Quantcast
Channel: Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 317

HIKMAH Janda Baik - Mukadimah awal pagi Sabtu

$
0
0
Masuk cerita ke-2 tentang acara yang selamat berlangsung 30-31 Januari. Bersambung daripada HIKMAH Janda Baik - Menggamit keindahan malam sebelum acara.



Sebaik sahaja matahari terbit pagi Sabtu 30 Januari 2016 saya mula meninjau keadaan sekeliling lokasi untuk melihat apakah lagi yang perlu diperkemaskan.




Ketika itu sudah ada sejumlah peserta dan ahli urusetia bersama kerana datang bermalam di rumah Pak Habib.



Rumah yang digunakan oleh jemaah Armada Malaiu Malaysia, penganjur bersama acara kali ini. Mereka diberi tanggungjawab menjaga makan minum peserta. Sejumlah daripada mereka sampai jam 2.30 pagi Sabtu.



Bergerak ke khemah yang didirikan untuk hadirin mengikuti pembentangan dan sebagainya.



Melihat selepas khemah, kawasan letak kereta. Ketika ini jam menunjukkan 7.35 pagi.




Banner/sepanduk HIKMAH di kawasan masuk ke taman utama. Sepanduk ini telah dibawa mereta Semenanjung hingga ke Aceh untuk acara-acara HIKMAH yang kini sudah masuk ke-16, dalam tempoh 3 tahun lebih HIKMAH diasaskan iaitu pada 12 Oktober 2012.



Kembali ke khemah, kerusi sudah disusun cantik oleh 5 orang peserta anak muda yang datang siang Jumaat lalu bermalam di surau dalam kawasan rumah. Rujuk Penggunaan ruang untuk HIKMAH Janda Baik dan penginapan percuma untuk semua.






Saya turut bersama menyiapkan apa yang patut. Antaranya adalah melipat kain scallop di hadapan khemah naik ke atas agar peserta dapat memandang terus ke pentas tanpa dihalang kecuali oleh tiang.












Mengikut atur cara, peserta dijangka datang bermula jam 8 pagi, sebelum acara dimulakan dengan Maulud jam 9.



Gambar ini diambil tepat jam 8.59 pagi. Baru ada sekitar 30 termasuk saya dan keluarga. Kena tunggu lagi sedikit masa, apabila cukup ramai orang muncul baru boleh dimulakan acara. Tak mengapa. Ketika ini saya sendiri pun belum lagi bersiap lantaran sibuk memperkemaskan beberapa perkara. Sarapan dahulu. Tak sangka akan muncul satu kejutan yang menjadikan awal acara satu hal yang harus diingati semua... :]



Viewing all articles
Browse latest Browse all 317