Salam Jumaat. Merujuk pada artikel terakhir dipersembahan di blogspot ini iaitu Rumah Pak Habib bersedia untuk menyambut tetamu HIKMAH Jumaat lalu. Sukacita dimaklumkan kini sudah hampir seminggu acara ke-16 HIKMAH selamat dilangsungkan dengan jayanya di Janda Baik 30-31 Januari. Selepas itu saya sekadar memerhatikan sahaja perkongsian tentang acara yang dibuat oleh kawan-kawan di Facebook. Sekarang, setelah terasa mendapat cukup rehat baru saya sendiri mengeluarkan cerita.
Setelah diteliti koleksi hampir 600 gambar yang diambil sendiri sepanjang acara saya memtusukan untuk bercerita begini :-
1. Tentang malam sebelum acara iaitu Jumaat malam Sabtu 29 Januari.
2. Pagi Sabtu ketika menunggu cukup orang sampai untuk memulakan acara
3, Maulidur Rasul dan pembukaan
4. Sesi pembentangan tengah hari Sabtu
5. Sesi pembentangan petang Sabtu
Selepas itu baru boleh diceritakan apa yang berlaku pada hari kedua acara iaitu hari Ahad. Yang ni saya belum putuskan bagaimana sebaiknya memecahkan cerita. Bila dah selesai 5 di atas baru saya tahu, insyaallah.
Saya fikir eloklah dipersembahan satu cerita sahaja untuk satu hari. Kalau tiada kesibukan dan cukup lapang saya buat setiap hari sehingga selesai semua yang patut dikongsikan. Kita mulakan dengan cerita 1...
Adapun artikel Rumah Pak Habib bersedia untuk menyambut tetamu HIKMAH dipersembahkan pagi Jumaat lalu berdasarkan persiapan akhir yang dibuat hari sebelumnya iaitu Khamis 28 Januari. Jumaat malam Sabtu selepas jam 11 saya sampai lagi ke rumah Pak Habib, kali ini bersama keluarga.
Memandangkan acara dijadualkan bermula jam 9 pagi Sabtu kami harus bermalam di lokasi.
Kereta pun dibawa masuk lebih ke dalam ke kawasan rumah Pak Habib dan taman seluas 8 ekar gitu.
Bila kereta diparkir tengok-tengok ada nombor menarik pada meter kereta. Ada 3131 yang boleh dipecahkan kepada 313 dan 131. Nombor 313 pada saya melambangkan perjuangan (313 ahli perang Badar, 313 tentera Thalut melawan Jalut) sedangkan 131 melambangkan home sweet home atau rumahku syurgaku.
Melihat tempat-tempat atau bangunan/dewan/pondok yang mahu digunakan untuk acara.
Semuanya nampak sudah sedia. Bandingkan dengan keadaan waktu siang seperti ditunjukkan dalam Rumah Pak Habib bersedia untuk menyambut tetamu HIKMAH...