Quantcast
Channel: Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)
Viewing all 317 articles
Browse latest View live

Bicara Perjuangan HIKMAH - Malaysia Tanpa Ahli Politik, Mustahil atau Bagaimana?

$
0
0

Artikel ini telah diletakkan di blogspot CATATAN SI MERAH SILU terlebih dahulu. Tetapi ia adalah tentang satu acara HIKMAH yang akan diadakan dalam format baru. Cuma artikel-artikel sokongan berkenaan adalah daripada blogspot tersebut. Biar ini menjadi artikel ke-393 + 1 di blogspot HIKMAH.

------------------------

Salam petang Selasa 13 Oktober 2020. Sengaja dipilih tarikh ini untuk satu artikel bermakna. Untuk itu saya telah mengeluarkan 2 buah artikel yang berkenaan terlebih dahulu sebagai mukadimah. Sekarang baru boleh dijalin cerita lalu diberikan penerangan.

 


Tiga hari lalu saya telah menulis artikel Perbincangan impromptu nasib Melayu dan silaturrahim hujung minggu untuk berkongsi cerita tentang satu perbincangan kawan-kawan aktivis yang berlaku di rumah saya pada pagi Sabtu 26 September. Disebut pada bahagian akhir artikel bahawa : "Antara yang dipersetujui adalah akan diadakan forum perbincangan atas nama HIKMAH secara berkala melibatkan isu-isu penting demi kedaulatan agama, bangsa dan tanah air. Alhamdulillah saya sudah dapat ilham bagi tajuk pertama. Insyaallah forum akan diadakan 31 Oktober ini."




Turut disebut adalah : "Hasil persinggahan ke majlis perkahwinan anak seorang kawan di Cheras, sejumlah pesilat wanita telah diundang bertandang ke rumah lalu jadilah majlis tahlil pada malam Jumaat baru ini." Sehari lalu iaitu semalam ditulislah artikel Bacaan Yasin dan Tahlil bersama srikandi DSSM serta pembukaan gelanggang di rumah untuk berkongsi cerita. Sekarang biar dikongsikan beberapa status update saya di Facebook yang terkait dengan tajuk artikel...




SEJAUH MANAKAH RELEVAN JAWATAN PEMBESAR TRADISIONAL MELAYU DALAM SISTEM KENEGARAAN MALAYSIA SEKARANG?

Persoalan ini telah bermain-main dalam fikiran sejak sehari dua kebelakangan. Sejauh manakah relevan jawatan pembesar tradisional Melayu dalam sistem kenegaraan Malaysia sekarang? Katakanlah kita diberi peluang memegang satu jawatan pembesar tradisional Melayu yang merupakan warisan dalam keluarga. Pada zaman dahulu jawatan tersebut membolehkan pemegangnya untuk mengerah seluruh angkatan tentera malah semua anak laki2 yang cukup umur untuk bersama menghadapi serangan musuh. Maka itu kedudukannya sangat relevan dalam membentuk dan menentukan hala tuju kerajaan.

Tetapi itu dahulu, sebelum campur tangan British meremehkan semua institusi tradisional Melayu. Zaman sekarang apakah jawatan sama cukup berwibawa dan berpengaruh untuk mengajak anak2 Melayu berjuang sama bagi menghadapi segala cabaran akhir zaman lalu dapat membentuk tapak khilafah yang diimpi2kan? Atau ia sekadar penghias adat istiadat istana yang kelihatan megah daripada segi gelaran dan kedudukan namun tidak mampu menghalang kebejatan ahli2 politik yang sering memanipulasikan agama, bangsa dan negara? Mohon maklum balas kawan2...



Update di atas ini dibuat pada 30 September jam 10.27 malam. Sebetulnya ia adalah susulan fikiran daripada perbincangan bersama kawan-kawan aktivis 26 September. Dua hari kemudian iaitu pada 2 Oktober jam 9.15 malam dibuat update berikut pula. Ketika inilah baru dinyatakan kepada umum cadangan untuk mengadakan forum seperti telah dibincangkan pada 6 hari sebelumnya...





CADANGAN TAJUK-TAJUK BAGI FORUM LIVE HIKMAH

Salam malam 15 Safar 1442 Hijriah. Pagi Sabtu minggu lepas satu perjumpaan kawan2 aktivis yang biasa dengan HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman) telah diadakan secara impromptu di rumah saya. Setelah membincangkan beberapa hal tentang perkembangan semasa sosio-politik negara dan kesannya terhadap orang Melayu dan Islam di Malaysia saya diminta agar mengadakan satu siri forum bagi membincangkan isu2 pilihan di rumah. Siaran langsung boleh dibuat dengan memancarkannya kepada khalayak ramai menggunakan FB live. Bagi setiap forum dan tajuk akan dipanggil 3 orang panelis dan seorang moderator.

Tajuk akan dibincangkan sambil hadirin diberi ruang untuk mengemukakan pertanyaan atau pandangan. Begitu juga bagi mereka yang mengikutinya di Internet. Mereka boleh terlibat sama dengan memberikan maklum balas melalui FB live. Dengan ini saya meminta cadangan kawan2 dan kenalan agar memberikan pandangan bagaimana kami mahu mengadakan ini sebaik mungkin dengan semininum kos. Juga sila berikan tajuk2 perbincangan yang berfaedah lagi merangsang minda lalu boleh menerbitkan solusi yang boleh digunapakai secara praktikal bagi merubah keadaan.

Secara rata kami berminat pada isu2 kenegaraan dan ketamadunan melibatkan kepentingan orang Melayu dan Islam. Namun isu2 kecil boleh dimasukkan lalu dirangkumkan dalam suatu tajuk yang lebih besar. Sila berikan cadangan...




Update ini telah mendapat sejumlah maklum balas. Antaranya adalah supaya dinilai semula peranan para pembesar tradisional Melayu berbanding para pembesar moden dalam sistem demokrasi sedia ada. Ini hampir sama dengan persoalan yang saya timbulkan 2 hari lebih awal iaitu sejauh manakah relevannya jawatan pembesar tradisional dalam sistem kenegaraan sekarang. Hal ini membuat seorang rakan HIKMAH menelefon lalu menyatakan minat untuk menjadi panelis jika tajuk tersebut mahu dikupas dalam forum.

Seorang pembaca lain pula memberikan maklum balas berikut : "Jikalau parti politik tak ada, adakah negara tak boleh diperintah? Yang menyusahkan orang adalah mereka yang melobi dan membuat rally dalam masa sekarang demi parti." Beliau nampaknya merujuk pada keadaan sekarang di mana jumlah kes jangkitan virus COVID-19 telah meningkat secara mendadak di seluruh negara selepas PRN (Pilihan Raya Negeri) di Sabah selesai hari Ahad 27 September. Kenyataan menunjukkan bahawa ramai yang terlibat dengan dunia politik tanah air mendapat jangkitan akibat berkempen di Sabah yang sudah seminggu dua mengalami peningkatan kes yang tinggi lalu membawa penyakit dan menyebarkannya di Semenanjung. Namun hal ini nampaknya cuba dinafikan lalu rakyat biasa pula cuba dipersalahkan atas alasan tidak patuh SOP (Standard Operational Procedure) yang telah ditetapkan dalam tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bagi membendung wabak.

Maklum balas tersebut membuat saya menjawab begini : "Hmm. Malaysia tanpa ahli politik. Mustahil atau bagaimana?". Sebetulnya saya menjawab sebagai satu kemungkinan tajuk bagi forum pertama. Tidak lama kemudian timbul rasa bahawa memang ia adalah terbaik untuk membuka perkara. Hal-hal lain seperti relevan atau tidak pembesar tradisional malah peranan institusi raja-raja boleh dibincangkan di bawah tajuk besar tersebut.




Sebetulnya maklum-maklum balas ini terjadi dalam keadaan ramai sedang marah dengan apa yang berlaku pada waktu kini. Antara status update saya yang menggambarkan suasana adalah ini :-


YA BAH. BAHANGANG ORANG MALAYA...

PRN Sabah tu satu hal. Kenapa orang dari Semenanjung mesti pergi Sabah join kempen sedangkan dah tahu COVID-19 sedang teruk di sana? Tak boleh ke biar orang di Sabah kempen sesama sendiri? Dah tak pasal2 bawak kes COVID-19 bertambah di Semenanjung.,.




Peringatan untuk para politikus...



6 October at 13.57
i1r5
· Shared with Public
Public

Yang pasti ramai sedang marah dengan ahli politik. Apakan tidak? Kes COVID-19 meningkat mendadak-dadak menjadi ratusan kes baru setiap hari sedangkan rakyat marhaen semakin ditimpa kesempitan hidup akibat wabak dan perlaksanaan PKP. Orang politik lain le... mereka ada gaji besar yang tetap berjalan walau tak masuk kerja. Yang teruk rakyat biasa yang cuma dapat memperolehi pendapatan jika dapat keluar ke pejabat, berniaga dan sebagainya. Kalau pergerakan asyik terhalang apa akan jadi pada mereka?

Namun kelihatan seperti kita tidak ada jalan kecuali harus bergantung pada orang politik. Kita seolah-olah cuma boleh memilih mana yang kurang mudharat antara dua keburukan. Ada pula menekan agar Pilihan Raya Umum seluruh negara diadakan secepat mungkin. Sedangkan penglibatan politikus Semenanjung dalam PRN Sabah telah menyaksikan peningkatan kes mendadak. 

Keadaan ini menyebabkan saya membuat semakan dengan membaca Perlembagaan Negara...




BAGAIMANA YA HENDAK MENGELAKKAN PILIHAN RAYA MENURUT UNDANG2 DAN PERLEMBAGAAN?

Membaca secara pintas Perlembagaan Persekutuan untuk mencari pada bahagian manakah ada mengatakan wajib diadakan pilihan raya. Ada pada Perkara 55(4) rupanya. Bagaimana ya hendak membuat pilihan raya tidak lagi menjadi wajib agar rakyat tidak terus diperkudakan politikus gila kuasa? Takkan hanya melalui perisytiharan darurat?



Di atas adalah update saya yang berkenaan pada jam 3.29 petang 6 Oktober. Kelihatannya hendak tak nak kita harus juga melayan kerenah para politikus yang gila kuasa. Semalam petang pula saya meminta maklum balas kawan-kawan untuk memberikan nama yang sesuai bagi keseluruhan forum berkala. Jawaban terbaik yang diterima adalah "Bicara Perjuangan HIKMAH".




Ini adalah poster bagi edisi pertama yang telah disiapkan oleh seorang rakan HIKMAH pagi tadi. Kelihatan gambar saya paling kiri sebagai moderator forum bersama 3 orang panelis. Daripada kiri ke kanan :-


1. Pak Habib Syed Hussein Alatas, seorang penulis buku politik terkenal tanah air. Beliau yang kini berumur 80 tahun baru sahaja menerbitkan bukunya yang ke-82. Untuk makluman beliau mengenali secara peribadi setiap Perdana Menteri Malaysia sejak Tunku Abdul Rahman (1955-1970). Beliau juga sering bergaul dengan ahli politik dan rakyat pelbagai peringkat lalu memiliki pengalaman dan pengetahuan mendalam tentang suasana politik negara sejak sebelum merdeka.

2. Megat Iskandar at-Terawis, seorang rakan HIKMAH yang rajin mengkaji salasilah raja-raja dan bangsawan tradisional Melayu. Beliau adalah setiausaha agung Persatuan Keturunan Megat Terawis dan presiden Persatuan Genealogi Malaysia. Beliau memiliki pengetahuan yang cukup mendalam tentang fungsi para pembesar tradisi.

3. Tun Suzana Othman, seorang lagi rakan HIKMAH tetapi lebih aktif dalam usaha-usaha untuk meninggikan kembali peranan institusi raja-raja Melayu dalam pemerintahan negara. Beliau yang menjadi pengerusi Pertubuhan Kesedaran Melayu dan Islam ( KEMUDI) telah menghasilkan beberapa buah buku. Yang saya kira paling terkenal sehingga menaikkan nama beliau adalah "Ahlul Bait (Rasulullah SAW) dan Raja-raja Melayu" dua dekad lalu. Adaptasi buku ke dalam bahasa Inggeris (bukan sekadar terjemahan tetapi menulis dan mengolah kembali lalu ditambah fakta untuk pembaca luar negara yang tidak tahu sejarah Melayu) telah dilakukan oleh saya lalu boleh diisytiharkan sebagai buku ke-5 saya iaitu pada awal tahun 2010. Lihat Buku Inggeris Ahlul Bait Raja-raja Melayu dan faktor 131 juga 313 .



Itu cerita tentang forum yang tercetus daripada perbincangan kawan-kawan aktivis pada 26 September. Rujuk kembali artikel Perbincangan impromptu nasib Melayu dan silaturrahim hujung minggu. Aktiviti pada hujung minggu tersebut turut mencetuskan majlis lain pada malam Jumaat minggu lalu. Rujuk kembali artikel Bacaan Yasin dan Tahlil bersama srikandi DSSM serta pembukaan gelanggang di rumah. Ia ada menceritakan pembukaan gelanggang tertutup untuk bersilat dan membuat amalan kerohanian. Kelihatan dalam gambar pondok yang saya dirikan sendiri pertengahan Syawal lalu di kawasan kebun berhadapan rumah.




Gelanggang terletak di sebalik pondok menaiki sedikit lereng bukit. Atas gerak ilham tertentu saya telah menamakannya sebagai Gelanggang Jazbah Rahmani. Jazbah bermakna tarikan kerohanian. Rahmani merujuk pada asma' dan sifat Allah Ar-Rahman yang Maha Pemurah yang mana baik yang derhaka mahupun taat tetap menerima rezeki daripada Allah. Ini berbeza dengan nama Ar-Rahim iaitu yang Maha Penyayang. Atas nama tersebut cuma yang taat dan/atau terpilih sahaja layak menerima perhatian. 




Jadi apa kaitan dengan forum? Kenapa disebut dan ditunjukkan tapak yang lebih mudah disebut sebagai Gelanggang Jazbah dalam artikel? Ini adalah tentang penglibatan kawan-kawan persilatan supaya dapat mengambil kesempatan atas forum yang mahu diadakan pada 31 Oktober hari Sabtu, cuti hujung minggu. Begini rancangannya. Biar diletakkan dalam bentuk acara tentatif :-


1 - 2 PM : Solat Zohor dan makan tengah hari

2 - 4 PM : Bicara Perjuangan HIKMAH - Malaysia Tanpa Ahli Politik, Mustahil atau Bagaimana?

4 - 4.30 PM :  Solat Asar dan minum petang

4.30 - 6 PM : Sambutan Maulidur Rasul


Sambutan Maulud elok dibuat memandangkan ketika itu sudah tarikh 14 Rabiulawal iaitu 2 hari selepas tarikh kelahiran Rasulullah 12 Rabiulawal. Malahan sambutan boleh sahaja dibuat apabila masuk tarikh 1 Rabiulawal iaitu pada hari Sabtu malam Ahad 18 Oktober iaitu 5 hari daripada sekarang. Di sesetengah tempat seperti di Aceh ia digalakkan disambut sehingga tempoh 100 hari.



Setakat ini apa yang dirancangkan sudah dipersetujui semua pihak yang terlibat. Saya telah mengaturnya dalam beberapa hari kebelakangan. Selepas Maulidur Rasul bolehlah kawan-kawan bersilat. Malah semasa forum berlangsung pun mereka boleh mula bergelanggang kerana kami faham bukan semua orang suka duduk diam mendengar perkongsian ilmu berbentuk syarahan.

Kami juga telah meminta kawan-kawan pemanah agar memanfaatkan dataran di belakang gelanggang. Aktiviti silat dan memanah boleh dipanjangkan sehingga tengah malam dengan bantuan pancaran lampu pelita dan sebagainya. Malam itu 15 Rabiulawal bulan penuh harus cantik dan terang. Sambil itu boleh diadakan aktiviti bertafakur dan menerokai kawasan bukit berdekatan. Ini pernah dilakukan dalam keadaan bulan separuh terang malam Jumaat lalu. Rujuk cerita berkenaan dalam artikel Bacaan Yasin dan Tahlil bersama srikandi DSSM serta pembukaan gelanggang di rumah.



Saya dan isteri sudah bersedia untuk mematuhi SOP bagi PKP. Kami malah sudah membeli alat 'penembak' suhu sendiri, Cuma masalahnya petang semalam baru diumumkan bahawa PKP yang sudah banyak dilonggarkan 4 bulan lalu diperketatkan kembali sehingga tidak boleh merentas daerah bermula 14 Oktober iaitu tengah malam ini. Inilah bahana akibat orang politik Semenanjung berkempen di Sabah 3 minggu lalu.

PKP Bersyarat (PKPB) akan berlangsung selama 14 hari iaitu sehingga tamat tarikh 27 Oktober. Ini bermakna rancangan forum dan majlis 31 Oktober boleh diadakan seperti dirancang jika kes COVID-19 dapat ditangani dalam tempoh waktu itu. Tetapi apa kata kalau kes tidak dapat diselesaikan lalu PKPB dilanjutkan selepas itu? Kalau begitu forum akan ditukar format menjadi Webinar (seminar melalui Internet seperti dalam artikel Al-Ghazali dan Ibnu Rushdi : Dua bintang dalam galaksi intelektual Islam). Ini telah diatur malam semalam tetapi harapnya tidaklah begitu.




Akhir sekali tentang pemilihan tarikh 31 Oktober untk mengadakan acara. Sebetulnya ia asalnya dipetik begitu sahaja kerana kami telah merancang untuk menghadiri satu majlis Maulud di Kundang 24 Oktober. Yang saya tahu ketika itu tarikh tersebut adalah pada hujung minggu. Tak semak lagi pun apakah pada hari Sabtu, Ahad atau bagaimana.

Apabila diminta untuk mengadakan forum ketika perbincangan 26 September tarikh 31 Oktober terbit dalam fikiran sebagai satu tarikh cantik selepas 24 Oktober. Ini kerana penganjur acara Maulud di Kundang ada bersama ketika itu. Selepas itu baru disemak kalender lalu didapati ia jatuh pada hari Sabtu. Dan malamnya pula masuk 15 Rabiulawal bulan penuh. Cuma baru beberapa hari lalu mendapat gerak untuk menetapkan tarikh

Sejak itu saya merasakan tarikh 13 Oktober adalah terbaik untuk membuat pengumuman tentang ini. Kenapa 13? Kerana ia adalah kebalikan daripada nombor 31. Dan pada tarikh inilah anak laki-laki saya Muhammad al-Aminul Rasyid dilahirkan 11 tahun lalu.




Tarikh 13 Oktober juga menjadi hari politikus bernama Anwar Ibrahim dijadualkan menghadap Yang di Pertuan Agong. Beliau mendakwa telah mendapat sokongan majoriti ahli parlimen untuk menjadi Perdana Menteri dan membentuk kerajaan baru lalu mahu menunjukkan ini kepada YDPA. Beliau malah begitu yakin sehingga telah membuat sidang media mengumumkan hal tersebut 20 hari lalu. Cerita berkenaan ada disebut dalam artikel Urusan di TV Alhijrah dan renungan terhadap politik semasa tanah air sekitar 23 September yang dipersembahkan tepat seminggu lalu. Dengan itu lengkaplah gerak penulisan saya buat tempoh masa ini.



Trial Run Bicara Perjuangan HIKMAH 25 Oktober dan rancangan untuk acara sebenar 31 Okt

$
0
0

Artikel ini adalah untuk blogspot ini tetapi telah dirangka dan dipersembahkan terlebih dahulu di  blogspot CATATAN SI MERAH SILU terlebih dahulu.


-------------------------


Salam petang Khamis 12 Rabiulawal 1442 Hijriah. Salam Maulidur Rasul bagi menyambut ulang tahun hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW menurut kalendar Islam. Merujuk pada artikel Peranan Saling Melengkapi Falsafah dan Agama Dalam Pembinaan Peradaban yang dipersembahkan hari Isnin. Pada mukadimahnya ada disebut bahawa pada hari sebelum itu telah diadakan trial run atau sesi percubaan sebagai persediaan untuk satu forum akan datang yang mungkin terpaksa dilaksanakan secara on-line akibat perlaksanaan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat).  

Ini kerana PKPB bagi mengekang penyebaran wabak virus COVID-19 menghalang orang ramai daripada datang ke lokasi fizikal majlis. Diisytiharkan terpakai di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya 14 hingga 27 Oktober ada tanda-tanda kuat menunjukkan ia akan lanjutkan ketika trial run sedang difikirkan Sabtu malam Ahad. Ini menjadikan kenyataan apabila lanjutan sehingga 9 November  diumumkan petang Isnin. Rancangan tentang forum pula sudah diceritakan dalam artikel  Bicara Perjuangan HIKMAH - Malaysia Tanpa Ahli Politik, Mustahil atau Bagaimana? lebih 2 minggu lalu.  Siap ada rancangan untuk mengadakan majlis Maulidur Rasul diikuti bersilat selepas forum. Sekarang biar diceritakan tentang trial run ...



Sabtu malam Ahad 24 Oktober 2020. Tiba-tiba terfikir. Kalau betul harus melaksanakan forum secara on-line apakah sudah bersedia? Daripada segi penggunaan wadah atas talian saya sudah 2 kali mengikut acara Webinar menggunakan Zoom jadi tiada masalah. Tapi itu dalam majlis orang lain. Kali ini saya menjadi penganjur lalu harus memastikan kelancaran...

Sudahkan bersedia daripada segi teknikal kerana belum pernah melaksanakan acara menggunakan Zoom atau apa-apa wadah serupa? Saya pun menghubungi kawan yang akan melakukan tugas-tugas penyiaran majlis kepada umum untuk memberitahu ada baiknya diadakan trial run atau sesi percubaan dalam tempoh 2-3 hari itu. Ini perlu supaya segala keperluan teknikal dapat dipenuhi sebelum acara, segala masalah dapat ditangani sebelum tarikh. Beliau menjawab dengan mencadang agar ia diadakan esoknya Ahad 25 Okt.

Saya pun melakukan persediaan termasuk menyediakan poster seperti kelihatan di atas. Oleh kerana sudah lewat malam saya juga meninggalkan pesanan melalui WhatsApp kepada orang-orang yang diharap dapat menyertai trial run. Selesai semua ini baru poster diwar-warkan di Facebook berserta teks berikut...

TRIAL RUN BICARA PERJUANGAN HIKMAH PETANG INI
Salam awal pagi Ahad 25 Oktober 2020 bersamaan 8 Rabiulawal 1442 Hijriah. Sukacita dimaklumkan atas gerak spontan yang baru muncul sekitar jam 10 malam tadi pihak kami membuat keputusan untuk mengadakan trial run atau sesi percubaan sebagai persediaan kepada "Bicara Perjuangan HIKMAH" yang mahu dilaksanakan 31 Oktober nanti. Keputusan dibuat memandangkan ini kali pertama kami melaksanakan perkara lalu mahu memastikan ia dapat diadakan secara on-line sepenuhnya dengan lancar jika PKPB dilanjutkan selepas 27 Oktober. Sambil menguji siaran, aspek2 audio visual dan pengendalian boleh juga dikongsikan lebih awal beberapa perkara memandangkan banyak perkembangan sudah berlaku sejak bicara diumumkan mahu diadakan terutama tentang kemungkinan berlakunya darurat tidak lama lagi.
Acara trial run mahu diadakan petang ini bermula jam 2. Insyaallah jam 1.30 kami akan mula membuka ruang. lalu anda sudah boleh bersama. Namun buat masa ini penyertaan aktif melalui Zoom adalah terhad kepada beberapa orang undangan. Tetapi anda semua boleh mengikuti melalui FB Live dan Yotube lalu memberikan maklum balas melalui pautan2 berikut :-


Pagi Ahad 25 Oktober baru mula mendapat jawaban daripada orang-orang yang diharapkan untuk menyertai majlis. Masuk tengah hari baru boleh diumumkan senarai. Selain tiga orang panelis bagi acara sebenar saya memanggil empat orang rakan lama daripada zaman kolej untuk memeriahkan trial run dan seorang rakan dalam dunia persilatan. Ia  mahu diadakan secara santai seperti borak-borak di kedai kopi. Lalu muncullah senarai berikut bersama gambar atas di FB...


SENARAI MEREKA YANG AKAN BERCAKAP SANTAI DALAM TRIAL RUN BICARA PERJUANGAN HIKMAH SELEPAS ZOHOR KARANG...
Berikut diberikan senarai nama dan sedikit penerangan tentang kedudukan mereka.
1. Taufiq Khalid - Peguam dan aktivis
2. Shamsul Yunos - Lulusan undang2 tetapi kemudian menjadi wartawan akhbar The Malay Mail. Sekarang freelance
3. Amirul Mohammad - Lulusan undang2 tetapi kemudian menjadi ahli perbankan. Pernah menjadi hos talk show di Unifi TV. Sekarang aktivis ekonomi Islam dan dinar dirham.
4. Mohd Faizal Ahmad - Peguam berpengkalan di Johor Bahru
5. Tun Suzana Othman - Penulis buku dan aktivis. Dua orang pakar perlembagaan terkemuka, Prof Shamrahayu dan Dato Dr Wan Ahmad Fauzi sering bersama beliau dalam usaha memartabatkan peranan raja2
6. Pak Habib @ Syed Hussein al-Attas - Penulis buku politik kontroversial terkenal. Sudah berumur 80 tahun dan sudah menghasilkan 82 buku. Mengenali semua Perdana Menteri Malaysia dan ramai ahli politik secara peribadi sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi
7. Megat Iskandar at-Terawis - Presiden Persatuan Genealogi Malaysia, seorang yang sangat berpengetahuan tentang pembesar tradisional dan raja2 Melayu
8. Radzi Sapiee - Saya le tu. Penulis, aktivis dan presiden HIKMAH - Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman
9. Cikgu Roslim Abu - Yang Dipertua persatuan Dunia Seni Silat Melayu (DSSM) Malaysia. Mewakili suara beribu pesilat tanah air
Untuk makluman penama 1 hingga 4 adalah kawan-kawan lama yang pernah duduk sebilik dengan saya semasa zaman kolej tahun 1988-1990. Mereka lulusan sarjana muda undang2 daripada universiti di UK sementara saya lulusan matematik daripada University College of London. Sila ikuti acara melalui FB Live bermula jam 1.30 petang di sini :-


Secara rasmi trial run dijadualkan bermula jam 2 petang. Tetapi ruang maya Zoom mahu dibuka pada jam 1.30 supaya dapat diselaraskan apa yang perlu. Tengok-tengok apabila sampai masanya tak dapat masuk ke ruang sedangkan  umum telah diberitahu siaran langsung sudah boleh mula ditonton pada jam 1.30. Rupa-rupanya berlaku silap faham lalu saya pun memberitahu umum seperti berikut :-


COUNTDOWN KE TRIAL RUN BICARA PERJUANGAN HIKMAH JAM 2
Salam. Saya dah ready nak start jam 1.30 tapi ada sedikit miscommunication. Host yang berpusat di Putrajaya ingat kena masuk tepat jam 2. Jam 1.30 setakat bukak channel. Dia tengah makan tadi. Sekarang tengah setting lagi 2-3 benda ni. Set nanti dia akan bagi satu link Youtube yang mana semua orang boleh follow. Saya akan copy paste ke FB dan WhatsApp. Tunggu lagi sikit ya...
🙂


------------------------



Setelah beberapa minit acara pun boleh dimulakan lalu diletakkanlah pengumuman berikut di FB dan WA...

t-----------------
OK. Kita sedia hendak bermula ni. Saya letak link live - masuk sini...

https://www.youtube.com/watch?v=x0Ek_BrsxO


Seperti dijangkakan terdapat beberapa masalah teknikal muncul seperti tidak dapat mendengar suara diikuti masalah talun (echo). Sambil acara berjalan sambil itu dibetulkan masalah demi masalah sehingga tiada lagi gangguan. Acara dimulakan dengan pengenalan lalu diperkatakan tentang kemungkinan darurat akan dilaksanakan di Malaysia dalam masa terdekat. Ini adalah akibat Perdana Menteri dan beberapa ahli kabinet diberitakan telah mengadap Yang di-Pertuan Agong hari Jumaat untuk memohon agar dibuat perisytiharan darurat atas alasan ia diperlukan untuk menangani masalah COVID-19 yang naik meningkat mendadak sejak sebulan kebelakangan iaitu setelah berlakunya PRN (Pilihan Raya Negeri) Sabah pada 26 September. 

Umum tahu Perdana Menteri dan kerajaan yang sedang dipimpin beliau sedang digugat cabaran demi cabaran atas keabsahan untuk terus memegang kuasa pentadbiran. Mereka didakwa tidak memiliki majoriti sokongan ahli Dewan Rakyat. Oleh itu ada kemungkinan Belanjawan 2021 yang dijadualkan akan dibentangkan mereka pada 6 November tidak mendapat cukup undi untuk diluluskan. Kalau ini berlaku pentadbiran mereka akan jatuh lalu pihak lain harus dipilih menggantikan.  

Trial run bermula dalam keadaan satu sidang tergempar Raja-raja Melayu mahu diadakan di Istana Negara bermula jam 2.30 untuk membincangkan keadaan dan tindakan. Kami pun mengupas perkara berserta beberapa hal berkaitan dengan melihat daripada pelbagai aspek terutama sudut sejarah dan undang-undang. Walau acara diadakan dalam keadaan santai berbincang antara kawan-kawan ia sangat serius daripada segi kandungan isi. Ini berlanjutan sehingga kedengaran azan waktu Asar sekitar jam 4.20. Lihat video penuh di bawah...





Lewat petang itu sekitar jam 6.30 keluarlah berita berserta kenyataan media daripada Istana Negara tentang hasil perbincangan Raja-raja Melayu :-






Di sini tidaklah ingin saya mengupas tentang perkara. Cukuplah dikatakan permohonan untuk mengisytiharkan darurat tidak diperkenankan YDPA namun semua diminta untuk menyokong pentadbiran sekarang dalam menghadapi masalah COVID-19. Belanjawan 2021 juga harus diberi jalan. Maka beralihlah kita pada rancangan untuk forum atau bicara sebenar pada 31 Oktober iaitu 2 hari sahaja daripada sekarang. Berikut adalah soalan-soalan yang akan membentuk hala tuju perbincangan :-



1. Secara idealistiknya apakah yang anda faham tentang sistem pemerintahan dan pentadbiran negara?

    a. Tentang Perlembagaan dan bagaimana ia membahagikan kuasa bagi check and balance

  b. Bagaimana ia (mekanisma seperti Perlembagaan) dapat mempertahankan kedudukan Raja-raja Melayu, hak-hak orang Melayu dan kesyumulan agama Islam

2. Secara realistiknya berdasarkan apa yang sedang berlaku pada masa sekarang bagaimanakah anda melihatnya (merujuk pada perkara seperti a dan b di atas)?

3. Apakah pemerintahan dan pentadbiran idealistik yang perlu dituntut? Pada saya tentulah kerajaan Islam berdasarkan cara pemerintahan di Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW. Atau ada pandangan lain yang lebih baik?

4. Adakah ahli politik sekarang boleh membawa ke situ (pemerintahan dan pentadbiran idealistik) atau bagaimana?

5. Bagaimana pula raja-raja Melayu dan sistem pembesar tradisi? Bagaimana anda melihat peranan mereka (ke arah pemerintahan dan pentadbiran idealistik)?

6. Akhir sekali bolehkah diadakan Malaysia tanpa ahli politik atau bagaimana? Bagi setiap jawaban sila nyatakan kenapa. Dan bagaimana (kalau ada suatu cadangan perlu dicapai)...




Insyaallah akan dibawa satu konsep hasil ilham dan fikiran sendiri yang saya namakan sebagai politik 'Mutmainnah' vs politik 'Amarah'. Ia adalah  berdasarkan 7 tingkat nafsu dalam pelajaran ilmu Tasawuf.  Tingkat-tingkat ini boleh menentukan bagaimanakah seorang manusia itu menanggapi suatu keadaan lalu bertindak. Tingkat 'Amarah' adalah yang paling rendah kerana bersifat kebinatangan iaitu sama sahaja perangai seperti binatang.

Manusia pada peringkat ini bertindak berdasarkan keinginan hawa nafsu rendah untuk hidup (survival), makan minum, mengadakan hubungan seks dan sebagainya. Mereka kurang atau tiada langsung memikirkan hal-hal tinggi lalu mudah digoda syaitan dengan perasan tamak haloba, hasad dengki dan khianat. Sesungguhnya segala ilmu saikologi atau kaji jiwa yang rasmi, segala ilmu sosiologi iaitu kajian tindak tanduk masyarakat yang dipelopori dunia Barat lalu dianut ramai termasuk oleh orang Melayu Islam adalah berdasarkan tingkat nafsu ini. Ini tidak menghairankan kerana premis pemikiran Barat dibina atas dasar sains (konon) bahawa manusia berasal daripada beruk seperti boleh disingkap melalui kajian Charles Darwin pada abad ke-19 Masihi. 

Disebabkan ramai manusia berada pada tingkat inilah mereka mendambakan kekayaan, kebesaran dan nama lalu boleh dibeli, diugut dan sebagainya. Nafsu 'Mutmainnah' pula berada pada tingkat ke-4 iaitu setelah beberapa peringkat dididik nafsu dan dilakukan mujahadah membersihkan hati supaya meninggalkan sifat-sifat kebinatangan. Ia dikatakan tingkat paling rendah yang boleh memberikan jaminan masuk syurga. Pada tingkat ini seseorang sudah mencapai ketenangan pada setiap masa dan keadaan lalu tidak lagi boleh dipengaruhi hiruk pikuk dunia. Ada kitab menyatakan orang yang mencapai tingkat ini sudah menjadi 'wali kecil'. 

Segala tindak-tanduknya adalah ke arah keTuhanan. Segala keputusan dan tindakan adalah ke arah mengEsakan dan membesarkan Tuhan, bukan membesarkan keperluan dan kepentingan diri (selfish needs) sehingga boleh bertindak jahat mengambil hak orang lain tetapi menghalalkannya dengan pelbagai alasan termasuk mempergunakan ayat-ayat Al-Quran. Pada tingkat ini seorang itu tidak lagi mendambakan dunia, tidak takut mati lalu tidak diboleh diugut mahupun dibeli. Kalau seorang pemimpin itu sudah mencapai tingkat nafsu 'Mutmainnah' malah lebih tinggi seperti pernah berlaku kepada para Khulafah ar-Rasyidin (empat khalifah terawal Islam - Saidina Abu Bakar, Saidina  Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali) juga sejumlah Raja Melayu seperti Sultan Alauddin Riayat Syah yang memerintah Melaka lebih 500 tahun lalu tentu rakyat dapat dipimpin ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat. Tentu politik atau siasah mereka sangat berlainan berbanding apa yang kita lihat sekarang.

Sambutan Maulidur Rasul pada acara-acara HIKMAH

$
0
0


Salam malam Jumaat 13 Rabiualawal. Adapun siang tadi saya ada terlihat isteri meletakkan satu video sesi sambutan Maulud pada acara ke-16 HIKMAH yang diadakan di rumah penulis buku politik terkenal S.H.Alattas di Janda Baik 30-31 Jan 2016. Video itu telah dirakam cantik oleh salah seorang peserta majlis lalu dimuat naik  ke akaun Youtube beliau. Tengok-tengok terdapat 3 buah video sekitar sesi Maulud diletakkan di situ. Sempena musim  Maulud tahun ini yang tidak dapat disambut secara berjemaah akibat PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) biar dikongsikan video-video tersebut di sini :-


 



 




OK. Selepas meletakkan paparan-paparan video melalui cara embed baru isteri terjumpa satu artikel lama saya menunjukkan video-video ini pernah dikumpulkan dalam satu artikel. Lihat Video-video sekitar HIKMAH Janda Baik. Rupa-rupa ia termasuk dalam artikel-artikel yang dikompilasikan di bawah tajuk Acara keenam belas HIKMAH di University of Life @ rumah S.H.Alattas, Janda Baik 30-31 Jan 2016. Di situ boleh ditemui semua artikel saya tentang majlis.

Di sini saya ingin menambah bahawa sesi-sesi Maulud pernah diadakan di beberapa majlis HIKMAH. Saya ada buat rakaman lalu dimuatnaik ke Youtube. Cuma kualitinya tidak berapa cantik...


Ini adalah daripada acara ke-3 kami di Perak. Lihat bermula minit 1:09. Cerita penuhnya boleh dicapai melalui artikel Acara ketiga HIKMAH di Marina Hall, Lumut 27 Jan 2013.


Ini daripada acara ke-4 di Kelantan. Pada permulaan video boleh kedengaran orang membaca Qasidah tapi agak sayup disebabkan rakaman sedang dibuat jauh dari tempat Maulud. Ia cuma kedengaran jelas bermula minit 1:31. Untuk cerita penuh lihat Acara keempat HIKMAH di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013.


Ini daripada acara ke-5 di Terengganu. Cerita penuhnya ada dalam artikel Acara kelima HIKMAH di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu, 5-8 Jun 2013.


Sesi Maulud turut diadakan pada acara ke-9 di Pulau Pinang. Cerita penuhnya boleh dicapai melalui  artikel Acara kesembilan HIKMAH di Dewan Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Feb 2014


Sesungguhnya dalam acara-acara HIKMAH terdapat pelbagai bentuk pengisian selain pembentangan ilmu. Kami ada persembahan silat, pembacaan puisi dan syair, malah tarian tradisional dan pertunjukan teater. Tetapi semuanya bergantung pada kesudian orang membuat persembahan, kebanyakkanyan secara sukarela tanpa menerima bayaran. Ini kerana kami sendiri menjalankan acara demi acara dengan cara sukarela. Tiada tajaan sesiapa kecuali ada pihak menawarkan tanpa dipinta. 

Kami juga ada majlis tahlil dan zikir juga lawatan lapangan ke tempat-tempat yang bersejarah menurut kesesuaian dan masa.  Apapun selepas acara ke-10 di Aceh (lihat Acara kesepuluh HIKMAH di Muzium Aceh, Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014) saya tidak lagi memproses mahupun memuat naik video ke Youtube. Ini disebabkan komputer riba saya sebelum itu rosak. Komputer riba ganti yang dibeli second hand pula ada masalah apabila cuba dibuat suntingan video 

Sejak itu saya jadi malas untuk merekodkan video. Dahlah tak cukup tangan kena buat macam-macam semasa majlis, selepas majlis pun tak habis kerja kerana perlu menulis cerita. Bila membuat video lagi kerja bertimpa-timpa. Komputer pun selalu menjadi berat sedangkan hendak memuat naik suatu video pula boleh makan masa berjam-jam. Apa lagi kalau banyak video.

Seingat saya sesi Maulud kemudian cuma diadakan pada acara ke-16 HIKMAH. Itu yang ditunjukkan pada awal artikel ini. Seterusnya terdapat sesi Maulud pada acara ke-19 di bahagian lain Pahang. Walaupun terlihat ada orang membuat rakaman saya tidak dapat menemuinya di Youtube. Semoga ada yang sudi membuat perkongsian kerana ia sangat meriah. Selamat menyambut Maulidur Rasul. Lihat Acara kesembilan belas HIKMAH di Dusun Nora, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang 17 Disember 2016


Malaysia Tanpa Ahli Politik? Jelas sudah pendirian berdasarkan realiti semasa, bukan angan-angan semata

$
0
0

Salam petang Rabu 4 November 2020. Merujuk pada artikel Trial Run Bicara Perjuangan HIKMAH 25 Oktober dan rancangan untuk acara sebenar 31 Okt yang dipersembahkan 6 hari lalu. Adapun edisi pertama acara yang diberi nama "Bicara Perjuangan HIKMAH" telah selamat dilangsungkan secara on-line sepenuhnya 4 hari lalu. Tajuk perbincangan edisi pertama iaitu "Malaysia Tanpa Ahli Politik : Mustahil atau Bagaimana?" juga sudah selamat dibicarakan dengan jayanya. Ini ceritanya...



Trial run atau sesi percubaan yang dilakukan petang Ahad 25 Oktober telah memberikan peringatan agar pelbagai aspek teknikal mesti dipastikan lancar terlebih dahulu sekurang-kurangnya sejam sebelum acara bermula. Kali ini kawan-kawan yang bertanggungjawab menjaga hal teknikal bertindak lebih awal. Bahkan seawal jam 10 pagi sudah dibuka saluran untuk siaran langsung di Youtube Live walhal acara dijadualkan bermula jam 2 petang iaitu 4 jam lagi. Ini kerana selain mahu memastikan tiada masalah teknikal seperti pernah berlaku pada awal trial run saluran dibuka awal supaya pautan atau link bagi tontonan umum dapat diwar-warkan secepat mungkin.




Bilik maya perbincangan atau room melalui perisian Zoom pula mula dibuka pada jam 1 lalu para panelis dan moderator pun mula check-in atau mendaftar masuk.  Mereka ialah :-


1. Megat Iskandar at-Terawis - Setiausaha agung Persatuan Keturunan Megat Terawis dan Presiden Persatuan Genealogi Malaysia

2. TunSuzana Othman - Pengerusi Pertubuhan Kesedaran Melayu dan Islam ( KEMUDI), penulis buku"Ahlul Bait (Rasulullah SAW) dan Raja-raja Melayu" dan 18 tajuk buku lagi

3. S.H. Alattas @ Pak Habib - Penulis kontroversial politik tanah air yang telah menghasilkan 82 tajuk buku


Moderator adalah saya, Radzi Sapiee @ Merah Silu, presiden HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman", penulis siri trilogi buku "Berpetualang ke Aceh" dan 10 tajuk lagi. Dengan cepat dapat dibuat sound-check untuk memastikan tiada masalah bunyi dan sebagainya. Masuk jam 2 bicara pun dimulakan dengan memperkenalkan tajuk. Kenapa dipilih "Malaysia Tanpa Ahli Politik?". Diterangkanlah bahawa ia adalah berdasarkan sentimen semasa orang ramai sejak sebulan dua kebelakangan. 

Dapat dilihat dengan jelas melalui media-media sosial seperti Facebook dan WhatsApp bahawa ramai merasa meluat dengan gelagat ahli politik asyik sibuk hendak berebut kuasa dalam keadaan rata-rata rakyat sedang susah akibat masalah jangkitan virus COVID-19 dan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) untuk mengekang jangkitan. Selalu dibangkitkan pula tentang kemungkinan PRU (Pilihan Raya Umum) ke-15 mahu diadakan secepat mungkin sedangkan sudah terbukti keterlibatan ahli-ahli politik dan para penyokong pada PRN (Pilihan Raya Negeri) Sabah 26 September telah menyebabkan kes jangkitan COVID-19 naik mendadak sehingga mencapai 800 malah lebih 1,000 kes setiap hari sejak itu. Apakah kita tiada pilihan selain harus menyokong ahli politik ini atau ahli politik itu, parti politik ini atau parti politik itu? Sedangkan semuanya kelihatan sama sahaja gilakan kuasa tanpa mempedulikan hal ehwal dan keperluan rakyat jelata?




Seperti disebut dalam artikel Trial Run Bicara Perjuangan HIKMAH 25 Oktober dan rancangan untuk acara sebenar 31 Okt arah tuju perbincangan digariskan melalui soalan-soalan yang ditanyakan kepada setiap ahli panelis seperti berikut :-


1. Secara idealistiknya apakah yang anda faham tentang sistem pemerintahan dan pentadbiran negara?

    a. Tentang Perlembagaan dan bagaimana ia membahagikan kuasa bagi check and balance.

  b. Bagaimana ia (mekanisma seperti Perlembagaan) dapat mempertahankan kedudukan Raja-raja Melayu, hak-hak orang Melayu dan kesyumulan agama Islam.

2. Secara realistiknya berdasarkan apa yang sedang berlaku pada masa sekarang bagaimanakah anda melihatnya (merujuk pada perkara seperti a dan b di atas)?

3. Apakah pemerintahan dan pentadbiran idealistik yang perlu dituntut? Pada saya tentulah kerajaan Islam berdasarkan cara pemerintahan di Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW. Atau ada pandangan lain yang lebih baik?

4. Adakah ahli politik sekarang boleh membawa ke situ (pemerintahan dan pentadbiran idealistik) atau bagaimana?

5. Bagaimana pula raja-raja Melayu dan sistem pembesar tradisi? Bagaimana anda melihat peranan mereka (ke arah pemerintahan dan pentadbiran idealistik)?

6. Akhir sekali bolehkah diadakan Malaysia tanpa ahli politik atau bagaimana? Bagi setiap jawaban sila nyatakan kenapa. Dan bagaimana (kalau ada suatu cadangan perlu dicapai)...




Dalam kerangka persoalan-persoalan itulah dibincangkan idealisma pemerintahan dan pentadbiran negara berdasarkan ajaran Islam untuk dibandingkan dengan apa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negara. Apakah Perlembagaan cukup untuk mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Islam di Malaysia? Atau kita harus tunduk pada desakan puak-puak liberal, anti-Melayu dan anti-Islam atas nama rule of law atau keluhuran undang-undang negara lalu tidak dapat berbuat apa-apa?Dibincangkan pula peranan ahli politik baik daripada segi idealisma kemudian realitinya. Kenapa terbit keadaan sekarang yang mana ahli politik kelihatan begitu sibuk malah kemaruk berebut kuasa sehingga menyusahkan lalu menyebabkan rakyat meluat? Apa pula peranan raja-raja dan para pembesar tradisi Melayu?



Perbincangan penuh sepanjang lebih 2 jam boleh diikuti melalui video atas. Cuma disebabkan saluran  dibuka sejak jam 10 pagi paparan sejak itu turut dirakam sama. Kami menghadapi masalah untuk  menyunting keluar 4 jam lebih waktu menunggu itu lalu harus membiarkannya. Oleh itu kalau mahu masuk terus pada perbincangan sila pergi ke minit 4:09:35.



Sekadar hendak memberitahu. Pada tarikh hari ini 4 November tepat 8 tahun lalu berlangsunglah acara pertama HIKMAH di mana-mana. Lihat Acara pertama HIKMAH di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012. Sesuailah perkara ini dinyatakan dalam artikel yang meringkaskan perjalanan acara pertama HIKMAH dalam bentuk forum on-line. Insyaallah banyak lagi tajuk-tajuk menarik melibatkan isu-isu semasa dalam konteks besar kenegaraan akan kami bawa selepas ini. Bagi kami landasan dan arah tuju adalah jelas sejak HIKMAH diasaskan pada 12 Oktober 2012. Lihat HIKMAH - Bagaimana ia bermula. Kami mahu menuju ke arah  penubuhan kekhilafahan di atas manhaj keNabian seperti disabdakan baginda Rasulullah SAW dalam hadis-hadis tentang akhir zaman.


Kecintaan pada hikmah - Makna falsafah yang boleh mengangkat perjuangan Melayu Islam akhir zaman

$
0
0

Salam bulan Sya'aban semua. Sudah hampir 4 bulan blogspot ini tidak dikemaskini. Tadi setelah mempersembahkan artikel bertajuk Mengapa Malaysia memerlukan ilmu falsafah? Satu wawasan untuk mengangkat daya fikir ummah di blogspot CATATAN SI MERAH SILU timbul rasa isinya patut dikongsikan di sini kerana sangat berkait dengan HIKMAH dan misi kami. Biar disalin bulat-bulat isi...


------------


Di celah-celah cerita perjalanan-perjalanan lama kita masuk lagi bab majlis ilmu. Ini daripada pagi  hingga tengah hari semalam. Topik boleh jadi agak berat bagi kebanyakan orang tetapi sangat menyegarkan bagi mereka yang cintakan ilmu dan kebenaran.



Majlis kali ini dianjurkan oleh Akademi Profesor Malaysia (APM). Ia adalah yang ketiga dalam siri "Syarahan Felo Kehormat APM" buat tahun ini. Tidak seperti beberapa majlis ilmu berbahasa Inggeris yang saya kongsikan sebelum ini lalu perlukan penterjemahan  ia dibuat dalam bahasa Melayu. Tajuk yang mahu diangkat adalah  "Mengapa Malaysia Memerlukan Ilmu Falsafah".


Majlis bermula pada jam 10.30. Saya menyertai melalui Zoom 10 minit lewat. Ketika itu sudah selesai kata-kata aluan oleh Presiden APM Prof. Dato' Sri Dr Daing Mohd Nasir. Beliau telah memberikan pengenalan tentang siri syarahan lalu memberikan latar belakang pendidikan dan kedudukan akademik pemidato atau pemberi syarahan iaitu Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar. Osman adalah penyandang Kursi Al-Ghazali di tempat saya sedang menyambung pengajian pasca-siswazah iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). 

Kelihatan dalam gambar moderator Prof Dato' Dr Hassan Basri yang merupakan felo APM dan naib Canselor UniSZA (Universiti Sultan Zainal Abidin di Kuala Terengganu) sedang memberikan sedikit kata-kata untuk melorongkan perkara. Disebutlah tentang kepentingan falsafah dan relevan tajuk lalu ruang pun diberikan kepada pemidato untuk memulakan bicara.



Osman membuka dengan sedikit kata-kata pengenalan lalu membuka slaid...




Disebutlah terdapat dua teori besar tentang asal usul ilmu falsafah. Dinyatakan ia bermula dengan pertanyaan tentang hidup - Siapakah aku sebenarnya? Dari mana datang? Di mana berada setelah mati? Apakah hakikat wujud yang sebenar? Falsafah bermula apabila manusia mula mengajukan persoalan-persoalan ini. Malah persoalan sama masih diajukan oleh mereka yang berfikir sehingga kini.

Walaupun memiliki banyak pecahan dua teori besar ini harus dapat merangkumi semua perkara. Teori berdasarkan agama bermula dengan risalah samawi. Diberikan contoh Plato (pemikir besar Yunani abad ke-5 dan ke-4 Sebelum Masihi) menerima teori bahawa falsafah berasal dari agama. Ia adalah heavenly messageDalam Islam pula ia bermula daripada Nabi Adam AS sendiri. Baginda telah diajar nama-nama oleh Tuhan. Hal ini bukan disebut dalam tamadun Islam sahaja. Dalam tamadun Timur pun asal usul falsafah dikesan berasal daripada agama. Misalnya melalui ajaran-ajaran Lao Tze dan Conficius (dua tokoh besar fikiran keagamaan dan kerohanian China yang hidup sekitar 2,500 tahun lalu). 

Yang mencabar teori ini adalah pendapat mengatakan falsafah bermula daripada renungan awal pemikiran manusia (tanpa berpandukan risalah daripada langit). Ini berdasarkan teori evolusi antropologi (yang terkait dengan teori manusia wujud akibat evolusi tanpa kewujudan Tuhan). Osman sendiri memilih teori pertama tanpa mengabaikan dapatan-dapatan yang terkumpul dalam teori kedua.




Disebut pula tentang makna falsafah. Al-Kindi (pemikir besar silam Islam abad ke-9 Masihi) yang mengikut tradisi ilmu Aristotle (pemikir besar Yunani abad ke-4 Sebelum Masihi) telah memberikan enam definisi. Osman memberikan empat (rujuk slaid). 

Makna pertama adalah berdasarkan etimologi atau asal usul perkataan. Perkataan "Falsafah" berasal daripada bahasa Arab sedangkan itu asalnya diambil daripada bahasa Yunani. Perkataan asalnya dalam bahasa Yunani adalah "Philosopia" yang membawa makna cinta kepada hikmah atau kebijaksanaan. Dalam bahasa Inggeris ini disebut sebagai "love of wisdom".

Hmm. Kalau semua benda hendak disampaikan seperti dalam syarahan jadi panjang sangat artikel ini nanti. Jadi biar diringkaskan berdasarkan nota yang telap ditaip terus ke dalam komputer sambil mendengar syarahan semalam seperti berikut :-

Mengenai perkara 1 dalam slaid - Bagi Barat Plato dan Aristotle adalah sumber utama falsafah. Dalam tamadun lain ada panggilan lain yang membawa makna hikmah. 

Mengenai perkara 2 - Bidang yang mengkaji makna falsafah itu sendiri dianggap sebagai falsafah. 

Mengenai perkara 3 - Cara berfikir logik yang kita pakai sekarang lebih pada berasal daripada Yunani. Tamadun lain ada cara berfikir logik yang lain seperi di India dan China. Bukan ada satu sahaja cara berfikir tetapi banyak cara. 

Mengenai perkara 4 - Dahulu ilmu falsafah meliputi ilmu fizik cara lama bukan seperti sekarang. Ia juga meliputi ilmu metafizik (melangkaui fizik) merujuk pada hal-hal seperti ilmu keTuhanan. Ilmu sains sekarang pula adalah ilmu falsafah amali/praktikal.

OK. Adapun latihan saya sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times tahun 1991-1995 menimbulkan kebiasaan untuk menerangkan semua perkara dan memudahkan bahasa sehingga sampai pada tahap pemikiran awam. Ini adalah prinsip penyebaran maklumat melalui media massa. Sedangkan syarahan-syarahan sebegini yang bersifat akademik sebenarnya adalah khas untuk golongan yang sekurang-kurangnya memiliki suatu tahap celik ilmu. Pun begitu saya tetap berusaha agar setiap penulisan dapat 'dicairkan' ke peringkat awam. Cuma kadangkala ini amat memenatkan dan memakan masa. Jadi terima sahajalah apa yang Allah SWT mudahkan bagi saya dalam perkongsian ini.

Untuk slaid-slaid seterusnya biar diletakkan dalam bentuk point form di mana setiap nombor merujuk pada apa yang ada dalam slaid kecuali dinyatakan berlainan.





1. Falsafah rasional yang menggunakan logik akal selalu dikontrakan dengan falsafah keagamaan  menggunakan wahyu. Tetapi hal-hal agama juga ada yang bersifat rasional. 

2. Aristotle menekankan teori dan amali ini. Ini dibawa oleh golongan Peripatetic (pengikut ajaran beliau termasuk sejumlah ilmuwan silam Islam).

3. Terma bahasa Inggeris Perennial  merujuk pada kebenaran yang selalu benar. Ada kebenaran yang kekal abadi, ada yang benar cuma dalam konteks dan tempoh tertentu sahaja (transient truth). Contoh falsafah abadi adalah intipati tentang Tuhan. Kerana Tuhan tidak berubah (bermakna kebenaran tentang Tuhan adalah abadi, terpakai bagi setiap zaman).

4. Dalam falsafah tradisional agama memainkan peranan penting. Orang zaman moden pula mengeluarkan agama (daripada hidup) lalu menggunakan fungsi akal/analitik (semata-mata).

5. Falsafah analitis (berdasarkan akal semata) di Barat bermula pada abad ke-20 Masihi. Tetapi ia sebenarnya cuma satu cabang. Namun pada banyak ahli fikir ia dianggap sebagai falsafah sebenar

6. Setiap disiplin ilmu memiliki prinsip-prinsip dasarnya sendiri. Itu sendiri membentuk falsafah bagi ilmu berkenaan.

Oh. Tadi saya masih cuba menambahkan penerangan daripada nota. Selepas ini biar dikongsikan setakat apa yang dapat/sempat ditaip secara real time ya. Penerangan cuma akan ditambah kalau terasa ada keperluan sangat.




1. Merujuk pada intipati - Abadi, benar pada setiap zaman. Ia boleh dilupai oleh manusia tetapi suatu masa nanti akan dipulihkan semula. Tapi dalam falsafah tradisional amnya, bukan Islam sahaja ada darjat/hierarki. Ada yang percaya pada keabadian alam tetapi ia tidak sama dengan keabadian Tuhan. 

2. Bukan hanya benar bagi suatu kelompok manusia atau tamadun tapi benar bagi semua. Menjadi fungsi ilmu falsafah untuk mengenal apakah yang universal dalam semua tamadun dan agama. Jadi ia bersifat inklusif. Lawannya ekslusif bermakna ada sesuatu yang telah dikeluarkan daripada ilmu itu.

Kemudian Osman menyebut boleh tambah Perkara 3 (tiada dalam slaid) - Kerasionalan ilmu falsafah. Kebenaran itu boleh difahami dan kelihatan rasional bagi akal.

Seterusnya ditambah Perkara 4 - Usefulness of philosophy - Kebergunaan falsafah. Berdasarkan Utilitarianism sahaja ini bermakna berguna, praktikal yang biasanya bersifat kebendaan. Walhal dalam tradisi lain boleh jadi berguna pada jasad, jiwa, akal. Asalkan memenuhi suatu keperluan manusia ia berguna. Tetapi ada yang membataskan pada material sahaja. Ia satu persoalan dalam ilmu falsafah.






1. Ibu ilmu - Pencetus pada ilmu-ilmu lain. Dahulu pada dasarnya agama, falsafah dan sains tidak terpisah - Satu kesatuan.  Kemudian baru berpisah.

Peranan falsafah dalam pembahagian ilmu cukup penting

2. Isu integrasi timbul daripada semasa ke sama. Oleh itu di Indonesia disebut falsafah ilmu bukan falsafah sains.

3. Dalam sejarah falsafah memainkan peranan penting untuk mengilhamkan yang lain. Misalnya Charles Darwin (yang membawa teori evolusi sehingga manusia dikatakan berasal daripada beruk itu) membina kesimpulan bukan sekadar berdasarkan data yang dikumpulkannya tetapi dipengaruhi oleh teori pada zamannya. Ia mempengaruhi kajian empirikal.

Hendak melahirkan teori besar perlu melibatkan falsafah.

4. Bidang falsafah secara rata percaya pada unity of knowledge - Kesatuan ilmu pengetahuan. Di Barat dilihat ada persaingan antara cabang-cabang ilmu tetapi itu khusus pada Barat moden. Einstein tak percaya ini kerana beliau mendokong kesatuan ilmu pengetahuan. Sepatutnya tidak wujud konflik/pertentangan/ketegangan antara ilmu-ilmu.




Falsafah Islam sebagai yang termuda (berbanding Hindu dan Buddha misalnya) boleh memainkan peranan penyatuan. Boleh membantu mengenal pasti apakah unsur-unsur kepunyaan bersama yang ada dalam falsafah-falsafah lain. Osman percaya dengan kebangkitan kesedaran agama semua mahu mengkaji falsafah yang wujud dalam agama masing-masing.

Kenapa ilmu falsafah penting untuk Malaysia? Kerana ditakdirkan ia tempat banyak agama, banyak budaya. Dengan ilmu falsafah dapat dikesan kesamaan lalu menjadi penyatu.



Ketika mendengar bahagian ini masuk Perkara 2 tiba-tiba terlihat ada anjing hitam masuk ke halaman rumah.  Terpaksalah mengambil masa untuk menghalau kemudian membuat sertu pada bahagian laman yang dipijak anjing. Itulah antara cabaran dalam menghadam ilmu di rumah sendiri. Rindu pula sudah lebih setahun tidak menjejakkan kaki di kampus ISTAC di Bukit Tunku, Kuala Lumpur akibat masalah wabak COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia.




Perkara 1 - Disebut belum institusi berkenaan di Malaysia seperti halnya di Barat. Harus ada tempat bernaung bagi semua ilmu,  dapat membawa ahli pelbagai bidang untuk bersama. Kalau Akademi Sains sahaja wujud (seperti sudah ada di Malaysia) seolah-olah membayangkan ilmu-ilmu lain tidak penting. Alangkah baik jika ada satu payung untuk meliputi semua bentuk sains dan cabang ilmu.

Kesimpulannya ilmu falsafah harus dihargai. Universiti harus ada kursus falsafah. Pada peringkat fakulti dicadangkan ada kursus berhubung dengan falsafah. Kalau tiada di fakulti sendiri ambil di fakulti lain. Kalau tiada di universiti sendiri cari di universiti lain.

Kembali pada pemulaan tentang falsafah sebagai cara berfikir. Memandangkan kelemahan cara berfikir pelajar sekarang harus ada kursus falsafah. Walaupun terdapat kursus kreatif thinking dan sebagainya tetapi itu belum sampai tahapnya. Kena belajar cara bagaimana berfikir dengan betul dan secara sistematis supaya memiliki pandangan yang luas. Ilmu falsafah boleh menyumbang pada cara pemikiran, boleh membantu menyelesaikan masalah - Problem solving - Bagaimana hendak menguraikan kebuntuan. Akhir sekali Osman mahu melihat Malaysia maju dalam bidang ilmu, dapat menyelesaikan pelbagai jenis masalah. 




Kalau diikutkan rasa letih dalam menyediakan artikel sambil ada perkara-perkara lain menuntut perhatian dan masa mahu sahaja ditamatkan artikel setakat ini lalu meminta pembaca melihat sendiri video rakaman majlis. Tetapi oleh kerana sudah ditaip terus (ya, ke dalam blogger, ke dalam draf artikel di blogspot) maka biar dikongsikan apa yang sempat ditaip daripada sesi seterusnya iaitu maklum balas oleh dua orang pengulas.

Daripada pengulas pertama, Profesor Dato' Seri Dr Md Salleh Yaapar daripada USM (Univesiti Sains Malaysia) juga felo utama di ISTAC :-

Mula dengan istilah dalam bahasa Greek - Philosophia - Cinta terhadap hikmah. Takrifan sangat penting dalam kehidupan. Tanpa ini manusia akan hidup dalam kegelapan/kesesatan. Fungsi ilmu falsafah sangat besar - Memberikan kemahiran berfikir kritis, analitik, logis, memberikan tindakan tepat dalam setiap detik. Kedengaran amat abstrak. Tetapi kemahiran yang dibina amat nyata dan amat berharga. Kemahiran amat dikehendaki oleh pihak majikan. Lalu graduan dapat memberikan analisis yang tepat, mengenali hujah yang kuat atau lemah.

Diulas tentang ilmu falsafah menyokong kesatuan ilmu. Banyak sub-bidangnya, epistemologi etika, estatika (ini jarang orang tahu ada falsafahnya), falsafah pendidikan, falsafah seni lalu masuk bab kesusasteraan bandingan. Diberikan contoh teks Hayy Ibn Yaqzan yang dihasilkan oleh Ibnu Tufayl sebelum meninggal dunia tahun 1185 M.  Dalam bahasa Inggeris "Son of the Awake". Amat menarik sehingga diterjemahkan terus ke bahasa Latin menjadi philosopher et reductus. (itu yang saya dengar). Orang yang mengajar dirinya sendiri ilmu untuk hidup. Abad ke-18 ditiru bulat-bulat menjadi Robinson Cruseo (novel Barat yang sangat terkenal itu). Walhal ia tiruan daripada Hayy Ibn Yaqzan.

Melalui karya ini Ibnu Tufayl menonjolkan falsafah hidup kendiri - Sebagai bayi ditinggalkan di sebuah pulau lalu dibesarkan oleh kijang. Tidak mengenal manusia, masyarakat dan ajaran-ajarannya tetapi mengenal ajaran Tuhan. Dengan itu dia amat mengenali alam sekitar lalu memahami Tuhan. Tahu Allah itu wujud.  Secara ringkas inilah yang dimaksudkan oleh Osman tadi sebagai kesatuan ilmu. Tanpa masjid, masyarakat dan sebagainya dia dapat mengenal Allah. Faham agama lalu menjadi insan yang kamil.

Dua, dalam keadaan terbuang di pulau tanpa manusia dapat membuat pemerhatian yang dipanggil scientific investigation. Ketiga, dapatan saintifiknya sesuai dengan agama. Karya ini bukan sahaja diminati pada zamannya (zaman kebesaran klasik Andalusia) tetapi terus diterjemahkan ke dalam bahasa Latin lalu ditekuni dunia Barat sehingga mencetuskan apa yang hari ini dipanggil sebagai European Renaissance seterusnya Scientific Revolution. 

Tentang kewajaran universiti ada kursus falsafah, Salleh bersetuju. Paling kurang kursus wajib peringkat universiti. Dapat pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kemahiran analitik, estetika. Paling kurang falsafah hidup.



Daripada pengulas kedua Prof Dr Mohd Hazim Shah daripada UUM (Universiti Utara Malaysia) :-

Mulakan dengan berseloroh kata ini pertemuan orang lama kerana mengenali Osman semasa di UM (Universiti Malaya). Ulasannya - Thought provoking lecture. Provide food for thought.  Seperti dikejutkan daripada slumber walaupun sudah tahu sesetengah perkara kerana mengenali Osman dan tulisan beliau.

Paling menarik kegunaan falsafah pada budaya dan masyarakat Melayu. Perennial Philosophy. Kebenaran tidak dimakan masa, tidak ketinggalan zaman. Seperti dipersembahkan oleh guru Osman sendiri iaitu Syed Hossein Nasr (ketika membuat PhD di Amerika Syarikat tahun 1980an) tentang esotoric dan exotericExoteric  bersifar luaran lalu berlainan. Esoteric bersifat dalaman lalu ada pertemuan.

Falsafah memberi ruang untuk dialog antara budaya dan agama. Hazim sendiri ada mengajar kursus falsafah, sekarang di UUM. Ada diajar metafizik, epistemologi, etika. Paling menarik comparative philosophy. Bukan sekadar falsafah Barat dan Islam tetapi falsafah Timur. Pelajar datang daripada pelbagai latar belakang. Perbincangan boleh diadakan secara terbuka dan rasional. Tidak seperti di luar yang banyak sekatan. 

Jelas kegunaan falsafah kerana membenarkan perbincangan intelektual dengan keterbukaan yang tidak mungkin dalam bidang lain. Ini sesuatu yang sihat, harus diteruskan. Kepentingan di negara kita kerana tidak dapat lari daripada hal pelbagai budaya dan agama. Boleh digunakan ilmu falsafah yang sudah ada tradisi ribuan tahun. Diajarkan di kelas kewajaran falsafah Timur. Barat berdasarkan pemikiran analitik menolak gelaran falsafah bagi falsafah Timur. Katanya cuma kata-kata hikmah, bukan analytical thinking. Fahaman Eurocentric ini tidak harus diterima. Di Barat sendiri banyak aliran falsafah yang bukan berdasarkan pemikiran analitis. 

Selain daripada itu yang Hazim anggap sebagai masalah intra-budaya adalah cabaran oleh moderniti. Ini merentas semua kaum dan budaya di Malaysia. Kita gunakan falsafah untuk menentukan jati diri suatu tamadun atau bangsa. Kalau tamadun Barat misalnya asasnya falsafah pemikir Barat seperti Plato, Aristotle dan Kant (pemikir Jerman abad ke-18 Masihi). Dalam tamadun Islam ada Al-Ghazali.

Tiba-tiba terdengar bunyi hujan turun lalu kena keluar rumah angkat pakaian basuhan yang disidai. Bila duduk kembali di hadapan komputer kedengaran Hazim menyebut  kita masih bergantung pada pemikir-pemikir luar. Pemikir dalam tak ramai, mungkin seperti (Tan Sri) Prof Syed Naquib dan Prof Osman. 

Rumusan ringkas beliau - Apa yang telah diketengahkan oleh Osman adalah permulaan penting. Harap APM dapat meneruskan usaha sebegini.  Rumusan oleh moderator - Semacam bertautlah ulasan (dua orang pengulas) dengan apa yang diperkatakan Osman. Sila ikuti rakaman video di sini.

HIKMAH nombor 22

$
0
0

Artikel berikut merupakan yang ke-2,222 di blogspotCATATAN MERAH SILU. Lebih istimewa ia dipaparkan tepat pada jam 22.22 tarikh 22/02/2022 tadi. Ia melibatkan HIKMAH. Maka biar disalin ke sini untuk membentuk artikel pertama blogspot HIKMAH bagi tahun 2022 merangkap artikel ke-399 secara keseluruhan. Setelah hampir setahun blogspot tidak dikemaskinikan.


-----------


Salam semua. Pada ketika ini saya dan keluarga sedang berada di suatu tempat di negeri Perak. Asalnya mahu bermalam di kampung asal bapa iaitu Batak Rabit di Teluk Intan. Di rumah ibu saudara, dekat masjid lama Batak Rabit yang didirikan dalam tanah wakaf keluarga, di sebelah kawasan pemakaman khas untuk darah daging sahaja. Tetapi keluarga ibu saudara pula kena Covid lalu harus membuat kuarantin.

Sekadar memberitahu. Di Batak Rabit itulah terdapat tapak kota lama Melayu yang gambarnya sangat terkenal dalam sejarah Malaysia dan Tanah Melayu. Gambar menunjukkan Sultan ke-26 Perak, Sultan Abdullah (yang dibuang ke Pulau Seychelles tahun 1877) diapit sejumlah pembesar Melayu (termasuk moyang saya Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin) dan pengikut mereka juga beberapa pegawai British. Kami ke Perak setelah membuat perjalanan ke Kedah petang Ahad 20 Feb. Ada artikel khas mahu dihidangkan pada 22 Februari. Isinya telah disediakan lebih awal tetapi mahu dipaparkan pada jam 22:22


Merujuk pada artikel ke-2,220 iaitu  Dari majlis perkahwinan ke masuk tahfiz ke perbincangan tentang keadaan negara yang ditulis 13 hari lalu. Pada penghujung cerita ada dinyatakan bahawa saya bercadang untuk mengeluarkan artikel ke-2,222 pada tarikh 22 Februari 2022 (22/2/22, juga boleh ditulis 22/02/2022) dengan sesuatu yang melibatkan nombor 2 juga 22. 

Tepat 2 tahun lalu iaitu pada tarikh 22 Februari 2020 (22/02/2020) saya telah melaksanakan acara ke-22 ilmu atas nama HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman) di tempat menyambung pengajian peringkat pasca-siswazah iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Lihat artikel Acara kedua puluh dua HIKMAH di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam), Kuala Lumpur 22 Februari 2020 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Esoknya kerajaan Pakatan Harapan yang kelihatan agak pro bukan Melayu dan bukan Islam jatuh selepas hampir 22 bulan mentadbir negara. Lihat laporan akhbar Berita Harian -  PH hilang majoriti jadi Kerajaan Pusat

Kurang sebulan selepas itu iaitu pada 18 Mac pula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi membendung wabak virus Covid-19. Maka itu jangankan hendak mengadakan acara... nak keluar lebih 10 km dari rumah pun tak boleh buat beberapa lama. Apapun lihat berapa kali nombor 2 juga 22 muncul dalam perenggan tadi. Lebih penting adalah apa yang mahu diluahkan seterusnya.

Pernah satu ketika selepas beberapa lama menganjurkan acara-acara HIKMAH seorang kawan aktivis yang baru mendapat tempat di sebuah muzium negeri bagi menjalankan perniagaan barangan warisannya menawarkan kepada saya tempatnya sebagai pusat HIKMAH. Kelihatannya beliau berfikir disebabkan tidak ada tempat sendiri maka saya mengadakan acara HIKMAH di bermacam-macam tempat dan negeri. Saya menolak dengan baik. Jawab saya kami tidak memerlukan tempat. Kalau perlu di rumah saya sendiri dah boleh buat. Sebaliknya kami sengaja membuat acara di bermacam lokasi untuk menarik minat masyarakat terhadap usaha mahu mendaulatkan agama, bangsa dan negara selain menolong menaikkan nama tempat-tempat.

Ini mengingatkan bagaimana ada persatuan suatu sukan tradisional bergerak atas nama kebangsaan. Tetapi yang dianjurkan asyik-asyik acara di tempat sendiri, bukan menolong mengangkat tempat-tempat lain yang menganjurkan sukan sama walaupun diterajui oleh ahli. Kelihatannya persatuan digunakan untuk mengangkat nama dan tempat sendiri sahaja. Ahli-ahli yang dikumpul ramai itu cuma alat untuk menghalalkan kewujudan persatuan sambil mendapatkan peruntukan bagi menampung keperluan tempat dan individu.

Kami di HIKMAH tidak pernah mengumpulkan dana mahupun mendapatkan peruntukan. Yang kami dapat adalah bantuan secara sukarelawan bagi menjayakan acara. Namun saya lihat ramai rupanya tak percaya tentang gerak kerja kami. Ini kerana realitinya ramai yang menggunakan persatuan juga acara bagi mendapatkan duit juga menaikkan nama. Tidak masuk akal ada orang seperti saya mahu bersusah payah berbuat semua ini tanpa apa-apa kepentingan duniawi.

Memikirkan ini ada baiknya tidak lagi dibuat apa-apa acara HIKMAH selepas yang ke-22 itu. Sebetulnya sudah banyak kali pun saya hendak berhenti daripada mengadakan acara atas sebab sama. Tapi tengok-tengok timbul desakan dalaman selain permintaan orang agar meneruskan usaha.

Pada ketika ini saya masih lagi dibelenggu masalah belum dapat menyiapkan penulisan tesis di ISTAC lalu tidak akan memberatkan kepala tentang HIKMAH dan acara. Permintaan untuk mengadakan? Tetap ada. Kerana ramai masih menyayangi HIKMAH dan meminta. Pada masa yang sama sudah terdapat banyak kumpulan boleh mengadakan acara serupa atau sedemikian dengan lebih hebat dan teratur. Buat apalah hendak memenatkan diri buat acara? Lagipun kan cantik sudah ada 22 kali acara HIKMAH? Buat apa hendak ditambah jumlah? Bukan dapat apa-apa kelebihan duniawi pun...

Hmm. Tak mengapalah. Lihat nanti bagaimana. Yang penting selesaikan dahulu apa yang belum beres di hadapan mata. Dengan ini cukuplah luahan. Sebagai mengakhiri artikel biar diletakkan pautan bagi artikel-artikel ke-2, ke-22 dan ke-222 di blogspots saya :-



Blogspot CATATAN SI MERAH SILU

Artikel ke-2 - Mukadimah: Kenapa Berpetualang? (ditulis pada 12/11/2006)

Artikel ke-22 - Pengalaman di Tanjung Pura (ditulis pada 5/12/2006)

Artikel ke-222 - Salam daripada Tangkak/Ledang (ditulis pada 7/1/2008 merangkap artikel pertama blogspot bagi tahun itu)



Blogspot BERPETUALANG KE ACEH

Artikel ke-2 - Lamenting a lost  (ditulis 10/11/2006)

Artikel ke-22 - The Zionist Conspiracy (ditulis 8/12/2006)

Artikel ke-222 - My favourite place of hang-out in Pulau Besar, Melaka (ditulis 21/7/2008)

Yang ini pula ada sedikit kena mengena dengan aturan nombor - My latest trip to Janda Baik and the number 22222! (ditulis 24/7/2008)



Blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)

Artikel ke-2 - Masjid Batak Rabit (Batak Rabit Mosque) (ditulis 19/11/2006)

Artikel ke-22 - Bertandang ke makam diraja Langgar, Kedah (A visit to the royal mausoleum at Langgar, Kedah) (ditulis 14/4/2007)

Artikel ke-222 -  Nombor 222 dan seni ukir Melayu (The number 222 and Malay art of carving) (ditulis 24/4/2--0)



Blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)

Artikel ke-2 -  Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) (ditulis 31/10/2012)

Artikel ke-22 - Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu - Faktor Aceh dan sokongan kerajaan Melaka (ditulis 29/11/2012)

Artikel ke-222 - Tanjak baru untuk HIKMAH Janda Baik (ditulis 18/1/2016)



Semarak Cinta Watan : Menjejaki Permata Tuah

$
0
0

Salam. Satu perkongsian daripada hujung minggu baru ini...




Ini adalah poster bagi majlis yang diadakan di Melaka pada siang Ahad 6 Mac 2022. Saya telah diundang untuk bersama sebagai seorang perserta istimewa.



Sampai masanya  iaitu pada pagi 2 hari lalu saya pun datang dan bersama isteri dan seorang anak berumur 10 tahun.




Sebelum itu kami telah menginap 3 malam di rumah ibu bapa saya di Muar. Memang perjalanan balik kampung itu dirancang agar kemudian dapat menghadiri acara di Melaka.




Kami sampai sejam lewat daripada waktu majlis dijadualkan bermula iaitu 9 pagi. Sampai sahaja ke pintu masuk dewan majlis saya terus dibawa dan ditunjukkan ke satu kerusi di bahagian hadapan.







Kami sampai ketika sesi perkongsian ilmu tentang Hang Tuah baru hendak dimulakan. Itulah yang sebenarnya kami hendak kejar. Yang terlepas  adalah sesi perasmian diikuti perkongsian tentang Silat Gayong. Ia dikatakan warisan pahlawan Melayu tersohor dahulukala Laksamana Hang Tuah yang menerajui barisan pertahanan Kesultanan Melaka lebih 500 tahun lalu. 

Perasmian dibuat oleh Major Mohd Rahim Osman mewakili YB Datuk Seri Mohd Redzuan, Imam Khalifah Lembaga Beradat PSGSM (Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia) bagi negeri  Melaka merangkap Ahli Parlimen Alor Gajah. Berkongsi tentang Silat Gayong adalah  Datuk Seri Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, Waris Amanah Mahaguru PSGSM juga seorang pakar perlembagaan negara.




Majlis dianjurkan oleh Akademi Watan, Akademi Akar, Gabungan Mi'raj, Akademi Perantara dan beberapa pihak lain. Ia bertujuan  untuk memperingati jasa dan sumbangan Laksamana Hang Tuah serta mengambil iktibar daripada keunggulan dan kehebatan beliau. Dalam hal ini saya meminjam kata-kata rakan seperjuangan, Tun Suzana Osman yang merupakan antara individu utama bertanggungjawab menjayakan majlis. Beliau menyatakan Hang Tuah sebagai seorang ikon pahlawan Melayu silam yang terunggul dan hebat, terhormat, pintar, berkebolehan, berilmu, bijaksana, berhikmah dan diplomat yang cemerlang sehingga menjadi simbol kegemilangan bangsa Melayu sejak  turun temurun.




"Penghayatan kepada sumbangan serta jasa besar al-Marhum Dato’ Laksamana Hang Tuah dalam memikul amanah sebagai hulubalang, pembesar kerajaan dan diplomat sebuah kerajaan Melayu yang gemilang dan terbilang, diharap dapat dijadikan teladan kepada semua ’pemegang taruh’ di negara tercinta ini, serta digembleng usaha membangunkan generasi Melayu yang bersahsiah, bertaqwa, berintegriti dan berwibawa, melalui agenda pengukuhan jati diri watan, bukan sahaja sebagai benteng ampuh dalam menyikapi pelbagai cabaran serta ancaman sosio-politik-budaya tanah air masa kini, malahan demi membangkitkan kembali kecemerlangan peradaban umat Islam," kata Suzana dalam message WhatsApp yang dihantar kepada beberapa grup berkenaan selepas majlis selesai. Sekarang pergi pada perkongsian saya sendiri tentang majlis...




Majlis diadakan secara hybrid iaitu ada penyertaan secara fizikal di lokasi majlis, ada melalui talian Internet lalu dipancarkan dari tempat lain kerana tidak dapat muncul secara fizikal atas sebab-sebab tertentu. Rupa-rupanya perkongsian tentang Silat Gayong oleh Wan Ahmad Fauzi juga dilakukan secara atas talian. Masuk pembentangan ilmu tentang Hang Tuah, panelis pertama iaitu Prof Emeritus Dato' Dr Hashim Musa bercakap secara atas talian juga.

Beliau membuka dengan menceritakan penemuan-penemuan yang dibuat bersama panelis pertama iaitu Prof Madya Dr Rohaidah Kamaruddin apabila mencari jejak Hang Tuah ke Kepulauan Ryukyu di Jepun beberapa tahun lalu. Inilah yang kemudian membentuk isi buku berkenaan. Buku tersebut telah saya ulas lebih 6 tahun lalu. Pembentangan serupa, oleh dua orang ahli panelis yang sama pernah diikuti sekurang-kurangnya sekali iaitu pada awal tahun 2017. Lihat artikel  Buku "Hang Tuah : Catatan Okinawa" diikuti Wacana mengenai kewujudan Hang Tuah di UPNM.




Disebabkan itu saya sudah hadam tentang penemuan-penemuan tersebut diikuti penemuan di India iaitu di tapak pusat kerajaan lama Vijanagara (sudah dijadikan buku tetapi saya tidak memilikinya). Ini kerana selain sudah membaca buku juga mengikuti majlis penemuan-penemuan tersebut sudah beberapa kali keluar dalam surat khabar juga disebarkan lalu dibincangkan merata di media sosial. Terbetik dalam hati,  yang belum keluar atau sekurang-kurangnya belum dijadikan buku adalah jejak Laksamana Hang Tuah di Turki. Ini ada disebut dalam kitab "Hikayat Hang Tuah". Namun jika belum ditemukan bukti secara akademik ia boleh dianggap khayalan orang Melayu kerana tidak dapat tidak diakui bahawa hikayat mengandungi terlalu banyak perkara mitos untuk diambil secara serius sepenuhnya.

Ini boleh dilihat dengan nyata kalau dibaca secara saksama mengambil kira tata cara akademik. Walaupun hikayat harus mengandungi fakta yang boleh dipertanggungjawabkan secara ilmiah namun hal seperti raja yang sama menjadi pemerintah daripada zaman purba Bukit Siguntang sehinggalah ke zaman Melaka hampir jatuh ke tangan Portugis menjadikan ia memang jelas bercampur khayalan. Sedangkan ini meliputi tempoh masa sekurang-kurangnya 200 tahun. Rujukan lebih ilmiah seperti kitab Sulalatus Salatin (lebih dikenali sebagai Sejarah Melayu) menunjukkan sudah terdapat ramai raja memerintah dalam selang waktu itu. 

Apapun pembentangan panelis kedua iaitu Rohaidah dibuka dengan hubungan Turki Uthmaniyah-Melaka. Ia seolah-olah mahu menjawab apa yang terbetik dalam hati saya. Disebutlah bahawa Sultan Muhammad Al-Fateh yang menakluki kota Konstantinople (kemudian ditukar nama menjadi Istanbul) tahun 1453 ada menghantar surat kepada Sultan Melaka mengundang wakil datang untuk meraikan kemenangan besar umat Islam itu.. Untuk makluman penaklukan tersebut telah diramalkan oleh Nabi Muhammad SAW lebih 800 tahun lebih awal. Biar ditambah sedikit fakta yang tidak dinyatakan oleh pembentang. 

Diriwayatkan bahawa ketika menggali parit untuk persediaan dalam peperangan Khandaq baginda bersabda :"... Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera...". Akibat penaklukan tersebut Empayar Kristian Rum jatuh. Untuk pengetahuan sarjana Barat selalu menyebutnya sebagai Rum Timur kerana Rum Barat sudah lebih awal jatuh akibat perpecahan dalaman. Empayar Rum terdahulu pula berpecah dua menjadi Rum Timur (berpusat di Konstantinople) dan Rum Barat (berpusat di Rome, Itali) pada abad ke-3 Masihi kerana sudah menjadi terlalu besar lalu perlu ditadbir daripada dua pusat selain memenuhi keinginan waris-waris yang mahu menjadi maharaja. Semasa Nabi Muhammad SAW hidup abad ke-7 Rum Barat telah dua abad runtuh. Maka itu apabila mereka dan sezaman menyebut Rum ia merujuk pada Rum Timur.

Rohaidah menyebut bahawa Hang Tuah datang ke Istanbul pada tahun 1454. Ketika itu Laksamana Melaka itu berumur 22 tahun, Sultan Al-Fateh berumur 23 tahun. Katanya lagi Sultan telah menyatakan pandangan tinggi baginda terhadap bangsa Melayu dan peranan umat di sebelah sini untuk akhir zaman. Sehingga dikatakan Nabi Muhammad SAW amat sayang pada umat Melayu yang berada di Timur dunia itu.

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang kewujudan surat berkenaan yang katanya ada dalam simpanan perpustakaan diraja di Istana Buckingham, London. Ini kerana ada yang menyangkal. Katanya kewujudan surat dan isi kandungan dibuat-dibuat oleh pihak tertentu. Sebagai seorang pengkaji saya harus mengambil singkap skeptik selagi belum disuakan bukti yang boleh disahkan di hadapan mata. Sepanjang lebih 20 tahun berkecimpung dalam pengkajian sejarah termasuk di lapangan saya telah melihat ramai pihak mengemukakan bukti palsu atas tujuan tertentu. Kita tidak boleh terlalu teruja sehingga terikut sahaja arus dakwaan sesiapa walau sayangkan Melayu.




Pembentangan dibuat secara bergilir-gilir antara Hashim dan Rohaidah dalam 3 sesi. Sesi kedua dibuka dengan Hashim bercakap tentang apa yang disenaraikannya sendiri sebagai 8 sifat utama patut dicontohi daripada peribadi Hang Tuah. Rohaidah pula ada menyebut tentang projek untuk membina replika kapal Mendam Berahi yang pernah digunakan Laksamana dalam beberapa pelayarannya. Katanya mahu diletakkan di kuala Sungai Melaka, insyaallah pada tahun ini juga. Selesai pembentangan naik Walid Ibrahim al Malik yang merupakan pembimbing rohani bagi ramai pihak terutama sejumlah NGO yang aktif mengangkat isu-isu kedaulatan Melayu dan Islam. Beliau menonjolkan sifat keagamaan Hang Tuah yang menunjukkan kefahaman Tauhid yang tinggi sebagai tunjang utama umat Melayu yang patut dihidupkan kembali.



Rakaman keseluruhan majlis ada dibuat oleh TV Sufi. Sila dilihat di sini. Selepas majlis selesai lalu diikuti makan tengah hari diadakan pula sesi khas perbincangan atau muzakarah Walid bersama para peneraju NGO Melayu dan mereka yang berminat. Dalam sesi ini beliau memberitahu tentang usaha untuk merawat orang Melayu yang bermasalah tetapi tidak mahu memperbesarkan sangat permasalahan juga perbezaan antara semua. Sebaiknya biar ditekankan pada persamaan dan mencari jalan penyelesaian untuk membina kembali keunggulan bangsa.

Saya juga diminta berkongsikan fikiran lalu isteri dan seorang kawan ada merakamkannya. Lihat rakamannya di sini dan sini. Cukuplah perkongsian tentang majlis ya. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke-400 di blogspot HIKMAH.


Majlis Srikandi Cinta Watan 2022

$
0
0

 Salam. Sedikit perkongsian daripada satu acara semalam.



Lebih seminggu lalu isteri telah menerima hebahan tentang majlis yang terpapar dalam poster atas. Beliau telah diajak menyertai sebagai seorang tetamu istimewa lalu meminta saya menemani.



Pagi Ahad 20 Mac 2022 kami pun ke lokasi majlis iaitu Malakat Mall di Cyberjaya.




Kami sampai sekitar jam 11.10. Ketika itu sesi pembentangan ilmu sudah bermula.




Pembentangan dalam bentuk forum diberikan tajuk atau tema "Jati Diri Emas Pencetus Kebangkitan Srikandi Cinta Watan". Ia memang dikhaskan bagi kaum wanita.




Mula sekali membentang adalah Profesor Dr Zafarina Zainuddin, pengarah Pusat Penyelidikan Biokimia Analisis di USM (Universiti Sains Malaysia). Membentang secara virtual atau atas talian beliau membawa tajuk "Menjejaki Rahsia DNA Asal Usul Bangsa Melayu".






Pembentang kedua Tun Suzana Othman pula sepatutnya membentang tajuk "Jati Diri Emas Pencetus Kebangkitan Cinta Watan" secara fizikal atau berhadapan. Tetapi muncul masalah suatu masalah berkenaan kesihatan lalu harus membentang secara atas talian juga.




Oh. Secara rasminya mereka dipanggil sebagai pembicara. Menurut poster dan atur cara pembicara ketiga adalah Puan Zaharah Hatan @ Kak Long Zara. ketua Dewan Srikandi DSSM (Persatuan Dunia Seni Silat Melayu) Malaysia. Tengok-tengok naik dua orang lagi bersama.

 


Sesi mereka lebih merupakan perkongsian secara berbicara terus tentang isu-isu untuk membangkitkan semangat kaum Hawa...




Selepas itu diadakan persembahan silat oleh para pesilat perempuan...







Kemudian dibuat demonstrasi memanah di luar tetapi boleh diikuti melalui paparan layar dalam pusat membeli belah.







Sebetulnya ada lagi perkara dikongsikan di celah-celah apa yang saya ceritakan juga selepasnya. Sila tonton video di atas.



Webinar logam berharga pada pagi Ahad 12 Jun 2022

$
0
0

Assalamualaikum semua. Sudah lebih dua bulan blogspot ini tidak dikemaskinikan. Tiada berita daripada bulan puasa Ramadhan yang sudah berakhir lebih sebulan lalu juga daripada bulan raya Syawal yang baru sahaja berakhir kurang seminggu lalu. Sekarang biar dikongsikan tentang satu acara yang telah dirancang sejak penghujung Mac lalu. Sebulan selepas itu iaitu pada 23 April baru ditetapkan isi butiran acara dan tarikh ia mahu diadakan iaitu pada pagi Ahad 12 Jun.



Ini adalah poster promosi bagi acara. Ia mula dibuat pada 24 April lalu diubah beberapa perkara sebelum mendapat rupa yang kelihatan pada 18 Mei. Sebelum ini poster memaparkan tiga orang ahli panel. Tetapi seorang daripada mereka kemudian memberitahu tidak dapat bersama pada tarikh 12 Jun kerana muncul hal tertentu.

Selepas itu poster memaparkan dua orang ahli panel sahaja berserta tarikh Hijriah 13 Zulkaedah 1443. Ini kerana itulah yang disangkakan bersamaan dengan 12 Jun 2022 ketika itu. Apabila mendapat kepastian bahawa Syawal tahun ini berlanjutan sehingga hari ke-30 iaitu pada 31 Mei baru mendapat barulah ditukarkan 12 Jun 2022 adalah bersamaan 12 Zulkaedah 1443.

Bermula 20 Mei, poster yang ada telah diwar-warkan dengan teks berikut melalui Facebook dan WhatsApp :-


WEBINAR DINAR DIRHAM ANJURAN HIKMAH 12 JUN 2022

Salam semua. Dimaklumkan bahawa HIKMAH dengan kerjasama beberapa pihak akan mengadakan  satu Webinar tentang dinar dirham pada pagi Ahad 12 Jun 2022 jam 10 hingga 12 tengah hari. Penyertaan adalah terbuka dan percuma kepada semua. Peserta yang mendaftar akan diberikan sijil. Sila daftar melalui pautan ini. https://forms.gle/T6fwnPGtk9svMwYz6

Webinar boleh diikuti melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=e50vD9yrKR8. Jangan melepaskan peluang untuk menggali satu ilmu yang sangat penting untuk umat Islam dalam menghadapi cabaran akhir zaman.


Di atas adalah contoh bagi sijil yang akan diterima mereka yang mendaftar. Diingatkan bahawa walau sudah mendaftar sebelum tarikh acara peserta perlu mendaftar lagi sekitar waktu acara bermula jam 10 pagi Ahad 12 Jun sebagai bukti kehadiran. Untuk pembaca blogspot ini boleh klik sini untuk pendaftaran. Untuk mengikuti acara di Youtube pula sila klik sini.


Rumah terbuka dan karnival pembangunan komuniti budaya dan warisan bersama Walid Ibrahim Al Malik

$
0
0

Salam malam 14 Zulkaedah 1443 Hijriah. Ada perkongsian daripada hujung minggu lalu.



Sejak 2 minggu kebelakangan timbul poster atas di media sosial terutama di Facebook dan WhatsApp.




Atur caranya sepanjang siang Sabtu 11 Jun 2022 kelihatan begitu menarik. Sedangkan ramai yang terlibat termasuk peneraju majlis, seorang ulamak Sufi yang dikenali sebagai Walid Ibrahim Al Malik adalah kawan-kawan dan kenalan saya dalam dunia NGO dan aktivisma busana, persilatan serta usaha-usaha kedaulatan orang Melayu.




Pun begitu asalnya saya tidak mahu pergi. Lokasi majlis di Putrajaya 70 km terasa agak jauh sedangkan saya mahu memberikan tumpuan pada dua majlis yang mana saya menjadi penerajunya pada keesokannya Ahad 12 Jun.




Namun ada orang lain seperti memujuk datang melalui isteri. Tiga orang kawan kami dalam dunia aktivis masing-masing menghantar WhatsApp kepada isteri meminta kami datang. Memandangkan acara pertama diterajui saya iaitu pada pagi Ahad akan berlangsung di Kelana Jaya, 44km ke selatan rumah isteri pun mencadangkan apa kata pergi ke Putrajaya kemudian bermalam di hotel sekitar Kelana Jaya. Dari situ boleh ke acara pertama kemudian selepas itu ke acara kedua, di tengah bandar raya Kuala Lumpur.



Kami pun mencari dalam talian. Tengok-tengok ada hotel murah yang cukup selesa cuma 1.6 km sahaja dari lokasi acara di Kelana Jaya. Ngam-ngam tinggal satu bilik. Kami pun tempah. Dengan itu dapatlah bergerak dengan senang hati ke lokasi majlis hari Sabtu di Putrajaya Mall, dalam satu bahagian Putrajaya yang kami belum pernah sampai sebelum ini.




Kami sampai sedikit lewat iaitu pada jam 11.50. Kelihatan ia begitu meriah...




Dapat dilihat ramai yang datang berbusana tradisional Melayu atau berbaju Melayu. Suasana adalah seperti pada rumah terbuka hari raya.




Pelbagai jenis makanan dan minuman disediakan secara percuma, hadirin boleh ambil pada bila-bila masa. Sambil itu berjalan pelbagai jenis acara di atas pentas.




Gambar ini diambil pada jam 12.43 dari atas pentas.




Ketika itu saya diminta untuk bersama dif-dif kehormat untuk sambutan Maulidur Rasul...










Selesai itu kami turun makan bersama Walid.




Setelah beberapa lama saya meminta diri untuk berjalan-jalan melihat suasana...







Jam 2.30 saya ke arah pentas untuk kembali menyertai acara-acara rasmi lalu diminta duduk di sebelah Walid...




Adapun majlis ini memiliki beberapa sesi cabutan bertuah di mana hadirin yang nombornya dipanggil akan menerima hadiah. Saya diminta untuk membuat cabutan bagi 10 nombor terakhir.




Penghujung majlis, sejumlah kami diminta menjadi orang terawal bergambar dengan Walid sebelum yang lain dapat bersama kumpulan demi kumpulan. Adapun beliau memiliki ramai anak murid di seluruh Malaysia. Majlis ini menjadi teristimewa kerana ia adalah hari terakhir Walid menunjukkan muka kepada umum. Sebelum ini belum pernah menyepikan diri selama belasan tahun sebelum keluar dari uzlah  penghujung tahun 2021 lalu terlibat memberikan ceramah atau hadir pada majlis-majlis keramaian. Setelah 6 bulan beliau mahu kembali menyepikan diri. Pun begitu orang-orangnya ramai mewakili untuk membuat kerja-kerja akhir zaman demi umat Melayu dan Islam insyaallah.

 

Webinar pertama HIKMAH melibatkan dinar dirham berjaya!

$
0
0

OK. Bersambung daripada artikel Rumah terbuka dan karnival pembangunan komuniti budaya dan warisan bersama Walid Ibrahim Al Malik.



Pagi Ahad 12 Jun 2022 saya bergerak seorang diri ke lokasi acara pertama diterajui saya bagi hari itu iaitu di Kelana Jaya, dari hotel yang terletak cuma 1.6 km dari situ.



Sementara itu isteri dan anak berehat sahaja di hotel. Saya sampai ke tempat ini yang merupakan rumah anak seorang kawan tetapi dijadikan studio sementara untuk acara sekitar jam 9.




Dengan itu artikel Webinar logam berharga pada pagi Ahad 12 Jun 2022 yang disiarkan pada 6 Jun lalu pun dirujuk. Acara berkenaan dijadualkan bermula jam 10 pagi itu.




Dipendekkan cerita acara yang merupakan Webinar pertama HIKMAH melibat dinar dan dirham berjaya diadakan dengan jayanya. Ikuti rakamannya dalam video atas. Adapun beberapa minit terawal sebenarnya adalah 'filler' sebelum acara bermula. Untuk terus ke acara pergi ke minit 9:31.

Cuma rupanya ada sedikit masalah suara yang ditangkap lalu dipancarkan kepada umum di Youtube tidak begitu jelas. Hal ini baru disedari setelah acara berjalan buat beberapa lama lalu masa yang sesuai pun dipilih untuk membuat paparan iklan tidak dirancang (pada minit 26:50 dalam rakaman) untuk mengubah kedudukan microphone bagi mengatasi masalah.




Bergambar selepas acara selesai jam 12.40. Adapun acara dijadualkan tamat jam 12 tetapi terlajak 40 minit lalu isteri saya sampai dengan anak dari hotel dengan menaiki Grab... sedangkan rancangan asal adalah untuk mengambil mereka di hotel sebelum membawa ke acara kedua diterajui saya bagi hari itu. Tentang acara kedua itu akan dipanjangkan dalam blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Untuk makluman artikel tentang Webinar ini merupakah artikel ke-404 di blogspot HIKMAH.


Pemenang dirham Webinar logam berharga HIKMAH

$
0
0

Salam hari Sabtu malam Ahad 26 Zulkaedah 1443 Hijriah. Merujuk pada artikel Webinar logam berharga pada pagi Ahad 12 Jun 2022 yang disiarkan pada 6 Jun lalu diikuti artikel Webinar pertama HIKMAH melibatkan dinar dirham berjaya! seminggu selepas itu. Ini kesinambungannya.



Adapun Webinar yang telah selamat berlangsung pada pagi hingga tengah hari Ahad 12 Jun telah menyaksikan beberapa soalan dikemukakan kepada mereka yang mengikutinya melalui Youtube. Mereka yang menjawab dengan betul layak mendapat dirham yang disumbangkan oleh orang-orang tertentu, misalnya sumbangan1/2 dirham sebanyak 2 keping daripada saudara Andak...




Hadiah juga diberikan kepada mereka yang mengambil masa untuk mengemukakan soalan baik melalui ruangan komen di Youtube mahupun panggilan terus ke studio (lihat sini). Di atas adalah dirham yang disumbangkan oleh saudara Zuhdi sebagai hadiah.




Sebetulnya orang paling bertanggungjawab untuk memastikan kelancaran kejayaan Webinar adalah saudara Hazrin Marjan. Beliau yang mencadangkan agar HIKMAH mengadakan acara tetapi mengatur segala keperluan logistik di balik tabir tanpa menonjolkan diri...




Beliau juga yang mencadangkan agar diberikan hadiah kepada peserta lalu mencari penyumbang.




Kemudian beliau pula yang mencari alamat rumah setiap pemenang agar hadiah dapat disampaikan melalui pos.




Alhamdulillah. Tidak lama kemudian sampailah hadiah kepada para pemenang.




 Ini adalah saudara Muhd Suffian bersama hadiahnya...




Puan Fathiyah bergambar bersama hadiah dan suami...




Saudara Faizal Zulkifli...




Puan Nor Izzah..




Pemenang paling bertuah adalah Cikgu Farouk. Beliau mendapat 6 dirham jenama Al Asr (sekeping syiling 5 dirham dan sekeping 1 dirham).



Puan Suraya bersama hadiah beliau. Dua orang pemenang lagi iaitu saudara Ahmad Wafie dan saudari Anis memilih untuk mengambil sendiri hadiah di rumah kawan yang terlibat dalam Webinar. Jadi tiada gambar.


Majlis apresiasi filem Mat Kilau dan makan tengah hari di Putrajaya

$
0
0

Salam. Perkongsian daripada satu majlis dua dalam satu di Putrajaya siang semalam...



Seminggu lalu saya dan isteri telah menerima undangan untuk menghadiri acara seperti dalam poster. Pihak yang mengundang adalah Persatuan Dunia Seni Silat Melayu (DSSM) Malaysia. Kami suami isteri selalu menghadiri acara-acara anjuran mereka dan begitulah sebaliknya. 

Akhir sekali kami menghadiri majlis mereka adalah pada 16 hari lalu. Lihat artikel Dari ISTAC ke KLCC ke Selayang untuk acara-acara keMelayuan di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Kali terakhir mereka menghadiri majlis kami pula adalah hampir dua setengah tahun lalu. Lihat Acara kedua puluh dua HIKMAH di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam), Kuala Lumpur 22 Februari 2020. Selepas itu HIKMAH belum mengadakan apa-apa acara kecuali secara on-line, itupun baru dua kali setakat ini. Lihat artikel-artikel berikut :-








Pun begitu saya dan isteri selalu berhubung dan berbincang dengan orang-orang kuat DSSM terutama tentang hala tuju perjuangan anak Melayu. Rumah kami selalu menjadi persinggahan untuk kawan-kawan seperjuangan berehat sambil bertukar-tukar cerita...



Walaupun sudah menonton filem Mat Kilau bersama anak-anak (lihat Dari ISTAC ke KLCC ke Selayang untuk acara-acara keMelayuan) apa salahnya pergi sekali lagi? Apatah lagi bersama ramai kawan-kawan dan kenalan dalam dunia persilatan. Maka sampai masanya  kami pun bergegas ke lokasi iaitu di Kompleks Alamanda di Putrajaya pagi Ahad 17 Julai 2022 iaitu semalam.




Sebuah panggung memuatkan kira-kira 300 orang telah ditempah khas untuk kami. Rakan-rakan persilatan boleh dikatakan datang dari seluruh pelusuk tanah air...




Tidak lama kemudian muncullah tetamu kehormat YB Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal. Beliau yang asalnya merupakan seorang ahli fikir muda yang sering terlibat dengan wacana-wacana keilmuan Islam telah diangkat menjadi Senator lalu menjadi Timbalan Menteri selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pertengahan tahun 2018. Dahulu beliau adalah Timbalan Menteri Sukan. Kini sudah dijadikan Timbalan Menteri Perpaduan.



Seorang lagi VVIP yang disebut akan menghadiri majlis adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Namun beliau tidak muncul bagi tayangan filem tetapi untuk sesi petang makan-makan di Hotel Everly yang terletak hampir bersebelahan Alamanda.







Maka bergeraklah kami masuk ke panggung wayang...




Tengok-tengok majlis diberi nama rasmi lain pula iaitu Majlis Silatulrahim Pendekar...




Perubahan baru dimaklumkan siang itu. Sebelum itu kami cuma diberitahu ia adalah majlis apresiasi filem Mat Kilau dan makan tengah hari di Putrajaya bersama VVIP, katanya bersama menteri. Tetapi tidak diberitahu siapakah VVIP tersebut. Mungkin untuk mengelakkan bias kecondongan dalam berpolitik yang sering memecahbelahkan anak Melayu...




Sebagai penggiat warisan saya dan ramai lagi yang memimpin persatuan-persatuan berkenaan telah mengambil pendirian tidak condong kepada mana-mana parti politik. Yang penting adalah perjuangan demi Melayu dan Islam. Kami sedia untuk bersama sesiapa sahaja pemimpin Melayu Islam yang mampu melaksanakan perkara dengan jujur. Tetapi secara realitinya ramai yang bersikap condong terhadap parti-parti politik tertentu kerana sudah dibiasakan begitu. Nampaknya itulah sebab kenapa tidak diberitahu siapakah VVIP yang bakal menghadiri majlis.

Kelihatan Wan Fayhsal memberikan sedikit ucapan sebelum tayangan bermula. Beliau telah diminta berbuat begitu oleh pengacara majlis. Sekadar memberitahu saya dan beliau sebenarnya sudah saling mengenali sejak beberapa tahun lalu kerana sering terlibat dalam wacana-wacana ilmu. Lihat misalnya artikel Forum Keindahan Sistem Kesultanan Alam Melayu-Nusantara : Menuju aspirasi raja yang insan kamil (tahun 2014) dan Seminar Fitnah Akhir Zaman di Perpustakaan Shah Alam (tahun 2016). Tetapi itu dahulu, sebelum beliau menjadi Timbalan Menteri pada umur 31 tahun. Sekarang entah kenal entah tidak lagi.



Persoalan itu terjawab setelah selesai tayangan. Adapun Wan Fayhsal dan sejumlah hadirin keluar daripada pintu kiri pawagam sementara saya dan sejumlah yang lain keluar dari pintu kanan. Dari pintu kiri VVIP mahu diarak ke Hotel Everly untuk sesi seterusnya lalu perlu melalui luar pintu kanan. Saya pula bersedia untuk mengambil gambar.




Sampai dekat beliau melambai tangan. Kebetulan gambar ini diambil ketika beliau berbuat demikian. Kami pun bersalam lalu bersama-sama berjalan kaki ke arah hotel. 




Sambil bertanya khabar sambil itu bercerita tentang pengalaman beliau sejak melibatkan diri dalam dunia politik sehingga dapat menjadi timbalan menteri pada usia begitu muda.




Nampaknya beliau masih memegang idealisma sebagai seorang pemikir yang merupakan antara anak didik Tan Sri Profesor Syed Naquib al-Attas. Cuma beliau mengaku tidak mudah mahu melaksanakan idealisma dalam keadaan realiti sebenar dunia politik semasa  yang biasa berpuak-puak itu...




Sampai ke lobi hotel VVIP disambut dengan persembahan silat. Oh. Sebagai nota cerita. Kalau hendak bercerita mengenai muda YB Syed Sadiq lagi muda kerana dapat menjadi menteri penuh pada usia kurang 26 tahun iaitu pada tahun 2018 juga. Tetapi beliau sudah terlibat dengan dunia politik sejak 2-3 tahun lebih awal. Berbeza dengan Wan Fayhsal yang dibawa masuk daripada medan dunia fikiran menjadi timbalan menteri dengan harapan dapat memberikan sumbangan idea di luar kebiasaan..







Selepas itu kami naik ke dewan atas melalui tangga...



Masuk ke dewan hadirin dipersilakan mengambil tempat lalu terus boleh makan.




Sambil itu persembahan silat pun berjalan...







Sekitar jam 3 baru muncul VVIP utama iaitu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin muncul menyertai majlis.




Beliau diarak ke meja makan VVIP bersama Wan Fayhsal juga tonggak-tonggak utama DSSM...




Selepas itu Hamzah dan Fayshal duduk di atas pentas bersama Presiden DSSM Malaysia, Cikgu Roslim Abu.




Menonton montaj tentang DSSM dan pelbagai aktiviti yang telah diadakan sejak lebih kurang 10 tahun lalu.








Selesai itu Hamzah pun memberikan ucapan tentang semangat perjuangan Melayu berlatarbelakangkan hal filem Mat Kilau itu. Walaupun tidak hadir pada sesi menonton pagi beliau memberitahu telah menonton awal sebelum itu.




Selepas beberapa lama sesi dibuka untuk hadirin melontarkan soalan. Saya pun mengambil kesempatan untuk bertanyakan tiga soalan berikut :-


1. Tentang pemakaian keris di tempat awam sebagai persalinan lengkap berbusana tradisional Melayu dalam majlis. Bolehkah dilebarkan lagi aplikasinya?


2. Tentang kenapa kelihatan apabila berlaku kemalangan melibatkan orang Melayu dengan orang bukan Melayu, misalnya dilanggar pemandu mabuk, nasib orang Melayu seperti mudah diketepikan begitu sahaja, orang bukan Melayu senang terlepas?


3. Tentang nasib arwah Adib iaitu anggota bomba yang terbunuh dalam rusuhan beberapa tahun lalu. Sampai sekarang kelihatan keluarga beliau belum mendapat keadilan. Apakah pihak kerajaan/kementerian akan memastikan harapan keluarga itu tidak sia-sia?


Tengok-tengok isteri ada merekod video berkenaan. Lihat sendiri di sini apa yang diperkatakan.



Majlis ditutup dengan persembahan silat oleh beberapa orang guru secara serentak di atas pentas seperti tradisinya dalam setiap majlis DSSM. Selepas ini saya akan membuat artikel khas untuk album gambar diikuti satu tentang liputan media terhadap majlis ya. Tunggu.


Album majlis apresiasi filem Mat Kilau dan makan tengah hari di Putrajaya

$
0
0

Merujuk pada artikel Majlis apresiasi filem Mat Kilau dan makan tengah hari di Putrajaya. Sekarang biar dikongsikan gambar-gambar pilihan daripada majlis berkenaan, diambil daripada pelbagai sumber kawan-kawan dan kenalan tanpa ulasan ya...































































Hmm. Nampaknya kena buat satu lagi artikel untuk sambung gambar-gambar selepas menonton filem Mat Kilau membawa ke majlis makan di Everly Hotel. Sekadar menambah isteri saya ada membuat live Facebook suasana sebelum tayangan. Lihat di sini dan sini.


Album majlis apresiasi filem Mat Kilau dan makan tengah hari di Putrajaya - Part II


Laporan-laporan yang timbul daripada majlis apresiasi filem Mat Kilau dan makan tengah hari di Putrajaya

$
0
0

Melengkapkan gerak penceritaan daripada artikel Majlis apresiasi filem Mat Kilau dan makan tengah hari di Putrajaya membawa ke  Album majlis apresiasi filem Mat Kilau dan makan tengah hari di Putrajaya dan Album majlis apresiasi filem Mat Kilau dan makan tengah hari di Putrajaya - Part II dengan ini...



Malam itu ada yang berkongsi gambar yang keluar dalam berita jam 8 di TV3 tentang majlis. Namun yang diangkat adalah tentang minyak masak. Sedangkan banyak perkara telah dibangkitkan tentang orang Melayu dan perjuangan demi memartabatkan agama, bangsa dan tanah air terutama melalui ilmu persilatan.




Hal ini membuat saya ingin menyemak kenapa ini diangkat, tidak tentang hal-hal Melayu...




Lewat sedikit malam itu isteri menunjukkan rakaman berita jam 8 malam. Nampaknya memang TV3 sedang mengejar isu minyak masak. Ini kerana ia memulakan dengan hal ketirisan minyak masak  subsidi dikatakan banyak diseludup keluar negara dengan cara merentas sempadan masuk ke negara Thailand di mana ia boleh dijual dengan lebih mahal berbanding di Malaysia. Sebagai mantan wartawan di akhbar nasional The New Straits Times saya faham bagaimana wartawan mengejar berita. Mereka kurang memperdulikan tema suatu majlis. Yang dipedulikan adalah kehadiran orang berpangkat cukup tinggi seperti menteri yang boleh diminta mengulas atau memberikan komen terhadap suatu isu hangat.

Namun boleh jadi isu hangat dikejar pada suatu ketika tetapi tema majlis yang cukup menarik diangkat dalam bentuk rencana untuk diketengahkan pada suatu masa yang lain. Oleh kerana VVIP utama di majlis persilatan anjuran Persatuan Dunia Seni Silat Melayu (DSSM) Malaysia di Putrajaya adalah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin saya pun membuat carian Google menggunakan kata-kata kunci "Hamzah Zainuddin Silat". Kelihatanlah hasil seperti berikut...




Jelas kelihatan Hamzah sedang memakai sepersalinan busana tradisional Melayu dengan ramai hadirin majlis juga berpakaian begitu. Namun dapat dilihat pelbagai tajuk bagi setiap gambar (saya gunakan paparan Google image untuk mendapat gambar ini). Sekarang biar dilihat satu persatu. Kita mulakan dengan akhbar harian perdana terlebih dahulu...




Ini adalah laporan Utusan Malaysia. Ia adalah tentang ROS dan permohonan UMNO. Lihat sini.
 



Berita Harian membuat laporan serupa. Lihat sini.




Namun ia juga membuat laporan tentang minyak masak subsidi, serupa seperti dilakukan TV3. Lihat sini.




Malay Mail pun bercakap tentang ketirisan minyak masak subsidi. Lihat sini.





The Star mengambil angle atau sudut yang langsung berlainan apabila bercakap tentang tidak mahu bertolenrasi kepada mereka yang memburuk-burukkan suatu agama. Peliknya ia tidak menggunakan langsung apa-apa gambar daripada majlis. Walhal kata-kata Hamzah tentang ini jelas diambil sejurus selepas majlis. Lihat sini.




Akhbar portal atas talian Malaysiakini pun tidak menggunakan gambar daripada majlis walhal berita mereka juga diambil dari sana. Lihat sini. Kenapa ya? Apakah kerana seriau melihat orang Melayu bertanjak berkeris berbusana tradisional Melayu?




Saluran berita Astrowani memaparkan gambar daripada majlis walaupun seperti beberapa pihak memilih untuk bercakap tentang minyak masak. Lihat sini .




Adapun saya tidak dapat mengikut sidang media yang diadakan di luar dewan selepas majlis kerana harus mengejar urusan lain. Kalau ada insyaallah saya akan berusaha untuk membawa agar laporan lebih menekankan hasrat para pesilat. Yang saya dengar daripada kawan-kawan Hamzah ada bercerita tentang mandi minyak semasa belajar Silat Gayung ketika zaman persekolahan beliau lebih 50 tahun lalu. Mungkin itu yang boleh 'terlari' jadi cerita minyak masak? 

Nasib baik ada juga pihak yang membuat laporan cukup selari dengan hasrat para pesilat. Pujian harus diberikan terhadap akhbar portal MalaysianGazette kerana membuat laporan seperti di atas. Lihat sini. Walaupun turut ada membuat laporan tentang UMNO dan ROS (lihat sini) mereka nampaknya lebih menghargai apa yang hendak diketengahkan para pesilat. 




Malah didedikasikan satu artikel khas tentang majlis di mana terdapat banyak gambar-gambar sekitarnya. Lihat sini. Semoga pihak lain boleh berbuat begitu dalam artikel berbentuk rencana selepas ini. Sekian pemerhatian daripada saya.


Permulaan Hari Peradaban Bangsa Melayu pada setiap 1 Muharram?

$
0
0

Salam. Ada artikel baru dibuat tadi di blogspot CATATAN SI MERAH SILU yang patut dikongsikan juga di sini.


---------------


Merujuk pada artikel Hari Peradaban Bangsa Melayu dan misi keluarga Laksamana yang dipersembahkan pagi semalam. Rupa-rupanya ada beberapa poster yang lebih cantik telah disebarkan kepada awam. Cuma yang saya dan isteri adalah seperti dipaparkan dalam artikel tersebut. Sekarang biar dikongsikan  poster-poster yang lebih berwarna-warni...



Pendek kata terdapat banyak aktiviti menarik sejak jam 9 pagi.



Namun saya dan keluarga sampai jam 3 kerana mahu mengekori majlis perasmian...



















Kelihatan ramai telah berada di tengah padang untuk mengikuti acara...






















































Ini dan berikutnya adalah gambar-gambar yang diambil oleh isteri...












Saya tidak ingin mengulas panjang. Sebaliknya biar laporan media menceritakan segalanya...



Lihat ceritanya di sini.



Lihat ceritanya di sini.




Lihat ceritanya di sini.




Lihat ceritanya di sini.




Lihat ceritanya di sini.



Persinggahan ke Festival Main Gayong Nusantara 2022 di Pantai Teluk Kalong

$
0
0

Salam semua. Setelah hampir 4 bulan blogspot ini tidak dikemaskinikan sekarang baru ada sedikit sesuatu boleh dikongsikan.


Sejak 2-3 minggu kebelakangan berkumandang di media sosial terutama di laman-laman kumpulan dan perguruan persilatan tentang majlis "Festival Gayong Nusantara 2022" yang mahu diadakan di Pantai Teluk Kalong, Kijal, Terengganu pada 27 hingga 29 Oktober...



Bermacam aktiviti berkenaan mahu diadakan...









Kebetulan saya dan keluarga bersama dua orang kawan memang mahu ke Terengganu sekitar waktu itu. Kami pun singgah...






Cuma kami sampai lambat iaitu pada petang Jumaat 28 Oktober jam 3.30...
















Dan kami tidak boleh berada lama kerana ada lagi urusan lain perlu dikejar.


Dengan itu cukuplah sedikit ini dapat dikongsikan. Untuk lebih banyak gambar dan cerita boleh lihat sendiri di beberapa halaman persilatan, antaranya di sini.


Festival Tok Pulau Manis 2022

$
0
0

Salam. Merujuk pada artikel  Persinggahan ke Festival Main Gayong Nusantara 2022 di Pantai Teluk Kalong yang dipersembahkan pagi Selasa 1 Nov. Adapun tujuan utama saya dan keluarga ke Terengganu bersama kawan-kawan adalah untuk menghadiri majlis seperti dinyatakan di bawah...


Ia adalah kesinambungan bagi acara serupa yang pertama kali diadakan pada bulan April tahun 2019. Lihat artikel-artikel berikut :-


1. Haul Tok Pulau Manis - Apabila penyanyi rock Awie beraksi pada acara julungkali

2. Haul Tok Pulau Manis - Membuka kaitan Saidina Hassan dan rahsia berkenaan secara bidan terjun

3. Haul Tok Pulau Manis - Kemuncak zikir dan maulud Nisfu Sya'aban. Apabila diri yang hina dimuliakan seorang ulamak besar Tasawuf




Seperti biasa terdapat banyak aktiviti diadakan dalam tempoh dua hari acara siang dan malam.


Tetapi kali ini saya dan keluarga juga kawan-kawan yang bersama kami cuma menyertai kemuncak acara pada hari Sabtu 29 Oktober malam Ahad...

























































Untuk lebih banyak gambar dan cerita sila masuk sini


Majlis Silat dan Selawat 1444 di Selayang

$
0
0

Salam. Sedikit pengkongsian dari hujung minggu lalu.



Petang Sabtu 26 November 2022. Saya membawa isteri dan anak pergi ke bungalow ini di FRIM (Pusat Kajian Perhutanan Malaysia) di Selayang.




Ada majlis dipanggil Silat dan Selawat 1444...




 Bahagian selawat berupa sambutan Maulidur Rasul dan bacaan qasidah telah diadakan sebelum Zohor.







Yang sempat kami ikuti adalah persembahan silat daripada beberapa perguruan hingga petang.



















Yang penting dapat berjumpa ramai kawan lama dalam dunia aktivis demi mendaulatkan Melayu dan persilatan...


Viewing all 317 articles
Browse latest View live