Quantcast
Channel: Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 317

HIKMAH Seremban - Persediaan selepas Subuh, ulamak silat dan geopolitik Laut Cina Selatan

$
0
0
Jumaat malam Sabtu lalu saya telah membuat artikel bertajuk Lokasi HIKMAH ke-17 di Seremban sedia menerima peserta. Kini sudah 2 hari acara selamat dilaksanakan iaitu pada siang Sabtu 17 September. Biar cerita-cerita tentang perjalanan acara mula dikongsikan.


Malam itu saya dan keluarga telah bermalam di bangunan pejabat tempat acara diadakan. Terbit sahaja matahari selepas Subuh, saya, isteri dan seorang anak angkat yang ikut sama ke Seremban turun ke bawah untuk menyiapkan sedikit lagi perkara.


Sudah disebut pada artikel Lokasi HIKMAH ke-17 di Seremban sedia menerima peserta bahawa khemah-khemah yang mahu digunakan untuk menyokong acara cuma akan didirikan pada lewat malam itu. Maka awal pagi Sabtu baru dapat dipasang sepanduk HIKMAH di luar.


Selain itu kami mendirikan sendiri meja-meja dan mengatur kerusi. Pihak pemilik khemah setakat meninggalkan ia secara longgok di satu sudut.



Masuk kembali ke bangunan pejabat merangkap maktab untuk menyemak kembali persediaan audio-visual.


Ikut jadual acara harus dimulakan jam 9. Tapi cuma sedikit sahaja yang sudah muncul ketika itu. Pada jam 10 mereka yang datang awal masih berlegar-legar menunggu lebih ramai muncul untuk memulakan acara.


Kami bersarapan dahulu dengan masakan yang disediakan oleh pemilik premis, Ustaz Hasan Yusof, Isteri dan ipar-iparnya memasak sendiri di rumah untuk peserta.








Ketika itu sudah ada beberapa orang membuka gerai pameran dan jualan barangan...






Sepatutnya jam 9-10 pagi mahu digunakan untuk membuat bacaan tahlil sempena musim haji diikuti puisi berkaitan, kemudian kata-kata aluan oleh Ustaz Hasan sebagai pemilik premis diikuti saya sebagai presiden dan pengasas HIKMAH. Rujuk perkara dalam artikel Atur cara penuh HIKMAH Seremban 17 September 2016, Tetapi sahabat yang diminta memimpin tahlil dan membaca puisi pula 'tersangkut' dalam perjalanan akibat hal tertentu. Pun begitu saya tidak risau kerana orang yang seharusnya membuat pembentengan pertama jam 10.30-11.30 telah terlebih awal menyatakan tidak dapat muncul kerana baru Khamis lalu diberitahu harus bertugas hari Jumaat dan Sabtu. Saya cuma berharap ada orang yang sesuai dapat muncul menggantikan untuk tajuk sama. Bila masa sudah melepas 10.30 baru saya pasti tidak ada pengganti. Tak mengapa, Saya ambil ini sebagai kesempatan untuk melambatkan permulaan acara sementara menunggu lebih ramai muncul.


Akhirnya acara dimulakan dengan sesi pembentangan ilmu sekitar jam 11.15 di mana saya memberikan sedikit perkongsian ganti bagi pembentangan pertama yang bertajuk "Dalil-dalil Bertanjak dalam Islam, Sanad Serban dan Imamah serta beberapa Hal tentang Melayu dan Islam dalam Kitab.". Cukuplah sekitar 30 orang hadirin sudah muncul untuk mendengar, ada yang duduk melepak di bilik pejabat belakang. Untuk pengetahuan perkongsian dibuat berdasarkan sedikit ilmu yang saya dan beberapa orang aktivis kebudayaan Melayu dapat ketika bertandang dan bermalam di sebuah sekolah pondok di Tumpat, Kelantan 3 minggu lalu. Rujuk artikel-artikel berikut di blogspot CATATAN SI MERAH SILU...






Selepas itu baru saya memberikan ruang kepada Puan Tun Suzana Othman yang telah dijadualkan menjadi pembentang kedua. Ketika gambar atas diambil, jam kamera menunjukkan waktu 11.33 pagi... cukup dekat dengan jadual asal yang mana pembentangan beliau harus bermula jam 11.30.



Tun Suzana Othman yang merupakan pengasas dan pengerusi KEMUDI (Pertubuhan Kesedaran Melayu dan Islam) juga penulis buku “Ahlul Bait dan Raja-raja Melayu” diminta oleh saya untuk membawa tajuk "Ulamak dan Persilatan dalam Sejarah Alam Melayu".








Di celah-celah syarahan beliau yang meliputi pelbagai aspek dengan penekanan diberikan pada ketauhidan berdasarkan Nabi Muhammad SAW berdakwah 13 tahun di Mekah sebelum menekankan syariat selama 10 tahun di Madinah saya mengambil kesempatan bergambar di hadapan cermin dalam pejabat.


Biar isi syarahan/ceramah beliau juga isi-isi pembentangan lain dilebarkan dalam artikel-artikel berasingan. Di sini cukuplah ditunjukkan bagaimana acara berjalan.


Kalau ikut pembahagian masa pembentangan Tun Suzana harus tamat sekitar jam 12.30 untuk memberikan laluan kepada pembentang seterusnya, perunding kewangan Islam juga aktivis dinar dan dirham, Puan Norbaini Hassan.


Tetapi apabila melihat Tun Suzana menyentuh tentang kaitan Perang Salib di Timur Tengah dan kejatuhan Andalusia di Eropah daripada tangan umat Islam ke tangan umat Kristian dengan penaklukan Kota Melaka oleh Portugis tahun 1511. Norbaini memberi ruang untuk Tun Suzana memanjangkan lagi perkara. Pada Norbaini ia sudah selari dengan apa yang beliau akan bentangkan sendiri atas tajuk cadangan saya, "Dinar dan Dirham : Perkembangan Terbaru dalam keadaan Malaysia Tersepit antara Pengaruh Blok Amerika dengan Pengaruh blok China". Sekitar jam 1.05 baru Tun Suzana menamatkan pembentangan beliau lalu Norbaini menyambung dengan keadaan geopolitik sekitar Asia Tenggara yang terkini terutama melibatkan perebutan kuasa dan persaingan tentera di Laut Cina Selatan. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke-255 di blogspot ini.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 317