Quantcast
Channel: Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 317

Acara ke-15 HIKMAH di dewan orang ramai Kampung Banjar, Beruas 8-9 Ogos 2015

$
0
0


Iham untuk mengadakan acara di Beruas terbit penghujung 2014 setelah satu peristiwa mengingatkan penulis merangkap presiden dan pengasas HIKMAH tentang Batu Bersurat Beruas yang katanya pernah menarik perhatian ramai tahun 1980an. Menurut jalan cerita yang terdapat dalam kitab Hikayat Merong Mahawangsa ia terasa sesuai diadakan selepas majlis di Lembah Bujang yang merupakan acara ke-12 HIKMAH berlangsung pertengahan Januari 2015 . Acara di Beruas pun diumumkan sebagai yang ke-13 dengan tarikh 21 Februari 2015 menjadi pilihan. Namun tinggal seminggu sebelum tarikh, pihak penganjur tempatan memohon agar ia ditunda sekurang-kurangnya 2-3 bulan lagi.

Tarikh baru 6 Jun pun dipilih menjadikannya acara yang ke-15 menggantikan majlis di Chenor, Pahang yang dijadualkan berlangsung awal Mei. Sebelum itu telah diputuskan bahawa acara ke-15 harus menjadi penutup acara-acara HIKMAH buat beberapa lama, sekurang-kurangnya untuk tahun 2015. Ini memang ikrar penulis memikirkan bahawa sudah begitu banyak acara HIKMAH diadakan di merata Semenanjung Malaysia membawa luar negara ke Aceh sedangkan salah satu tujuan asal HIKMAH itu sendiri muncul iaitu menghilangkan mental block yang mengganggu satu projek penulisan buku tahun 2012 pula seperti dilupakan... buku sampai sekarang tak siap dengan penulisannya tertunda hampir 3 tahun kini.

Ikrar penulis adalah selepas projek buku tersebut dapat dijayakan kembali sehingga terbit di pasaran baru difikirkan jika mahu diadakan apa-apa lagi acara HIKMAH selepas ini. Permintaan memang ada dan ia bukan setakat untuk satu dua tempat. Ketika tarikh 6 Jun menghampiri, sekali lagi pihak penganjur tempatan di Beruas meminta ia ditunda, kali ke ke selepas sambutan haru raya Aidilfitri. Hal ini menyebabkan muncul pula satu acara berkaitan di Pasir Salak sebagai ganti sementara.

Apabila HIKMAH Beruas akhirnya dapat diadakan 8 Ogos diikuti sesi lawatan lapangan ke tempat-tempat bersejarah keesokan harinya 9 Ogos, timbul hal-hal lain yang menyebabkan ada terasa sedikit 'kekurangab'. Apabila HIKMAH dibawa terlibat dengan satu lagi acara di Pasir Salak selepas itu baru apa yang kurang itu dapat dilengkapkan. Dengan ini juga cukuplah apa-apa yang perlu diceritakan tentang HIKMAH Beruas yang merupakan acara ke-15 HIKMAH, penutup buat. tahun 2015 dan terakhir buat beberapa lama. Segala yang perlu telah dikumpulkan dalam artikel ini yang merupakan ke-215 di blogspot HIKMAH... 



Persediaan untuk acara...



12. Lokasi tepat HIKMAH Beruas 8 Ogos dan atur cara terbaru

13. Lawatan lapangan HIKMAH Beruas, shooting "Daulah Melayu" dan pertukaran lokasi acara


Apa yang berlaku sepanjang acara...


1. HIKMAH Beruas - Antara atur cara yang dirancang dengan undangan rumah terbuka yang muncul tiba-tiba

2. HIKMAH Beruas - Busana, makanan, pedang dan mimbar. Menyelesaikan hal tertunggak...

3. HIKMAH Beruas - Sajian malam warga tempatan

4. HIKMAH Beruas - Lawatan lapangan dan konvoi kawan-kawan


Kertas kerja atau/dan perkongsian rasa yang telah dipersembahkan...


1.Dinar Dirham vs Wang Kertas dan Penipuan Perbankan – Amirul Haji Mohamad, jururunding kewangan Islam, aktivis dinar dan dirham

2.Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail kini wartawan bebas

3. Busana Melayu : Antara Tradisional dan Klasik - Johan Iskandar, pengkaji dan aktivis busana, pengasas Komuniti Keris Warisan

4. Teori Membangun Umat Cemerlang. : Rahsia Pemakanan para Rasul dan Kesan Amalan Harian Mereka daripada Sudut Sains - Idris Zainal Abidin, pengkaji sejarah dan pengusaha makanan sunnah.

5.Ikonografi Zulfikar di Alam Melayu : Kibaran Panji-panji Perjuangan Melayu Islam – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni ukir dan khat

6.Kesatuan dalam Kepelbagaian : Identiti Ragam Hias Gunungan Mimbar Sultan Iskandar Muda (1607-1636) – Dr Harleny Abd Arif,  doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris (mintak sesi petang)

7. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis siri buku "Berpetualang ke Aceh"

8.Beruas sebagai satu tapak kebangkitan akhir zaman – Zuhriah Dato’ Shahruddin, motivator/trainer, seorang anak Beruas


Acara susulan yang ada kena-mengena...


1. Melengkapkan gerak HIKMAH Beruas di Pasir Salak

2. Sekitar Festival Rakyat @ Pasir Salak - Ribut taufan yang 'menyambut' PM Najib

3. Sekitar Festival Rakyat @ Pasir Salak - Sabtu yang lebih tenang




Viewing all articles
Browse latest Browse all 317