Quantcast
Channel: Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 317

Cadangan acara HIKMAH di Sarang Art Hub dan lain-lain tempat - Langkah untuk mengintegrasikan diri lama yang keBaratan?

$
0
0
Salam 5 Januari. Salam hari ke-5 tahun baru 2017 ini. Adapun satu gerak penulisan sempena tahun baru sebenarnya telah dimulakan apabila saya mempersembahkan artikel Dirham cenderahati HIKMAH tahun 2017 2 hari lepas diikuti Rancangan untuk mengadakan acara ke-20 HIKMAH di Aceh 19 Mac 2017 semalam. Artikel ini akan melengkapkan gerak. Kesemuanya membentuk 3 artikel terawal di blogspot ini buat tahun 2017. Ia juga mencukupkan satu jumlah yang sangat bermakna buat saya untuk perjalanan HIKMAH. Bermakna bagaimanakah itu akan diterangkan pada penghujung artikel nanti.



Enam hari lalu iaitu sebelum Subuh pagi Sabtu 31 Disember saya telah membuat satu artikel bertajuk Fungsi lokasi acara-acara HIKMAH - Dari pusat seni ke kolej ke masjid dan makam-makammenggunakan peta di atas sebagai hiasan dan petunjuk. Peta itu memang dibuat malam sebelumnya untuk artikel tersebut, Ketika menulis artikel timbul rasa untuk meletakkan peta di Facebook berserta satu penerangan ringkas. Lalu terjadilah apa yang terpapar berikut...





OK. Saya sudah lupa pada jam berapa peta dipaparkan. Yang saya ingat peta mula dibuat selepas tengah malam ketika bertandang ke Sarang Art Hub di pekan Tanjung Malim, Perak, satu tempat makan minum dengan live band merangkap pusat seni yang diselenggarakan oleh pengarah filem terkenal tanah air, saudara Mamat Khalid. Disebabkan ada urusan kerja isteri yang memakan masa selepas jam 4 pagi baru kami sampai kembali ke rumah, Ketika itulah saya menyambung pembuatan peta, apabila siap baru dimulakan artikel .

Tidak lama selepas peta dipaparkan di FB saya dapati Mamat adalah orang yang pertama memberikan maklum balas. Berdasarkan kata-kara iringan update yang berbunyi "Peta jangkauan acara2 HIKMAH sepanjang 4 tahun lebih lepas. Ke mana kita lagi selepas ini?" nampaknya Mamat menawarkan Sarang sebagai tempat acara HIKMAH. Tetapi saya menjawab seperti acuh tak acuh kerana tak nampak lagi bagaimana konsep tempat tersebut boleh diselarikan dengan konsep perjuangan dan perkongsian ilmu HIKMAH. Ini memandangkan ia adalah pusat seni dan hiburan yang seperti mengangkat cara seni dan muzik berasal dari Barat, Rujuk artikel-artikel berikut tentang lawatan saya ke Sarang dalam blogspot CATATAN SI MERAH SILU :-





Artikel Stopping by at Tanjung Malim for a rock consert di blogspot BERPETUALANG KE ACEH pula harus dapat menunjukkan keadaan budaya Sarang Art Hub dengan lebih jelas.





Lewat malam itu seorang sahabat baik saya telah memberikan satu maklum balas yang mengubah sudut pandang. Komen beliau seperti kelihatan di atas rasanya merujuk pada pertemuan kami dengan Mamat di Sarang selepas mengendalikan kursus di UPSI seperti dinyatakan dalam artikel Melatih bakal guru di UPSI sebelum bersembang melepasi langit ke-7 di Sarang Art Hub. Dalam pertemuan itu Mamat ada memberitahu sedang dalam proses mendapatkan televisyen besar (90 inci kalau tak salah) untjk digunakan di Sarang. Kata beliau bila dah ada tv nanti bolehlah ditayangkan filem-filem bersifat seni di luar kebiasaan mainstream atau arus perdana lalu diadakan diskusi. Kami adalah orang terawal yang mahu diundang apabila ini berlaku.

Maklum balas sahabat itu cuma saya sedari selepas jam 9.30 pagi 1 Januari tahun baru 2017. Terus tercetus satu sudut pandang berlainan yang menyebabkan saya dapat melihat bagaimana hendak memanfaatkan konsep seni hiburan Sarang Art Hub dengan cara yang selari dengan misi mahu mendaulatkan Melayu dan Islam HIKMAH. Hal ini rasanya dibantu juga oleh nostalgia yang timbul ketika berada di Sarang lewat malam 30 membawa ke awal pagi 31 Januari itu. Pada awal artikel Tempoh masa/musim acara-acara HIKMAH - Satu kajian kes (dipersembahkan jam 1.06 pagi 31 Disember) saya ada menyebut begini :-


Ketika ini saya sedang melepak makan minum sambil mendengar live band music bersama isteri dan seorang anak juga seorang kawan isteri dan anak-anaknya di Sarang Art Hub, Tanjung Malim milik sutradara filem terkenal tanah air, tuan Mamat Khalid. Menggunakan wi-fi di sini gerak bercerita panjang membuat bermacam artikel demi melepaskan gerak rasa yang patut agar dapat merasa ringan untuk menyambut kedatangan tahun baru 2017 kurang 24 jam lagi diteruskan.


Untuk makluman, artikel ini ditulis sepenuhnya lalu dipersembahkan dalam blogspot ketika berada di Sarang, Pada bahagian bawah artikel saya ada menulis begini pula :-


Saya pergi membawa komputer riba dengan harapan dapat menyelesaikan lagi beberapa gerak ilham menulis dalam blogspots di celah-celah santai makan minum mendengar live band music itu. Malah tadi apabila mendengar kugiran yang mana Mamat bermain keyboard mengumandangkan aluan awal lagu Kamelia nyanyian kumpulan hard rock klasik terkenal Sweet Charity (kan? kan? Saya ingat-ingat lupa sebenarnya), saya tidak dapat menahan diri daripada pergi ke hadapan menawarkan diri untuk menyanyi. Selesai itu saya pun menyambung tulisan artikel...



Ketika melayan menyanyi  di Sarang secara spontan itu timbul rasa sebak yang amat sangat dalam hati kerana terkenangkan zaman nostalgi saya membesar tahun 1980an. Ketika itu saya memang seorang peminat muzik rock. Saya ada main dalam band atau kugiran bersama sejumlah kawan di Muar sebagai pemain gitar utama ataupun lead. Kalau tidak disebabkan saya kemudian menyambung pelajaran di kolej di Kuala Lumpur kemudian berlepas ke London untuk masuk universiti ada kemungkinan saya akan terus bermain bersama kawan-kawan lama itu sehingga dapat menerbitkan album.

Teringat juga fasa-fasa kehidupan di mana saya pernah menjadi agak keBaratan. lupa langsung hendak bersolat, tenggelam dalam dunia nafsu nafsi berseronok dengan pelbagai perkara lagho termasuk gilakan perhatian perempuan. Dalam proses hendak kembali ke pangkal jalan bertahun kemudian saya sampai sanggup berpakaian buruk, tak jaga rupa paras langsung. dan penampilan. Nak hilangkan muka romeo gatal pun makan bertahun lamanya. Sampai sanggup membodohkan diri... sehingga terasa dah tak tahu apa-apa dan tak berguna langsung dalam usaha menghilangkan ego kebanggaan diri yang kuat berakar umbi sejak sekian lama lantaran begitu bangga dengan kepandaian dan rupa paras semulajadi.

Selepas beberapa lama barulah dapat dihilangkan pelbagai perangai buruk berserta sifat keBaratan sambil mencari keMelayuan. Hasilnya adalah diri saya sekarang yang suka berbusana tradisional Melayu, bersampin, bertanjak dan berkeris. Tetapi akibatnya juga ada satu diri lama yang hilang. Ketika menyanyi itu terasa diri yang hilang itu kembali ingin bertaut, insyaallah dalam keadaan yang lebih positif menurut nilai-nilai murni Melayu dan Islam tanpa semberono mengikut Barat. Hal ini boleh diungkap melalui komen paling bawah di gambar atas. Saya copy paste sepenuhnya. Ia berbunyi begini :-


Tu le. Tadi siap boleh terbayang lagi ucapan alu2an saya macam mana. Terasnya, bagaimana saya sendiri sebagai seorang yang nak menghidupkan kembali nilai2 tradisional Melayu menangani hakikat masih ada jiwa rock kapak Deep Purple, Dio dan sebagainya. Sambil itu saya masih appreciate classical violan play oleh Nicolo Paganini, komposisi Mozart, Bach dan sebagainya. Apakah aku jadi kurang Melayu kerana masih menyayangi muzik2 Barat itu? Apakah untuk menjadi betul2 Melayu aku perlu menghadkan telinga aku pada alunan musik Asyik dan sebagainya, pandangan dihadkan pada wayang kulit, kuda kepang, persembahan silat dan sebagainya?




Maklum balas demi maklum balas menyusul dengan saya terus meluahkan ilham demi ilham bagaimana hendak mengisi acara di Sarang dalam kerangka yang sesuai. Sesekali orang lain menyampuk berkongsikan pandangan. Setelah masuk 12 lagi maklum balas ataupun komen iaitu selepas kata-kata saya terbayangkan ucapan alu-aluan, baru Mamat menyahut lagi. Komen yang diberikan menandakan beliau memang mahu satu acara HIKMAH diadakan di Sarang.

Hal ini boleh diteliti sendiri oleh anda dengan cara klik sini. Maklum-maklum balas daripada saya sengaja dibiarkan keluar secara spontan lalu diabadikan di ruangan komen supaya dapat diatur kemudian hari, Malam ini saya ingin mengaturnya di sini. Secara umum dan ringkas hasil daripada maklum-maklum balas itu saya ingin membuat pengisian sebegini :-



Nama majlis dan tema - HIKMAH Tanjung Malim : Seni dan Wayang Alam Melayu

Cadangan tajuk pembentangan dan pembentang :-

1. Tanjung Malim sebagai Satu Pusat Ilmu dan Kebudayaan - Dr Harleny Abd Arif, pengkaji seni audio visual lulusan PhD Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.,

2. Sajak, Puisi dan Syair untuk Menaikkan Semangat Melayu - Mohd Zahamri Nizar aktivis seni khat, pengkaji teks lama dan saudagar buku,

3. Gambus dan Ghazal Sebagai Azimat dalam Menongkah Arus Zaman - Raja Zulkarnain Yusof, presiden Pertubuhan Gambus Malaysia

4. Pergerakan Nasyid di Alam Melayu - Ustaz Mujiburrizal, penyanyi nasyid dan duta Muzium Aceh

5. Hadrah, Qasidah dan Sebagainya : Membangkitkan Kecintaan Terhadap Nabi Muhammad SAW - Zafir Zakaria, pemain dan penggerak Haqqani Maulud Ensemble 

6. Gendang Silat dan Serunai sebagai Pembangkit Jiwa Kesatria - Peniup Serunai (lupa nama sebenar), aktivis budaya dan persilatan, pemain serunai, pengarang tanjak dan penulis novel

7. Dari Studio Jalam Ampas ke era Akademi Fantasi Bagai - Sejuah Mana Nilai-nilai Melayu Diangkat - Pak Habib @ S.H.Alattas, penulis buku politik terkenal tanah air

8. Menterjemahkan Idealisma Tradisional Melayu ke Dalam Filem dan Muzik Pelbagai Genre - Mamat Khalid, Pengarah filem dan pemilik Sarang Art Hub

9. Antara keMelayuan dan KeBaratan : Luahan Jiwa Seorang Pencari Diri dan Erti - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel "Berpetualang ke Aceh"




Perkongsian peta di FB yang mencetuskan rancangan untuk mengadakan satu acara HIKMAH di Sarang turut menyaksikan cadangan-cadangan lain tempat muncul di ruangan komen, Antaranya adalah di Putrajaya, pusat pentadbiran negara Malaysia. Kalau ikut pada negeri-negeri di Semenanjug Malaysia cuma tinggal Perlis sahaja belum diadakan acara HIKMAH, Kalau ikut pada keseluruhan negara Malaysa, Sabah dan Sarawak juga perlu dijejaki. 

Kalau mengikuti takrif yang boleh disamakan dengan negeri, Putrajaya termasuk di dalam 'negeri' yang dipanggil sebagai Wilayah Persekutuan (WP). Termasuk dalam WP adalah Kuala Lumpur (KL) dan Labuan, Maka itu kalau atas nama WP kami dah buat HIKMAH apabila melaksanakan acara di KL 2 bulan lebih  lalu. Lihat Acara kelapan belas HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016. Namun tetap disarankan juga agar dibuat acara di Putrajaya dan Labuan. selain Perlis, Sabah dan Sarawak untuk mencukupkan jangkauan ke HIKMAH ke seluruh Malaysia.

Melalui PM (private message) di FB pula ada yang mencadangkan agar satu majlis HIKMAH dibuat di dewan masjid Bentong. Kata pencadang dia boleh menghubungi imam masjid untuk memastikan kami mendapat tempat dan sokongan. Tapi saya menjawab untuk tahun 2017 tak kot. Sebabnya tahun 2016 sudah dua kali menyaksikan acara dibuat dalam daerah Bentong iaitu di Janda Baik dan Bukit Tinggi. Lihat Acara keenam belas HIKMAH di University of Life @ rumah S.H.Alattas, Janda Baik 30-31 Jan 2016 dan Acara kesembilan belas HIKMAH di Dusun Nora, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang 17 Disember 2016. Tetapi tak tahulah kalau Allah SWT hendak lorongkan ke situ, hujung tahun ke apa nanti.

Ruangan komen di bawah peta turut menyaksikan cadangan agar satu acara HIKMAH dibuat di Palestin sambil menunggu kemunculan Imam Al-Mahdi. Mungkin komen dibuat secara berseloroh, Namun saya jawab juga begini - Tunggu berdiri dahulu daulah sebenar Islamiah dengan panji-panji hitam di Timur (merujuk pada Alam Melayu), insyaallah kita buat di Palestin. Tadi saya cuba cari balik komen tersebut tetapi nampaknya ia telah hilang bersama jawaban saya sekali.

Secara realistik yang saya nampak berdasarkan maklum balas dan usaha-usaha yang sedang berjalan acara-acara HIKMAH untuk tahun 2017 boleh disenaraikan seperti berikut :-

1) Acara ke-20 di Aceh 19 Mac. Rujuk artikel Rancangan untuk mengadakan acara ke-20 HIKMAH di Aceh 19 Mac 2017.

2) Acara ke-21 di Istana Bandar, Jugra, Banting, Selangor bulan April, mungkin sekitar sambutan hari Isra' dan Mikhraj, mungkin juga ditolak ke sekiitar hari Nisfu Syaaban bulan Mei. Rujuk artikel Rancangan untuk mengadakan acara ke-20 HIKMAH di Aceh 19 Mac 2017.

3) Acara ke-22 di Sarang Art Hub, Tanjung Malim selepas hari raya Aidil Fitri, mungkin penghujung Syawal bulan Julai

Sambil itu ada yang sedang berusaha untuk membawa satu acara HIKMAH ke Perlis.





Gambar hiasan penutup: Air terjun tinggi di Gunung Stong, Dabong, Kelantan,,,


Untuk makluman ini adalah artikel ke-313 di blogspot HIKMAH. Ini adalah satu nombor yang sangat bermakna dalam perjuangan dan sejarah Islam. Ia mengingatkan pada 313 ahli tentera Islam Perang Badar melawan lalu mengalahkan lebih 1,000 tentera Mekah jahiliyah yang memiliki persediaan perang dan alatan jauh lebih hebat dan lengkap, peperangan pertama dalam sejarah Islam zaman junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Nombor ini juga boleh merujuk kepada 313 tentera Talut melawan Jalut, mukadimah kepada kenaikan Nabi Daud AS sebagai raja kerajaan Bani Israel.

Nombor 313 juga merujuk kepada jumlah keseluruhan rasul sejak zaman Nabi Adam hingga Nabi Muhammad SAW (yang selalu disebut 25 rasul itu adalah yang wajib kita ketahui dan hafal). Sedangkan jumlah keselurahan nabi (semua rasul adalah nabi tapi tak semua nabi adalah rasul) mencapai 124,000 orang. Timbul pula rasa untuk menyemak kembali apakah artikel ke-313 di blogspots saya yang lain. Biar dipautkan di bawah, Ia adalah :-






Apabila melihat pautan terakhir itu menunjukkan artikel tentang Kota Johor Lama yang terletak di Kota Tinggi terfikir pula apakah saya mesti membuat satu majlis HIKMAH di sana tahun 2017? Sejak setahun dua saya memang ada terfikir tentang ini. Tahun lepas pula memang ada pihak mencadangkan acara dibawa ke Kota Tinggi lalu sedia membantu dalam hal-hal penganjuran, logistik dan sebagainya, Hmm. Kita tengok nanti Allah SWT nak lorongkan bagaimana. Selesai gerak sempena awal tahun baru ini.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 317