Quantcast
Channel: Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 317

HIKMAH Bukit Tinggi - Antara dinar dirham dan peranan umat Melayu akhir zaman

$
0
0


Jam 2.30 sesi pembentangan ilmu belah petang dimulakan mengikut jadual asal.





Cuma masa sahaja menurut jadual asal. Tapi topik pembentangan yang membuka sesi petang  iaitu "Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan?" sebenarnya adalah topik yang sepatutnya membuka sesi pembentangan ilmu pagi. Ia dianjak ke waktu petang atas sebab-sebab tertentu. Lihat penerangan dalam artikelHIKMAH Bukit Tinggi - Antara ilmu keTuhanan, perlembagaan negara dan wasiat raja  diikuti HIKMAH Bukit Tinggi - Sekitar waktu rehat tengah hari.






Aktivis dinar dan dirham, saudara Hazrin Marjan membawa topik dengan pendekatan yang tersendiri.


Induk pengisian topik adalah seperti yang pernah dikongsikan oleh pembentang asal, saudara Amirul Haji Mohamad lalu saya ulas melalui artikel lama Mata wang syariah dan Melayu : Penipuan dalam kewangan dan perlembagaan?.


Cuma Hazrin menerapkan beberapa elemen penerangan sendiri lalu menambah sesi demontrasi menarik yang menunjukkan bagaimana wang kertas menjana ekonomi berbanding dinar dan dirham dan apakah kesan baik buruknya terhadap masyarakat...














Sekitar jam 3.15, Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, duduk di hadapan untuk berkongsi ilmu. Beliau yang juga merupakan seorang pemimpin Tariqat Naqsyabandiah membawa tajuk "Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman". Ia adalah satu tajuk berat yang membuka banyak rahsia tentang aturan dan saf perjuangan Islam akhir zaman...








Tajuk ini pernah dipersembahkan oleh orang yang sama pada acara pertama HIKMAH di Shah Alam 4 November 2012 diikuti acara kedua HIKMAH di Melaka 25 November 2012. Untuk acara ke-19 di Bukit Tinggi ini ia asalnya dijadualkan membuka sesi petang.










Seperti pada acara-acara terdahulu, Sheikh Sidi membuka banyak perkara tentang akhir zaman yang boleh dikira 'gila-gila', susah hendak diterima akal biasa. Cuma mereka yang sudah memiliki cukup asas ilmu pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa akhir zaman menjelang kedatangan Imam Mahdi sahaja boleh menangkap dengan baik apa yang hendak diperkatakan. Nasib baik mereka yang sudah biasa mengikuti HIKMAH sudah sedia faham.







Intipati perkongsian beliau boleh disorot melalui artikel lama Bangsa dan raja Melayu sebagai peneraju kebangkitan Islam akhir zaman. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke-300 di blogspot HIKMAH. Selepas ini masih ada 2 pembentangan yang ceritanya mahu dikongsikan. Tetapi biarlah dibuat pada hari dan kesempatan yang lain ya.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 317