Quantcast
Channel: Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 317

HIKMAH Bukit Tinggi - Santai petang yang nyaman

$
0
0


Pembentangan tentang motif pedang Zulfikar oleh saudara Zahamri yang ditambah pandangan serta pemerhatian beliau tentang industri buku ilmiah diikuti alunan syair tamat selepas jam 5.40 petang. Kalau ikut atur cara asal harus ada satu lagi pembentangan, tajuknya “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu" oleh saya. Tetapi memandangkan masa sudah begitu lewat pembentangan itupun dibatalkan. 

Turut dibatalkan adalah sesi perbincangan berkumpulan yang dijadualkan berlangsung jam 5-5.30, selepas rehat solat Asar dan minum petang yang dijadualkan berlangsung 4.30-5. Sebaliknya selepas pembentangan Zahamri acara dikira tamat lalu hadirin boleh santai bebas. Sukahatilah mahu minum petang dahulu atau buat solat Asar. Namun suasana majlis tetap diteruskan dengan memaparkan gambar-gambar sekitar acara pertama HIKMAH di Shah Alam 4 November 2012.



Ketika itu sudah ramai meninggalkan majlis untuk kembali ke rumah atau mengejar urusan masing-masing. Menyedari akan lebih ramai meninggalkan lokasi tidak lama lagi saya mengajak mereka yang masih ada untuk berkumpul di bawah surau.





Sementara sejumlah masa ada dan hari cukup terang biarlah kita bergambar beramai-ramai berlatarbelakangkan sepanduk HIKMAH. Sambil itu kawan-kawan kami daripada jemaah Armada Malaiu pun mengeluarkan sepanduk mereka...






Hadirin berlegar-legar sebelum mengambil tempat...





Beberapa gambar sempat diambil sebelum saya sendiri masuk menyertai perkumpulan...





Sambil itu beberapa orang berdiri di hadapan untuk mengambil gambar kumpulan...





Selepas bergambar beramai-ramai hadirin terus berlegar-legar bertukar-tukar cerita atau mengambil lagi gambar bersama beberapa orang...



















Ada yang kemudian meninggalkan majlis ada yang naik ke aras atas untuk minum petang...













Alhamdulillah. Sukacita dimaklumkan acara ke-19 HIKMAH dapat dilangsungkan sehingga tamat dalam keadaan aman lagi nyaman...


















Viewing all articles
Browse latest Browse all 317