Quantcast
Channel: Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 317

Acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara kembali pada tarilkh cadangan asal 22 Oktober

$
0
0
Salam semua. Hasratnya ingin bercerita panjang lebar tentang apa yang berlaku pagi tadi di Muzium Negara. Tapi tak sempat kerana sebentar lagi saya harus mengejar penerbangan ke Kelantan. Di sini diletakkan gambar-gambar dengan tujuan mahu menunjukkan keadaan ruang yang boleh digunakan di muzium setelah dibuat satu tinjauan. Biar dicopy paste updates berkenaan yang telah diletakkan di Facebook tadi sebagai ganti cerita. Ada ada masa dan ruang saya selitkan lagi butiran...




TARIKH ACARA KE-18 HIKMAH DIKEMBALIKAN KE TARIKH ASAL CADANGAN IAITU 22 OKTOBER 2016

Salam semua. Sebelum ini saya ada membuat pengumuman bahawa tarikh acara ke-18 HIKMAH di Muzim Negara telah dipercepatkan dari 22 Okt ke 15 Okt iaitu cuma 5 hari sahaja daripada sekarang. Tadi, setelah mengadakan satu mesyuarat dengan Ketua Pengarah Jabatan Muzium Negara beliau dengan sukacita mengalihkan kembali tarikh acara ke 22 Okt. Tentang bagaimana ini boleh berlaku insyaallah akan diceritakan panjang lebar nanti di blogspot HIKMAH. Harap semua sedia maklum tentang ini...

Nota : Gambar hiasan, diambil ketika menuju ke Muzium Negara awal pagi tadi. Sungguh tak dijangka, banyak perkara baik timbul pada mesyuarat tadi. Sebentar lagi saya harus bersedia untuk bertolak ke Kelantan demi menuntut ilmu di sebuah sekolah pondok buat beberapa hari. Sesungguhya keputusan untuk mengalihkan tarikh kembali ke 22 Okt memberikan banyak kelegaan dan ruang untuk menjayakan acara sebaik2nya...























PENDAFTARAN UNTUK PAMERAN/JUALAN BARANG DAN PERSEMBAHAN SILAT PADA HIKMAH-18 DI MUZIUM NEGARA 22 OKTOBER

Antara yang dipersetujui pada mesyuarat dengan Ketua Pengarah Muzium tadi adalah penggunaan dataran yang kelihatan dalam gambar untuk sesiapa sahaja berniaga, membuat pameran atau membuat persembahan silat. Rancang saya, sambil atur cara utama termasuk pembentangan ilmu berjalan dalam ruang tertutup di auditorium yang terletak agak jauh ke bawah biar dataran yang terletak cukup dekat dengan pintu masuk utama ke bangunan pameran Muzium Negara hidup dengan pelbagai aktiviti. Ini boleh menarik perhatian ramai pelancong dan pengunjung muzium yang lalu lalang selain memberikan pendapatan kepada peniaga juga peluang untuk pesilat mendapatkan perhatian, perhatian yang kemudian boleh memberikan pendapatan apabila pihak muzium tertarik untuk memanggil mereka mengisi aktiviti2 akan datang. Sesungguhnya memang polisi HIKMAH sejak dahulu membuka ruang sebegini kepada sesiapa sahaja untuk menyertai tanpa perlu pun memberitahu lebih awal. Datang sahaja pada hari acara, tahulah kami memberikan masa dan ruang.

Tapi kali ini kita sedang berurusan dengan Muzium Negara, satu institusi yang memiliki nama yang sangat gah dan besar. Di bawah Jabatan Muzium Negara pula terangkum hampir semua muzium yang terdapat di dalam negara Malaysia. Mereka biasa berurusan secara formal lalu meminta pihak kami menyediakan kertas kerja tambahan tentang penggunaan ruang. Dalam kertas kerja tersebut harus disenaraikan nama setiap peniaga, nama syarikat (jika ada), jenis barang yang dijual/dipamerkan juga senarai persembahan silat, boleh mengikut individu boleh ikut perguruan.

Sebentar lagi saya harus berlepas ke Kelantan untuk menadah sedikit ilmu di sebuah sekolah pondok. Saya akan berada di sana insyaallah 3 hari 4 malam. Sementara itu saya harap mereka yang berminat supaya meletakkan nama di ruangan komen. Sahabat HIKMAH, saudara Tengku Ahmad Ridhauddin akan mengumpulkan untuk dimasukkan dalam kertas kerja bagi tindakan muzium. Harap maklum…





















Viewing all articles
Browse latest Browse all 317