Bersambung daripada artikel HIKMAH Seremban - Persediaan selepas Subuh, ulamak silat dan geopolitik Laut Cina Selatan.
Sesi pembentangan ilmu pagi dan tengah hari ditamatkan sekitar jam 1.50. Ini adalah lewat 20 minit daripada rancangan asal. Hadirin pun diminta berehat untuk menunaikan solat Zohor juga makan tengah hari. Ruangan pembentangan pun dikosongkan...
Makan tengah hari diadakan bawah khemah di luar. Sambil itu bolehlah melihat atau membelek-belek barangan pameran dan jualan.
Cuma juadah makan tengah hari lambat sedikit siap. Tapi masih ada lagi baki hidangan daripada sarapan pagi yang boleh disantap.
Ketika gambar ini diambil dekat jam 2.10 hidangan yang sepatutnya belum lagi sampai.
Tak mengapa. Mana yang tak tahan lapar masih boleh menikmati baki sarapan yang cukup enak iaitu mee kari dan segala macam isi berserta teh tarik masih panas hasil air tangan keluarga pemilik premis iaitu Ustaz Hasan. Namun lebih ramai seronok berbual-bual.
Ketika itu sudah terdapat lebih 50 orang hadirin untuk HIKMAH Seremban...
Ia tidaklah seramai mana tapi cukuplah untuk memberikan rasa sedikit kemeriahan.
Nah. Hidangan khas untuk tengah hari iaitu nasi tomato dan air kordial durian belanda sudah muncul.
Cukuplah gambar-gambar seterusnya sebagai penyambung cerita ya. Walaupun ramai orang biasa HIKMAH tidak dapat muncul disebabkan pelbagai hal termasuk sakit dan demam muncul pula sejumlah muka yang baru hendak mengenali apa itu HIKMAH sebagai ganti...