Quantcast
Channel: Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 317

Rumah Pak Habib bersedia untuk menyambut tetamu HIKMAH

$
0
0
Salam pagi Jumaat. Pada artikel Penggunaan ruang untuk HIKMAH Janda Baik dan penginapan percuma untuk semua telah disebut tentang tinjauan yang dibuat di lokasi acara HIKMAH Janda Baik Sabtu lalu untuk memastikan penggunaan ruang. Semalam saya berada di Janda Baik lagi untuk meninjau beberapa persiapan terakhir. Ini ceritanya...



Antara persiapan terakhir adalah meletakkan papan tanda arah ke lokasi. Saya buat sendiri menggunakan cardboard kotak. Kelihatan dalam gambar pintu gerbang di simpang masuk ke Janda Baik. Ia terletak kira-kira 4 km daripada tempar rehat (RnR) Genting Sempah (untuk mereka yang datang dari arah Kuala Lumpur) dan 2 km daripada simpang Bukit Tinggi (dari arah Pahang).



Saya buat ringkas sahaja, baru semalam terfikir untuk membuatnya. Cukuplah untuk menunjukkan arah sambil membantu orang yang tidak pernah ke lokasi membuat rancangan perjalanan.



Masuk terus jalan berliku-liku naik bukit ke Janda Baik anda akan bertemu satu simpang.



Teruskan perjalanan mengikut jalan berliku, jangan membelok masuk ke simpang.



Sekitar 4-5 minit kemudian sampai lagi satu simpang.



Teruskan perjalanan tanpa mengambil simpang.



Setelah itu sampailah ke simpang masuk ke satu lorong di kanan.



Ketika ini lokasi acara iaitu rumah penulis buku politik terkenal, Pak Habib @ S.H, Alattas sudah cukup dekat.



Ambil lorong dan anda boleh melihat banner yang telah saya pasang semalam dengan bantuan seorang ahli rumah.



Masuk kiri dan terus. Di sini saya tidak menunjukkan rumah-rumah yang terdapat antara pintu masuk dengan taman utama seperti yang terdapat dalam artikel Penggunaan ruang untuk HIKMAH Janda Baik dan penginapan percuma untuk semua. Cukuplah sekadar menunjukkan arah ke ruang utama yang mahu digunakan untuk acara,..



Terus ke taman yang dipanggil Wadi Hussien...



Khemah-khemah telah didirikan di padang...






Dewan yang akan digunakan untuk sambutan maulud, pembukaan dan pembentangan...















Pondok-pondok yang akan digunakan untuk pameran dan jualan dilihat dari bawah khemah...











Rumah-rumah untuk kegunaan urusetia dan pembentang juga dapat dilihat dekat dari bawah khemah. Secara rata rumah Pak Habib sudah bersedia untuk menyambut tetamu HIKMAH, insyaallah. Marilah datang beramai-ramai memeriahkannya. Bukan kena bayar apa pun dan terbuka kepada semua. Cuma kena pakai baju Melayu atau busana tradisional. Selain itu bolehlah pakai jubah dan berkopiah. Yang penting nampak identiti Melayu dan/atau Islam, bukan liberal atau keBaratan...



Update tambahan yang diletakkan di Facebook sekitar jam 11.30 pagi tadi. Copy and paste...




PERSEMBAHAN SILAT DAN MAULUD UNTUK HIKMAH JANDA BAIK


OK. Ini kira antara last minute update. Persembahan silat saya dah dapat orang dengan bantuan jemaah Armada Malaiu yang merupakan co-organiser atau penganjur bersama untuk acara ke-16 HIKMAH di Janda Baik Sabtu dan Ahad ini. Saya letak apa yang dah diputuskan melalui Wassap beberapa hari lalu ya...

Pagi Sabtu sekitar jam 11 : Persembahan silat daripada perguruan Silat Hamboran Rimau Puteh. Ini dimulakan sebaik sahaja majlis dirasmikan.

Ahad pagi 11-11.15 (waktu rehat antara sesi pembentangan pagi dan tengah hari) : Silat Bunga Kedah daripada jemaah Armada Malaiu Malaysia.

Petang Ahad sekitar 4,30-5 (waktu rehat Asar dan minum petang) : Silat daripada Hulubalang Melayu

Oh, petang Sabtu waktu rehat Asar insyaallah tuan Zariman Zulkapli akan buat persembahan solo.
Tentang Maulud yang mahu diadakan Sabtu iaitu pagi esok jam 9-10 pula. Disebabkan ada sedikit miscommunication hampir sahaja kita tak dapat orang yang boleh memimpin majlis. Tapi dengan kuasa Allah SWT alhamdulillah baru pagi tadi saya mendapat ilham siapa yang boleh membantu lalu menghubunginya. Dan alhamdulillah orang itu terus memberikan commitment untuk bersama.
Sukacita dimaklumkan, terima kasih kepada saudara Zafir Zakaria, majlis akan dimeriahkan oleh kumpulan Maulud Naqsyabandiyah Haqqani. Ini bukan sebarang kumpulan. Mereka dan perform merata di luar negara. Cuma disebabkan ramai antara mereka memang bermarkas di Janda Baik dan selalu praktis di sana, Allah lorongkan agar mereka dapat menjayakan majlis kita. Alhamdulillah..



Saya tak ingat jika sudah disebut di blogspot ini... kita akan ada aktiviti memanah, diselenggarakan oleh jemaah Armada Malaiu Malaysia. Insyaallah kita akan ada beberapa nama besar dalam dunia memanah tradisional tanah air untuk memeriahkan majlis. Alhamdulillah... :]





Viewing all articles
Browse latest Browse all 317