan tahu akibat berlaku perselisihan dalam persatuan dan pergerakan? Jangan salahkan kalau ada orang kata kamu tu sebenarnya dengki orang tak angkat kamu sebagai tempat rujuk. Cukup.


Pagi Khamis 13 Jun iaitu semalam gerak perkongsian ini dilengkapkan dengan memautkan artikel Pemerhatian terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu - Melangkaui sempadan politik demi penyatuan Melayu akhir zaman. Keluarlah gambar seperti di atas lalu ditambah teks berikut :-


APABILA PEMAKAIAN BUSANA TRADISIONAL MELAYU MELANGKAUI SEMPADAN IDEOLOGI POLITIK - TITIK PENTING YANG MEMBAWA KEPADA LONJAKAN PEMAKAIAN BERMULA MUSIM RAYA TAHUN 2016...

Salam pagi 9 Syawal. Merujuk kepada perkongsian-perkongsian sebelum ini yang mengenengahkan pemerhatian saya terhadap perkembangan pemakaian busana tradisonal Melayu seperti pernah dibentangkan pada acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016. Dipersembahkan bahagian ke-3 dan terakhir daripada isi pembentangan yang dipecah 3 untuk perkongsian dalam blogspot. Dalam bahagian ini ditunjukkan satu titik penting perkembangan yang pada saya sangat penting dalam melestarikan pemakaian busana tradisional. Ini adalah apabila satu parti politik yang terkenal bergerak atas nama agama mengadakan satu majlis penting dengan ramai pemimpinnya berbusana penuh, bertanjak, bersampin, berkeris dan bercapal.

Sebelum itu wujud stigma dan persepsi buruk yang menggambarkan bahawa semua pengamal busana tradisional Melayu (konon) adalah penyokong satu parti politik lain yang berjuang atas nama bangsa. Ini kerana parti ini memakai lambang keris sedangkan keris adalah aksesori yang sangat penting dalam pemakaian busana tradisional Melayu. Dengan terzahirnya parti atas nama agama memakai busana serupa saya melihat stigma ini akhirnya terbubar. Ini membawa kepada lonjakan pemakaian busana tradisional yang kelihatan nyata pada pagi raya 1 Syawal dan hari-hari seterusnya pada tahun itu...



Semua artikel yang dipautkan tadi boleh dirujuk dalam artikel lama Acara kelapan belas HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016. Ini kerana ia merupakan bahagian daripada pembentangan yang dibuat pada majlis tersebut. Untuk sesiapa yang belum tahu atau terlepas pandang HIKMAH merupakan singkatan bagi Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman. Ini adalah satu kumpulan longgar para aktivis kedaulatan Melayu Islam terutama dalam bidang sejarah yang saya asaskan pada Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 untuk mengadakan majlis berupa wacana ilmu tentang Melayu.

Rujuk latar belakang kami dan penubuhan juga aktiviti di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Di atas adalah gambar daripada hari raya pertama tahun 2015. Ia adalah kali pertama saya, isteri dan anak-anak menyambut hari raya dengan berbusana tradisional Melayu walaupun sudah biasa berpakaian begitu sejak penghujung tahun 2012. Ini disebabkan mahu menjaga hati ibu yang belum betul-betul dapat menerima saya berpakaian begitu. Rujuk artikel-artikel berikut :-

3. Sekitar sambutan Aidil Fitri tahun 2017 - Dah puas ziarah manusia mari 'ziarah' dinosaur pula...


Merujuk kembali pada pautan-pautan berikut :-


1. Pemerhatian terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu - Bibit-bibit awal sekitar tahun 2012

2. Pemerhatian terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu - Gerakan yang berkembang ke merata Semenanjung membawa luar negara ke Aceh

3. Pemerhatian terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu - Melangkaui sempadan politik demi penyatuan Melayu akhir zaman


Ia menyorot perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu sehingga hampir ke penghujung tahun 2016 sahaja kerana dipersembahkan di Muzium Negara pada Oktober tahun itu. Selepas beberapa lama saya kurang memberikan perhatian pada perkara kerana mahu merehatkan diri daripada aktiviti-aktiviti rasmi melibatkan busana juga silat. Ini berlaku selepas menganjurkan satu sahaja acara HIKMAH bagi tahun 2017. Lihat Acara kedua puluh HIKMAH di Rumah Cut Nyak Dhien, Aceh 19 Mac 2017.

Atas sebab tertentu saya telah memutuskan untuk tidak menganjurkan apa-apa lagi acara HIKMAH. Hampir pertengahahan 2018 baru dapat gerak dan rasa agar mengadakannnya di Aceh tapi tak tahu bila. Penghujung tahun pula dapat ilham bagi tarikh sesuai iaitu 1 Muharram 1441 Hijriah yang menurut kalendar adalah bersamaan 1 September 2019. Lihat Rancangan perjalanan pusing utara Sumatera dan Aceh berserta acara HIKMAH ke-21 di kompleks makam Sultan Malikus Saleh 1 Muharram 1441. Namun dalam tempoh masa 'rehat' itu saya tetap sentiasa berbusana tradisional di majlis. Antaranya adalah pada acara-acara tradisi anjuran pengarah filem terkenal saudara Mamat Khalid.


Sebelum membuat keputusan untuk 'berehat' Mamat pernah meminta saya untuk mengadakan satu acara HIKMAH di tempatnya iaitu Sarang Art Hub di Tanjung Malim. Itu yang membawa kepada penulisan artikel Cadangan acara HIKMAH di Sarang Art Hub dan lain-lain tempat - Langkah untuk mengintegrasikan diri lama yang keBaratan? awal tahun 2017. Ketika datang ke majlis tradisi pertama anjuran beliau saya masih bercadang untuk mengadakan acara di tempat tersebut. Itu sebab artikel berkenaan diberi tajuk Malam Anjung Tradisi di Sarang Art Hub - Satu langkah persediaan untuk menyambut HIKMAH di sana.

Mamat sedia mengaku bahawa beliau mula berminat dengan busana tradisional Melayu setelah mengenali dan mengikuti acara-acara HIKMAH. Pengaruh sebagai seorang pengarah selebriti membuka jalan untuk aktivis-aktivis lain meningkat naik sambil menarik minat golongan artis seperti Awie daripada kumpulan rock Wings mula membiasakan diri berbusana. Walaupun tidak mengadakan acara HIKMAH saya terus berjuang untuk memartabatkan pemakaian busana tradisional Melayu dengan memberikan tumpuan pada majlis-majlis ilmu melibatkan para cendekiawan dan akademik. Hasilnya? Kalau diperincikan nanti orang kata masuk bakul angkat diri sendiri. Cukuplah dikatakan kesannya sangat besar.

Cuma mereka yang mengikuti sejak daripada awal dengan jujur sahaja sedia mengakui peranan. Cuma mereka sahaja yang dapat melihat bagaimanakah keadaan ketika saya diikuti sekumpulan kecil aktivis sanggup berpakaian begini dalam majlis-majlis ilmu di universiti-universiti dan institusi-institusi setaraf yang mana kot dan blazer lebih dibanggakan sebagai lambang kedudukan orang berpelajaran. Bertanjak dan berkeris pula dianggap ketinggalan zaman dan pakaian orang kekampungan yang cuma tahu bersilat dan tercicir pelajaran. Sesungguhnya bukan senang hendak memecahkan stigma bahawa mereka yang datang berbusana tradisional Melayu ke majlis-majlis 'orang pandai' ini sekadar layak membuat persembahan silat atau jadi pengiring majlis.  Kecuali bila ada aktivis cukup yakin dan pintar untuk berhujah dan berbincang hal-hal ilmiah baik dalam bahasa Melayu juga dalam bahasa Inggeris yang sering dianggap sebagai ukuran orang 'pandai'...



Bersedia untuk acara ke-21 HIKMAH di Kompleks Makam Sultan Malikus Saleh 1 September 2019

$
0
0
Salam semua wahai para pembaca yang dimuliakan. Pada 10 Mac iaitu lima bulan setengah lalu saya ada membuat artikel bertajuk Rancangan perjalanan pusing utara Sumatera dan Aceh berserta acara HIKMAH ke-21 di kompleks makam Sultan Malikus Saleh 1 Muharram 1441 lalu memberitahu tentang rancangan mahu menghidupkan kembali HIKMAH dengan mengadakan acara ke-21 kami di Kompleks Makam Sultan Malikus Saleh pada hari Ahad 1 September 2019 bersamaan Muharram 1441 Hijriah. Sejak itu saya tidak memberikan apa-apa maklumat baru tentang majlis di mana-mana. Saya lebih banyak menyebut tentang perjalanan pusing Sumatera yang mana acara HIKMAH terkandung dalam rancangan besar perjalanan.

Sekarang biar dikongsikan maklumat terkini dalam satu artikel. Sebelum itu biar dikongsikan perkembangan berkenaan  yang telah diceritakan di Facebook...




Adapun rancangan perjalanan yang diceritakan dalam artikel Rancangan perjalanan pusing utara Sumatera dan Aceh berserta acara HIKMAH ke-21 di kompleks makam Sultan Malikus Saleh 1 Muharram 1441 dibuat berdasarkan saya dan keluarga akan sampai ke Banda Aceh dengan penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur jam 10 pagi. Penyertaan pun dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk bersama. Lebih 4 bulan kemudian saya menerima makluman kami telah dialihkan ke penerbangan jam 2 petang. Dengan itu sedikit perubahan harus. 

Pada 26 Julai maklumat berkenaan dikongsikan di FB berserta panggilan akhir untuk mereka yang berminat untuk turut serta. Begini bunyinya :-



RANCANGAN PERJALANAN PUSING UTARA SUMATERA DAN ACARA HIKMAH DI ACEH 28 OGOS - 4 SEPT 2019 - LAST CALL UNTUK SESIAPA YANG MAHU TURUT SERTA

Salam pagi Jumaat 23 Zulkaedah. Sudah lama saya tidak memberikan perhatian pada perkara atas kerana kesibukan dengan hal-hal lain terutama penerbitan buku terbaru saya "KENANGAN KEMBARA SOLO HITCHHIKE EROPAH TAHUN 1995". Sekarang sudah sampai masanya perkara mula dimuktamadkan. Ini kerana perjalanan yang dimaksudkan akan dilaksanakan sebulan sahaja lagi daripada sekarang.

Merujuk pada artikel berkenaan yang dipersembahkan dalam blogspot CATATAN SI MERAH SILU lebih 4 bulan lalu. Adapun selepas ia diwar-warkan di Facebook saya telah menerima sejumlah maklum balas daripada mereka yang berminat untuk pergi. Namun setakat ini yang saya tahu cuma 5 orang dewasa sahaja telah memberikan komitmen dengan membeli sendiri tiket penerbangan ke Banda Aceh bagi tarikh 28 Ogos dan kembali 4 Sept. Ini supaya dapat bersama saya, isteri dan 2 orang anak kecil mengembara.

Untuk makluman logistik perjalanan akan dibuat secara ad hoc berdasarkan jumlah penyertaan untuk menjimatkan belanja, bukan berdasarkan kebiasaan harga yang ditetapkan oleh travel agent. Saya akan meminta kerjasama kawan-kawan di Aceh untuk itu. Jumlah penyertaan akan menentukan jenis dan jumlah kenderaan mahu digunakan selain hal-hal lain seperti penginapan dan makan minum. Dianggarkan tidak lebih daripada RM2,000 satu kepala (tak campur tiket penerbangan) insyaallah bagi keseluruhan tempoh 8 hari 7 malam...

Cadangan saya kalau boleh biarlah dapat menumpang bermalam di sekolah-sekolah pondok, masjid dan sebagainya. Ini kerana selain mahu menjimatkan belanja kami dijangka sampai ke tempat-tempat rehat pada waktu malam, esoknya awal pagi terus bergerak untuk menyambung perjalanan kecuali pada 2 atau 3 hari terakhir di Banda Aceh.

Dengan itu saya menyeru. Sesiapa lagi yang berhajat mahu menyertai kembara sila beli sendiri tiket pergi balik kapal terbang ke Banda Aceh yang dapat meliputi tarikh perjalanan 28 Ogos hingga 4 Sept. Selepas itu beritahu saya melalui WhatsApp 013-3082131 supaya dapat bersama mengatur perkara.

Saya akan membuka ruang penyertaan ini selama 2 minggu. Pada Jumaat 2 minggu akan datang iaitu pada 9 Ogos 2019 bersamaan 8 Zulkaedah 1440 Hijriah ia akan ditutup supaya logistik perjalanan dapat dimuktamadkan. Sebagai mengakhiri pengumuman biar disenaraikan tujuan-tujuan utama pengembaraan dibuat...


1) Ziarah ke Barus di mana dikatakan terdapat makam pendakwah Islam dengan tarikh meninggal dunia 43 Hijriah bersamaan 664 Masihi (Kerajaan Srivijaya diketahui mula berkuasa di Sumatera pada tahun 683 M iaitu dekat 20 tahun kemudian). Dikatakan Barus telah dikenali dunia sejak zaman Mesir purba kerana terdapat bekalan kapur (dipanggil kapur barus) terbaik untuk pelbagai kegunaan terutama menguruskan mayat.

2) Ziarah ke tempat-tempat bersejarah terutama melibatkan kedatangan Islam sepanjang pantai barat utara Pulau Sumatera menghala ke Barus di selatan membawa ke pantai timur menghala ke Banda Aceh di utara. Banyak persinggahan akan dilakukan. Maka perjalanan agak lasak dan kurang rehat tapi harus amat memuaskan.

3) Iktikaf di kompleks makam Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Shah di Perlak pada malam 1 Muharram 1441 Hijriah (siangnya Sabtu 31 Ogos). Dikatakan Kesultanan Islam Perlak diasaskan dengan naiknya sultan berketurunan Rasulullah SAW ini pada 1 Muharram 225 Hijriah iaitu 1216 tahun Qamariah yang lampau (berdasarkan bulan menurut kalender Islam)! Ini diperkirakan bersamaan tahun 840 Masihi iaitu 1159 tahun Syamsiah lalu (menurut matahari seperti digunakan kalendar Barat) .

4) Mengadakan satu acara berupa wacana ilmu atas nama HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman) di kompleks makam Sultan Malikus Salleh iaitu pengasas kerajaan Samudera-Pasai pada pagi 1 Muharram 1441 bersamaan Ahad 1 Sept 2019. Acara dikira terus berjalan membawa ke Banda Aceh di mana kawan-kawan di sana sedia menyambut dengan majlis yang lebih teratur.


Nota : Tiket ke Banda Aceh sebenarnya dibeli untuk penerbangan pagi jam 10. Tetapi baru beberapa hari lalu AirAsia memaklumkan penerbangan pagi dibatalkan lalu penumpang dialih masuk ke penerbangan jam 2 petang. Harap maklum.



Lima hari kemudian dikongsikan rancangan terbaru perjalanan dari hari ke hari :-



TERBARU TENTANG RANCANGAN PERJALANAN PUSING ACEH/SUMATERA UTARA 28 OGOS - 4 SEPT

Salam awal pagi Rabu 28 Zulkaedah. Merujuk kepada rancangan tersebut yang ada diwar-warkan di Facebook 2-3 kali. Tergerak saya untuk berkongsi rancangan terbaru berdasarkan perubahan jadual penerbangan (KL-Banda Aceh Rabu 28 Ogos diubah oleh Air Asia dari 10 pagi ke 2 petang) juga persetujuan ahli rombongan (setakat ini 7 dewasa 2 kanak-kanak) untuk bermalam di masjid atau sekolah pondok.


1. Hari pertama Rabu 28 Ogos

Banda Aceh - Meulaboh (238 km)

- Menginap di masjid raya yang merupakan satu-satunya bangunan tidak diranapkan Tsunami 26 Disember 2006. Menggantikan rancangan asal Banda Aceh - Tapak Tuan (434 km)

2. Hari kedua Khamis 29 Ogos

Meulaboh - Barus (484 km)

- Persinggahan akan dibuat di Labuhan Haji diikuti Tapak Tuan kemudian makam Sheikh Hamzah Fansuri di Singkil. Bermalam Jumaat di sebuah masjid di Barus (belum dapat ilham yang mana)

3. Hari ketiga Jumaat 30 Ogos

Barus - Deli Tua (dekat Medan, 326 km)

- Persinggahan akan dibuat di Kompleks Makam Mahligai Barus di mana dikatakan terdapat makam pendakwah Islam dengan tarikh meninggal dunia 43 Hijriah (sekitar 664 Masihi). Akan masuk ke Pulau Samosir di Danau Toba sebelum naik ke Berastagi kemudian bermalam di Masjid as-Syakirin, Deli Tua

4. Hari keempat Sabtu 31 Ogos

Deli Tua - Makam Sultan Sayid Maulana Abdul Aziz Syah, Perlak (265 km)

Singgah ke Medan untuk lawatan ke Istana Maimoon dan masjid lama Manshun, singgah ke Masjid Azizi di Tanjung Pura, Langkat lalu masuk ke Kampung Besilam (pusat Tariqat Naqsyabandiah-Khalidiah di bawah almarhum Sheikh Abdul Wahab), lalu di Pengkalan Brandan diikuti Temiang dan Langsa. Kalau ada kesempatan masa masuk ke Pengkalan Susu untuk melihat Teluk Haru, Pulau Kampai dan Pulau Sembilan (tambah 25 km pergi balik simpang).

Ini adalah laluan yang diceritakan dalam siri trilogi novel "Berpetulang ke Aceh" tulisan dan terbitan saya 2006-2007. Bermalam 1 Muharram 1441 Hijriah di kompleks makam Sultan Sayid Maulana Abdul Aziz Syah yang merajai Kesultanan Perlak bermula 1 Muharram 224 Hijriah lebih 1,000 tahun lalu.

5. Hari kelima Ahad 1 September 2019 bersamaan siang 1 Muharram 1441 Hijriah

Makam Sultan Abdul Aziz - Makam Sultan Malikus Saleh di Geudong, Lhokseumawe (130 km)

Dibuat persinggahan ke makam Ratu Nurul Aqla sebelum ke makam Sultan Malikus Saleh di mana acara ke-21 HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam) bermula selewatnya jam 10 pagi insyaallah. Boleh jadi bermalam di sekolah pondok berdekatan, boleh jadi teruskan perjalanan menghala ke Banda Aceh bergantung pada gerak dan keadaan,

6. Hari keenam Isnin 2 September

Menuju ke Banda Aceh.

Harus ada persinggahan ke makam Tun Sri Lanang di Semerlanga dan makam Daeng Mansur selepas Sigli di Pidie (Pedir). Boleh jadi bermalam di Banda Aceh, boleh jadi di satu lokasi sebelum itu.

7. Hari ketujuh Selasa 3 September

Acara ke-21 HIKMAH disambung di Banda Aceh.

Masa akan ditetapkan selewatnya waktu malam. Acara HIKMAH kali ini dikira berlangsung daripada 1 hingga 3 September, dari makam Sultan Malikus Saleh membawa ke Banda Aceh (284 km). Bermalam di Banda Aceh.

8. Hari kelapan Rabu 4 September

Santai di Banda Aceh sebelum kembali ke Malaysia dengan penerbangan jam 4 petang


Sesiapa yang mahu mengikuti pengembaraan ini boleh membeli sendiri tiket pergi ke Banda Aceh 28 Ogos dan kembali 4 Sept kemudian WhatsApp saya di nombor 013-3082131. Perjalanan dibuat dengan konsep memudahkan belanja secara berkongsi kesemuanya, bukan ikut harga biasa travel agent. Insyaallah tak sampai RM2,000 satu kepala (tidak termasuk tiket penerbangan).

Atau anda boleh atur sendiri perjalanan pergi balik dan lain-lain lalu bertemu kami di makam Sultan Malikus Saleh 284 km ke tenggara Banda Aceh jam 10 pagi Ahad 1 September untuk menyertai acara ke-21 HIKMAH. Tak pun jumpa sahaja di Banda Aceh Selasa 3 September kerana acara disambung di sana selewatnya pada waktu malam...



Pada 10 Ogos satu update ringkas dibuat di FB seperti berikut :-


PANGGILAN KEMBARA KE-9 DI ACEH SEMAKIN KUAT

Salam 1 Ogos 2019 bersamaan 29 Zulkaedah 1440 Hijriah. Alhamdulillah baru siap membuat rangka penuh perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera yang dijadualkan berlangsung 28 Ogos hingga 4 September insyaallah. Banyak tempat-tempat baru yang belum pernah saya sendiri sampai akan dijejaki. Ia akan menjadi lawatan saya yang ke-9 ke Aceh, sejak pertama kali sampai ketika darurat perang masih berlangsung awal 2004.

Semoga akan menerima pembukaan yang memuktamadkan makna hidup ini dan arah tujuan. Semoga semua yang turut bersama juga mendapat berkat...


STANDBY - Acara ke-21 HIKMAH akan bermula di kompleks makam Sultan Malikus Saleh jam 10 pagi Ahad 1 September bersamaan 1 Muharram 1441 Hijriah dan berlanjutan sehingga ke Banda Aceh hari Selasa 3 September...



Ini diikuti update berikut 5 Ogos :-


PELUANG MENGEMBARA LEBIH 2,000 KM JEJAK SEJARAH PUSING ACEH DAN UTARA SUMATERA 8 HARI 7 MALAM DENGAN BELANJA KURANG RM1,500 SEORANG

Salam malam 6 Zulkaedah, Merujuk kepada posting berkenaan sebelum ini . Setelah mengambil kira pelbagai faktor saya dapati kos membuat pengembaraan selama 8 hari 7 malam ini boleh dijimatkan sehingga menjadi kurang RM1,500 seorang. Ini berdasarkan 4 malam pertama menginap di masjid dan sebagainya, 3 malam terakhir baru menginap di hotel selesa pada kadar RM150 semalam satu bilik berkongsi 2-3 orang. Syaratnya dapatkan satu kumpulan 5-7 orang supaya boleh berkongsi satu kereta Innova sepanjang tempoh 8 hari 7 malam itu dan tiket pergi balik kapal terbang beli sendiri.

Yang penting pada jam 2.40 petang Rabu 28 Ogos sudah berada di lapangan terbang Banda Aceh untuk bersama rombongan. Dan sedia bersama sehingga Rabu 4 September. Sila berikan maklum balas sesiapa yang berminat. Untuk makluman tawaran ini akan ditutup apabila masuk jam 12 tengah malam Sabtu 8 Ogos ini. Rujuk posting lama untuk butiran rancangan pengembaraan...




Sehari sebelum hari raya Aidil Adha saya menulis lagi tentang perjalanan dan acara :-


PERUTUSAN HARI ARAFAH 9 ZULHIJJAH TENTANG KEMBARA PUSING ACEH DAN UTARA SUMATERA JUGA ACARA KE-21 HIKMAH

Salam hari Arafah 9 Zulhijjah 1440 Hijriah. Merujuk pada update saya 2 minggu lalu tentang kembara pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos - 4 September 2019. Setelah menunggu beberapa lama didapati tidak ada penyertaan baru. Malah terpaksa dikurangkan pula satu tempat apabila ada peserta mendapat panggilan untuk mendaftar masuk ke universiti pada hari Isnin 2 September 2019.

Dengan itu bolehlah dimuktamadkan bahawa kembara ini akan disertai 6 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak sahaja dari Malaysia. Namun masih ada ruang untuk sesiapa yang berminat menyertai separuh akhir kembara, cuma kena atur sendiri perjalanan.

Untuk makluman, separuh awal kembara merujuk pada permulaan dari Banda Aceh petang Rabu 28 Ogos menuju selatan ke Lamno diikuti Meulaboh. Khamis 29 Ogos bergerak ke selatan lagi menuju ke Labuhan Haji, Tapak Tuan, Singkil dan Barus. Jumaat 30 Ogos baru menaik ke utara melalui Danau Toba, Berastagi dan Deli Tua. Ketika rakyat di Malaysia sedang menyambut hari kemerdekaan Sabtu 31 Ogos kami pula akan berangkat ke Medan, Binjai, Langkat, Pengkalan Brandan, Temiang dan Langsa, Malam itu yang sudah masuk tarikh 1 Muharram 1441 Hijriah kami harus sampai ke Perlak untuk bermalam di kompleks makam Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz, seorang Ahlu Bait keturunan Nabi Muhammad SAW yang merajai Kesultanan Perlak bermula 1 Muharram 225 Hijriah lebih 1,000 tahun lalu!

Separuh akhir perjalanan dikira bermula daripada situ terutama pada siang Ahad 1 September. Kami dijadualkan bergerak menziarahi makam Ratu Nur'Ila di Minye Tujuh (yang katanya berkuasa ke atas Kedah dan Pasai, laut dan darat lebih 600 tahun lalu) sebelum ke kompleks makam Sultan Malikus Saleh, raja yang mengasaskan kerajaan Samudera-Pasai hampir 800 tahun lalu. Di situlah acara ke-21 HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman) akan bermula, Acara berupa perkongsian ilmu tentang sejarah dan jati diri Melayu Islam ini akan berpanjangan sehingga ke Banda Aceh Selasa 3 September.

Sesiapa yang berminat boleh sahaja bergerak sendiri berjumpa kami di Perlak malam 1 Muharram itu atau bertemu di makam Sultan Malikus Saleh pada siangnya. Tak pun terus bertemu di Banda Aceh hari Selasa di suatu tempat yang akan diumumkan nanti. Kawan-kawan kami di Aceh boleh membantu perjalanan anda. Boleh hubungi melalui duta Muzium Aceh, Ustaz Mujiburrizal. Tinggalkan pesanan dalam FB beliau.

Pengembaraan ini ada mengulangi sedikit laluan yang diambil saya, isteri dan seorang anak tahun 2011 untuk menunjukkan tempat-tempat yang diceritakan dalam siri trilogi novel "BERPETUALANG KE ACEH" (terbit 2006-2007). Ini adalah berdasarkan kembara solo saya ke Aceh ketika darurat perang masih melanda Januari 2004. Dipautkan cerita perjalanan kami anak beranak pada 9 Zulhijjah iaitu tepat 8 tahun Hijriah yang lalu (rujuk Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Keluar pulau untuk ke Medan...



Sebelas hari kemudian iaitu pada 21 Ogos berlaku suatu perkembangan tidak menyenangkan melibatkan suasana sosio-politik negara. Ini menyebabkan saya menulis hal berikut dalam konteks yang terkait dengan perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera yang tentunya terkait dengan acara ke-21 HIKMAH :-



TENTANG BENDERA MALAYSIA TERBALIK - PANDUAN TINDAKAN DARI KERAJAAN AHLUL BAIT PERLAK?

Entah kenapa susah sungguh hendak tidur malam ini walau kepala dan tubuh badan sangat penat. Asyik terfikir akan hal bendera Malaysia terbalik ditunjukkan berlaku di banyak tempat oleh ramai di media sosial. Ada yang kata ini isyarat ada pihak dah gatal sangat hendak menjual. Namun ada yang berkata kalau betul pun menjual janganlah termakan umpan. Kelak keluarga kita binasa tak kiralah betapa hebat pun kita sendiri mampu berperang dan bersilat.

Saya pun berkira-kira apakah sikap yang perlu diambil kalau benar pihak anti-Melayu dan anti-Islam itu sudah kemaruk sangat hendak menjual? Melihat pada keadaan dan tempoh masa kelihatan hal bendera terbalik ini ditujukan pada sambutan hari kebangsaan akan datang 31 Ogos 2019. Sedangkan pada tarikh tersebut saya dan keluarga dijadualkan mengambil jalan darat dari Medan ke Perlak. Ia adalah sebahagian daripada pengembaraan pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos hingga 4 September yang sudah dirancang sejak beberapa bulan lalu.

Kami bercadang mahu menginap di Perlak malam itu kerana menurut sejarah Kesultanan Perlak yang diterajui Ahlul Bait keturunan Nabi Muhammad SAW ia mula diasaskan pada tanggal 1 Muharram 225 Hijrah iaitu sekitar tahun 840 Masihi. Menurut kalendar esoknya siang Ahad 1 September 2019 pula adalah bersamaan 1 Muharram 1441 Hijriah. Sebetulnya masuk sahaja Maghrib malam sebelumnya iaitu pada 31 Ogos sudah masuk 1 Muharram kerana kalendar Islam memulakan tarikh baru apabila malam menjelang. Memandangkan pada ketika itu sudah masuk tahun baru 1441 Hijriah yang nombornya terasa unik lagi bermakna saya pun teringin sangat untuk menginap malam tersebut di Perlak.

Pada tarikh 1 Muharram 1441 itu genaplah 1216 tahun Hijriah Kesultanan Perlak diasaskan (1216 - 225 iaitu tahun pengasasan). Sebelum ini saya tidak memikirkan apakah ada apa-apa perkara signifikan tentang ulang tahun ke-1216 (menurut kiraan Hijriah, kalau kiraan Gregorian Barat ia adalah bersamaan 1,178.5 tahun) Kesultanan Perlak itu. Tetapi disebabkan hal bendera Malaysia terbalik baru saya mencuba memikirkannya.

Terus nampak dengan mudah 1216 boleh dibahagikan dengan 4. Ini kerana nombor 12 di hadapan (merujuk kepada 1200) boleh dibahagi dengan 4, begitu juga 16 di belakang.

Hasilnya adalah 304. Ini pun terus nampak boleh dibahagi dengan 4 jadi 76.

76 pun boleh bahagi 4. Jadi 19...

Nombor 19 yang merupakan nombor ganjil ini sendiri ada signifikannya. Mereka yang rajin mengkaji mesti pernah dengar tentang kod 19 untuk menafsirkan makna tersembunyi di sebalik ayat-ayat Al-Quran.

Kepala pun mula ligat berfikir mencari makna dan kaitan.

1216 = 304 x 4 = 76 x 4 x 4 = 19 x 4 x 4 x 4 = 19 x 64

Hati terdetik untuk melihat apakah terjemahan Surah 19 : 64 (Surah ke-19 ayat ke-64). Ini yang saya jumpa :-

Dan (berkatalah malaikat): "Kami tidak turun dari semasa ke semasa melainkan dengan perintah Tuhanmu (wahai Muhammad); Dia lah jua yang menguasai serta mentadbirkan apa yang di hadapan kita dan apa yang di belakang kita serta apa yang di antara itu; dan tiadalah Tuhanmu itu lupa."

Rasa macam tak jelas. Saya pun melihat pada terjemahan ayat seterusnya :-

"Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadaNya; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya?"

Baru rasa jelas apakah sikap atau pendirian yang perlu diambil berkenaan hal bendera Malaysia yang terbalik itu.

Sekadar menambah - Sekali lagi, apabila masuk waktu Maghrib 31 Ogos akan datang ini maka masuklah tahun baru Islam bertarikh 1 Muharram 1441 Hijriah.

Ini boleh juga ditulis begini - 1.1.1441 - Ada 2 kali nombor 4 dan 4 kali nombor 1.

Jadi siapa yang takut nombor 4 fikir betul-betul sebelum memanjangkan dan memperhebatkan provokasi. Kami anak Melayu Islam sejati tak takut mati. Yang kami takut cuma mati tanpa menyediakan amal secukupnya untuk akhirat.

Gambar hiasan : Lawatan ke makam Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Shah di Perlak tahun 2011. Saya dan isteri sudah 5 kali menziarahi makam tersebut...




Sekarang baru boleh dikongsikan perkembangan paling baru tentang acara. Kelihatan di atas poster acara yang baru dibuat petang tadi. Tema acara iaitu "Panggilan Wasiat Nabi" baru difikirkan ketika membuat poster. Ini merujuk kepada pesanan yang menurut kitab Hikayat Raja-raja Pasai ada dibuat oleh Nabi Muhammad SAW membawa kepada pengIslaman kerajaan Samudera, raja dan rakyatnya.

Raja Samudera bernama Merah Silu ditabalkan menurut cara Islam menggunakan alatan dari Mekah lalu memakai nama baru Sultan Malikus Saleh. Hikayat menyebut sebelum itu Nabi Muhammad SAW ada bersabda :-


“Sepeninggal aku telah wafat kelak,
akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya.”
“Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu,
serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu,
serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat.
Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan menjadi wali Allah.”
“Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu,
hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri,
bawalah fakir itu bersama-sama belayar ke negeri Samudera itu.”


Walaupun ada yang mempertikaikannya saya percaya sabda Nabi ini benar-benar wujud. Saya percaya ia adalah wasiat yang disampaikan kepada orang-orang tertentu daripada zaman ke zaman sehinggalah dimasukkan ke dalam hikayat, bukan ajaran umum yang disampaikan kepada semua lalu dapat dikumpulkan ke dalam kitab Sahih Bukhari dan sebagainya. Apapun acara HIKMAH kali ini dibuat dalam keadaan yang boleh dikatakan 100% ad hoc - nak jadi bagaimana ikutlah apa yang Allah SWT nak bahagi nanti. Biasanya saya akan mula mengatur pengisian dan tajuk-tajuk perkongsian ilmu untuk acara paling lewat 3 minggu sebelum ia berlangsung. Kali ini tema majlis pun baru dicipta tadi. Sedangkan acara akan berlangsung cuma 6 hari lagi.

Dengan ini cukuplah perkongsian terbaru tentang acara. Pada sesiapa yang hendak menyertai belum terlewat untuk bersama. Anda boleh mengatur sendiri perjalanan ke lokasi majlis iaitu Kompleks Makam Sultan Malikus Saleh di Geudong, Lhokseumawe dari Banda Aceh di barat-laut lokasi atau Medan di selatannya. Yang penting pada jam 9 pagi Ahad 1 September bersamaan 1 Muharram sudah sampai ke lokasi.

Tak pun terus ke Banda Aceh untuk bahagian majlis yang dipanjangkan hingga 3 September. Lokasi tepat akan diumumkan nanti. Saya percaya walaupun ia diadakan secara ad hoc acara ke-21 HIKMAH yang juga merupakan kali ke-3 HIKMAH diadakan di Aceh (rujuk Acara kesepuluh HIKMAH di Muzium Aceh, Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014 diikuti Acara kedua puluh HIKMAH di Rumah Cut Nyak Dhien, Aceh 19 Mac 2017) tetap akan berjaya mencapai matlamatnya. Ia berkaitan satu ramalan yang katanya pernah disampaikan seorang ulamak besar bertaraf wali. Wassalam.



Ulasan dan liputan daripada orang Aceh tentang acara ke-21 HIKMAH

$
0
0
Salam  awal pagi Khamis 12 Muharram. Merujuk pada artikel Rancangan perjalanan pusing utara Sumatera dan Aceh berserta acara HIKMAH ke-21 di kompleks makam Sultan Malikus Saleh 1 Muharram 1441 yang dipersembahkan setengah tahun lalu diikuti artikel Bersedia untuk acara ke-21 HIKMAH di Kompleks Makam Sultan Malikus Saleh 1 September 2019 setengah bulan lalu. Sukacita dimaklumkan bahawa perjalanan yang dimaksudkan juga acara sudah berjaya dilaksanakan dalam tempoh pengembaraan Rabu 28 Ogos sehingga Rabu 4 September 2019. Satu artikel 'pembuka' bertajuk Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Satu pengenalan ringkas selepas tamat pengembaraan telah dipersembahkan di blogspot  CATATAN SI MERAH SILU 6 hari lalu. Selepas itu akan menyusul artikel demi artikel di blogspot tersebut untuk berkongsikan perkembangan pengembaraan daripada hari ke hari.

Kalau berdasarkan susunan menurut waktu atau kronologi masuk penceritaan hari ke-5 yang akan dibuat entah bila baru saya akan berkongsi cerita baru di blogspot HIKMAH. Ini disebabkan pada hari ke-5 itulah acara ke-21 HIKMAH mula dilangsungkan di Kompleks Makam Sultan Malikus Saleh dekat Geudong, Lhokseumawe sebelum dilanjutkan ke Banda Aceh 6 jam perjalanan ke utara dan barat pada hari ke-7. Namun apabila difikirkan bahawa komponen acara di makam juga di bandar telah diberikan liputan oleh media-media di Aceh selain kawan-kawan sana membuat video ada eloknya ia dikumpulkan lalu dipaparkan di sini terlebih dahulu. Ini adalah antara yang dapat dikongsikan sebelum sampai giliran saya sendiri bercakap dan mengulas tentang acara...



MPA Gelar Diskusi Sejarah di Museum Mapesa


Acara Majelis Silaturrahmi Penggiat Sejarah dan Budaya Aceh - Malaysia di sekretariat bersama Mapesa dan Pedir Museum, Punge Blang Cut, Banda Aceh, Selasa 3 September 2019. @Jamaluddin...


Banda Aceh - Majelis Pariwisata Aceh (MPA) berkolaborasi dengan komunitas penggiat sejarah lainnya seperti Masyarakat Peduli Sejarah Aceh (Mapesa), Pedir Museum, Sicupak, Hikmah (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman ) Malaysia mengadakan acara dengan tajuk " Majelis Silaturrahim Penggiat Sejarah dan Budaya Aceh - Malaysia" pada Selasa (3/9) di sekretariat bersama Mapesa dan Pedir Museum, Punge Blang Cut, Kota Banda Aceh.

Acara diisi oleh penggiat sejarah dari Malaysia, Mohd. Fahrul Radzi Mohammad Sapiee yang merupakan Presiden Hikmah dan Penulis buku berpetualang ke Aceh.

Beliau menyampaikan materi tentang Jejak Aceh di Semenanjung Tanah Melayu Masykur Syafruddin, Direktur Pedir Museum dengan judul materi "Nisan, Manuskrip dan Numismatik sebagai Sumber Penulisan Sejarah Aceh".

Sejumlah penggiat sejarah dan budaya lainnya seperti Tarmizi A Hamid dan Ayah Panton juga turut hadir dalam acara yang penuh kehangatan dan persaudaraan ini.

Radzi Sapiee menyampaikan, hubungan Aceh dan Malaysia telah terbina sejak ratusan tahun silam. Di antaranya terbukti dengan ditemukannya nisan -nisan khas Aceh yang berusia ratusan Tahun diberbagai wilayah di Malaysia.

"Dan jika dilihat dari arus perjalanan pelaut Arab ke nusantara, wilayah pertama yang dilalui di nusantara adalah Aceh. Maka Aceh adalah wilayah pertama yang dilalui dalam misi penyebaran Islam di nusantara. Jika dilihat dari peta, tidak mungkin sampai ke Barus terlebih dahulu. Walaupun bukti artefak Islam yang dinyatalan tertua ditemukan di Barus, ini tidak berarti di Aceh tidak ada artefak yang lebih tua dari Barus. Saya yakin banyak artefak Aceh yang lebih tua, saat ini belum ditemukan dan kita melihat sejarah bukan  dengan artefak sahaja, tapi juga dengan berbagai bukti lain," kata Radzi Sapiee yang pernah mengenyam pendidikan Sarjana bidang Matematika di Universitas terkemuka di London Inggris.

Sedangkan Masykur Syafruddin, seorang kolektor muda mengupas hasil koleksinya terutama koleksi koin kuno. Koin kuno koleksi tertua yang dimiliki oleh Pedir Museum dan ditemukan di Aceh adalah koin era khalifah Abbasiyah yang ditemukan di Pasai, dicetak di Samarkand pada 202 tahun hijriah, 1200 tahun lalu.

"Kami juga menemukan koin mata uang Italia ( 1575 ), mata uang perak dari Romawi timur, Byzantium abad ke 12 yang ditemukan Juli 2016, koin masa Sultan Delhi, Muhammad bin Tughlaq, dan yang termasuk langka adalah koin masa kesultanan Utsmani, Sultan Suleyman Al Kanuni, sang penguasa dua pertiga dunia, ditemukan di pidie 2016. Sayangnya koin-koin langka ini tidak dimiliki oleh Museum Aceh dan saya mendata ada 7000 keping koin yang ditemukan beberapa tahun lalu ditemukan di Gampong Pande, tidak tahu dijual kemana. Bahkan koin-koin masa Turki Utsmani sampai saat ini tidak berhasil diselamatkan dan dimiliki oleh pemerintah. Semoga kajian Numismatik terus dilanjutkan oleh teman-teman yang lain. Sejarah Aceh saat ini terus tergerus karena minim yang peduli," harap Masykur yang masih berstatus mahasiswa Program Sejarah Kebudayaan Islam di UIN Arraniry.

Kegiatan ini diharapkan dapat membuka kembali cahaya ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sejarah dan budaya Aceh.

Mujiburrizal selaku koordinator acara mengatakan, untuk lebih memperkenalkan diantara Jejak Tamaddun Islam Aceh yang dapat dilihat di Museum Pedir dan Mapesa kepada masyarakat. Ke depan acara kajian peradaban ini semoga dapat diselenggarakan sebulan sekali di sekretariat bersama Mapesa dan Pedir Museum yang kini memiliki lebih 1000 koleksi benda bersejarah yang sekaligus juga sebagai daya tarik pariwisata Aceh di Dunia Internasional.[] Rilis

Editor: portalsatu.com


----------------------


Seperti kebiasaan pada setiap acara HIKMAH juga komponen-komponennya, setiap penganjur tempatan berhak untuk memberikan tajuk atau menamakan acara mengikut kesukaan mereka. Sambil itu kami memanggil atau menggelar mengikut kesukaan kami dengan mengatasnamakan HIKMAH.

Kelihatan di atas laporan berita on-line tentang acara di Banda Aceh yang saya sedari telah dipaparkan untuk bacaan umum pada awal pagi Khamis 5 September. Ini adalah selepas kami selamat kembali ke Malaysia pada malam sebelumnya. Rupa-rupanya ia telah dipaparkan pada jam 12 hari Rabu 4 September. Ia adalah perkongsian terawal dari Aceh dapat kami temui di mana-mana.

Berita ini disediakan oleh wartawan on-line bernama Jamaluddin, juga dikenali sebagai Lodin. Lihat  paparan aslinya di sini. Beliau turut menulis 2 berita berkaitan tentang acara. Lihat sini dan sini.

Lodin juga ada pergi ke kompleks makam Sultan Malikus Saleh untuk bahagian awal acara  tetapi sampai lewat iaitu selepas Zohor bersama sahabat kami, saudara Fadhlan Amini. Walaupun terlepas acara pagi mereka dapat mengikuti aktiviti petang ke Museum Samudera Pasai dan Monumen Islam Samudera Pasai yang terletak berdekatan. Berikut adalah video yang dikongsikan Lodin pada petang Khamis 5 September diikuti sambungan yang dikongsikan lewat malam itu...










Esoknya petang sebelum solat Jumaat saya baru tersedar bahawa acara di Banda Aceh juga telah masuk ke dalam satu stesyen tv tempatan. Berikut adalah video laporan tersebut...





Seorang sahabat Aceh yang rumahnya boleh dikatakan terletak bersebelahan dengan kompleks makam Ratu Nurul Aqla @ Malikul Danir, sekitar 20 km ke timur makam Sultan Malikus Saleh menyuakan video berikut 2 jam selepas itu...




Itu adalah pada hari Jumaat malam Sabtu 6 September. Beberapa jam tadi hari Rabu malam Khamis 11 September sahabat bernama Teuku Saif itu memaparkan video sambungan ini pula...




Ini sahaja perkongsian daripada kawan-kawan Aceh yang dapat ditemui setakat ini. Berdasarkan jangkaan kekerapan saya akan menulis tentang pengembaraan sambil 'disepit' pelbagai hal dan kesibukan lain laporan atau ulasan daripada saya sendiri tentang acara cuma mungkin akan dikongsikan antara setengah bulan hingga sebulan daripada sekarang. Sekian wassalam.


Membuka acara ke-21 HIKMAH di makam Sultan Malikus Saleh setelah 1,400 km mengembara pusing Aceh dan utara Sumatera

$
0
0
Salam 1 Oktober hari Selasa malam Rabu. Sengaja dipilih malam ini untuk menulis kerana tarikh Islamnya adalah 3 Safar. Merujuk pada artikel Ulasan dan liputan daripada orang Aceh tentang acara ke-21 HIKMAH yang dipersembahkan pada 12 September iaitu hampir 3 minggu lalu. Setelah beberapa lama sampailah masa untuk saya sendiri berkongsi cerita tentang acara tersebut.


Pagi Ahad 1 September 2019 bersamaan 1 Muharram 1441 Hijriah. Setelah beberapa lama berjalan dalam kereta iaitu dari pekan Barus di pantai barat Sumatera sampailah kami ke lokasi majlis iaitu Kompleks Makam Sultan Malikus Saleh di tapak pusat kerajaan Samudera-Pasai dekat Geudong, Lhokseumawe.


Menurut Google Map dari Barus ke sini memakan jarak lebih 600 km bersamaan 13 jam setengah perjalanan jika tanpa henti. Kalau ikut rancangan asal malam sebelumnya kami menginap di Kompleks Makam Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Shah di Perlak dan malam sebelum itu di masjid Deli Tua dekat Medan sana. Tetapi keadaan memaksa untuk bergerak terus dari Barus sebelum singgah dalam sejam di Deli Tua kemudian sejam di Perlak. Rujuk cerita berkenaan dalam artikel Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Mencari jejak Awalun Islam ketika Malaysia menyambut Hari Merdeka di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.








Itupun kami sampai lewat.  Kami sampai ke makam pada jam 10.47 sedangkan majlis diwar-warkan harus bermula jam 9.


Apa pula dibuat? Sudah begitu takdir ditentukan. Pada ketika ini perjalanan kami mengembara pusing Aceh dan utara Sumatera sudah melepasi 4 malam dan masuk 5 hari. Kami sudah berjalan sejauh lebih 1,400 km. Allah SWT sahaja tahu betapa penatnya. Rujuk artikel-artikel berikut :-








Nasib baik kawan-kawan di sebelah sini, orang-orang Aceh dari kawasan sekitar sanggup menunggu.


Beginilah keadaan saya sampai seperti diambil gambar oleh kawan Aceh. Memakai t-shirt kuning daripada majlis haul Tok Pulau Manis bulan April, bukan sepersalinan lengkap busana tradisional Melayu seperti kebiasaan pada majlis-majlis sebegini. Rujuk artikel-artikel berikut :-







Sebetulnya isteri telah menyediakan satu set busana serba putih khas untuk dipakai pada majlis. Malah telah disediakan juga busana tradisional khas untuk beliau dan anak-anak. Tetapi semuanya tersimpan dalam beg yang diletakkan dalam kereta kawan dari Banda Aceh dengan harapan dapat bertemu di Perlak sebelum ke makam Sultan Malikus Saleh. 


Kawan tersebut juga nampaknya menghadapi rintangan lalu tidak dapat ke Perlak malah ke tapak kerajaan Samudera Pasai yang lebih dekat pun tidak dapat sampai pada waktunya. Majlis pun dimulakan jam 11.15 pagi. Sedikit pengenalan dibuat oleh saya sebagai presiden dan pengasas HIKMAH lalu diadakan tahlil atas nama pemilik makam utama dan pengasas kerajaan Samudera-Pasai iaitu as-Sultan al-Malikus Saleh yang mangkat tahun 1297 Masihi.


Majlis menyaksikan perkongsian maklumat daripada seorang penduduk tempatan yang sering dianggap sebagai penjaga makam iaitu bapak Ahmad Yus. Perkongsian beliau yang dibuat secara bersahaja sepertimana biasa dilakukan apabila ada rombongan dari luar datang berziarah ke makam boleh diberi tajuk "Sejarah Samudera Pasai Berdasarkan Cerita Lisan dan Beberapa Sumber". Seterusnya wakil daripada CISAH (Center for Information of Sumatra-Pasai Heritage), ustaz Saiful Bahri memberikan perkongsian lebih ilmiah berdasarkan kajian bertahun oleh persatuan NGO tersebut. Beliau dapat membawa tulisan Khat pada batu nesan sambil memberikan penerangan. Ia boleh diberi tajuk "Sejarah Samudera Pasai Berdasarkan Kajian Arkeolog dan Epigraf"


Majlis berjalan dalam keadaan mesra dan santai.





Untuk makluman inilah kali pertama banner atau sepanduk besar HIKMAH dikibarkan kembali setelah lebih 2 tahun di'tapa'kan di rumah seorang kawan di Banda Aceh. Ini berlaku selepas membuat keputusan tidak mahu lagi mengadakan apa-apa acara HIKMAH iaitu selepas acara ke-20 pada 19 Mac 2017 di sana. Rujuk artikel lama Menyerahkan HIKMAH kepada orang Aceh - Ke mana hala tuju selepas ini? yang ditulis sebulan selepas majlis itu..


Sesungguhnya majlis ini penuh dengan perkara tersirat berbanding yang tersurat. Walau kehadiran manusia nyata begitu kecil ia amat bermakna kerana diadakan di makam seorang moyang utama saya iaitu Sultan Malikus Saleh yang menurut cerita hikayatnya menerima Islam dan mandat pemerintahan akibat wasiat Rasulullah SAW. Kami tidak mengejar nama mahupun gah majlis besar kerana itu bukanlah tujuan... dan lagi bukan tidak pernah kami mengadakan majlis-majlis besar atas nama HIKMAH. Yang kami kejar adalah keberkatan dalam memperjuangkan kebangkitan Islam akhir zaman menurut jadual atas petunjuk berdasarkan alamat dan gerak. Biar dikongsikan bahagian berkenaan daripada hikayat...


“Sepeninggal aku telah wafat kelak, akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya.” 

“Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu, serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat. Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan menjadi wali Allah.” 

“Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu bersama-sama belayar ke negeri Samudera itu.” 


- Sabda Rasulullah SAW dalam kitab Hikayat Raja-raja Pasai


Tarikh yang dipilih iaitu 1 September 2019 menjadi penting kerana jatuh pada 1 Muharram 1441 Hijriah. Tarikh 1 Muharram sendiri sudah cukup signifikan kerana adalah permulaan bagi tahun baru Islam. Sepatutnya pada malam sebelumnya yang sudah masuk 1 Muharram kami menginap di Kompleks Sultan Maulana Abdul Aziz Syah kerana menurut ceritanya Kesultanan Perlak diasaskan pada 1 Muharram 225 Hijriah iaitu 1,216 tahun Qamariah  yang lampau (berdasarkan pusingan bulan ada 354 hari dalam setahun berbanding tahun Syamsiah berdasarkan matahari yang digunakan Barat iaitu ada 365.25 hari setahun). Kami mahu mengambil keberkatan tarikh pengasasan Perlak yang mana daripada keturunan raja-rajanya juga terbit nenek moyang saya Sultan Malikus Saleh lalu membawa keberkatan itu secara berkesinambungan ke tapak pusat kerajaan Samudera-Pasai.


Walaupun tidak sempat menginap di Perlak kami ada singgah menziarahi makam dan beriktikaf dalam sejam selepas solat Subuh. Cukuplah sebagai syarat. Menariknya 1,216 tahun Qamariah itu boleh dilihat sebagai 19 x 64 = 19 x 4 x 4 x 4. Kaitkan dengan tahun 1441 Hijriah dan wujudnya apa yang dipanggil sebagai ramalan Sheikh Abdul Rauf Singkel, wali besar Aceh abad ke-17 tentang kebangkitan Aceh akhir zaman selepas tahun 1440 Hijriah. Kesemua ini ada maknanya, bukan saja-saja...












Acara HIKMAH ke-21 - Pondok sebelah kompleks makam dan kemilau kegemilangan lama kerajaan Islam Samudera Pasai

$
0
0


Acara berjalan di kompleks makam Sultan Malikus Saleh sehingga masuk waktu Zohor. Selepas itu kami meninggalkan makam untuk memberi laluan kepada para penziarah lain lalu beralih ke pondok ini.


Pondok baru didirikan beberapa bulan sebagai permulaan satu sekolah agama tradisional.


Kami sekadar berehat sambil menikmati pemandangan sawah sekeliling di sebelah kompleks makam...











Petang jam 4. Aktiviti acara HIKMAH ke-21 disambung dengan lawatan ke dua bangunan baru yang didirikan atas nama kerajaan Islam Samudera dan Pasai.





Pertama adalah muzium yang menempatkan pameran berkenaan kerajaan.


Baru dibuka beberapa bulan lalu sudah ada bayangan ia boleh membantu mengangkat kembali kegemilangan kerajaan lama Islam Samudera dan Pasai yang pernah berdiri megah daripada abad ke-13 hingga ke-16 Masihi. Lihat artikel Muzium Islam (Islamic Museum of) Samudera-Pasai di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Bangunan kedua pula belum betul-betul tetapi sudah kelihatan seperti satu mercu tanda hebat. 


Apa yang ada sudah cukup baik untuk menjadi tarikan yang boleh memberikan gambaran zaman keemasan kerajaan Islam Samudera dan Pasai...












Acara HIKMAH ke-21 - Dari makam Sultan Malikus Saleh ke Banda Aceh membawa barakah kewalian sultan...

$
0
0
Salam petang Sabtu 6 Muharram. Pada ketika ini saya sedang berada di UiTM (Universiti Institut Teknologi Mara) di kampus utamanya di Shah Alam untuk mengikuti satu majlis ilmu yang mana saya akan menjadi pembentang bagi hari kedua iaitu pada petang Ahad 6 September. Mengambil manfaat waktu rehat sebelum bermula sesi petang hari ini jam 2.30 ingin saya melepaskan satu cerita. Bersambung penceritaan daripada artikel Acara HIKMAH ke-21 - Pondok sebelah kompleks makam dan kemilau kegemilangan lama kerajaan Islam Samudera Pasai.


Pagi Isnin 2 September 2019 bersamaan 2 Muharram 1441 Hijriah. Setelah berjaya menjayakan sesi permulaan acara ke-21 HIKMAH  di kompleks makam Sultan Malikus Saleh diikuti sesi petang lawatan ke bangunan-bangunan berkenaan hari dimulakan dengan santai, tidak lagi terkejar-kejar seperti hari-hari sebelumnya. Lihat artikel Membuka acara ke-21 HIKMAH di makam Sultan Malikus Saleh setelah 1,400 km mengembara pusing Aceh dan utara Sumatera diikuti Acara HIKMAH ke-21 - Pondok sebelah kompleks makam dan kemilau kegemilangan lama kerajaan Islam Samudera Pasai. Saya dan keluarga telah bermalam di sebuah pondok berhadapan kompleks makam. Kelihatan dalam gambar pagar kompleks dilihat dari pondok.

Dalam artikel Bersedia untuk acara ke-21 HIKMAH di Kompleks Makam Sultan Malikus Saleh 1 September 2019 yang dipersembahkan pada 26 September iaitu 2 hari sebelum ke Aceh ada diberitahu bahawa acara akan dibuat secara berpanjangan daripada 1 hingga 3 September. Ini kerana selepas makam Malikus Saleh 1 September acara akan diadakan di Banda Aceh 3 September. Oleh itu tarikh 2 September di tengah-tengah pun termasuk dalam acara walaupun ia lebih berupa perjalanan ke Banda Aceh dengan ada beberapa tempat bersejarah mahu diziarahi.


Jam 12.30 tengah hari, selepas menziarahi beberapa makam berkenaan kami meninggalkan kompleks makam Sultan Malikus Saleh dan kawasan sekitarnya yang merupakan tapak pusat kerajaan Samudera-Pasai untuk menuju ke Banda Aceh kira-kira 285 km perjalanan. Jam 2 dalam kereta tergerak untuk membuat update berikut berserta gambar di Facebook dan WhatsApp




MEMBAWA BARAKAH SULTAN WALI KE BANDAR ACEH DAN LANJUTAN ACARA KE-21 HIKMAH

Selepas menziarahi beberapa makam penting tinggalan kerajaan Samudera-Pasai kami kembali sebentar ke makam pengasas kerajaan, nenda as-Sultan Malikus Saleh. Ini adalah ziarah perpisahan sebelum bergerak ke Banda Aceh. Semoga barakah sultan bertaraf wali ini berpanjangan lalu turut meliputi bahagian kemuncak acara ke-21 HIKMAH yang akan diadakan di Muzium Pedir/MAPESA, Banda Aceh pagi esok iaitu pada hari Selasa 3 September 2019 bersamaan 3 Muharram 1441 Hijriah.



Selepas jam 7, sudah masuk waktu Maghrib, ketika sudah sampai ke daerah Pedir atau Pidie kami menerima poster berserta maklumat berikut melalui WA...




UNDANGAN ACARA

MAJELIS SILATURRAHIM PENGGIAT SEJARAH & BUDAYA ACEH - MALAYSIA

Mengundang Bapak/Ibu/Sdr/Sdri sekalian untuk menghadiri acara tersebut yang Insya Allah dilaksanakan pada:

HARI :
Selasa 3 Muharram 1441 H
PUKUL : 09 -12 WIB
TEMPAT :  Sekretariat bersama MAPESA - Pedir Museum,
Jl. Bahagia No : 47 Punge Blang Cut, Kec. Jaya Baru  Bandar Aceh Darussalam  23116 ( Dekat Kapal PLTD Apung )

Peta : Mapesa Aceh
Jl. Bahagia, No : 47, Punge Blang Cut, Kec. Jaya Baru, Kota Banda Aceh, Aceh 23116

https://maps.google.com/?cid=15694294745497384376

Di isi dengan :
Diskusi Sejarah & Budaya

Pembicara :
1. Mohd Fahrul Razie Mohammad Sapiee ( Presiden Hikmah Malaysia ) Penulis Buku Berpetualang ke Aceh)
Judul : "Jejak Aceh di Semenanjung Tanah Melayu "

2. Masykur Syafruddin ( Direktur PEDIR Museum ) Judul : " Nisan, Manuskrip dan Numismatik sebagai Sumber Penulisan Sejarah Aceh "

Atas perhatian dan kehadiran Bapak/Ibu/Sdr/Sdri sekalian kami ucapkan terima kasih.


Nah. Begitulah sempoinya kami dalam mengadakan acara. Esok pagi 3 September akan berlaku lanjutan di Banda Aceh sedangkan poster dan atur cara baru dapat malam sebelumnya. Lokasi tepat acara pun baru diketahui dalam 2-3 hari sebelum itu. Untuk mengetahui apa yang berlaku sepanjang perjalanan lihat artikel Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Faktor Bani Abbasiyah dalam pemerintahan kerajaan Samudera-Pasai dan Aceh Darussalam di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Sebagai nota ini adalah artikel ke-369 di blogspot HIKMAH.



Acara HIKMAH ke-21 - Aceh sebagai tempat masuk Islam terawal sebelum tersebar ke merata pelusuk Alam Melayu

$
0
0
Salam pagi Rabu 10 Safar. Setelah beberapa lama sampailah masa untuk berkongsi tentang bahagian utama acara. Bersambung daripada Acara HIKMAH ke-21 - Dari makam Sultan Malikus Saleh ke Banda Aceh membawa barakah kewalian sultan...


Pagi Selasa 3 September 2019 bersamaan 3 Muharram 1441 Hijriah. Setelah sampai ke Banda Aceh jam 12 malam kemudian menginap di rumah kawan kami, si Fadhlan Amini dekat Ulee Kareng kami bergerak 6-7 km ke Punge Blang Cut untuk sampai ke bangunan rumah ini.



Di sinilah mahu diadakan kemuncak acara ke-21 HIKMAH setelah ia dimulakan di kompleks makam Sultan Malikus Saleh 285 km ke timur Banda Aceh pada pagi Ahad 1 September 2019 bersamaan 1 Muharram 1441 Hijriah. Rujuk artikel Membuka acara ke-21 HIKMAH di makam Sultan Malikus Saleh setelah 1,400 km mengembara pusing Aceh dan utara Sumatera. Kami sampai pada jam 9.19.


Tempatnya mungkin kelihatan ringkas, seperti tiada apa-apa daripada luar. Tetapi di dalamnya mengandungi khazanah ilmu dan barangan yang pada saya amat hebat. Ini kerana ia merupakan hasil kajian dan koleksi sejumlah anak muda penggiat sejarah yang rajin turun padang menyelamatkan tapak-tapak sejarah juga mengumpul manuskrip, senjata dan wang lama dengan duit poket sendiri tanpa bantuan mana-mana badan kerajaan. Terwujudlah sebuah muzium swasta yang saya lihat memiliki koleksi yang mampu menandingi muzium-muzium kerajaan. Lihat artikel Muzium (Museum of) MAPESA-Pedir, Banda Aceh di blogspotSENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Acara memakai nama tempatan "Majelis Silaturrahim Penggiat Sejarah & Budaya Aceh-Malaysia". Badan NGO pelancongan bernama Majelis Parawisata Aceh (MPA) adalah penganjur utama. HIKMAH dikira sebagai salah satu penganjur utama. Kami melabelkannya sebagai sebahagian daripada acara ke-21 HIKMAH yang bermula sejak 1 Muharram. 

Jam 9.50 pagi setelah cukup ramai hadirin mengambil tempat Ustaz Mujiburrizal yang merupakan seorang personaliti televisyen juga pemegang jawatan duta Muzium Aceh memberikan pengenalan tentang acara dan HIKMAH. Untuk pengetahuan beliau adalah penasihat bagi banyak NGO anak muda dan para penggiat sejarah Aceh. MPA juga berada di bawah pimpinan beliau. Sejumlah penggiat telah bergabung untuk mempromosikan pelancongan yang menepati syariah Islam bukan mengikut hasrat badan kerajaan yang mahu menarik ramai pelancong Barat walaupun ini boleh merosakkan nila-nilai tempatan.


Mujib yang juga adalah seorang penyanyi nasyid, biasa bersama kumpulan Raihan dan Hijjaz membuat persembahan di Malaysia telah mengikut dan hadir pada banyak acara HIKMAH. Dua acara HIKMAH di Aceh sebelum ini juga berjaya dilaksanakan dengan pimpinan dan bantuan beliau. Rujuk artikel-artikel lama berikut :-






Saya sebagai pembentang pertama bersedia di hadapan komputer. Sebagai presiden dan pengasas HIKMAH juga pengkaji sejarah dan penulis buku saya memang selalu diharapkan untuk berkongsi ilmu. Entah kenapa kali ini boleh terlupa hendak menyediakan slaid. Biasanya saya akan menyiapkan satu set slaid bagi suatu tajuk setiap kali akan membentang pada mana-mana acara terutama atas nama HIKMAH. 

Nasib baik tak mati akal. Dengan menggunakan talian Internet secara hotspot masuk ke blogspot utama saya di mana sudah terdapat lebih 1,800 artikel dan berpuluh ribu gambar tentang bermacam perkara terutama dalam bidang sejarah pembentangan dapat dilakukan dengan jelas. Lihat CATATAN SI MERAH SILU.


Hadirin duduk merata, ada yang berdiri di luar untuk mengikuti acara. Kalau tidak kerana Selasa hari bekerja tentu lebih ramai akan bersama.


Sebetulnya kalau ramai sangat datang pun susah kerana ruangan di muzium swasta atau persendirian yang didirikan dengan duit poket sendiri ini terhad. Yang penting semua yang hadir memang peka tentang sejarah lalu bersedia untuk menyampaikan dan memanjangkan kepada yang lain.


Pembentangan saya bermula sekitar jam 10.05. Tajuk yang dibawa adalah "Jejak Aceh di Semenanjung Tanah Melayu". Menggunakan gambar-gambar daripada blogspot juga sumber lain di Internet perkongsian dapat dilakukan dengan lancar. Rata-rata maklumat sudah sedia berada dalam kepala kerana pengalaman bertahun sering ke sana ke mari turun padang melihat tempat-tempat bersejarah. 

Menggunakan peta Google Map dapat ditunjukkan lokasi-lokasi dan hubung kait antara satu sama lain. Ketika inilah berlaku satu macam kalam turunnya ilham tiba-tiba lidah hendak berkata-kata dengan sendirinya menyampaikan kebenaran daripada 'atas sana'. Ia adalah suatu perkara atau hal yang kadangkala berlaku kepada saya demi menjawab persoalan orang...


Adapun sudah diberitahu dalam artikel Membuka acara ke-21 HIKMAH di makam Sultan Malikus Saleh setelah 1,400 km mengembara pusing Aceh dan utara Sumatera bahawa acara dimulakan 1 Muharram selepas beberapa hari berjalan menjejak tempat-tempat bersejarah terutama melibatkan kedatangan awal Islam ke Alam Melayu/Asia Tenggara. Antara yang dijejaki adalah makam-makam para pendakwah Islam yang dipercayai telah sampai ke Barus di pantai barat Sumatera selewatnya pada zaman para Sahabat. Lihat Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Mencari jejak Awalun Islam di Barus ketika Malaysia menyambut Hari Merdeka, Barus telah diisytiharkan oleh Presiden Indonesia iaitu Jokowi sebagai titik nol atau tempat pertama masuknya Islam ke Indonesia. Ini disebabkan ada makam-makam pendakwah dengan tarikh wafat 44 hingga 48 Hijriah. 

Ia pernah menjadi jajahan takluk Kesultanan Aceh, kalau tak salah paling kurang pun seabad. Sekarang ia berada di dalam propinsi (negeri) Sumatera Utara, 50 km ke selatan sempadan moden Aceh. Selepas menziarahi makam-makam pendakwah awal di Barus terpengaruh juga saya dengan pengisytiharan ia sebagai tempat paling awal masuk Islam di Indonesia dan Asia Tenggara. Tetapi apabila menerangkan keistimewaan kedudukan Aceh sebagai pintu masuk Alam Melayu daripada arah Tanah Arab, Parsi dan Benua Hindi berdasarkan kebiasaan laluan kapal terus kelihatan cukup jelas Aceh memang tempat  masuk Islam terawal sebelum tersebar ke merata pelusuk Alam Melayu. Ini kerana laluan perdagangan memang selalunya mengikuti atau tidak terlalu jauh dari garis pantai atas faktor keselamatan selain mudah untuk mendapatkan bekalan air tawar. Oleh itu mustahil mana-mana pedagang atau pendakwah boleh sampai ke Barus yang terletak lebih 700 km ke selatan Banda Aceh tanpa membuat apa-apa persinggahan di Banda Aceh atau persekitarannya.


Jam 10.34 Mujib yang bertindak sebagai pengacara majlis memberikan sedikit ulasan lalu memperkenalkan pembentang kedua. Beliau adalah saudara Masykur Syafruddin, pengarah muzium ini. Tajuk yang dibawa adalah "Nisan, Manuskrip dan Numismatik sebagai Sumber Penulisan Sejarah Aceh ".


Orangnya masih muda, sedang belajar di universiti. Tetapi beliau telah bertahun mengumpul manuskrip-manuskrip lama, juga senjata dan wang lama Aceh.


Masykur sanggup pergi merata dengan biaya sendiri masuk kampung-kampung dan sebagainya untuk mencari manuskrip-manuskrip lama. Seringkali berlaku orang mewarisi manuskrip lama daripada ayah atau datuk mereka tanpa menyedari kepentingannya lalu ia tersimpan dalam gerobok dan sebagainya menunggu masa untuk reput.


Sambil beliau membuat pembentangan saya secara spontan mencari gambar-gambar berkenaan di Internet untuk dipaparkan kepada semua.


Dengan cara itu banyak perkara menarik dapat diliputi sebelum pembentangan selesai jam 11.10.


Masuk sesi soal jawab saya sudah lupa siapakah yang berkata ini dan apa yang diperkatakannya.


Yang ingat pada jam 11.46 ada perkongsian pengalaman daripada Pak Mizi atau Tarmizi Hamid  seorang kolektor manuskrip yang agak terkenal dalam kalangan pengkaji. Saya tahu jam berapa kerana ada maklumatnya bersama setiap gambar yang diambil dengan kamera...


Jam 11.54 budayawan Aceh, Ayah Panton diminta berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang sejarah juga rasa tentang acara.











Perkongsian selesai jam 12.05 lalu sijil-sijil kenangan diberikan kepada para pembentang dan tetamu kehormat juga pihak-pihak yang menjayakan majlis.


Bergambar sebelum makan. Oh. Selepas itu saya ada diwawancara oleh seorang wartawan televisyen on-line. Beliau ada bertanya apakah saya berhajat jika acara diadakan di tempat lebih besar dengan lebih ramai orang. Jawab saya tidak. Ini kerana telah menganjurkan banyak acara HIKMAH dengan setiap satu dihadiri ratusan orang. Paling ramai seingat saya adalah 800 orang. Lihat Acara ketiga HIKMAH di Marina Hall, Lumut 27 Jan 2013.


Di Aceh sendiri kami telah 2 kali menganjurkan acara di muzium-muzium kerajaan. Rujuk kembali artikel Acara kesepuluh HIKMAH di Muzium Aceh, Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014 diikuti Acara kedua puluh HIKMAH di Rumah Cut Nyak Dhien, Aceh 19 Mac 2017.


Pada saya acara kali ini sudah cukup selesa. Sebelum diberitahu lokasi tepat pun (rujuk kembali artikel Acara HIKMAH ke-21 - Dari makam Sultan Malikus Saleh ke Banda Aceh membawa barakah kewalian sultan...) saya ada menyimpan hajat agar acara diadakan di muzium kecil ini. Ini kerana baru mendapat tahu kira-kira sebulan sebelum acara tentang kewujudannya. Saya lebih seronok mengadakan acara kecil di tempat yang dianggap tidak seberapa tetapi dalam kalangan orang yang betul-betul cintakan sejarah lagi jujur sanggup berhempas pulas mengeluarkan keringat bagi menjayakan usaha daripada mengadakan acara besar di tempat gah tetapi ramai tidak jujur lagi berkepentingan untuk mengaut laba dan nama.


Acara ini penuh rasa kekeluargaan atas tanggungjawab dan keinsafan untuk mengangkat tinggi ketamadunan Melayu demi perjuangan memartabatkan Islam akhir zaman. Laporan berkenaan boleh dilihat dalam artikel Ulasan dan liputan daripada orang Aceh tentang acara ke-21 HIKMAH yang dipersembahkan hampir sebulan lalu. Isteri saya telah membuat siaran secara langsung ke Facebook (live FB). Ia boleh ditonton melalui pautan-pautan berikut :-

Acara HIKMAH ke-21 - Koleksi live FB

$
0
0
Salam petang Jumaat 19 Safar. Artikel ini sepatutnya telah dipersembahkan seminggu lalu. Tetapi saya terlupa disebabkan kesibukan pelbagai perkara. Bersambung gerak penulisan atau lebih tepat, gerak perkongsian daripada artikel Acara HIKMAH ke-21 - Aceh sebagai tempat masuk Islam terawal sebelum tersebar ke merata pelusuk Alam Melayu.



Merujuk pada artikel-artikel sebelum ini tentang acara ke-21 HIKMAH. Adapun isteri saya ada membuat video-video siaran langsung melalui Facebook (live FB), ada yang panjangnya hampir 2 jam.  Video-video ini boleh menunjukkan dengan baik perjalanan acara, apa yang dikongsikan,  apa yang dibicarakan dan sebagainya. Oleh itu biar dikumpulkan pautan untuk memudahkan capaian...



Hari pertama acara 1 September 2019 bersamaan 1 Muharram 1441 Hijriah

1.  Permulaan di makam Sultan Malikus Saleh

      a. sini

      b. sini

      c. sini

      d. sini

2. Muzium Samudera Pasai

      a. sini

      b. sini

3. Monumen Islam Samudera Pasai

     a. sini

     b. sini


Hari kedua acara 2 September 2019 bersamaan 2 Muharram 1441 Hijriah

1. Siap bergerak pagi Isnin

     sini

2. Makam Ratu Nahrisyah

     sini

3. Makam Sidi Abdullah Abbasiyah

     sini

4. Rumah dan makam Teungku Chik Awee Geutah

     a. sini

     b. sini

     c. sini

     d. sini

     e. sini

     f. sini


Hari ketiga acara 3 September 2019 bersamaan 3 Muharram 1441 Hijriah

1. Berkejar ke lokasi acara pagi Selasa

      a. sini

2.  Sesi kemuncak di Banda Aceh

      a. sini

      b. sini

      c. sini

      d. sini



Acara ke-21 HIKMAH di Aceh 1-3 September 2019

$
0
0
OK. Sampai masanya untuk menutup cerita-cerita berkenaan acara ke-21 HIKMAH...



Salam petang Jumaat 19 Safar. Setelah beberapa lama acara ke-21 HIKMAH di Aceh 1-3 September 2019 selesai baru hari ini dapat dipersembahkan pautan bagi semua artikel berkenaan. Untuk makluman ia mengambil kesempatan atas pengembaraan saya dan keluarga mengelilingi Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos hingga 4 September 2019. Acara dimulakan di kompleks makam Sultan Malikus Salih dekat Lhokseumawe pada Ahad 1 September bersamaan 1 Muharram 1441 Hijriah dan dipanjangkan hingga ke Banda Aceh hari Selasa 3 September bersamaan 3 Muharram.

Ia adalah kali pertama acara HIKMAH diadakan selepas berehat selama lebih 2 tahun. Acara sebelum itu turut diadakan di Aceh. Lihat artikel lama Acara kedua puluh HIKMAH di Rumah Cut Nyak Dhien, Aceh 19 Mac 2017. Selepas itu timbul rasa ia harus direhatkan buat satu tempoh masa yang tidak diketahui sampai bila. Dalam tempoh rehat itu satu sepanduk HIKMAH yang sering dibawa ke sana ke mari bagi menghiasi acara-acara HIKMAH telah 'ditapakan' di rumah seorang sahabat di Aceh.

Sepanduk direntangkan kembali buat pertama kali ketika acara ke-21 di mulakan di kompleks makam Sultan Malikus Saleh. Ia dibawa ke Banda Aceh untuk acara kemuncak kemudian diterbangkan kembali ke Malaysia . Ini menandakan acara-acara HIKMAH akan diadakan lagi insyaallah. Cuma menunggu timbul peluang dan masa yang bersesuaian...


Persediaan untuk acara...



Apa yang berlaku sepanjang acara...





Kertas kerja atau/dan perkongsian rasa yang telah dipersembahkan...

1. Sejarah Samudera Pasai Berdasarkan Cerita Lisan dan Beberapa Sumber - bapak Ahmad Yus,  penduduk tempatan yang sering dianggap sebagai penjaga makam

2. Sejarah Samudera Pasai Berdasarkan Kajian Arkeolog dan Epigraf - ustaz Saiful Bahri, CISAH (Center for Information of Sumatra-Pasai Heritage)

3. Jejak Aceh di Semenanjung Tanah Melayu - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis buku "Berpetualang ke Aceh"

4. Nisan, Manuskrip dan Numismatik sebagai Sumber Penulisan Sejarah Aceh - Masykur Syafruddin direktur Pedir Museum

5. Menyusuri Sejarah Melalui Pencarian dan Pengumpulan Manuskrip - Tarmizi Hamid  kolektor manuskrip Aceh

6. Persaudaraan Aceh-Malaysia dan Makna Melayu - Ayah Panton, budayawan Aceh



Perjalanan yang ada kena-mengena (daripada blogspot CATATAN SI MERAH SILU)...










10. Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Makam-makam Makhdum di Banda Aceh, Daya dan Barus. Apakah terkait dengan Dinasti Makhdum di Perlak?

11. Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Koleksi penuh live FB


Acara juga boleh diikuti melalui video klip dan laporan media...

1. Ulasan dan liputan daripada orang Aceh tentang acara ke-21 HIKMAH

2. Acara HIKMAH ke-21 - Koleksi live FB


Seloka 1000 Keris - Satu majlis baru yang layak dijadikan acara tahunan negara

$
0
0
Artikel ini baru dipersembahkan di blogspot CATATAN SI MERAH SILU beberapa minit tadi. Ia sangat sesuai dikongsikan di sini kerana amat relevan dengan HIKMAH.


------------


Salam malam 9 Rabiulawal. Sedar tak sedar sudah dekat 2 minggu blogspot ini tidak dikemaskinikan. Sedangkan sebelum itu hampir setiap hari ada sahaja cerita baru dikongsikan dalam tempoh sebulan. Sekarang biar dikongsikan sesuatu daripada hujung minggu lalu. Dipersembahkan artikel pertama bagi bulan Rabiulawal, bulan sambutan Maulidur Rasul.


Ini adalah poster bagi satu majlis baru yang diberi nama "Seloka 1000 Keris".  Majlis yang dianjurkan oleh satu persatuan baru bernama Pertubuhan Keris Semenanjung dengan kerjasama beberapa pihak terutama Jabatan Muzium Negara (JMN) ini menonjolkan beberapa aktiviti seperti tertera dalam poster. Paling utama adalah melibatkan keris...


Acara dilangsungkan pagi hingga petang Sabtu dan Ahad lalu 2-3 November 2019. Saya dan keluarga sampai ke lokasi majlis iaitu Muzium Diraja, Kuala Lumpur pada jam 2.45 petang Ahad lalu masuk melalui pintu belakang.


Kami ikut pintu belakang kerana mendapat tahu ruang tempat letak kereta hadapan sudah penuh. Malah begitulah keadaannya sehingga ke persekitaran Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy yang terletak di belakang halaman muzium. Nasib baik ada pejabat Telekom di mana kami boleh menumpang kereta kerana isteri adalah kakitangan.


Kami sampai lewat kerana balik kampung di Muar untuk bertemu ibu bapa. Kali terakhir bertandang adalah semasa cuti Hari Raya Haji 3 bulan lalu. Kami sampai kampung jam 4 awal pagi Sabtu. Ahad jam 10 dah bergerak meninggalkan mereka untuk ke majlis. Muncul pula hal-hal lain dalam perjalanan sejauh 180 km yang separuh daripadanya dibuat melalui jalan lama.


Untuk pengetahuan Muzium Diraja adalah istana Yang di-Pertuan Agong Malaysia sebelum dibuka istana baru di Jalan Duta beberapa tahun lalu. Sejak itu ia dijadikan muzium dibawa selenggaraan JMN.


Kami melihat dahulu pameran kekal yang berada di bangunan utama muzium @ istana lama. Ruang yang kelihatan ini pernah menjadi balairong seri bagi majlis-majlis diraja.


Keluar ke halaman hadapan istana lama...





Kemudian baru ke lokasi majlis di satu bahagian sisi.





Kalau tidak kerana beberapa orang utama pihak penganjur adalah kawan-kawan belum tentu lagi kami sampai. Seharusnya kami menghabiskan lebih banyak masa bersama orang tua di Muar. Namun sebetulnya kami memilih untuk kembali ke Muar hujung minggu lalu itu pun adalah sebahagian daripada perancangan mahu ke majlis "Seloka 1000 Keris" ini. Kalau tidak mungkin kena tunggu kelapangan lain baru balik kampung.


Saya menghabiskan sedikit masa melihat persembahan silat di satu khemah khas. Isteri dan anak-anak bergerak ke bahagian lain...








Terdapat ahli persilatan dan guru-guru dari wilayah Patani di selatan Thailand, juga tempat-tempat seperti Padang di Pulau Sumatera dan Jakarta di Pulau Jawa, Indonesia memeriahkan majlis.


Tentunya ada wakil-wakil daripada perguruan-perguruan di Malaysia. 


Ini memang perkara biasa di majlis-majlis persilatan yang kami hadiri.








Seperti biasa saya dan isteri dapat berjumpa ramai kawan.











Jam 3.46 saya bergerak ke khemah pameran dan jualan.





Jauh sedikit di halaman hadapan kelihatan padang utama istana digunakan untuk aktiviti memanah...





Jam 4.12 saya bergerak ke bahagian utama majlis. Ia adalah bahagian yang dikhaskan untuk keris.


Sambil berjalan-jalan itu fikiran saya mengimbau kembali bagaimana kawan-kawan aktivis dalam dunia persilatan dan busana tradisional Melayu mula terlibat dengan JMN melalui acara yang dianjurkan oleh pihak saya sendiri 3 tahun lalu. Lihat artikel Acara kelapan belas HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Saya tahu siapa kepala utama yang menjayakan majlis "Seloka 1000 Keris". Saya tahu beliau mula kenal dengan pegawai-pegawai utama JMN terutama ketua pengarah apabila bersama saya menjayakan acara ke-16 HIKMAH di Muzium Negara.


Oleh itu saya sangat gembira dapat datang untuk menunjukkan sokongan. Saya tahu beliau memang orang yang gigih dan boleh dipercayai untuk menjayakan suatu acara apabila telah menyatakan komitmen.





Masuk ke dewan badminton istana di mana lebih 1,000 keris daripada 10 negeri dipamerkan pertandingan keris baru sahaja selesai.


Tak mengapa. Pameran masih berjalan dan ramai kawan-kawan lama ada dalam dewan.


Bukan tidak pernah saya hadir dalam majlis-majlis perkerisan di Malaysia tetapi tidak ada yang sebesar ini sebelumnya.


Dengan adanya majlis "Seloka 1000 Keris" negara kita sudah ada suatu majlis yang dapat menandingi majlis Kerissana di Patani, Selatan Thailand yang boleh tahan hebat lagi gilang gemilang. Rujuk artikel Jejak Wasilah Patani - Kerissana 2018, Wan Hussein Senawi dan Narathiwat.


Kita sudah ada satu majlis perkerisan bertaraf antarabangsa yang layak dijadikan acara tahunan negara. Tahniah kepada semua yang terlibat. Anda tahu siapa diri anda semua... :]


Mawlid Agung Alam Melayu 2019 - Satu kerjasama yang mengangkat martabat majlis

$
0
0
Adapun tepat seminggu selepas mempersembahkan artikel Seloka 1000 Keris - Satu majlis baru yang layak dijadikan acara tahunan negara di blogspot CATATAN SI MERAH SILU timbul lagi satu artikel daripada blogspot itu yang sangat sesuai dikongsikan di sini. Sekadar memberitahu, ia baru dipersembahkan di sana beberapa minit tadi. Sekarang biar dipersembahkan di sini untuk menjadi artikel ke-373 di blogspot ARTMELAYU.


---------------


Salam petang Selasa 15 Rabiulawal 1441 Hijriah. Hari ini yang tarikh Baratnya (kalendar Gregorian) adalah 12 November 2019 sampai masanya untuk berkongsi cerita aktiviti saya dan keluarga pada siang hari Maulidur Rasul 12 Rabiulawal. Menyambung gerak penulisan daripada artikel Kesucian dan kekotoran dalam sejarah spiritual Mekah : Muhammad dan kemenangan tamadun monoteistik.


Kelihatan adalah poster bagi majlis "Mawlid Agung Alam Melayu 2019" yang diadakan di USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan. Ia dianjurkan oleh satu badan NGO bernama Ratib Alami berserta USIM dengan kerjasama beberapa pihak.


Difahamkan acara terbit buat pertama kalinya di USIM akibat kebetulan ia dan Ratib Alami mahu mengadakan majlis dalam tempoh waktu sama. USIM mahu mengadakan festival atas nama iFest sedangkan Ratib Alami yang sudah beberapa tahun mengadakan sambutan Maulidur Rasul atas nama Mawlid Agung Alam Melayu mahu mengadakan acara edisi terbaru bagi tahun 2019. Maka digabungkan apa yang ada untuk membentuk atur cara seperti yang kelihatan.



Selepas menghadiri syarahan di ISTAC pada hari Jumaat malam Sabtu 8 November 2019 (seperti diceritakan dalam artikel Kesucian dan kekotoran dalam sejarah spiritual Mekah : Muhammad dan kemenangan tamadun monoteistik) saya dan keluarga bergerak ke Bandar Seri Putera dekat Bangi Lama untuk bermalam di rumah kawan. Dari sana cuma tinggal 15 km sahaja untuk ke USIM, kalau dari rumah sendiri dekat 100 km perjalanan. Tetapi pada pagi Sabtu 9 November, siang hari sambutan Maulidur Rasul kami berehat dahulu di rumah kawan kerana sampai ke sana itu pun sudah dekat jam 3 pagi, selepas itu berbual-bual sehingga dekat jam 4. Dengan itu pada jam 12 tengah hari baru saya dan keluarga keluar . Itupun singgah dahulu ke beberapa tempat sebelum sampai ke USIM jam 3.40 petang. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) :-






Kami sampai untuk mengikuti sesi perkongsian ilmu di satu auditorium universiti.


Sudah terlepas perkongsian pembentang pertama, Ar Dr Mastor Surat daripada UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia). Menurut atur cara beliau telah membawa tajuk "Falsafah Kebitaraan Adat Budaya Melayu".


Kelihatan adalah pembentang kedua, Sheikh Sidi Rohimuddin Nawawi al-Bantani daripada persatuan Al Isyraq Nusantara. Menurut atur cara beliau membawa tajuk "Tradisi Alam Melayu".


Namun ulamak terkenal dari Banten di Pulau Jawa ini telah menukar tajuk seperti yang kelihatan pada slaid...


Secara rata beliau bercakap tentang konsep cinta iaitu cinta alami yang lebih bertujuan untuk memenuhi keperluan nafsu haiwani diri berbanding cinta hakiki yang berpaksikan Tuhan lalu daripada situ boleh muncul cinta yang betul-betul suci sesama makhluk ciptaanNya.





Sekitar jam 5.50 kami bergerak ke masjid USIM. Lihat Masjid (Mosque of) USIM, Nilai.


Dari situ dimulakan sesi berarak Maulidur Rasul...





Tu dia. Orang lain biasa berarak pada awal pagi 12 Rabiulawal. Kami berarak belah petang menyusuri satu jalan utama pekeliling di USIM.





Sampai kembali ke masjid jam 6.20 diadakan persembahan silat di perkarangan belakang.





Sambil itu berjalan pembentangan tentang "Seni Peperangan Melayu" oleh guru silat, Pendekat Mat Ali...





Masjid terus menjadi tempat berkampung sambil semakin ramai hadirin muncul, kebanyakannya para pelajar USIM. Tiba-tiba saya dan isteri diminta menjadi VIP untuk majlis utama Maulud selepas Isyak. Memang pun selama ini pihak penganjur utama iaitu Ratib Alami selalu mengundang kami sebagai VIP walaupun ia tidak dinyatakan awal kali ini. Ini kerana kapisiti saya sebagai presiden dan pengasas NGO bernama HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman). 

Untuk makluman pihak Ratib Alami telah beberapa kali menyertai majlis-majlis kami. Malah tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa mereka mengadakan majlis-majlis sendiri setelah melihat kejayaan majlis-majlis kami lalu sedikit sebanyak ada mengikut model atur cara kami. Boleh rujuk cerita-cerita berkenaan dalam blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Jam 9.15 malam bergeraklah kami dari bilik VIP masuk ke dewan utama solat. Kami mengikut di belakang ulamak-ulamak utama sambil disambut para hadirin.





Saya duduk di sisi kanan barisan VIP hadapan. Dari situlah diambil gambar-gambar seterusnya...





Diadakan majlis pembukaan beradat dengan menjunjung keris oleh Sheikh Rohimuddin.


Diadakan tayangan video tentang perjuangan umat Melayu dan kaitannya dengan pengembangan agama Islam sambil mengangkat tinggi junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.


Jam 9.53 baru dimulakan bacaan qasidah dan nyanyian-nyanyian maulud.


Jam 11.26 majlis mencapai kemuncak apabila masuk bahagian laungan selawat secara berdiri.


Selepas beberapa lama baru suasana reda. Kelihatan Sheikh Rohimuddin memberikan tausiyah jam 11.42...


Ketika itu lebih banyak lampu telah dibuka sehingga suasana jadi terang benderang, tidak separa gelap seperti ketika Maulud tadi.


Walaupun ketika itu ramai hadirin sudah meninggalkan majlis kerana sudah lewat malam jumlah yang masih ada cukup ramai untuk menunjukkan ia mendapat sambutan yang sangat meriah. Saya anggarkan tidak kurang 1,000 hadirin ada pada waktu kemuncaknya...


Walaupun suatu sambutan Maulidur Rasul itu tidak perlu bergantung kepada jumlah yang hadir kerana mana-mana majlis yang bertujuan untuk memuji dan mengenangkan Nabi Muhammad SAW tetap tinggi martabatnya namun daripada segi pandangan awam kelihatan majlis anjuran Ratib Alami kali jelas lebih berjaya dan bermartabat berbanding edisi-edisi terdahulu.


Jam 12.04 Ustaz Iqbal Zain daripada Darul Mujtaba pula memberikan tausiyah. Kalau tak salah ingatan selepas jam 12.30 baru majlis bersurai lalu kami dapat menikmati makan malam lewat. Yang pasti pada jam 2 pagi masih ada orang berlegar termasuk saya dan keluarga. Sebagai mengakhiri artikel biar dikongsikan sejumlah gambar yang diambil daripada Facebook Ratib Alami dan sumber lain...

































Viewing all 317 articles
Browse latest View live