Merujuk pada artikel Acara ke-22 HIKMAH di ISTAC - Menyelami irama asyik Andalusia bagi menongkah arus zaman yang dipersembahkan pada hari Jumaat 10 Januari iaitu lebih sebulan lalu. Tergerak saya untuk berkongsi beberapa perkembangan terbaru tentang penganjuran acara yang mahu diadakan di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam itu.
Adapun pada 22 Januari iaitu 12 hari selepas mempersembahkan artikel pertama tentang acara di blogspot HIKMAH saya telah membuat poster atas lalu dipaparkan di Facebook. Ketika itu saya telah mendapatkan persetujuan daripada beberapa orang ilmuwan untuk membentang secara sukarela pada majlis. Poster dipaparkan bersama teks berikut :-
PENGISIAN ILMU BAGI ACARA KE-22 HIKMAH DI ISTAC 22 FEBRUARI 2020
Salam semua. Adapun tepat sebulan daripada sekarang iaitu pada hari Sabtu 22 Februari 2020 HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman) dijadualkan akan mengadakan acara ke-22 kami di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Ketamadunan Islam). Seperti biasa pada setiap acara HIKMAH pengisian ilmu berupa pembentangan-pembentangan akan dibuat sesuai dengan tema majlis. Kali ini tema adalah “Salam Fakir Andalusia”. Ini mengambil ayat berkenaan daripada lirik lagu “Andalusia” oleh M. Nasir yang menyatakan kerinduan terhadap zaman kebangkitan Islam. Lalu dipohon agar dipinjamkan kekuatan daripada para fakir (ahli Sufi) Andalusia supaya dapat bergerak dan berjuang menongkah arus zaman.
Ia membawa makna mahu mengambil kekuatan jiwa dan dalaman daripada ketamadunan tinggi silam Andalusia yang pernah menjadi kiblat usaha ketamadunan Eropah lebih 5 abad yang lampau. Dua sesi ilmu akan diadakan sepanjang 2 jam setiap satu dengan setiap sesi terdiri daripada 3 pembentangan sepanjang 30 minit setiap tajuk. Hari ini biar diumumkan tajuk-tajuknya. Secara prinsip ini telah dipersetujui oleh mereka yang terlibat.
Sesi tengah hari – 11 am – 1 pm
1. “Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia” – Radzi Sapiee @ Merah Silu, pengkaji dan penulis buku, presiden HIKMAH
2. “Keris Sebagai Pakaian Peradaban Melayu” – Tengku Ahmad Ridhaudin, penulis dan calon PhD di ISTAC dalam bidang pemikiran Islam khusus pada kajian keris, presiden ISTACSS (Persatuan Pelajar ISTAC)
3. “Ilmu Kejuruteraan di alam Melayu dan Islam” – Shaiful Hakim, pensyarah kejuruteraan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan calon doube PhD dalam bidang Aerospace Engineering di UPNM dan Institut National Science Applique (INSA) di Bourges, Peranchis
Sesi petang – 2.30 – 4.30 pm
1. “Dinar dan Dirham Sebagai Wadah Kebangkitan Ummah” – Amirul Haji Mohamad, perunding kewangan Islam dan aktivis dinar dirham
2. “Melayu dan Islam Berpisah Tiada” – Profesor Datuk Dr Awang Sariyan, penyandang Kursi Za’aba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
3. “Semangat Keilmuan Andalusia Bagi Menongkah Arus Zaman” – Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar, Sheikhul Quliyyah dan penyandang Kursi Al-Ghazzali di ISTAC
Harap dapat bersama memeriahkan majlis seraya menimba ilmu. Majlis adalah terbuka dan percuma kepada semua. Lokasinya iaitu ISTAC begitu unik, penuh rasa kecintaan terhadap ilmu. Ini kerana seluruh seni binanya mengambil unsur dan rupa bangunan warisan Islam lama Istana Alhambra yang masih berdiri di wilayah Andalusia, selatan Sepanyol.
Silakan nyatakan kedatangan di sini -
https://www.facebook.com/events/482616022636057/
Sila juga panjangkan undangan kepada semua kenalan anda
Cuma ketika itu seorang pembentang utama iaitu Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar menyatakan setuju membentang jika didapati tidak ada perselisihan (clash) dengan apa-apa komitmen lain. Beberapa lama kemudian saya pun bertanya kembali kepada beliau tentang perkara. Beliau pun menyatakan tiada masalah untuk bersama dalam majlis. Lalu pada hari Selasa 11 Februari iaitu tepat seminggu lalu tergerak saya untuk menambah butiran pada poster sebelumnya untuk diwar-warkan di FB berserta teks berikut :-
BERSEDIA UNTUK ACARA KE-22 HIKMAH DI ISTAC 22 FEBRUARI 2020
Salam semua. Pada ketika ini tinggal 11 hari sahaja lagi sebelum acara ke-22 HIKMAH dijadualkan berlangsung di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam), Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada hari Sabtu 22 Februari 2020. Alhamdulillah, Ahad 2 hari lalu saya telah menerima kepastian daripada Sheikhul Quliyah ISTAC, Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar tentang perkongsian ilmu beliau pada majlis. Saya telah meminta beliau untuk bercakap tentang zaman keemasan Islam Andalusia di Sepanyol lebih 600 tahun lalu. Ini adalah untuk memenuhi jadual pembentangan ilmu yang pernah diumumkan sebelum ini seperti berikut :-
Sesi tengah hari – 11 am – 1 pm
1. “Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia” – Radzi Sapiee @ Merah Silu, pengkaji dan penulis buku, presiden HIKMAH
2. “Keris Sebagai Pakaian Peradaban Melayu” – Tengku Ahmad Ridhaudin, penulis dan calon PhD di ISTAC dalam bidang pemikiran Islam khusus pada kajian keris, presiden ISTACSS (Persatuan Pelajar ISTAC)
3. “Ilmu Kejuruteraan di alam Melayu dan Islam” – Shaiful Hakim, pensyarah kejuruteraan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan calon doube PhD dalam bidang Aerospace Engineering di UPNM dan Institut National Science Applique (INSA) di Bourges, Peranchis
Sesi petang – 2.30 – 4.30 pm
1. “Dinar dan Dirham Sebagai Wadah Kebangkitan Ummah” – Amirul Haji Mohamad, perunding kewangan Islam dan aktivis dinar dirham
2. “Melayu dan Islam Berpisah Tiada” – Profesor Datuk Dr Awang Sariyan, penyandang Kursi Za’aba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
3. “Semangat Keilmuan Andalusia Bagi Menongkah Arus Zaman” – Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar, Sheikhul Quliyyah dan penyandang Kursi Al-Ghazzali di ISTAC
Acara bermula dengan pembukaan jam 9 pagi lalu berpanjangan sehingga jam 6. Seiring dengan pembentangan ilmu dalam bilik kuliah akan diadakan juga persembahan dan aktiviti-aktiviti persilatan oleh persatuan DSSM (Dunia Seni Silat Melayu) di ruang terbuka ISTAC. Acara yang dianjurkan bersama oleh HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman), DSSM dan ISTACSS (Persatuan Pelajar ISTAC) ini turut mengenengahkan demonstrasi dan aktiviti memanah oleh Armada Malaiu Malaysia. Ruang juga dibuka untuk pameran dan perniagaan barangan seperti keris, tanjak dan busana tradisional Melayu.
Penyertaan adalah terbuka dan percuma kepada semua. Sila maklumkan kedatangan di sini :-
https://www.facebook.com/events/482616022636057/
Nak dijadikan cerita Jumaat minggu lepas 14 Februari baru saya dapat tahu rupa-rupanya urusan atau formalities untuk mendapatkan penggunaan ruang di ISTAC masih belum selesai. Semalam petang Isnin saya pun ke ISTAC untuk menyelesaikannya. Rupa-rupanya ada sedikit mix up atau silap faham akibat kertas kerja majlis tercampur aduk dengan beberapa kertas kerja lain. Kertas kerja tersebut telah disampaikan oleh seorang kawan ke pejabat sejak beberapa lama sebenarnya. Cuma belum disusuli dengan pertemuan empat mata bagi menerangkan perkara akibat kesibukan dengan satu acara lain yang dianjurkan beliau di Kedah.
Maka saya pun melakukan susulan dengan pihak pentadbiran ISTAC lalu memenuhi keperluan bagi mendapatkan kelulusan rasmi pejabat. Antaranya dengan mendapatkan tanda tangan 2 orang besar di ISTAC. Setelah ini berjaya dilakukan dibincangkan pula sedikit perkara logistik tentang penganjuran lalu saya pun membuat update berikut di FB :-
RUANG NIAGA DAN PAMERAN PERCUMA PADA ACARA KE-22 HIKMAH DI ISTAC SABTU INI 22 FEBRUARI 2020
Salam semua. Tadi saya telah hadir satu syarahan di ISTAC kemudian menyelesaikan beberapa hal tertunggak tentang penganjuran acara ke-22 HIKMAH yang mahu diadakan di ISTAC Sabtu ini 22 Februari jam 9 pagi hingga 6 petang. Beberapa hal telah dibincangkan dan ini akan dipanjangkan dalam satu artikel di blogspot HIKMAH nanti. Buat masa ini saya ingin memberitahu telah mendapatkan kebenaran untuk membuka ruangan bagi jualan dan barangan seperti buku, keris, tanjak dan busana Melayu tradisional. Seperti biasa pada setiap acara HIKMAH kami berusaha untuk mendapatkan ruang untuk orang berniaga secara percuma kerana polisi kami memang tidak mahu mengenakan apa-apa bayaran.
Cuma kami juga harus mengambil kira kehendak pemilik premis kerana mereka ada kos bagi menyelenggara ruang-ruang yang digunakan. Alhamdulillah setelah diterangkan bagaimana biasa kami melakukannya persetujuan telah diterima daripada pihak pengurusan ISTAC. Kebenaran juga telah diberikan untuk menggunakan meja-meja daripada bilik syarahan bagi tujuan jualan yang selalunya juga menjadi tempat pameran barangan-barangan menarik. Dengan itu biar diberitahu, siapa yang berminat boleh sahaja datang terus lalu membuka meja.
Datang awal sebelum acara bermula jam 9 pagi. Ambil sendiri meja daripada bilik syarahan berdekatan. Kemudian apabila habis acara pulangkan kembali mengikut aturannya. Sebaiknya maklumkan minat anda untuk berniaga, siapa nama, barangan apa dan sebagainya di event page ini :-
https://www.facebook.com/events/482616022636057/
Begitu juga halnya para hadirin lain. Sila maklumkan dengan cara klik going pada event page tersebut. Ia untuk membantu kami mendapatkan gambaran sebenar jumlah yang akan datang supaya dapat mengatur peruntukan makan minum (percuma) juga parkir kereta supaya tidak berselisih dan menganggu perjalanan dan peruntukan bagi majlis-majlis lain seperti sambutan perkahwinan yang turut akan diadakan di ISTAC dalam tempoh masa sama.
--------------------
Dengan ini selesailah gerak penulisan bagi perkongsian perkembangan terbaru tentang penganjuran acara. Selepas ini akan dibuat satu artikel untuk menunjukkan dengan jelas ruang-ruang yang telah diperuntukkan bagi majlis supaya mudah perkara.