Quantcast
Channel: Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 317

Rehearsal akhir untuk majlis perasmian Pameran Songket ASEAN

$
0
0
Merujuk pada artikel Kaitan HIKMAH Muzium Negara dengan perasmian pameran songket Asean oleh Tengku Puan Pahang petang ini yang dibuat 2 hari lalu. Telah diceritakan bagaimana mesyuarat bagi penganjuran acara ke-18 HIKMAH di muzium membawa kepada penyertaan kawan-kawan HIKMAH, para aktivis budaya untuk majlis anjuran muzium. Sekarang biar mula diceritakan apa yang berlaku pada hari majlis...


Selasa 18 Oktober 2016 sampailah harinya berlaku majlis perasmian Pameran Songket ASEAN.


Membawa tanjak di tangan bersama beberapa pakaian lain saya dan isteri bergegas ke lokasi majlis...










Kami sampai jam 10 pagi.






Melihat sebentar galeri pameran songket yang baru siap dipenuhi dengan barangan pameran sehari dua itu...





Majlis perasmian dijadualkan bermula jam 3 petang. Kami datang awal kerana isteri terlibat dalam persembahan lalu mahu menghadiri rehearsal akhir.









Tu dia kawan-kawan aktivis kami yang terlibat sama dalam persembahan...














Pada ketika pihak lain mahu memaparkan aspek pemakaian moden songket kami pula mahu menunjukkan cara gaya dan pakai busana tradisional Melayu yang pernah membentuk jati diri bangsa kita suatu masa dahulu...






Di bahagian lain kawasan ada kawan-kawan aktivis sedang berlatih persembahan silat.






Siapa sangka dalam tempoh 9 hari sahaja perkara dibangkitkan kami sudah sedia berkhidmat untuk mengindahkan lagi majlis...





Viewing all articles
Browse latest Browse all 317