Quantcast
Channel: Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)
Viewing all 317 articles
Browse latest View live

Mengiringi Tengku Puan Pahang melihat pameran songket ASEAN

$
0
0
Artikel terakhir tentang majlis perasmian Pameran Songket ASEAN di Muzium Negara pada Selasa lalu. Bersambung daripada Apabila kawan-kawan HIKMAH mencuri perhatian tetamu diraja dan masyarakat antarabangsa...


Selesai peragaan di pentas sampai masanya untuk Tengku Puan Pahang melihat pameran. Baginda pun diiringi dif-dif kehormat ke galeri, Saya ikut sama di belakang.


Sambil berjalan ke galeri Tunku Azizah bertegur sapa dengan orang-orang yang baginda kenal. Ada yang sempat menunjukkan hasil terbaru songket mereka.


Masuk ke galeri...


Ramai ikut sama termasuk para wartawan.


Tengku Puan Pahang mengambil masa untuk meneliti kain-kain yang dipamerkan.





Baginda dikatakan sangat tahu tentang songket. Ada sahaja yang boleh diperbualkan...


Malah ada beberapa songket yang dipamerkan dipinjamkan daripada koleksi peribadi Tunku Azizah.































Turut dipamerkan adalah songket dan cara buatan dari lain-lain negara Asean.





Puas melihat pameran baginda dibawa beredar ke tempat makan.


Kami para aktivis menuju ke satu bahagian.





Ketika gambar ini diambil sudah lebih jam 5 petang. Dengan ini selesailah segala cerita yang mahu dikongsikan tentang majlis perasmian pameran serta penglibatan kami, para aktivis budaya, persilatan dan kedaulatan Melayu Islam.



Seminar songket ASEAN di Muzium Negara - Menumpang semangat dan minat tetamu diraja

$
0
0
Salam semua. Telah diceritakan apa yang berlaku pada majlis perasmian pameran songket ASEAN di Muzium Negara hari Selasa melalui artikel-artikel berikut :-







Sekarang biar diceritakan tentang majlis susulan keesokan harinya...



Pagi Rabu 19 Oktober 2016 saya pergi ke Muzium Negara lagi tapi ke auditorium pula.


Di luar auditorium kelihatan buku-buku dan beberapa barangan lain sedang dijual...


Di dalam pula satu acara sedang berjalan.


Ia adalah majlis Seminar Songket Asian. Ketika saya masuk jam 10.36, tetamu diraja, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah ibni almarhum Sultan Iskandar (Johor) sedang memberikan ucapan.


Kalau ikut atur cara yang saya terima seminggu sebelum itu waktu itu pembentangan pertama harus telah pun bermula. Tetapi nampaknya ini dilakukan sedikit lewat kerana baginda begitu bersemangat dan seronok mahu berkongsi mengenai minat peribadinya tentang songket. Apabila pembentang pertama,  Prof Madya Sulaiman Ab. Ghani dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) masuk untuk membentang apa yang dikongsikan merupakan satu kesinambungan. Ini kerana beliau bercakap tentang bagaimana industri tenunan kain memberikan harapan kehidupan baru kepada para warga penjara di Pahang. Sedangkan Tengku Puan Pahanglah yang bertanggungjawab membawa minat dan ilmu songket ke dalam penjara sehingga ia menjadi satu perusahaan yang menguntungkan.

Maaf, gambar yang saya ambil daripada barisan belakang auditorium ini kurang jelas. Sulaiman membentang dengan cara menunjukkan video berkenaan penglibatan beliau dengan warga penjara dalam memastikan mereka mendapat ilmu secukupnya untuk menghasilkan tenunan songket Pahang yang bermutu tinggi mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Tengku Puan Pahang. Tajuk rasmi pembentangan beliau adalah "Weaving with Hope : Royal Tenun Pahang & Songket". Ini boleh diterjemahkan sebagai :"Menenun dengan Harapan : Tenun diraja Pahang & Songket".


Tajuk pembentangan diberikan dalam bahasa Inggeris kerana ini adalah seminar antarabangsa melibatkan pakar-pakar dalam bidang tenunan dari negara-negara ASEAN iaitu kesatuan Asia Tenggara. Pembentang seterusnya adalah Dr Pimiada Prachadetsuwat dari Northern Thai Weaving Learning Centre (Pusat Pengajian Tenunan Utara Thailand). Tajuk yang dibawa, "Silk Brocade in Thailand" boleh diterjemahkan sebagai "Songket Sutera di Thailand".

Gambar ini menunjukkan semua hadirin bangun berdiri hormat dan bertafakur sebentar. Untuk pengetahuan raja Thailand baru sahaja beberapa hari mangkat lalu sebagai tanda prihatin dan simpati di hadapan pembentang hadirin diminta berbuat begitu buat sedikit masa.


Hmm. Saya tak pasti apakah sebutan seterusnya (second reference) terhadap pembentang harus berbunyi Pimiada (nama pertama) atau Prachadetsuwat (nama kedua). Kalau orang Melayu biasanya nama pertama memang nama pemilik badan, nama kedua adalah nama bapa lalu kita gunakan nama pertama untuk sebutan seterusnya. Kalau nama orang Barat, nama pertama juga adalah nama sendiri, nama kedua adalah nama keluarga, Tetapi sebutan seterusnya memerlukan kita menyebut nama keluarga dalam keadaan formal, nama pertama disebut dalam keadaan santai atau tidak formal. Kalau orang Cina pula nama pertama adalah nama keluarga, nama seterusnya adalah nama tuan punya badan...

Apapun beliau banyak bercerita tentang keluarga diraja Thailand dan bagaimana industri tenunan sangat terkait dengan sejarah raja-raja, para kerabat dan keluarga bangsawan. Banyak kali beliau tidak dapat menahan sesak kesedihan apabila bercerita tentang raja. Saya rasa ramai sedia maklum bagaimana orang Thailand begitu sayangkan raja mereka lalu terasa amat kehilangan dengan kemangkatan baru-baru ini.


Pembentang ketiga, Bapak Merdi Sihombing dari Indonesia kemudian muncul membawa tajuk "Ressurection of Songket Indonesia" (Menghidupkan Kembali Songket Indonesia). Menggunakan persembahan video sebagai pembuka cerita beliau memberitahu industri songket sana pernah hampir puus apabila minat rakyat hilang. Beliau terlibat dalam usaha untuk menimbulkan kembali minat sehingga industri dapat dipulihkan dan songket kembali mendapat tempat yang sewajarnya.





Sesi petang menyaksikan pembentangan kertas kerja ke-4 oleh Profesor Andi Ima Kasuma dari Universitas Negeri Makassar, Indonesia diikuti kertas kerja ke-5 oleh Dr Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah dari Universiti of Brunei. Disebabkan hal tertentu saya masuk lewat selepas rehat tengah hari lalu terlepas pembentangan Andi Ima yang bertajuk "Dari Wajo untuk ASEAN".


Ketika saya masuk ke auditorium hampir jam 3,30 Siti Norkhalbi sedang membawa tajuk "Kain Tenunan Brunei : Binding Fabrics". Beliau menceritakan bagaimana kain tenunan (merujuk pada songket tapi dipanggil kain tenunan di negaranya) digunakan begitu meluas oleh masyarakat Brunei dalam hampir semua aspek kehidupan, daripada lahirnya seorang anak sampailah berlaku kematian.


Satu lagi pembentang dari Universiti Makassar kemudian muncul membawa kertas kerja ke-6. Beliau, Dr Karta Jayadi membawa tajuk "Revitalisasi Nilai dan Motif Kain Sutera Sengkang dalam MEA".


Ketika hendak memulakan pembentangan, moderator terus bertanya apakah itu MEA. Rupa-rupanya ia adalah singkatan untuk Masyarakat Ekonomi ASEAN. Karta Jayadi merujuk pada peleburan perhubungan ekonomi antara negara-negara ASEAN yang mula membuka pasaran kepada sesiapa sahaja dalam ikatan ASEAN untuk bergerak bebas mendapatkan barangan merentasi sempadan. Selepas berkongsi pemerhatian tentang proses-proses dalam industri kain beliau menceritakan panjang lebar bagaimana pasaran bebas boleh menyebabkan sesuatu yang dahulunya asalnya eksklusif, misalnya kain dengan corak yang cuma boleh dipakai golongan diraja kini menjadi bebas boleh dipakai sesiapa sahaja tanpa mengikut taraf.


Pembentang ke-7 dan terakhir, Encik Wan Manang bin Wan Awang dari Terengganu, Malaysia pula membawa tajuk "Wan Manang : Perjuangan Dalam Memartabatkan Songket Terengganu".


Beliau yang merupakan seorang usahawan songket terkenal menceritakan tentang proses membuat songket dan jenis-jenis motif biasa sebelum menunjukkan beberapa hasil kerja terbaik beliau di atas pentas...














Perkembangan-perkembangan terbaru berkenaan penganjuran HIKMAH Muzium Negara dalam tempoh 32 jam kebelakangan

$
0
0
Salam pagi Jumaat. Hari ini tinggal 24 jam sahaja sebelum acara ke-18 HIKMAH berlangsung di Muzium Negara. Biar dilepaskan satu gerak cerita berkenaan sebelum saya boleh bercerita lebih lanjut tentang persiapan acara...



Para pembaca yang rajin mengikuti cerita demi cerita di blogspot ini tentu sedar bagaimana beberapa hari kebelakangan saya telah disibukkan dengan penglibatan HIKMAH dalam majlis perasmian Pameran Songket ASEAN di Muzium Negara. Cerita berkenaan penglibatan sudah pun dikongsikan melalui artikel-artikel berikut :-








Seterusnya saya harus menghadiri seminar berkaitan hari Rabu. Lihat Seminar songket ASEAN di Muzium Negara - Menumpang semangat dan minat tetamu diraja. Selepas itu baru ada sedikit kelegaan untuk saya menumpukan perhatian kembali pada penganjuran acara sendiri di Muzium Negara. Maka dapatlah dibuat beberapa updates tentang perkembangan penganjuran di Facebook.

Di sini biar dikumpulkan updates berikut menurut turutan kronologi ataupun masa. Biar jelas direkodkan perjalanan penganjuran dan apa-apa perubahan yang berlaku. Saya copy paste sepertimana ia kelihatan di FB ya. Untuk makluman, ini adalah kesinambungan daripada apa yang telah diceritakan dalam artikel Kaitan HIKMAH Muzium Negara dengan perasmian pameran songket Asean oleh Tengku Puan Pahang petang ini...


20 Oktober jam 1 pagi



PERSEMBAHAN SILAT PAGI SAMPAI PETANG PADA HIKMAH MUZIUM NEGARA OKT 22 INI

Malam ini saya harus memuktamadkan senarai penyertaan pesilat/perguruan yang mahu membuat persembahan/demonstrasi pada acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara Sabtu ini. Untuk makluman kawasan dataran di atas auditorium muzium telah kami khaskan untuk kawan2 pesilat membuat persembahan daripada pagi sampai ke petang. Senarai ini dibuat berdasarkan maklum balas yang saya terima beberapa hari kebelakangan terutama daripada persatuan DSSM (Dunia Seni Silat Melayu) Selangor. Saya telah meminta mereka menjaga gelanggang dan mengatur persembahan bagi pihak HIKMAH.

Diharap semua yang terlibat dapat memberikan persembahan terbaik sesuai dengan taraf Muzium Negara sebagai satu institusi berprestij negara yang sering dikunjungi pelancong dari luar. Persembahan anda boleh menarik perhatian pihak2 yang boleh membawa anda lebih jauh ke hadapan dalam dunia persilatan juga dalam meningkatkan taraf hidup. Diingatkan supaya sentiasa menjaga adab, adat dan tatasusila sesuai dengan misi kita mahu memartabatkan silat juga budaya dan ketamadunan Melayu secara keseluruhan. Inilah senarainya.

PERSEMBAHAN SILAT :

Bebas –

1. Silat PSSGM daerah Petaling – Nurulathirah Norman

2. Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu (IPPM) – Megat Ainuddin

Bawah DSSM (Dunia Seni Silat Melayu) Selangor

1. Perguruan Kalimah Maarifat – Bonda Zalina

2. Perguruan Bunga Kedah Rawang

3. Jemaah Armada Malaiu - Mass Ahmad Kamal

4. Perguruan Hamboran Rimau Putih

5. Perguruan Silat Jawa 4 Penjuru

6. Silat Gayong Maarifat

7. Silat Cimande – Cikgu Hisham

8. Perguruan Helang Putih Kegayungan Aceh

9. Rombongan DSSM negeri Perak diketuai oleh Cikgu Muzni (Persatuan Seni Silat Gayong Jati Pusaka dan Gerak 9 Wali)

10. Rombongan DSSM Negeri Pahang diketuai oleh Cikgu Paduka Aziz dan Cikgu Yusof Mohamed (Silat Pedang Pahang)

12. Ahmad Syahmi Shaari juara program Akademi Silat Pendekar Muda di TV Alhijrah


20 Oktober jam 1.30 pagi




SENARAI PENIAGA PADA HIKMAH MUZIUM NEGARA 22 OKT

Malam ini juga saya harus memuktamadkan senarai peniaga berdasarkan maklum balas yang telah diterima melalui ruangan komen juga Whatsapp. Saya dah pesan, kali ini kita kena ikut protokol muzium, bukan macam biasa seperti pada acara2 HIKMAH terdahulu di mana sesiapa sahaja boleh masuk buka tapak dan berniaga tanpa memaklumkan saya terlebih dahulu. Datang aje pada hari acara.

Kali ini kita harus jelas nama peniaga, nama syarikat (jika ada) dan jenis barang perniagaan kerana perlu dimasukkan ke dalam kertas kerja. Ingat. Ini tapak perniagaan percuma di Muzium Negara, satu institusi berprestij tinggi negara yang sering dikunjungi pelancong dari luar negara. Dah diberi peluang berniaga percuma, senangkanlah kerja saya dengan memberikan maklumat yang dipinta. Jangan harap saya sedia faham bila anda sebut nama syarikat dan sebagainya tanpa maklumat lain yang dipinta kecuali anda sudah kenal lama dengan saya...

1. Amirul Hj Mohamad daripada Qiblah Consulting – Barangan dinar dan dirham dan perkhidmatan perancangan harta pusaka Islam

2. Mohd Jasiman bin Mohamed Daie daripada Sifat Baru Enterprise– Keris, senjata, busana tradisional dan t-shirt

3. Mass Ahmad Kamal Shafiee daripada Armada Malaiu – Tanjak, busana dan aksesori serta peralatan memanah

4. Cikgu Akmal daripada Galeri Silat Hamboran Rimau Putih – T-shirt dan majalah Seni Bela Diri

5. Ustaz Mahyuddin daripada Anjung Hikmah – Tanjak, busana, aksesori, keris dan senjata

6. Ustaz Rasyid @ Ratib Alami – Buku-buku agama dan kitab

7. Mohd Zahamri Nizar daripada Taman Pustaka – Buku-buku tentang sejarah dan ketamadunan Melayu

8. Muhammad Haris bin Zahari daripada Arrembauwi Resources – Capal dan pisau lapah

9. Hamzah Nizar @ Seri Maulid daripada dari Rupa & Gaya Enterprise untuk pameran dan jualan tanjak

10. Hazrin Salim bin Marjan daripada Global Kind - Dinar dam dirham, syiling emas , perak dan duit lama

11. Tengku Ahmad Ridhaudin daripada Pertubuhan Komuniti Seni Melayu: Koleksi Tekstil Melayu

12. Megat Ainuddin daripada Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu (IPPM) – Busana, t-shirt, keris, senjata, minyak attar

13. Megat Iskandar daripada Persatuan Keturunan Megat Terawis – Buku tentang Megat Terawis dan salasilah-salasilah keluarga diraja Melayu dan bangsawan

14. Norashekin Daud daripada Ashekin Rich Resources – Infaq/waqaf kit set pengurusan jenazah

15. Bonda Che Na daripada Perguruan Kalimah Maarifat – Akar kayu, herba dan minyak

OK. Setiap peniaga diberikan satu meja bersaiz 2 x 4 kaki persegi. Layout atau letak meja adalah hak pihak pengurusan Muzium Negara. Jangan main suka2 atur ikut sedap sendiri. Sebab mereka hendakkan keseragaman yang sesuai dengan prestij tinggi muzium. Kerusi juga diberikan setiap satu. Setiap peniaga MESTI MEMAKAI KAIN ALAS MEJA BATIK YANG DIBAWA SENDIRI. Itu syarat yang telah ditetapkan muzium.

Lagi satu, sila datang ke muzium sebelum jam 8.30 untuk masuk atur barang. Jam 9 - 9,30 dijadualkan orang ramai datang. Ketika itu harus dah settle letak barang dan atur perkara. Insyaallah jumpa kita pada acara ke-18 HIKMAH Sabtu ini...


20 Oktober jam 11 pagi



MEMUKTAMADKAN SENARAI PENIAGA PADA HIKMAH MUZIUM NEGARA 22 OKTOBER - ANTARA MENURUT TEMA DENGAN MEMBENARKAN LEBIH RAMAI TERLIBAT

Salam. Pada ketika ini sudah ada 19 nama peniaga tersenarai untuk bersama semasa acara. Muzium telah sudi menyediakan 20 meja yang mana cadangan asalnya adalah 2 meja dibuat disambung bentuk L untuk setiap peniaga. Kalau begitu cuma boleh masuk 10 peniaga sahaja, Tapi saya yang lembut hati ni sebolehnya nak bagi peluang untuk lebih ramai peniaga masuk. Maka saya terimalah senarai sampai 19 nama ini. Seorang boleh pakai satu meja.

Namun perlu diingatkan. Muzium Negara sebagai penganjur bersama malah pemilik premis memiliki kata putus dalam hal ini. Satu perkara penting yang pernah ditekankan adalah perniagaan menurut tema. Sedangkan ada yang dalam senarai memang nampaknya tak masuk tema majlis iaitu "Busana Lambang Ketamadunan Melayu". Jadi ada kemungkin penyertaan mereka akan ditolak apabila perkara betul2 dimuktamadkan dalam mesyuarat petang ini.

Takpa. Saya letak senarai dahulu. Kalau kena singkir saya minta maaf ya kerana kita harus akur dengan kata putus pemilik premis. Apapun diingatkan lagi. SETIAP PENIAGA MESTI MENYEDIAKAN KAIN BATIK SENDIRI SEBAGAI LAPIK UNTUK MEJA 2 X 4 KAKI. Ini senarainya...

1. Amirul Hj Mohamad (Qiblah Consulting) – Barangan dinar dan dirham dan perkhidmatan perancangan harta pusaka Islam

2. Mohd Jasiman bin Mohamed Daie (Sifat Baru Enterprise) – Keris, senjata, busana tradisional dan t-shirt

3. Mass Ahmad Kamal Shafiee (Armada Malaiu Malaysia) – Tanjak, busana dan aksesori serta peralatan memanah

4. Cikgu Akmal (Galeri Silat Hamboran Rimau Putih) – T-shirt dan majalah Seni Bela Diri

5. Ustaz Mahyuddin (Anjung Hikmah) – Tanjak, busana, aksesori, keris dan senjata

6. Ustaz Rasyid (Ratib Alami) – Buku-buku agama dan kitab

7. Mohd Zahamri Nizar (Taman Pustaka) – Buku-buku tentang sejarah dan ketamadunan Melayu

8. Muhammad Haris bin Zahari ( Arrembauwi Resources) – Capal dan pisau lapah

9. Hamzah Nizar @ Seri Maulid (Rupa & Gaya Enterprise) -Pameran dan jualan tanjak

10. Hazrin Salim bin Marjan (Global Kind) - Dinar dam dirham, syiling emas , perak dan duit lama

11. Tengku Ahmad Ridhaudin (Pertubuhan Komuniti Seni Melayu) - Koleksi tekstil Melayu

12. Megat Ainuddin (IPPM, Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu) – Busana, t-shirt, keris, senjata, minyak attar

13. Megat Iskandar (Persatuan Keturunan Megat Terawis) – Buku tentang Megat Terawis dan salasilah-salasilah keluarga diraja Melayu serta bangsawan

14. Norashekin Daud (Ashekin Rich Resources) – Infaq/waqaf kit set pengurusan jenazah

15. Bonda Che Na (Perguruan Kalimah Maarifat) – Akar kayu, herba dan minyak

16. Aimie Hazwan bin Abu Bakar (Kraf Malaysia) - Keris, busana, key chain, pedang

17. Hazriansyah Kamalsha (Rebong.my) - Nusantara Streetwear, Urban Concept

18. Ustaz Mujiburrizal Syamsuddin (Musafir Tours) - Brochure promosi pelancongan Islamik ke Aceh...

19. Sophan bin Salim (Ds Gamepoint) - Simkad prabayar jimat dan patuh syariah onexox.




20 Oktober jam 2 petang



POSTER ACARA KE-18 HIKMAH DARIPADA PIHAK MUZIUM

Alhamdulillah, Setelah selesai gerak penulisan yang patut walaupun memakan masa lama tanpa henti sejak Subuh ke selepas Zohor baru saya boleh mewar2kan ini. Ia adalah poster yang dibuat oleh Jabatan Muzium Negara untuk mempromosikan acara ke-18 HIKMAH di tempat mereka Sabtu 22 Oktober ini. Sila sebarkan ke seantero dunia...



20 Oktober jam 10 malam


KAIN BATIK MERAH DAN SENARAI PENIAGA YANG DITERIMA MUZIUM UNTUK ACARA KE-18 HIKMAH 22 OKT

Salam semua. Merujuk pada satu update saya siang tadi tentang senarai peniaga yang mencapai 19 orang. Mesyuarat dengan pihak muzium siang tadi telah memutuskan beberapa perkara ;-

a. Jenis barangan/perniagaan hendaklah relevan dengan tema majlis iaitu "Busana Lambang Ketamadunan Melayu". Kami boleh memberikan ruang untuk jenis perniagaan/pameran yang lari sedikit daripada tajuk. Tapi tak boleh le terlalu lari. Itu terpaksa dikeluarkan daripada senarai.

b. Disebabkan layout penggunaan kawasan dataran yang akan turut digunakan untuk membuat persembahan silat juga untuk orang ramai makan ruang perniagaan harus dihadkan pada bahagian2 tertentu. Oleh itu muzium menetap harus mengikut plan asal 20 buah meja dibahagikan kepada 10 iaitu 2 meja diatur bentuk L setiap satu.

c. Aturan itu asalnya adalah untuk 10 orang peniaga sahaja. Tetapi disebabkan ramai yang meminta masuk dan saya pula lembut hati menerima mereka akur dengan cadangan saya agar setiap 2 meja yang dibentuk L digunakan oleh 2 orang peniaga.

d. Dengan itu senarai 19 orang peniaga yang dipaparkan siang tadi ditrimkan. Setelah dibuang bentuk perniagaan yang terlalu jauh lari topik tinggal 16 dipasangkan menjadi 8 pasangan peniaga untuk 8 kombinasi meja L.

e. Atur letak meja yang akan disusun oleh pihak muzium tidak boleh diubah pada bila2 masa. Ini adalah untuk memastikan keseragaman semua meja sesuai dengan piawai dan protokol Muzium Negara sebagai satu insitusi berprestij tinggi.

f. Untuk memastikan kepiawaian dipatuhi, SEMUA PENIAGA HARUS MENGALAS MEJA DENGAN KAIN BATIK MERAH YANG DIBAWA SENDIRI. Lain2 corak tidak mengapa asalkan nyata berwarna merah

g. Diingatkan semua peniaga agar mengambil meja menurut aturan nombor dalam senarai bawah Peniaga harus sampai sebelum jam 8.30. Jangan ada yang terkial2 lagi mengatur barangan apabila acara bermula dengan pendaftaran peserta jam 9-9.30. Ini kerana majlis kita juga akan dihadiri VVIP daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

Sekarang biar dipersembahkan senarai 8 pasangan peniaga.yang telah kami padankan...

1. Amirul Hj Mohamad (Qiblah Consulting) – Barangan dinar dan dirham dan perkhidmatan perancangan harta pusaka Islam + Mohd Jasiman bin Mohamed Daie (Sifat Baru Enterprise) – Keris, senjata, busana tradisional dan t-shirt

2. Mass Ahmad Kamal Shafiee (Armada Malaiu Malaysia) – Tanjak, busana dan aksesori serta peralatan memanah + Cikgu Akmal (Galeri Silat Hamboran Rimau Putih) – T-shirt dan majalah Seni Bela Diri

3. Ustaz Mahyuddin (Anjung Hikmah) – Tanjak, busana, aksesori, keris dan senjata + Ustaz Rasyid (Ratib Alami) – Buku-buku agama dan kitab

4. Mohd Zahamri Nizar (Taman Pustaka) – Buku-buku tentang sejarah dan ketamadunan Melayu + Hamzah Nizar @ Seri Maulid (Rupa & Gaya Enterprise) - Pameran dan jualan tanjak

5. Bonda Che Na (Perguruan Kalimah Maarifat) – Akar kayu, herba dan minyak + Aimie Hazwan bin Abu Bakar (Kraf Malaysia) - Keris, busana, key chain, pedang

6. Megat Ainuddin (IPPM, Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu) – Busana, t-shirt, keris, senjata, minyak attar + Megat Iskandar (Persatuan Keturunan Megat Terawis) – Buku tentang Megat Terawis dan salasilah-salasilah keluarga diraja Melayu serta bangsawan

7. Muhammad Haris bin Zahari ( Arrembauwi Resources) – Capal dan pisau lapah + Hazriansyah Kamalsha (Rebong.my) - Nusantara Streetwear, Urban Concept

8. Tengku Ahmad Ridhaudin (Pertubuhan Komuniti Seni Melayu) - Koleksi tekstil Melayu + Ustaz Mujiburrizal Syamsuddin (Musafir Tours) - Brochure promosi pelancongan Islamik ke Aceh

Dengan ini juga sukacita dimaklumkan ada berita baik untuk mereka yang masih berhajat untuk masuk mendapat meja tetapi belum dapat. Ada 2 pasang meja L lagi membenarkan 4 orang peniaga lain masuk. Tapi ingat, mesti ikut syarat iaitu mematuhi tema majlis "Busana Lambang Ketamadunan Melayu"... atau kalau lari pun tidak terlalu jauh. Berikan nama sebenar berserta nama syarikat/organisasi dan jenis perniagaan dalam ruangan komen pada update ini..

Sebarang pm atau usaha mendapatkan tempat melalui panggilan telefon juga Whatsapp tidak akan dilayan Orang dah bagi free niaga kat tempat berprestij seperti Muzium Negara ikut aje le arahan, Jangan rasa macam star lalu menyusahkan aku nak mengatur senarai..



20 Oktober jam 11.30 malam




ATUR CARA TERBARU HIKMAH MUZIUM NEGARA 22 OKT

Turut diputuskan dalam mesyuarat siang tadi adalah break kudapan atau sarapan jam 10,30-10.45 iaitu selepas sesi perasmian dimansuhkan. Ini untuk mengelakkan gangguan rentak. Kalau orang keluar dari auditorium naik ke atas untuk sarapan nanti lambat pula masuk kembali untuk sesi pembentangan yang bermula kemudian. Oleh itu hadirin bolehlah bersarapan sendiri di mana2 ya.

Belanja asal kudapan disalurkan ke makan tengah hari lalu ditingkatkan daripada 200 orang menjadi 300 orang dapat makan percuma. Dengan ini biar dikongsikan atur cara terbaru majlis. Untuk makluman semua hadirin diminta berada di auditorium ketika sesi pembukaan. Selepas itu mana2 yang ingin bersilat atau menyaksikan persembahan silat yang berterusan bolehlah naik ke dataran sambil majlis ilmu berjalan dalam auditorium...


Rehearsal untuk majlis pembukaan HIKMAH Muzium Negara - Tempat sudah sedia untuk menerima peserta

$
0
0
Sekarang ini tinggal 9 jam sahaja sebelum acara ke-18 HIKMAH bermula di Muzium Negara, Biar dilepaskan satu cerita sebelum saya boleh betul-betul masuk tidur...


Petang tadi saya pergi lagi ke Muzium Negara lalu masuk ke auditorium.


Sejumlah kawan HIKMAH, beberapa orang daripada persatuan DSSM (Dunia Seni Silat Melayu) Selangor termasuk ahli-ahli perguruan Silat Hamboran Rimao Puteh turut bersama masuk ke dewan.


Kami mahu menjalani rehearsal untuk majlis pembukaan acara HIKMAH Muzium Negara.


Pihak muzium secara rasmi menggelar acara sebagai "Wacana Busana Lambang Ketamadunan Melayu". Ini merujuk pada tema majlis.


Pihak saya pula lebih suka menyebut begini : HIKMAH Muzium Negara - Busana Lambang Ketamadunan Melayu. Yang penting ia merujuk pada acara yang sama.


Sambil perkara diatur oleh kawan-kawan saya berdiri di satu sudut untuk mengambil gambar.


Kerusi untuk VVIP. Sebagai presiden dan pengasas HIKMAH saya harus duduk di sana nanti.


Rehearsal pertama bermula dengan MC, seorang kakitangan Jabatan Muzium Malaysia  (JMM) mengumumkan kedatangan perasmi iaitu  Timbalan Ketua Setia Usaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Abdul Ghaffar. Saya nanti harus bersama Ketua Pengarah JMM, En. Kamarul Baharin dan Timbalan KP, En. Mohamed Shawal mengiringi beliau dari luar sampai ke tempat duduk.


Bacaan doa selamat. Ustaz Mahyudin Hamid yang diberi tugasan ini tidak hadir rehearsal kerana duduk jauh. Cikgu Ismail Zamry, YDP (Yang Dipertua) DSSM Selangor menjadi ganti.


Seterusnya naik sahabat HIKMAH, saudara Mohd Zahamri Nizar ke pentas diiringi ahli-ahli persilatan Hamboran.


Beliau membaca satu syair lama yang ada menekankan tentang cara pemakaian busana Melayu...


Bacaan syair diikuti pula oleh persembahan silat. Guru Akmal membuka langkah gemalai...





Selesai persembahan, gong dibawa ke hadapan untuk gimik perasmian.


Ketika itu saya harus berada di atas pentas bersama TKSU, KP dan TKP...


Rehearsal diulang sekali lagi. Kali ini saya melihat dari kerusi VVIP.














Selesai reheasal saya keluar ke bahagian dataran muzium.


Kawasan ini akan digunakan untuk peserta HIKMAH Muzium Negara makan minum. Selain itu persembahan silat daripada beberapa perguruan akan berjalan pagi selepas perasmian hingga ke petang.



Kelihatan di belakang meja-meja untuk peniaga yang diberikan tapak percuma.



Persembahan silat akan dilakukan di atas pentas sambil pembentangan ilmu berjalan dalam auditorium. Secara rata kawasan-kawasan ini sudah sedia untuk menerima kedatangan peserta HIKMAH Muzium Negara. Cuma banner atau sepanduk HIKMAH sahaja belum dinaikkan akibat kesibukan membuat rehearsal. Apabila saya keluar kakitangan muzium yang memiliki alat khas untuk melekapkan sepanduk ke dinding belakang sudah tamat waktu bekerja lalu sudah meninggalkan pejabat...


HIKMAH Muzium Negara - Keadaan awal pagi sebelum majlis pembukaan

$
0
0
Salam semua. Merujuk pada artikel Rehearsal untuk majlis pembukaan HIKMAH Muzium Negara - Tempat sudah sedia untuk menerima peserta malam buta pagi Sabtu. Sukacita dimaklumkan majlis telah berjaya diadakan dengan gemilangnya siang itu. Pagi Selasa ini setelah cukup kurang rasa kepenatan akibat penganjuran acara juga persediaan untuknya yang menjadi begitu pesat seminggu dua kebelakangan ingin saya memulakan langkah perkongsian cerita. Mari...


Pagi Sabtu 18 Oktober 2016. Setelah mendapat tidur dalam 3-4 jam gitu saya dan keluarga bergegas meninggalkan rumah untuk ke Muzium Negara.


Rumah kami terletak hampir 50 km dari muzium. Setelah menyiapkan segala yang perlu kami bertolak jam 7.30.


Nasib baik keadaan trafik adalah lancar sepanjang perjalanan. Sampai sahaja ke muzium jam 8 kami terus membawa kereta masuk ke kawasan dataran untuk menurunkan sejumlah barangan ke tapak perniagaan. Selain itu saya juga perlu menyiapkan sedikit perhiasan pentas. Beginilah pemandangan dataran dari atas pentas...



Selesai menurunkan barangan saya mengalihkan kereta ke kawasan lapangan di hadapan pejabat Jabatan Muzium Negara.


Balik ke pentas. Kelihatan antara 'perhiasan' yang didirikan iaitu banner/bunting/sepanduk mengenai Pernytaan HIKMAH Melaka, satu set resolusi yang dibentuk pada acara pertama HIKMAH di Shah Alam 4 November 2012 diikuti acara kedua di Melaka 25 Nov 2012. 


Ia kemudian diperkemaskan untuk diwar-warkan kepada umum pada majlis berkaitan di Muzium Kesultanan Melaka 2 Disember 2012. Lihat Pernyataan HIKMAH Melaka - Blue print kebangkitan Islam akhir zaman? untuk butiran lanjut. Hampir setahun kemudian baru saya tergerak untuk mencetak resolusi tersebut menjadi dua sepanduk yang boleh dipamerkan pada acara demi acara, satu dalam tulisan jawi satu dalam rumi. Majlis pertama menerimanya adalah Acara keenam HIKMAH di Galeri Shah Alam 7 Sept 2013. Klik pada tajuk untuk cerita-cerita mengenai majlis.


Melihat lagi dataran dari atas pentas. Ketika gambar ini diambil jam 8,38 sudah ramai peniaga muncul mengambil tempat.



Sudah menjadi polisi kami di HIKMAH sedaya-upaya cuba menyediakan tapak percuma pada setiap acara. Cuma kali ini kami harus menghadkan jumlah dengan setiap peniaga harus menurut tema majlis iaitu "Busana Lambang Ketamadunan Melayu".  Ini adalah menurut protokol muzium yang mahu menjaga piawaian tinggi mereka sebagai satu institusi nasional yang sangat berprestij. Meja pun tak boleh tukar duduk letak, setiap peniaga kena bawa sendiri kain batik merah sebagai alas. 

Peniaga juga perlu mendaftar lebih awal untuk dimasukkan nama dan butiran kertas kerja bagi cadangan penggunaan dataran, Sedangkan kebiasaan kami sesiapa pun boleh datang berniaga tanpa mendaftar atau memberitahu lebih awal. Ini kerana kami menurut konsep pasar terbuka Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW. Kalau ikut cadangan asal muzium cuma 10 orang peniaga sahaja boleh turut serta. Tapi alhamdulillah, setelah diperhalusi lagi perkara kami dibenarkan membawa masuk 10 orang lagi peniaga. Rujuk artikel Perkembangan-perkembangan terbaru berkenaan penganjuran HIKMAH Muzium Negara dalam tempoh 32 jam kebelakangan yang dipersembahkan pagi Jumaat.



Seawal jam 6 pagi itu saya ada menerima panggilan meminta penggunaan menurut aturan meja apabila ada satu peniaga sudah sampai dari Kuala Kangsar sehingga sanggup tidur di dalam kereta untuk memastikan tempat. Sebetulnya ketika itu saya belum memutuskan bagaimana aturannya. Saya harapkan seorang peniaga yang biasa mengikut HIKMAH akan mengaturnya sebelum saya sampai. Nak tak nak saya harus menetapkan aturan berdasarkan apa yang saya tahu tentang duduk letak meja di kiri dan kanan dataran. Apabila keputusan sudah dibuat lalu peniaga tersebut jelas meja mana patut dipakainya saya pun meninggalkan pesan agar dia memaklumkan aturan itu kepada semua peniaga yang sampai kemudian.



Melihat meja-meja dan barangan perniagaan yang sudah...














Sambil itu sedikit demi sedikit hadirin juga pembentang pun sampai...


Gambar ini diambil pada jam 9. Ketika itu sepanduk besar HIKMAH sudah selamat dipasangkan di tengah pentas.





Sepanduk ini lambat sedikit dipasang kerana perlu menunggu kehadiran seorang petugas muzium yang memiliki alatan untuk melekapkannya ke dinding belakang.



Lagi satu sepanduk saya sudah pasang seorang diri hampir waktu Maghrib petang Jumaat. Ini dilakukan selepas beberapa persiapan akhir untuk majlis. Rujuk balik artikel Rehearsal untuk majlis pembukaan HIKMAH Muzium Negara - Tempat sudah sedia untuk menerima peserta.



Menurut jadual atur cara jam 9 - 9,30 adalah untuk peserta datang lalu mendaftar.













Cuma kami diingatkan untuk bersedia di hadapan auditorium seawal jam 9,15 untuk menyambut kedatangan VVIP.



Di auditorium yang terletak bawah sedikit jauh dari dataranlah akan berlangsung majlis perasmian oleh VVIP.






Di auditorium juga akan berlangsung komponen utama HIKMAH iaitu pembentangan-pembentangan ilmu. Maaf, tiga gambar terakhir ini agak kabur, Ini kerana kamera saya ada terjatuh dari atas tembok ketika hendak mengemaskan pakaian. Selepas itu fokus automatiknya kelihatan tidak dapat berfungsi dengan elok. Nampaknya selepas ini penceritaan harus disambung menggunakan gambar-gambar yang telah dikongsikan pihak lain melalui Facebook...


HIKMAH Muzium Negara - Pembukaan yang gilang gemilang

$
0
0
Meneruskan cerita tentang acara. Bersambung daripada artikel HIKMAH Muzium Negara - Keadaan awal pagi sebelum majlis pembukaan. Merujuk pada perenggan akhir artikel tersebut, gambar-gambar di bawah diambil daripada Whatsapp dan Facebook orang...


Di hadapan auditorium para peserta/hadirin diminta melakukan pendaftaran.


Sambil itu para pegawai tertinggi Jabatan Muzium Malaysia (JMM) juga wakil HIKMAH bersedia untuk menyambut kedatangan VVIP.


Tidak lama kemudian muncullah VVIP yang dimaksudkan. Beliau adalah Datuk Hj Ab. Ghaffar bin A. Tambi, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Menyambut di barisan hadapan adalah Ketua Pengarah JMM, En. Kamarul Baharin bin A. Kasim (baju hijau). Turut kelihatan dalam gambar adalah Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Dasar) En. Mohamad Shawali bin Hj. Badi (baju unggu)...


Ghaffar dibawa dahulu ke bilik VIP di mana beliau diberikan sebuah setanjak untuk dipakai. Maaf saya tidak sebut  Datuk Ghaffar.  Ini kerana sebagai seorang bekas wartawan saya menurut kebiasaan atau format surat khabar di mana gelaran tidak lagi dipakai bagi sebutan kedua (second reference) dan seterusnya. Selepas diberikan taklimat ringkas tentang acara baru beliau dibawa kembali ke luar. Beliau pun diperkenalkan dengan barisan guru-guru silat dan para peneraju persatuan. ...


Masuk ke auditorium semua yang terlibat mengambil tempat. Para hadirin lain sudah menunggu untuk memulakan acara. Ini berlaku sambil MC mengumumkan ketibaan VVIP dan dif-dif kehormat.


Duduk paling hadapan di kerusi VIP adalah Kamarul (paling kiri) diikuti Kamarul, saya (sebagai presiden dan pengasas HIKMAH) dan Shawali.





Acara dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Mahyudin Hamid, seorang penyokong kuat HIKMAH.


Ini diikuti bacaan syair lama daripada istana Terengganu yang memperihalkan keindahan anak raja apabila memakai sepersalinan lengkap busana tradisional. Alunan asyik syair didendangkan oleh saudara Mohd. Zahamri Nizar, seorang lagi penyokong kuat HIKMAH. Beliau pernah beberapa kali membentang dalam majlis-majlis kami.


Zahamri naik ke pentas itu diiringi oleh anak-anak ahli persilatan Harimau Rimou Puteh. Selesai bacaan syair, guru mereka Cikgu Akmal naik ke pentas lalu membuka langkah persembahan silat.


Persembahan disambut oleh anak beliau, seorang guru muda sebelum lain-lain ahli menunjukkan langkah. Untuk majlis, MC memperkenalkan ini sebagai persembahan silat oleh HIKMAH.



Selesai itu saya dipanggil naik untuk memberikan ucapan alu-aluan.







Ghaffar naik kemudian untuk memberikan ucapan perasmian.



Dif-dif kehormat dijemput naik ke pentas untuk bersama dalam perasmian. TKSU pun memukul gong sebanyak 3 kali...








Ini diikuti pemberian cenderamata dari pihak muzium kepada Ghaffar berupa buku-buku terbitan JMM.


Pihak saya mewakili seluruh warga HIKMAH juga memberikan cendermata kepada beliau berupa sebuah tanjak dan sebuah buku tentang busana...






Bergambar beramai-ramai sebelum majlis pembukaan tamat. Selepas ini akan dimulakan sesi pembentangan ilmu di dalam auditorium. Sambil itu persembahan-persembahan silat daripada pelbagai perguruan dari Kuala Lumpur, Selangor malah Perak dan Pahang akan berjalan daripada pagi hingga ke petang...


HIKMAH Muzium Negara - Berulang-alik antara pembentangan ilmu di auditorium dengan persembahan silat di dataran

$
0
0
Salam. Untuk artikel ini saya terpaksa menggunakan banyak gambar sendiri yang kabur akibat kamera terjatuh dari atas tembok bercampur sedikit gambar yang diambil orang lain. Bersambung daripada artikel HIKMAH Muzium Negara - Pembukaan yang gilang gemilang


Sebaik sahaja selesai majlis pembukaan, sesi pembentangan ilmu dimulakan dengan moderator dipanggil terus naik ke atas pentas. Saya pula keluar dari auditorium lalu naik ke dataran. Saya harus menemai VVIP dan dif-dif kehormat menikmati kudapan di hadapan pentas dataran.







Sambil itu persembahan silat dimulakan. Memang dataran ini dipakai khas untuk kawan-kawan pesilat terutama daripada persatuan Dunia Seni Silat Melayu (DSSM) Selangor berpencak hingga ke petang.


Gambar dari Whatsapp menunjukkan keadaan di dataran.



 Ketika ini saya masih di meja makan VIP menikmati kudapan.


Seorang kawan lama dari zaman belajar di Sekolah Menengah Sains Johor 1983-1986 (saya meninggalkan sekolah ketika penghujung Tingkatan 4) telah mengambil gambar ini lalu dikongsikan dalam grup Whatsapp bekas pelajar. Saya tidak tahu pun beliau datang ke majlis. Beliau cuma memberitahu kepada grup kemudian. Ketika ini saya hendak melangkah masuk ke auditorium bagi memerhatikan sesi pembentangan ilmu juga memastikan kelancaran majlis. Saya berhenti sejenak bercangkung di meja VIP untuk memberitahu MC dataran agar sesekali mengumumkan pada hadirin sini bahawa sesi ilmu sedang berjalan secara serentak di belah bawah.


Masuk ke auditorium, kembali pada gambar-gambar saya yang kabur. Kelihatannya keadaan tidak semeriah di atas. Walaupun sudah menjangkakan ini akan berlaku saya tetap meneruskan cadangan yang terbit secara ilham agar aktiviti dalam auditorium dijalankan serentak dengan aktiviti di dataran sebaik sahaja majlis pembukaan tamat. Tak boleh salahkan orang ramai kerana kurang mahu memakmurkan majlis ilmu. Sesungguhnya memang lebih mudah menikmati persembahan silat juga berpencak berbanding mencerna ilmu yang memaksa kita untuk berfikir sehingga perlu memeras otak.


Ketika itu pembentang pertama. puan Rosidah Abdullah, kurator Muzium Tekstil, Kuala Lumpur sedang bercakap tentang teknologi alat tenun Melayu


Naik balik ke dataran untuk melihat perkembangan majlis di sana...


Alhamdulillah, saya dapati DSSM Selangor yang diamanahkan menjaga gelanggang juga giliran persembahan antara pelbagai perguruan silat sedang menangani perkara dengan baik.






Masuk kembali ke auditorium.


Terus terang cakap saya pun tak pasti siapakah yang sedang bercakap atas podium ketika ini sebab kurang ingat dan gambar pun kabur. Nak kata Rosidah macam bukan. Yang pasti saya ingat siapakah yang membentang selepas beliau...


Naik lagi ke dataran. Selagi ada kelapangan dan kudrat biar saya bergilir melihat keadaan antara sini dan di dalam auditorium.



Sebetulnya antara dua tempat itu ada jarak sekitar 40 meter dan perlu turun naik tangga yang bersamaan ketinggian 3-4 tingkat. Tetapi itulah saya. Walaupun kekurangan tidur dan rehat seminggu dua kebelakangan akibat sibuk membuat persediaan untuk acara juga beberapa hal berkaitan semangat berkobar-kobar menyebabkan saya mampu berulang-alik memantau keadaan tanpa sedikit pun merasa lelah.


Kembali ke auditorium saya sempat melihat pembentang seterusnya, saudara Mohd Emil Azril, aktivis budaya dan naib pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kuala Lumpur naik ke pentas. Sedangkan ikut atur cara yang saya sediakan, sepatutnya Cikgu Azlan Ghanie, pengasas MAGMA iaitu persatuan guru-guru seni bela diri dan pengasas majalah Seni Beladiri yang naik membentang. Tetapi Azlan memilih untuk mendahulukan Emil. Kata beliau, biar orang muda bercakap dahulu...



Emil yang sudah berumur 40an masuk dalam senarai kurang seminggu sebelum majlis untuk menggantikan saudara Johan Iskandar, pengasas komuniti Keris Warisan yang telah memberikan komitmen lain. Hal ini muncul akibat berlaku pertukaran tarikh. Lihat artikel Perkembangan mendadak HIKMAH ke-18 di Muzium Negara - Acara dipercepatkan ke 15 Oktober diikuti Acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara kembali pada tarikh cadangan asal 22 Oktober. Saya memberikan tajuk tentatif  "Busana tradisional Melayu : Dari hujung rambut sampai hujung kaki" kepada Emil. Kalau Johan masuk maka tajuknya adalah "Baju Perang Melayu:. Tapi beliau memilih sendiri tajuk lain seperti yang kelihatan. Elok pula kamera saya dapat menangkap ini walaupun perlu zoom-in daripada jauh....


Ambil sat gambar ke belakang tempat saya duduk. Emil memberikan pembentangan yang agak menarik apabila banyak mengupas menggunakan dalil-dalil ayat Al-Quran.


Seterusnya naik Azlan membawa tajuk pilihan. Gambar agak cantik ini saya dapat melalui Whatsapp, dah lupa siapa yang letak dan dalam grup mana.


Balik pada gambar saya yang diambil secara zoom-in. Ia kurang jelas tapi harus nampak le tajuk tu "Pakaian Silat Melayu".


Azlan memulakan dengan menjelaskan apakah itu makna pakaian, apa itu silat dan apa itu Melayu. Pakaian diceritakan ada luar dan 'dalam'. Yang luar itu baju, seluar dan sebagainya. Yang dalam lebih pada amalan yang dapat membentuk peribadi dan pembawakan seseorang. Lalu pakaian luar pun sesuai harus dapat menggambarkan apa yang terdapat di 'dalam'...














Snap gambar songket sat. Elok pulak kamera boleh fokus...


Tapi tu le, nampak macam nasib-nasib. Ada masa agak ok, ada masa memang kabur habis...



Penerangan tentang apa itu silat. Baca aje le apa yang dapat...


Azlan kemudian menunjukkan beberapa langkah berdasarkan apa yang dipanggil sebagai Tapak 3, Tapak 4 dan Tapak 5. Secara praktikalnya pakaian silat Melayu haruslah dapat memudahkan pergerakan seseorang. Busana tradisional Melayu yang sesuai pula harus dapat menyerikan majlis sambil membenarkan si pemakai berpencak dengan lancar...


Pembentang ke-4 dan terakhir sesi pembentangan pagi/tengah hari, saudara Tengku Ahmad Ridhaudin, aktivis budaya dan kolektor keris naik ke pentas untuk membawa tajuk "Keris : Pakaian Ketamadunan Melayu".


Sayangnya beliau tidak dapat memaparkan slaid yang telah disediakan buat beberapa waktu kerana masalah compatibility atau kesesuaian perisian. Ini kerana slaid dibuat menggunakan komputer Mac yang memiliki sistem operasi tersendiri. Komputer di podium pula menggunakan Windows, Setelah beberapa minit berusaha untuk mengatasi masalah tetapi tidak berjaya, beliau meneruskan pembentangan tanpa slaid.


Beliau setakat dapat merujuk pada komputer sendiri tanpa paparan dapat dilihat orang ramai. Untuk makluman Tengku Ahmad bertanggungjawab mengatur perhubungan dengan Jabatan Muzium Malaysia sehingga acara ke-18 HIKMAH dapat diadakan secara anjuran bersama. Kami juga sempat bersama menuntut ilmu tentang keris juga beberapa ilmu lain Melayu daripada seorang guru sekolah pondok di Kelantan. Untuk cerita tentang itu rujuk artike-artikel berikut yang telah dipersembahkan di blogspot CATATAN SI MERAH SILU


Beruzlah ke Pantai Timur - Memantapkan Tauhid dan Syahadah?

Beruzlah ke Pantai Timur lagi - Bertalaqqi ilmu keris

Beruzlah ke Pantai Timur lagi - Membuka tentang peranan akhir zaman...



HIKMAH Muzium Negara - Mengimbas perubahan dan perkembangan busana Melayu

$
0
0
Salam Jumaat. Kalau ikut kebiasaan saya bercerita tentang perjalanan suatu acara HIKMAH, selepas artikel tentang pembentangan ilmu tengah hari saya akan membuat satu artikel tentang suasana ketika rehat makan tengah hari/Zohor. Memang pun banyak gambar menarik boleh diambil terutama pada acara ke-18 kami di Muzium Negara. Tetapi disebabkan masalah kamera tidak dapat fokus dengan baik saya rasa sia-sia ditunjukkan gambar-gambar yang diambil sekitar waktu itu. Gambar-gambar daripada orang lain boleh menggantikannya, cuma saya tak jelas bilakah gambar-gambar itu diambil. Oleh itu saya rasa elok dikongsikan dahulu suasana sekitar sesi pembentangan petang walaupun menggunakan gambar-gambar kabur. Bersambung daripada HIKMAH Muzium Negara - Berulang-alik antara pembentangan ilmu di auditorium dengan persembahan silat di dataran.


Gambar dalam dewan auditorium ini diambil sekitar jam 2.50. Ketika itu sesi pembentangan petang yang asalnya dijadualkan bermula jam 2.30 baru sahaja masuk beberapa minit berlangsung.


Sesi dimulakan lambat untuk menunggu cukup orang mengisi dewan. Kebanyakan hadirin nampaknya masih berlegar-legar di kawasan dataran. Dan memang suasana di atas sana jauh lebih hidup. Tak mengapa. Walaupun inti utama HIKMAH adalah majlis perkongsian ilmu, lain daripada itu semua adalah persembahan sisi belaka kami akur bahawa orang ramai lebih mudah tertarik dengan persembahan yang menampakkan kehebatan fizikal berbanding perkongsian ilmu yang dapat melebarkan jangkauan pemikiran seseorang. Pada kami tak kira orang sedikit atau ramai acara terutama pembentangan ilmu tetap diteruskan. 


Kelihatan saudara Maaruf Lim daripada PERDAM (Persatuan Destar Alam Melayu) sedang membawa tajuk "Falsafah dan Simbol pada Tanjak". Saya difahamkan inilah kali pertama beliau membuat pembentangan ilmu di mana-mana, apa lagi tempat berprestij tinggi seperti Muzium Negara. Maaruf sebenarnya baru beberapa hari dibawa masuk untuk menggantikan saudara Wan Ahmad Faris, ahli PERDAM yang lebih senior bercakap tentang topik yang saya pinta itu. Wan Ahmad yang diakui ramai sebagai salah seorang aktivis paling berpengetahuan dan berpengalaman tentang tanjak dan pembuatannya tidak dapat membentang kerana ayahnya baru sahaja meninggal dunia. 

Maaruf walaupun baru 2 tahun bergiat membuat tanjak cepat menangkap perkara apalagi dia sempat bersama saya menimba pelbagai ilmu di sebuah sekolah pondok di Kelantan. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot CATATAN SI MERAH SILU...


Beruzlah ke Pantai Timur - Memantapkan Tauhid dan Syahadah?

Beruzlah ke Pantai Timur lagi - Bertalaqqi ilmu keris



Cuma beliau baru belajar membentang di hadapan orang ramai. Pun begitu, Maaruf tidaklah begitu kekok. Rupa-rupanya beliau sudah terlebih dahulu memiliki pengalaman bergiat dalam dunia teater buat beberapa tahun, pernah memegang beberapa watak kecil dalam drama-drama tempatan. Saya dapat tahu hal ini apabila moderator sesi, Dr Harleny Abd Arif memberikan biodata.


 Melihat sekeliling sambil pembentangan berjalan.





 Alhamdulillah. Ada juga le lebih 20 orang sedang mendengar...






 Di atas sana di dataran, saya tahu harus ada lebih 200 orang mengikut persembahan silat.


Dapat 20 lebih (kemudian naik 50 lebih) orang mendengar di dalam ini pun jadilah. Saya pernah pergi ke majlis besar sebuah institusi nasional di mana pembentangan profesor ternama pun dihadiri tidak sampai 20 orang. Mungkin kerana orang kurang sedar terdapat majlis ilmu tetapi dalam bangunan yang sedikit jauh daripada tempat berkaitan yang lebih nyata bentuk aktivitinya kepada orang ramai. Atau memang benar rata-rata manusia lebih suka dengan benda yang kelihatan jelas menarik perhatian seperti persembahan silat? Nampaknya sedikit sahaja yang mampu mengikuti perkongsian ilmu walaupun ia lebih bermanfaat kepada umat.


Harleny naik ke podium untuk memperkenalkan pembentang seterusnya. Beliau yang merupakan seorang pengkaji seni rupa pernah beberapa kali membentangsecara sukarela dengan HIKMAH.





Naiklah saudara Nur Afifi M. Taib membawa tajuk "Evolusi Busana Melayu". Aktivis budaya dan pensyarah UiTM Shah Alam ini tidak asing lagi dalam dunia ini, cukup dikenali ramai sekurang-kurangnya dalam kalangan aktivis budaya, persilatan dan busana kerana sudah banyak kali terlibat mengatur pemakaian orang penting dalam acara-acara besar, antaranya set pakaian untuk program Akademi Silat Pendekar yang pernah ditayangkan di TV Alhijrah buat beberapa lama. Lihat artikel lama Membawa Daulah Melayu dan HIKMAH ke Akademi Silat.


Saya meminta beliau membawa tajuk tersebut agar apa-apa perbezaan dalam memahami kaedah pemakaian busana tradisional Melayu dapat diraikan, bukan menjadi punca perpecahan. Afifi yang memiliki pengalamam luas dalam dunia fesyen harus cukup arif untuk menerangkan perkembangan cara pemakaian daripada zaman ke zaman dan bagaimana ini membawa kepada bermacam rupa gaya ataupun stail. Harus disedari bahawa cara pemakaian tidaklah pegun ataupun statik. Ia boleh berubah menurut zaman. Dan apa yang dianggap salah oleh satu golongan atau kumpulan masyarakat di suatu tempat boleh jadi benar malah digalakkan di lain tempat.


Pembentang seterusnya ialah saya membawa tajuk "Pemerhatian Terhadap Pemakaian Busana Melayu". 


Saya mengambil tempat di atas pentas ketika sesi soal jawab bersama Afifi sedang berjalan...





Di sini tak perlulah dihuraikan apakah isi pembentangan. Insyaallah pembentangan saya, juga dari Afifi akan diceritakan lebih lanjut dalam artikel-artikel khas...



HIKMAH Muzium Negara - Kemeriahan di dataran

$
0
0
OK. Daripada segi  giliran penceritaan artikel ini bersambung daripada HIKMAH Muzium Negara - Mengimbas perubahan dan perkembangan busana Melayu. Tetapi daripada segi masa kejadian ia bersambung daripada artikel sebelumnya iaitu HIKMAH Muzium Negara - Berulang-alik antara pembentangan ilmu di auditorium dengan persembahan silat di dataran.


Tamat sahaja sesi pembentangan pagi dan tengah hari kami pun naik ke dataran untuk makan.


Ketika itu kawan-kawan kami di sana sedang berehat daripada membuat persembahan silat.


Kami yang datang keluar dari auditorium pun mengambil tempat lalu makan.






Walaupun ia masa untuk berehat suasana tetap lebih ceria dan hidup di dataran yang kedudukannya lebih terbuka, dekat dengan bangunan utama Muzium Negara...






Sayang, gambar-gambar yang saya ambil kurang jelas.








Namun ia kongsikan juga kerana diambil diri sendiri. Maka masa ia diambil, jam berapa, pada ketika mana itu cukup terang.





Berdasarkan rekod dalam kamera, gambar-gambar saya ini diambil pada waktu rehat makan/tengah hari Zohor jam 1-2.30 petang...














Sekarang biar dikongsikan sejumlah gambar yang diambil daripada Facebook kawan-kawan. Gambar-gambar mereka jauh lebih jelas. Tetapi masa ia diambil tidak dapat dipastikan. Cukuplah untuk menunjukkan kemeriahan di dataran di mana persembahan silat diadakan daripada pagi sehingga ke petang. Sementara itu majlis ilmu berjalan dalam auditorium tertutup serta jauh daripada laluan orang ramai.


Antara persembahan silat...

















Demonstrasi memanah (ke gaya atas pentas sahaja?) pun nampaknya ada. Apapun ini baru sedikit daripada apa yang ada. Saya diberitahu terdapat lebih daripada 20 perguruan silat terlibat... kebanyakannya dari negeri Selangor, masuk melalui persatuan Dunia Seni Silat Melayu (DSSM) sana. Selain itu ada yang datang dari Kuala Lumpur, Perak dan Pahang.



Gambar ini saya boleh agak bila diambil, iaitu sekitar jam 11 pagi, tidak lama selepas saya bersarapan dengan VVIP dan dif-dif kehormat. Ini kerana kerusi kosong di tengah itu adalah tempat duduk saya sebelum meminta diri kerana perlu memastikan kelancaran sesi pembentangan di auditorium pagi ke tengah hari.



Yang ini harus selepas sarapan/kudapan pagi.  Kelihatan 5 dari kiri VVIP yang merasmikan acara ke-18 HIKMAH ini iaitu Datuk Hj Ab. Ghaffar bin A. Tambi, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Di sebelahnya, berbaju hijau adalah Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, En. Kamarul Baharin bin A. Kasim.


Gambar-gambar lain sekitar dataran yang saya tak tahu diambil jam berapa, pada ketika bila...





 Yang ini saya boleh agak semasa makan tengah hari juga.


Yang ini lewat petang sebab saya ada ketika ia diambil...


 Lain-lain gambar...



















Gambar beramai-ramai. Ketika ini separuh hadirin sudah pulang. Terlupa pula untuk mengajak bergambar lebih awal. Dengan ini selesailah perkongsian tentang perjalanan acara daripada pagi hingga ke petang. Insyaallah ada kelapangan nanti akan diberikan butiran tentang isi beberapa pembentangan. Untuk makluman ini adalah artikel ke-282 di blogspot ini.



Klip-klip video persembahan silat dan lain-lain hal pada HIKMAH Muzium Negara

$
0
0
Salam semua. Satu lagi perkara harus dikongsikan tentang acara ke-18 HIKMAH yang selamat dilangsungkan di Muzium Negara 22 Oktober lalu adalah klip-klip video sekitar acara. Walaupun isteri saya ada mengambil video yang itu adalah untuk simpanan kami sendiri. Yang mahu dikongsikan ini adalah klip-klip video yang diambil orang lain. Cuma mereka telah memuatnaik ke Facebook lalu tidak seperti di Youtube saya tidak boleh terus masukkan atau embed ke dalam blogspot.

Apa yang saya boleh buat adalah membuat snip screen pada paparan pilihan setiap klip video lalu dimasukkan sebagai gambar rujukan ke sini berserta pautan yang boleh membawa pembaca masuk melihat klip video berkenaan. Cuma disebabkan ia dimasukkan di FB maka anda perlu melihat melalui FB juga. Tak pasti saya jika anda perlu memiliki akaun FB baru boleh menontonnya. Dan tak pasti juga saya jika semua dapat melihatnya atau ada sekatan tertentu seperti untuk mereka dalam friendlist seseorang sahaja atau sebagainya. Pada saya cukuplah dapat mengumpulkan apa yang perlu. Ini saya letak dengan sedikit penerangan ya.



Ini menunjukkan salah satu persembahan silat yang berlaku di kawasan dataran muzium. Klik sini untuik menonton video...




Ini juga adalah persembahan silat. Saya tak tahu yang mana dahulu yang mana kemudian kerana lebih banyak menghabiskan masa di dalam kawasan tertutup auditorium muzium. Lihat sini




Sudah diberitahu pada artikel-artikel terdahulu bahawa untuk acara HIKMAH kali ini dua perkara berjalan serentak. Perkara utama adalah pembentangan ilmu dalam auditorium daripada pagi hingga ke petang, perkara kedua adalah persembahan silat di kawasan terbuka dataran. Lihat sini.




Cuma ramai lebih mudah tertarik dengan pergerakan fizikal dan visual yang ditonjolkan melalui persembahan silat. Tak semua orang dapat menghargai perkongsian ilmu dan tak ramai faham kenapa pujangga menyebut mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang. .Lihat sini.




Klip video ini menunjukkan persembahan syair ketika majlis pembukaan. Ketika itu semua hadirin diminta berada sama di dalam auditorium. Lihat sini. 




Selesai pembukaan baru majlis dipecah dua, satu di auditorium satu di dataran, Harus diingatkan bahawa apa yang berlaku di dataran itu sebenarnya adalah sideshow atau persembahan sisi bagi atur cara utama majlis yang merupakan pembentangan-pembentangan ilmu. Tapi tak mengapa, Kami faham ragam pelbagai jenis orang dan minat mereka. Yang ini adalah sekitar ruang perniagaan di dataran. Lihat sini 




Berkumpul beramai-ramai untuk bergambar lewat petang. Ketika ini separuh hadirin sudah meninggalkan muzium. Ketika itu baru saya tersedar eloklah ambil gambar sebelum semuanya pulang. Lihat sini.




Ini pula adalah klip video yang menggabungkan dan meringkaskan perjalanan keseluruhan acara pagi hingga ke petang. Lihat sini. Cukuplah perkongsian klip-klip video ya...



Tentang evolusi busana tradisional Melayu

$
0
0
Saya rasa sudah sampai masanya untuk berkongsi lebih butiran tentang pembentangan pada acara ke-18 HIKMAH yang selamat dilangsungkan di Muzium Negara pada 22 Oktober lepas iaitu 17 hari lalu. Cuma apabila dilihat gambar-gambar yang sempat ditangkap dan kualiti imej akibat masalah kamera rosak mekanisma fokus cuma satu pembentangan sahaja dapat diberikan lebih butiran berdasarkan persembahan slaid. Satu lagi pembentangan iaitu pembentangan saya sendiri pula boleh dikongsikan kerana memang saya pemilik slaid. Maka tak perlu tangkap gambar, kongsikan sahaja apa yang sedia ada dalam komputer. Mari kita mulakan.


Merujuk pada artikel HIKMAH Muzium Negara - Berulang-alik antara pembentangan ilmu di auditorium dengan persembahan silat di dataran yang dipersembahkan 13 hari lalu. Artikel itu menunjukkan apa yang dapat saya diikuti pada sesi pembentangan pagi. Berdasarkan apa yang ada saya rasa tidak perlu dikembangkan lagi penerangan. Beralih kita terus pada sesi pembentangan petang seperti ditunjukkan dalam artikel HIKMAH Muzium Negara - Mengimbas perubahan dan perkembangan busana Melayu 11 hari lalu. Terus tuju pada pembentangan kedua sesi tersebut yang diberi tajuk "Evolusi Busana Melayu".



Disebabkan masalah rosak mekanisma fokus kamera tidak dapat memberikan paparan terbaik. Tetapi ada masanya ia cukup jelas. Pembentangan yang dibuat oleh saudara Nur Afifi Taib, seorang pensyarah UiTM yang juga merupakan penggiat busana dan fesyen membuka bicara dengan ayat Al-Quran yang menerangkan bagaimana perbezaan antara manusia itu adalah sesuatu yang harus diraikan.



Saya meminta beliau menangani tajuk "Evolusi Busana Melayu" dengan tujuan itu... agar apa-apa perbezaan dalam melihat dan menilai apa yang patut mengenai dunia busana tradisional Melayu dapat diraikan, bukan menjadi punca perbalahan dan bermasam muka. Mengapa ini harus ditangani akan dijelaskan apabila pembentangan saya sendiri dihuraikan atau diberikan butiran nanti lalu masuk hal berkenaan. Selepas memberikan ayat Quran yang meraikan perbezaan Afifi pun memberikan penerangan tentang apa itu pakaian, apa yang diterangkan melalui cara atau pemilihan pakaian. Ini dinyatakan dalam slaid atas.



Setelah fungsi suatu jenis pakaian itu jelas baru boleh masuk tentang busana tradisional Melayu. Apakah itu busana tradisional Melayu? Supaya lebih jelas dan adil menilai perkara kita harus melihat cara pemakaiannya daripada zaman ke zaman. Beginilah Afifi mengkaterorikan perkara...



Saya malas hendak menerangkan panjang lebar. Saya rasa slaid yang dikongsikan sudah cukup untuk memberi sedikit faham.











Secara rata apa yang mahu ditunjukkan adalah bagaimana busana tradisi kita pernah melambangkan adab keperibadian dan tamadun bangsa yang cemerlang merujuk pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka 500 tahun lalu. Tetapi penjajahan oleh Barat telah menyebabkan berlaku banyak perubahan, sehingga cara pemakaian kita pun menerima pengaruh yang tidak lagi selari dengan nilai Melayu juga Islam yang sebenar.



Apabila ini disedari maka tahulah kita bagaimana boleh muncul pelbagai macam ragam cara berpakaian. Selain ragam perbezaan disebabkan berlainan asal usul tempat ada yang berlaku akibat pengaruh luar pada zaman-zaman tertentu. Bila ini sudah disedari maka lebih senang untuk kita menetapkan cara pakai yang bagaimanakah patut sekurang-kurangnya untuk diri sendiri. Perbezaan itu tiada masalah asal sahaja kita berpegang teguh pada nilai-nilai asas yang dapat dengan terang menunjukkan apa yang dipakai itu layak dipanggil busana tradisional Melayu.



Pada Afifi gerakan mengembalikan dan memartabatkan semula busana tradisional Melayu seperti yang kini galak berlaku di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan adalah satu usaha untuk kembali pada zaman kegemilangan Melaka. Masuknya pelbagai unsur akibat perubahan zaman itu tiada masalah. Sekali lagi, yang penting adalah nyata apa yang dipakai itu berbentuk busana tradisional kita dan sesuai dengan falsafah serta konsep keperibadian tinggi yang berserta dengannya. Sekian...


Pemerhatian terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu - Bibit-bibit awal sekitar tahun 2012

$
0
0
Salam semua. Merujuk pada artikel Tentang evolusi busana tradisional Melayu yang ditulis 2 hari lalu. Sekarang biar dikongsikan butiran tentang satu lagi pembentangan pada acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara 22 Oktober.


Pembentangan ini lebih mudah untuk dikongsikan kerana ia dibuat oleh saya sendiri. Untuk perkongsian dalam blogspot saya cuma perlu mencetak setiap slaid Power Point pembentangan menjadi gambar format JPEG. Di atas adalah gambar slaid pertama yang menunjukkan tajuk pembentangan. Tentang gambar hiasan di tengah itu menunjukkan apa biarlah diterangkan kemudian.


Pembentangan ini adalah tentang bagaimana saya sebagai seorang aktivis busana tradisional Melayu melihat perkembangan pemakaian sejauh mana yang boleh tetapi cukup ringkas sambil meliputi apa yang saya anggap sebagai titik-titik penting dalam perkembangan. Pengalaman 4 tahun menjadi aktivis sejak hujung 2012 selain pernah menjadi wartawan di akhbar The New Straits Times kemudian penulis buku-buku dan blogspots yang diikuti ramai harus memberikan sedikit kelayakan. Saya memulakan dengan menunjukkan gambar seorang hamba Allah yang dikenali sebagai Zainal Johan. Setahu saya (dan kelihatan nyata pada pemerhatian saya), beliau adalah orang pertama sering memakai busana tradisional Melayu ke mana-mana sehingga dipanggil menghiasi muka beberapa surat khabar dan majalah.

Kalau tak salah ingatan ini saya mula nampak sebelum tahun 2006. Bila disebut Zainal sebagai orang pertama, saya merujuk pada zaman moden. Kalau zaman lampau tu biasalah, hampir semua anak Melayu berpakaian lebih kurang begini. Dan saya merujuk pada pemakaian di tempat awam luar daripada majlis-majlis rasmi di mana biasa ditemui orang berpakaian sebegini, misalnya majlis silat beradat juga majlis perkahwinan orang Melayu. Yang mahu ditunjukkan adalah usaha memartabatkan cara pemakaian tradisional Melayu di luar skop yang orang moden biasa terima...


Pada saya. usaha nyata selepas itu untuk memartabatkan cara pemakaian busana tradisional Melayu di khalayak umum adalah apabila satu kumpulan aktivis memakai sebegitu berjalan-jalan di KLCC pada pertengahan tahun 2012. Kelihatan pada pangkal gambar tarikh aktiviti berlaku seperti yang saya temui setelah mencari agak lama melalui Google dan Facebook. Saya masih ingat betapa bangga dan terujanya rasa melihat gambar ini apalagi  beberapa orang yang terlibat memang kenalan saya. Sebelum itu saya tak tahu pun mereka sedang bergerak dalam dunia ini. Yang saya tahu mereka cuma aktif bersilat sahaja...


Walaupun ada yang mengatakan sudah  terdapat individu-individu atau kumpulan lain berbusana tradisional Melayu di hadapan umum lebih awal saya cuma dapat mengenengahkan apa yang dapat saya lihat dan temui iaitu melalui pemerhatian diri sendiri. Diingatkan sekali lagi, saya memiliki kelayakan termasuk sebagai mantan wartawan (dan masih menjalankan sedikit kerja-kerja wartawan apabila sering ke sana ke mari kemudian membuat laporan tersendiri) untuk menetapkan apakah yang patut diberikan perhatian, apa yang boleh diletakkan ke tepi. Kriteria saya, satu usaha itu harus cukup mendapat menarik perhatian ramai dan terserlah untuk ia dinyatakan sebagai titik-titik penting dalam perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu pada zaman ini. Ia harus dapat muncul secara popular di media-media alternatif seperti Facebook kalau tidak pun media massa biasa seperti majalah, surat khabar dan televisyen.

Tanpa pendedahan kepada khalayak seperti disebut itu mana boleh harap saya mengetahui tentangnya lalu wajib diambil kira? Kalau seseorang itu rajin berbusana tradisional Melayu di Mersing sejak tahun 1990 misalnya, tetapi tiada berita tentang itu sampai ke pengetahuan ramai, patutkah saya memasukkannya sebagai satu titik penting dalam perkembangan perkara? Logiknya, sesuatu yang cukup penting harus dapat menarik perhatian cukup ramai orang atau pihak hingga berita tentangnya tersebar ke mana-mana. Kalau usaha pun orang tak dengar cerita kecuali dalam kalangan terdekat kita sahaja maka tak bolehlah salahkan saya jika tidak menyebut tentangnya.


Sebagai seorang pemerhati dan aktivis sudah sepatutnya juga diceritakan bagaimana saya sendiri boleh mula terlibat dengan perkara. Dah tajuk pembentangan pun adalah "Pemerhatian seorang aktivis terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu" tentulah ia dilihat daripada sudut pandangan saya. Gambar-gambar di KLCC bertarikh 21 Mei 2012 yang kemudian ada diikuti beberapa gambar berkaitan di tempat lain tetapi tidak ditunjukkan di sini sudah cukup untuk menaikkan minat. Tetapi kalau hendak meletakkan tarikh paling awal saya sendiri mula terlibat maka saya harus merujuk pada acara yang tertera dalam gambar atas.


Eloknya penerangan melalui blogspot ini adalah saya lebih senang menunjukkan dan menerangkan perkara melalui pautan artikel-artikel lama yang berkenaan. Apa yang ingin ditunjukkan di atas adalah penyertaan kali pertama saya  dalam satu acara yang dipanggil Car Book Sale, ketika itu anjuran Perbadanan Kota Buku. Rujuk Penyertaan sulung di Car Book Sale Kota Buku - main pondok askar anak-beranak. Setiap peserta harus membawa kenderaan sendiri lalu menjual buku daripada belakang kereta.

Kira-kira 3 bulan sebelum itu saya mula mengenali acara bersiri tersebut sebagai seorang pengunjung yang datang untuk melihat apa yang ada. Lihat Istana Negara, Kota Buku dan naik gajah - Perjalanan terjauh selepas pusing Pulau Jawa. Apabila saya sendiri terlibat dengan acara, saya pun mengajak beberapa orang kawan aktivis busana tradisional Melayu agar datang berpakaian begitu memeriahkan acara. Itulah yang mahu ditunjukkan dalam gambar bawah...



Di atas kelihatan dua orang datang berbusana penuh, seorang setakat memakai baju biasa tetapi sedia memegang sebilah keris. Daripada lokasi yang terletak di sebelah Dataran Merdeka saya mengajak mereka berjalan kaki ke Central Market untuk minum teh. Tengok-tengok mereka pun risau hendak memakai atau memakai keris berjalan begitu, Saya pula yang boleh datang mood gila-gila lalu memegang sebilah keris milik mereka yang paling panjang. Kata saya, jangan risau. Kita jalan aje.

Nak dijadikan cerita, di kedai mamak untuk minum teh tarik ada pula satu meja penuh dengan polis, enam orang kalau tak salah ingatan. Kawan-kawan saya sedikit gugup, saya kata buat macam biasa sahaja lalu menguntumkan senyuman kepada polis. Ketika itu keris-keris kami sedang berada di atas meja, semua orang boleh nampak dengan jelas apa lagi ada dua orang memakai busana tradisional penuh Melayu yang turut menunjukkan mereka sebagai pesilat. Polis membalas senyuman kemudian meneruskan minum. 

Alhamdulillah, kalau pandai menangani situasi dengan cara budiman insyaallah tiada masalah, Walaupun keris termasuk dalam senjata tajam yang membolehkan polis menahan kita jika ia dibawa ke tempat berbuka mereka boleh sahaja menggunakan budi bicara melepaskan kita asal nyata ia tidak menjadi ancaman dan kita juga kelihatan memiliki alasan yang boleh diterima. Ketika itulah saya tersedar bahawa aktivis-aktivis yang sudah terlebih dahulu berjalan merata pakai busana tradisional itupun ramai tak berani lagi membawa keris ke tempat awam. Saya yang belum lagi mempraktiskan pemakaian pula yang seperti sudah memecahkan satu macam halangan keberanian...Bukanlah bercakap besar tetapi begitulah keadaan Walaupun belum lagi mempraktiskan pemakaian busana tradisional Melayu ketika itu, sebagai seorang penulis yang sejak tahun 2006 selalu mewar-warkan cerita-cerita pengalaman sendiri dalam mencari kebenaran sejarah melibatkan ketamadunan Melayu saya sudah memiliki cukup reputasi untuk dianggap ramai sebagai seorang pejuang kedaulatan bangsa yang disegani...





OK. Saya cuba mencari kembali cerita tersebut dan gambar-gambar berkaitan dalam artikel Penyertaan sulung di Car Book Sale Kota Buku - main pondok askar anak-beranak. Bila sudah meneliti balik cerita dan gambar baru tersedar gambar bersama kawan-kawan berbusana itu sebenarnya diambil pada edisi seterusnya acara 2 minggu kemudian. Lihat artikel Antara persilatan dan penulisan - betul ke mata pena lebih tajam daripada mata pedang?. Sekarang masuk pada bab  di mana saya sendiri akan mula berbusana tradisional Melayu. Masuklah cerita acara pertama HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman) yang pihak saya anjurkan di Shah Alam pada 4 November 2012. 



Menariknya adalah bagaimana penganjuran acara ini boleh bermula tanpa disangka namun akhirnya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Apa yang berlaku sehingga muncul acara yang boleh tahan besar ini, dihadiri lebih 350 orang selepas 3 minggu sahaja dirancang kadangkala seperti tidak masuk akal. Namun apabila dibuat dengan niat yang benar macam-macam boleh berlaku termasuk pertolongan daripada arah yang tidak disangka-sangka. Reputasi sebagai seorang pejuang kedaulatan Melayu yang jujur ditambah fakta bahawa sudah ramai orang mengikuti penulisan saya melalui buku juga blogspots sangat membantu. Rujuk artikelHIKMAH - Bagaimana ia bermula...


Buat pertama kali bagi ramai orang yang biasa berbincang tentang nasib orang Melayu akhir zaman di Internet terutama melalui forum-forum dan Facebook mereka dapat bersua muka secara empat mata apabila datang ke acara pertama HIKMAH ini. Sebelum itu ramai antara mereka sekadar mengenali sesama sendiri di dunia maya. Ada yang sudah bertahun biasa berhubung tetapi pertama kali berjumpa pada majlis anjuran saya itu.


Menariknya segalanya dibuat secara sukarela namun membuahkan hasil yang tidak diduga.


Ada sejumlah peserta juga pembentang datang berbusana penuh tradisional Melayu.


Saya pula ketika itu baru hendak berjinak kembali dengan baju Melayu dan sampin. Itupun memandangkan saya sedang membawa satu acara yang bertujuan mahu mendaulatkan kembali orang Melayu. Lihat bagaimana rupa keadaan saya yang berbaju merah itu. Ketika ini saya sedang menyampaikan cenderamata kepada seorang cendekiawan besar negara Dato Dr Othman Yatim, (semasa itu masih bergelar profesor).

Othman telah berbesar hati untuk menyampaikan ucapan lalu merasmikan majlis. Sejak itu beliau menjadi penaung dan penasihat buat pergerakan kami. Majlis dikira sangat berjaya kerana dapat menghimpunkan ramai orang berfikiran serupa dalam masa yang singkat. Untuk melihat perjalanan majlis sila rujuk artikel Acara pertama HIKMAH di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012.


Majlis asalnya mahu diadakan sekali sahaja, untuk menghilangkan masala mental block yang muncul ketika menangani satu projek penulisan buku baru yang bermula awal 2012. Ketika itu saya sudah menghasilkan 7 buah buku, kini sudah ada 9, menunggu satu lagi keluar, insyaallah dalam masa terdekat ini, Senarai buku dan artikel-artikel berkaitan boleh dilihat pada atas sidebar atau sisi kiri blogspot CATATAN SI MERAH SILU, Disertakan sekali pautan-pautan nntuk artikel-artikel yang memberikan ringkasan tentang setiap buku.

Tidak disangka,, sambil itu muncul hal-hal tertentu menyebabkan saya harus menganjurkan satu lagi acara HIKMAH cuma 3 minggu sahaja selepas acara pertama. Lihat Acara kedua HIKMAH di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 Nov 2012. Ketika itulah saya mula berbusana penuh tradisional Melayu siap berkeris. Ini kerana pada acara pertama HIKMAH ada kawan-kawan berpesan sudah sampai masanya saya juga berpakaian begitu memandangkan saya sedang memimpin satu pergerakan yang mahu mendaulatkan bangsa Melayu.


Keadaan sekitar majlis...


Ia dianjurkan bersama persatuan guru-guru bela diri Melaka, ketika itu dikenali sebagai MAGMA Melaka, sekarang SIGMA. Kumpulan mereka pun baru beberapa bulan begitu ditubuhkan secara rasmi. Mereka sendiri sedang membiasakan diri untuk berbusana penuh tradisional pada acara-acara tertentu. Melalui MAGMA Melaka, majlis kami mendapat sokongan kerajaan negeri, Mereka menghantar Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Melaka, Datuk Latiff Tamby Chik (tengah, berbaju kuning) untuk merasmikan acara.


Seminggu kemudian MAGMA Melaka menganjurkan satu acara berkaitan di tengah bandar raya Melaka. Saya sebagai presiden dan pengasas HIKMAH diundang bersama memeriahkan lalu  diberi ruang untuk mengumumkan sejumlah resolusi yang dibuat berdasarkan maklum balas peserta pada acara pertama dan kedua HIKMAH. Lihat Pernyataan HIKMAH Melaka - Blue print kebangkitan Islam akhir zaman?.

Bergambar beramai-ramai selepas acara. Lihat betapa meriahnya hadirin memakai busana tradisional Melayu. Antara kesan yang muncul selepas itu adalah Muzium Istana Kesultanan Melayu yang menjadi lokasi acara mula menghadirkan orang-orang berpakaian seperti panglima zaman lama untuk tatapan pengunjung dan pelancong. Mereka juga mula membawa orang atau kumpulan bagi membuat persembahan silat pada hari-hari tertentu.


Sebulan lebih selepas itu saya menghadiri majlis yang dianjurkan oleh satu pihak lain, kali ini di Kuala Lumpur. Lihat Majlis perjumpaan Dunia Seni Silat Melayu di Taman Tasik Titiwangsa.
Kumpulan atau persatuan ini juga sedang berusaha untuk membudayakan kembali pemakaian busana tradisional Melayu, Cuma seperti kebanyakan persatuan lain yang terlibat dalam usaha yang serupa, penekanan mereka adalah pada ilmu persilatan, bagaimana untuk menarik lebih ramai orang untuk mempelajari atau sekurang-kurangnya menghargainya. Ini berbeza dengan HIKMAH yang lebih menekankan perkongsian ilmu pemikiran Melayu. Antara misi utama kami adalah untuk mengangkat pemakaian busana tradisional Melayu kepada peringkat atasan yang sudah lama terbiasa memakai kot dan blazer. Kami mahu menunjukkan bahawa yang berpakaian tradisional Melayu itu bukan sekadar orang yang kekampungan atau tahu bersilat sahaja. Kami mahu mereka sedar dalam kalangan kami juga terdapat ramai yang berfikiran tinggi, layak bergelar sebagai intelektual seperti halnya pada zaman kegemilangan Melaka di mana semua pihak dan lapisan masyarakat memang biasa berpakaian begini ke mana-mana.

Pada majlis mereka saya terlihat ada kumpulan pemanah tradisional dipimpin oleh seorang kenalan lama saya membuat demonstrasi di hadapan kumpulan penganjur. Setahu saya inilah kali pertama aktiviti memanah ditunjukkan secara umum di hadapan ramai orang silat. Tentang perkembangan memanah tradisional di Malaysia saya sudah sedia maklum sedikit sebanyak sejak sekitar tahun 2006 gitu. Ini kerana saya biasa menghadiri majlis zikir di tempat sama dengan para peneraju terawal bidang ini di Malaysia.

Saya dapati sejak itu sukan memanah tradisional semakin berkembang pesat ke serata negara. Mereka yang terlibat digalakkan memakai busana Melayu tradisional ketika memanah terutama apabila bertanding sesama mereka. Untuk makluman apa yang ditunjukkan setakat ini adalah 1/3 daripada jumlah keseluruhan slaid yang digunakan dalam pembentangan saya. Selepas ini, apabila ada kelapangan akan dikongsikan slaid-slaid yang menunjukkan perkembanga selepas itu hingga ke pertengahan tahun 2015 pula....



Pemerhatian terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu - Gerakan yang berkembang ke merata Semenanjung membawa luar negara ke Aceh

$
0
0
Masuk bahagian kedua perkongsian mengenai pembentangan saya pada acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara 22 Oktober. Bersambung daripada Pemerhatian terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu - Bibit-bibit awal sekitar tahun 2012.

Pada tarikh yang kelihatan dalam gambar saya mengadakan acara ketiga HIKMAH di Lumut, Perak. Ketika itu saya sudah memiliki persalinan busana tradisional yang lebih menarik. Dan tidak seperti pada acara sebelum di Melaka 25 November 2012 di mana saya terpaksa meminjam keris orang untuk ke majlis kali itu saya sudah memiliki keris sendiri yang cukup sajak. Lihat Keris yang sesuai untuk majlis .


Majlis itu sendiri agak menggemparkan. Selain dihadiri lebih 700 orang ia menyaksikan ramai anak Melayu berbusana tradisional bergabung dengan golongan agamawan yang berjubah berserban dalam satu majlis. Lihat Acara ketiga HIKMAH di Marina Hall, Lumut 27 Jan 2013, Lebih menggemparkan apabila kami beramai-ramai berarak daripada dewan tempat acara ke pinggir pantai menghadap Pulau Pangkor lalu mengadakan satu upacara yang mencabar suasana sosio-politik sedia ada. Lihat Kemuncak HIKMAH III - Perarakan Maulidur Rasul dan pembatalan sihir Perjanjian Pangkor 1874. Ia menarik perhatian ramai sehingga diperdebatkan buat beberapa lama selepas itu...


Perjuangan untuk memartabatkan jiwa sejati Melayu lama ke persada yang lebih tinggi diteruskan apabila saya mendapat peluang untuk menghadiri satu majlis besar di parlimen.


Beginilah saya berpakaian dengan ditemani isteri. Saya adalah satu-satunya hadirin yang memakai busana tradisional penuh ketika itu. Lihat artikel Berbusana tradisional membawa misi HIKMAH ke parlimen di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.


Melompat terus pada satu acara HIKMAH yang diadakan di Melaka (sekali lagi) penghujung tahun itu, Lihat Acara ketujuh HIKMAH di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 Nov 2013. Saya tunjuk yang ini kerana setelah membawa HIKMAH ke 3 lokasi berlainan selepas Lumut majlis ini terlebih bererti. Ini kerana ia melibatkan sekali golongan karyawan seni yang diketuai oleh pengarah filem terkenal, saudara Mamat Khalid, Beliau berhajat mahu menerbitkan satu filem epik Melayu lalu meminta bantuan pengisian daripada kami. Lihat HIKMAH VII di Melaka - Darah Melayu pun mula menggelegak.


Acara ke-7 HIKMAH di Melaka disebut dalam pembentangan ini kerana ia boleh dijadikan alat untuk melompatkan penceritaan kembali ke satu masa sebelum itu. Kembali ke acara ke-2 HIKMAH yang turut diadakan di negeri itu juga. Lihat Acara kedua HIKMAH di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 Nov 2012. Acara ini saya imbas kembali kerana melibatkan 3 orang warga Aceh berkongsi keadaan tentang satu lokasi penting bersejarah di tempat mereka. Ia menjadi titk tolak untuk mereka sendiri lebih giat memperjuangkan beberapa perkara di tempat mereka. Lihat Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu - Faktor Aceh dan sokongan kerajaan Melaka.


Percaya atau tidak acara di Melaka yang dihadiri orang Aceh 25 November 2012 itu menjadi pencetus untuk mereka sendiri menerbitkan gerakan dan kumpulan memartabatkan busana tradisional mereka. Kembali pada masa acara HIKMAH diadakan lagi di Melaka iaitu pada 30 November 2013, setahun 5 hari kemudian. Dua minggu selepas itu muncul satu kumpulan busana dari Aceh datang ke Malaysia. Dipimpin salah seorang yang pernah datang ke acara ke-2 HIKMAH di Melaka, mereka meminta saya membawa berjalan-jalan melihat apa yang patut.


Mereka mahu saya membawa ke tempat-tempat bersejarah terutama yang ada kena mengena dengan Aceh. Mereka juga berharap saya boleh membawa ke mana-mana majlis yang sesuai dengan perjuangan kita semua mahu memartabatkan Melayu dan Islam. Kebetulan sekitar masa itu memang ada satu majlis di Kuala Lumpur. Setelah mengatur pertemuan pada satu ekspo buku di PWTC saya pun membawa mereka ke majlis. Lihat Faktor Aceh di majlis guru seni bela diri Malaysia - Mat Kilau adalah orang sana!.


Lihatlah anak-anak Aceh dengan cara pakaian tradisi mereka bersama kami di Malaysia dengan cara kita di sebelah sini. Kedatangan mereka menyebabkan pihak penganjur yang diketuai saudara Azlan Ghanie, pengasas majalah Seni Bela Diri teruja. Hasilnya, mereka dibawa untuk mengisi satu edisi majalah. Lihat Busana Aceh dalam majalah Seni Beladiri...


Dua hari selepas itu saya turut membawa kawan-kawan Aceh menghala ke selatan melihat beberapa tempat-tempat bersejarah sepanjang perjalanan itu. Lihat Membawa kawan-kawan Aceh ke Melaka - Antara Pidie dan PD. Tak sampai 2 minggu kemudian saya ke Pulau Pinang pula untuk memenuhi undangan menghadiri satu majlis yang mahu mengangkat cara Melayu lama di sana.

Majlis ini membuktikan pergerakan memartabatkan kembali busana tradisional Melayu juga sudah menjalar ke sebelah utara Semenanjung. Lihat Festival Adat Istiadat Warisan Melayu di Balik Pulau. Kurang 2 bulan kemudian saya mengadakan satu acara HIKMAH di belah sana. Lihat Acara kesembilan HIKMAH di Dewan Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Feb 2014.


Sebulan lebih sahaja selepas Pulau Pinang, saya mengadakan acara di Aceh pula. Perhubungan baik dengan kawan-kawan sana yang mula termetrai pada acara ke-2 HIKMAH di Melaka 25 Nov 2012 sangat membantu melicinkan perkara.


Sejak beberapa lama sebenarnya mereka telah meminta saya agar mengadakan acara di tempat mereka. Ia menjadi kenyataan apabila mereka mendapat tahu saya dan keluarga akan bercuti di Aceh pada tarikh sekian-sekian lalu majlis pun diatur agar selari dengan masa saya bercuti. Sambil itu juga sejumlah anak Malaysia yang biasa mengikuti majlis-majlis HIKMAH mengatur kedatangan mereka ke sana. Atas permintaan saya majlis diadakan ringkas di bawah sebuah rumah tradisional di tengah ibu kota Aceh. Lihat Acara kesepuluh HIKMAH di Muzium Aceh, Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014.


Kedatangan kami amat diraikan sehingga dibawa beramai-ramai untuk makan malam secara rasmi di rumah Gabernur Aceh. Lihat HIKMAH Aceh @ HIKMAH X - Diraikan Gabernor di kediaman rasmi. Begitulah akrabnya hubungan kami anak-anak Malaysia dengan anak-anak Aceh disebabkan usaha mahu memartabatkan busana tradisional Melayu. Lebih utama lagi kami sama-sama hendak mendaulatkan Melayu dan Islam di bumi sebelah sini.


Pembentangan seterusnya dibawa untuk menyorot usaha memartabatkan pemakaian busana tradisional Melayu dalam kalangan cendekiawan Melayu dan golongan atasan. Munculnya saya menghiasi ruangan satu akhbar tempatan seperti kelihatan di atas adalah satu titik perkembangan perkara yang terkait dengan usaha tersebut. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu.


Bukan saya tidak pernah muncul dalam akhbar sebelum itu. Saya sudah banyak kali diberi ruang baik dalam akhbar mahupun di televisyen, ada 2-3 kali juga berbusana tradisional Melayu. Orang lain pun sudah ramai menunjukkan diri dalam media massa. Cuma biasanya mereka muncul dalam konteks budaya sahaja, sebagai pembuat baju Melayu tradisional dan tanjak misalnya juga sebagai pesilat dan pemain gendang.

Kemunculan saya dalam akhbar kali ini terlebih istimewa kerana dibuat dalam konteks kecendekiawanan dan dunia pemikiran yang tinggi. Adalah menjadi misi peribadi saya sebagai seorang penulis juga pemikir yang memiliki ijazah dalam bidang Matematik dari University College of London, sebuah institusi pengajian tinggi yang tersenarai sebagai antara 10 terbaik di dunia untuk menunjukkan bahawa yang berbusana tradisional Melayu itu bukan sekadar orang kekampungan atau cuma tahu bersilat. Dalam kalangan kami juga terdapat mereka yang faham undang-undang dan perlembagaan, tahu tentang ekonomi dunia, memiliki jawatan dan kedudukan berwibawa lagi berpelajaran (educated). Kami boleh berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan tokoh-tokoh pemikir sehingga ke peringkat antarabangsa. Biar ditegaskan artikel ini muncul akibat saya menghadiri satu majlis ilmu di Universiti Kebangsaan Malaysia atau UKM pada awal tahun 2015. Lihat artikel Forum "Melayu Bukan Pendatang" di UKM


Sebetulnya sejak menjadi pemakai busana tradisional Melayu bermula penghujung tahun 2012 saya selalu berpakaian begitu ke majlis-majlis ilmu. Sudah sangat banyak majlis saya hadiri di menara-menara gading dan institusi-institusi berwibawa lagi berprestij dengan berpakaian begini. Hal tersebut boleh dilihat melalui pautan-pautan artikel yang disenaraikan bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah" pada kiri paling bawah blogspot CATATAN SI MERAH SILU.

Kalau untuk majlis-majlis HIKMAH sudah tentu saya sebagai presiden dan pengasas kumpulan harus berbusana tradisional Melayu, Untuk berjalan-jalan santai di Kuala Lumpur malah di Rawang dan lain-lain tempat pun kadangkala saya berpakaian begitu tetapi dalam versi yang lebih ringkas, bukan untuk majlis. Kelihatan di atas saya berkongsi ilmu pada satu majlis besar di Pasir Salak, Turut berkongsi ilmu di atas pentas yang sama adalah mantan Ketua Polis Negara yang paling terkenal di Malaysia, Tun Hanif Omar. Lihat Panggilan Pasir Salak - Peranan HIKMAH dan sedikit perkongsian ilmu


Sesi pembentangan ilmu diadakan pada petang hari kedua majlis yang dipanggil sebagai WB River Fest itu. Esoknya Ahad, hari terakhir majlis saya mengambil kesempatan bergambar bersama Hanif. Tiga minggu sebelum itu saya telah melaksanakan satu majlis HIKMAH di Pahang, pertama kali di negeri tersebut. Sejak aktif berpakaian begini ada sahaja majlis dihadiri lalu ditonjolkan diri. Lihat Acara keempat belas HIKMAH di Masjid Warisan Kampung Chenor, Maran, Pahang 9 Mei 2015


Selain berkongsi ilmu saya telah diminta penganjur majlis agar membawa kawan-kawan aktivis datang berbusana tradisional Melayu. Ini dilakukan atas nama HIKMAH - Kami diberikan sebuah khemah untuk kawan-kawan berniaga juga penginapan berupa beberapa buah chalet dalam resort/kompleks peranginan Pasir Salak. Rasanya ramai sedia tahu tentang cerita lokasi tersebut iaitu Pasir Salak terkenal sebagai tempat Dato' Maharajela dan para pejuang Melayu membunuh residen pertama British ke Perak, J.W.W. Birch tahun 1875.  Ini adalah susulan daripada penindasan terhadap orang Melayu yang muncul akibat Perjanjian Pangkor 1874/

Malah tempat pegawai Barat angkuh itu dibunuh iaitu di tepian Sungai Perak termasuk dalam kawasan kompleks. Untuk pengetahuan itulah julungkalinya lokasi bersejarah ini menerima kedatangan ramai yang betul-betul mahu mengamalkan pemakaian busana tradisional Melayu, mungkin sejak beberapa dekad! Bukankah ini satu titik yang penting dalam perkembangan perkara? Bukankah ini harus disedari oleh semua yang terlibat dalam dunian busana tradisional Melayu?


Kehadiran kami malah begitu disenangi oleh tetamu utama atau VVIP untuk hari itu iaitu Raja Muda Perak, Raja Jaafar bin Almarhum Raja Muda Musa. Lihat artikel Panggilan Pasir Salak - Bersama Raja Muda Perak. Baginda begitu seronok sehingga mengenepikan segala protokol kebesaran istana untuk memanggil kami masuk ke halaman sebuah rumah peninggalan bersejarah di sebelah kompleks lalu diajak bergambar sama. Lihat Panggilan Pasir Salak - Bertandang ke rumah Tok Sagor. Gambar yang kelihatan inilah digunakan sebagai perhiasan slaid tajuk pembentangan ini. Lihat Pemerhatian terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu - Bibit-bibit awal sekitar tahun 2012.


.

Pemerhatian terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu - Melangkaui sempadan politik demi penyatuan Melayu akhir zaman

$
0
0
Sampai masanya untuk menutup segala cerita tentang pembentangan. Masuk bahagian ketiga dan terakhir perkongsian mengenai pembentangan saya pada acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara 22 Oktober. Bersambung daripada artikel Pemerhatian terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu - Gerakan yang berkembang ke merata Semenanjung membawa luar negara ke Aceh.

Pada pagi Sabtu 19 September 2015 saya telah diwawancara secara langsung dalam program Resensi iaitu satu segmen ulasan buku dalam Selamat Pagi Malaysia di RTM1 lalu hal ini dimasukkan ke dalam slaid. Tarikh yang tertera iaitu 18 September sedikit tersilap. Bila menyemak kembali artikel berkenaan dalam blogspoCATATAN SI MERAH SILU iaitu Wawancara siaran langsung "Mencari Diri dan Erti" di TV1 baru tersedar kesilapan. Apapun, ia adalah tentang buku ke-8 merangkap buku terbaru saya ketika itu.

Ia adalah kali ke-3 saya muncul dalam Resensi. Kali pertama adalah pada 9 tahun lalu. Lihat Mengenang ulasan siri buku "Berpetualang ke Aceh" dalam program Resensi, Selamat Pagi Malaysia di RTM1 penghujung 2007..., Ketika itu ia dimulakan sebagai rakaman awal bulan Oktober. Bulan Disember baru keluar di kaca TV. Kali kedua, iaitu pada Oktober tahun 2011 baru merasa diwawancara secara langsung lalu ia dipaparkan terus ke televisyen. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.

Pada kemunculan pertama saya diwawancara oleh personaliti televisyen terkenal dan saudagar buku, Sayed Munawar. Kali kedua oleh penulis novel thriller pujaan ramai, Ramlee Awang Murshid. Sayed mewawancara saya lagi pada 19 September 2015 sedangkan itulah kali pertama saya muncul di kaca televisyen bercakap tentang buku sambil memakai busana penuh tradisional Melayu. Sebelum itu saya pernah berpakaian begitu dalam tv tapi bercakap tentang perkara lain, antaranya adalah aktiviti NGO dan penggunaan wang dinar dan dirham.  Lihat Antara HIKMAH di kaca televisyen, buku untuk Melaka dan persiapan di Kelantan juga Bertandang ke program "On The Point"

Kenapa saya masukkan hal ini dalam pembentangan? Apakah kerana ingin menunjuk-nunjukkan pencapaian? Diakui iya saya ada menunjuk juga. Saya ingin menunjukkan jangkaun pencapaian sebagai seorang penulis sambil turut menjadi seorang aktivis busana yang memberikan cukup kelayakan untuk menampilkan pemerhatian saya tentang perkembangan pemakaian busana.

Tetapi lebih utama dan lebih kena mengena adalah soalan berkaitan yang ditanyakan oleh Sayed kepada saya pada Resensi tahun 2015 itu. Adapun kami sudah saling mengenali sejak Resensi tahun 2007 lalu beliau sedia maklum tentang perkembangan penulisan saya yang dibuat berdasarkan pengalaman sebenar hidup sambil mencari makna dan haluan diri. Beliau bertanya apakah saya sudah menemui apa yang dicari? Saya jawab iya sambil menambah, pun begitu saya terus melalui proses memperbaiki diri apabila pencarian dikongsikan secara jujur dalam buku, buku yang kemudian diberi nafas baru apabila diterbtikan semula dalam bentuk dan format yang memberikan banyak maklumat tambahan, gambar-gambar dan peta. Merujuk pada busana yang dipakai siap berkeris itu Sayed pun bertanya apakah ini adalah kemuncak pada proses pematangan dalam perjalanan dan pencarian hidup saya? Saya jawab tidak. Insyaallah akan ada (yang lebih baik) lagi...


Dengan itu pembentangan pun dibawa untuk menyorot balik pada satu acara HIKMAH yang diadakan di Terengganu hampir 2 tahun lebih awal, pertama kali dalam sebuah masjid. Lihat Acara kelima HIKMAH di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu, 5-8 Jun 2013. Untuk makluman selepas itu ada 2 lagi acara HIKMAH dilangsungkan dalam masjid. Ia adalah Acara kesebelas HIKMAH di masjid dan makam Sultan Alauddin Riayat Shah (Melaka), Pagoh, Muar 8 Nov 2014 dan Acara keempat belas HIKMAH di Masjid Warisan Kampung Chenor, Maran, Pahang 9 Mei 2015.



Acara ini dilaksanakan dalam keadaan saya baru sahaja seminggu dibedah kaki untuk dimasukkan besi akibat patah kaki. Lihat Sekitar perjalanan untuk HIKMAH V di Kuala Terengganu. Apapun, apa yang hendak ditekankan di sini adalah bagaimana acara telah diatur begitu baik oleh imam masjid, Ustaz Khairul Azhar sehingga dapat diadakan selama 4 hari, paling lama setakat ini bagi satu acara HIKMAH. Tetapi yang datang sedikit sangat. Menurut penglihatan dan anggaran saya paling ramai pada suatu masa tidak sampai 100 orang. Kemudian saya mendapat tahu warga tempatan di sekeliling kawasan seperti mengelak untuk hadir. Saya diberitahu, apabila terlihat lambang keris pada banner atau sepanduk HIKMAH ada yang terus berkata ia terkait dengan parti politik tertentu yang tidak disenangi mereka.

Kebetulan acara ke-5 HIKMAH itu berlaku sebulan selepas PRU atau Pilihan Raya Umum Malaysia yang ke-13. Maka suasana masih panas dan perbezaan pilihan parti masih amat membara. Ketika pilihan raya itu sendiri berlaku 5 Mei saya tidak tahu menahu apa-apa kerana sedang berada di Sulawesi Selatan walaupun baru patah kaki. Lihat Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - The compilation. Sebelum patah kaki pula saya berada di Tanah Arab. Tak teringin pun hendak memantau apa-apa perkembangan politik yang saya lihat memecah-belahkan umat Melayu. Lihat Ziarah dan umrah 2013 - Dari mula sampai ke tamat....


Sesungguhnya buat beberapa lama memang aktivis busana tradisional Melayu sering dikaitkan dengan parti politik tersebut. Hanya kerana selalu memakai keris, kami dilihat seperti manifestasi malah macai iaitu budak suruhan parti yang ada memakai logo senjata keramat Melayu itu pada bendera mereka. Alah... sebut aje le parti tu adalah UMNO. Sepanjang beberapa tahun aktif berbusana, kami sering dituduh taksub pada bangsa, tidak mengutamakan agama Islam terlebih dahulu. Persoalan memilih antara perjuangan bangsa dengan perjuangan agama sering dijadikan punca untuk berbalah lalu lebih berpecah-belah.

Keadaan atau stigma buruk ini saya lihat mula berubah dengan nyata apabila para pemimpin kanan muda sebuah parti politik yang dikatakan lebih Islamik memakai busana siap berkeris pada satu majlis utama mereka. Ini berlaku pertengahan tahun 2016, setelah 3 tahun setengah saya menjadi aktivis busana...


Hal ini menarik perhatian ramai. Tiba-tiba parti yang dianggap lebih Islamik itu iaitu PAS kelihatan lebih ke hadapan dalam membela nasib orang Melayu. Dalam kemeriahan ada juga sisi negatif muncul apabila seorang ahli politik Selangor membuat kenyataan buruk dengan mengatakan mereka yang memakai busana itu semuanya mabuk. Namun saya dan sejumlah orang lebih seronok dengan sisi positif perkara kerana apa yang dibuat oleh pemuda PAS itu telah memecahkan stigma bahawa orang yang gigih memakai busana adalah penyokong UMNO belaka konon. Tiba-tiba kami dapati sempadan perbezaan politik telah dilangkau lalu harapan untuk orang Melayu bersatu hati tanpa mengira parti dan pegangan politik menjadi cerah.

Semangat untuk berbusana juga mendorong anak Melayu lain untuk berbusana melonjak naik selepas itu. Perkara ini dicanang dengan sesungguhnya oleh ramai pihak dengan semua menggalakkan untuk berpakaian begitu apabila menunaikan solat hari raya nanti. Saya adalah antara orang yang paling galak mencanangkan perkara pada bulan puasa itu. Hasilnya masyaallah. Memang lain macam le. Memang nyata kelihatan begitu ramai anak Melayu berbusana tradisional Melayu pada hari raya, terlebih banyak daripada tahun-tahun sebelumnya.


Perkembangan yang sangat mengujakan ini saya catat dan ulas dalam artikel Ledakan busana tradisional Melayu di masjid-masjid pagi raya . Tanpa stigma yang menyempitkan pemakai busana tradisional sebagai penyokong parti politik tertentu suasana terasa lebih lapang dan lega untuk aktivis meneruskan perjuangan bagi memartabatkan busana tradisional Melayu juga mendaulatkan Melayu dan Islam itu sendiri.

Penghujung bulan Syawal saya terlihat gambar penaung dan penasihat HIKMAH, Dato' Dt Othman Yatim yang kami panggil sebagai Prof Othman berbusana tradisional Melayu dalam satu majlis di wilayah Patani, kini dalam selatan Thailand, Ini menarik perhatian kerana memang sudah lama saya mengusahakan agar golongan cendekiawan dapat berpakaian begini pada majlis-majlis umum, supaya hilang stigma kedua yang saya lihat wujud dalam kalangan golongan atasan dan mereka yang berpelajaran tinggi iaitu pemakai busana tradisional Melayu kononnya terdiri daripada mereka yang kekampungan, tahu bersilat sahaja. Daripada pengalaman saya sendiri ke sana ke mari menyertai banyak majlis ilmu, masih sedikit yang dapat menghargai. Ramai kelihatan seperti memandang rendah lalu perlu disentak, antaranya adalah apabila saya bertanyakan soalan-soalan dalam majlis untuk menunjukkan kemampuan berfikir aras tinggi. 
Itulah kali pertama Othman memakai pakaian sebegitu pada majlis. Semasa bertandang ke rumahnya untuk berhari raya sebelum itu beliau ada meminta saya menunjukkan cara ikatan sampin yang menarik juga cara pemakaian tanjak yang betul. Rupa-rupanya beliau sedang merancang untuk ke Patani bersama satu persatuan. Untuk pengetahuan Othman juga adalah penaung PENGUKIR, satu persatuan yang terdiri daripada para pengukir berwibawa tanah air dan mereka yang berminat lalu memilik cukup pengetahuan seni untuk terlibat sama dalam aktiviti-aktiviti mereka. 


Difahamkan PENGUKIR sendiri pernah mengadakan majlis dengan setiap ahli memakai busana beberapa bulan (ke setahun) sebelum itu. Inipun sudah membuka satu rintangan kerana kebanyakan aktivis busana lebih dikenali sebagai pesilat. Orang tak hairan melihat golongan pesilat selalu berbusana kerana itulah yang mudah diterima dalam fikiran mereka. Sedangkan ada aktivis yang memandang lebih jauh dan luas mahukan pemakaian busana dipraktikkan oleh segenap lapisan masyarakat, daripada atas ke bawah seperti pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Apabila orang seni sudah masuk beramai-ramai untuk melestarikan perkara tentulah saya teruja. Satu lagi gambar di Patani menunjukkan kawan-kawan aktivis lain (selain PENGUKIR) pun ada beberapa orang menyertai majlis di sana...
Penghujung bulan September timbul satu acara besar keris di Universiti Putra Malaysia. Pemakaian busana tradisional Melayu mencapai tahap baru apabila kelihatan lebih ramai cendekiawan sanggup berpakaian begitu di hadapan umum.

Saya dan isteri datang pada hari terakhir majlis. Ketika itu sudah masuk tahun baru Islam 1438 Hijriah. Tujuan utama kami datang adalah untuk menunjukkan sokongan kepada Prof Othman yang membentang hari itu. Selain daripada itu kami hendak melihat apa yang ada seraya bertemu kawan-kawan. Lihat artikel Temasya keris di UPM diikuti .Seminar untuk temasya keris di UPM .

Kebetulan Othman memakai satu persalinan busana yang disediakan oleh isteri saya atas jenama beliau sendiri. Lihat artikel Jenama Bona Fida sudah bergerak menerima dan menghantar tempahan di blogspot Bona Fida. Kelihatan dalam gambar atas Othman berdiri di belakang saya dan isteri juga sejumlah kawan aktivis. Setiap pertemuan mengeratkan lagi silaturrahim sambil melebarkan jaringan kenalan....


Ini pula adalah gambar sekitar majlis yang muncul dalam surat khabar, saya lupa bertarikh bila tetapi dalam masa terdekat itu. Ia diambil pada hari Sabtu 1 Oktober di mana terdapat lebih ramai orang datang kerana acara dirasmikan pada hari tersebut.

Ketika pertama kali mengatur slaid untuk pembentangan cerita tentang majlis di UPM merupakan yang terakhir sebelum acara ke-18 HIKMAH berlangsung di Muzium Negara 22 Oktober. Ini kerana saya tidak nampak apa lagi titik penting yang harus dinyatakan sebelun acara bermula. Siapa sangka tidak lama kemudian muncul majlis lain yang cukup signifikan untuk diambil kira. Nak tak nak beberapa lagi slaid harus ditambah agar pembentangan terasa cukup lengkap.

Siapa sangka persiapan untuk menganjurkan acara terbaru HIKMAH itu membawa kepada Jabatan Muzium Malaysia meminta pihak kami untuk memeriahkan lagi seraya memberikan kelainan pada majlis anjuran mereka yang namanya tertera dalam gambar. Lihat Kaitan HIKMAH Muzium Negara dengan perasmian pameran songket Asean oleh Tengku Puan Pahang petang ini.


Jaringan aktivis kami pun dibawa masuk terutama untuk menyambut tetamu utama/VVIP iaitu Tengku Puan Pahang. Selepas membuat sedikit persiapan mereka pun bersedia untuk melaksanakan perkara. Lihat Rehearsal akhir untuk majlis perasmian Pameran Songket ASEAN diikuti Menunggu ketibaan Tengku Puan Pahang


Dalam tempoh 9 hari sahaja selepas diminta pihak kami juga dapat menyediakan persembahan silat untuk majlis gilang gemilang yang merupakan terbesar oleh jabatan dan Muzium Negara bagi tahun 2016! Ini bukan calang-calang majlis. Ia adalah bertaraf antarabangsa dan boleh juga dikira majlis diraja.



Kawan-kawan aktivis busana tradisional Melayu yang dibawa masuk disebabkan penganjuran HIKMAH turut diberikan peluang memperagakan pakaian di hadapan Tengku Puan Pahang. Mereka malah menutup pentas peragaan selepas dua kumpulan lain menunjukkan cara pemakaian mereka yang lebih moden. Lihat Apabila kawan-kawan HIKMAH mencuri perhatian tetamu diraja dan masyarakat antarabangsa.

Secara rata itu sudah cukup untuk menunjukkan bahawa apa yang kami buat, gerakan untuk memartabatkan kembali cara pemakaian busana tradisional Melayu seperti pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka telah mendapatkan pengiktirafan yang tinggi. Dengan ini cukuplah huraian isi pembentangan saya di Muzium Negara. Sekian. Semoga bermanfaat kepada semua...


Acara kelapan belas HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016

$
0
0

Salam sejahtera semua. Hari ini, 13 November 2016 bersamaan 13 Safar 1438 Hijriah biar dikumpulkan semua links atau pautan artikel-artikel yang telah ditulis tentang acara ke-18 HIKMAH yang telah dilangsungkan dengan jayanya di Muzium Negara pada 22 Oktober 2016 bersamaan 21 Muharram. Menariknya, acara ini asalnya dirancang sekadar untuk mengisi slot antara acara HIKMAH di Seremban (selamat diadakan 17  September) dengan acara di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang (dijadualkan berlangsung 17 Disember). Ini adalah agar jumlah keseluruhan acara HIKMAH yang telah diadakan sejak diasaskan 4 tahun lalu menjadi 19 sebelum tamat tahun 2017. 

Dengan tidak disangka ia menjadi antara acara HIKMAH paling meriah dan berjaya setakat ini. Kerjasama yang dijalinakn bersama Jabatan Muzium Malaysia untuk mengadakan acara pula memiliki beberapa implikasi penting dalam memartabatkan gerakan untuk mendaulatkan Melayu dan Islam. Untuk pengetahuan inilah julungkalinya jabatan sanggup bekerjasama dengan satu NGO yang lebih dikenali bergerak atas nama budaya untuk mengadakan majlis ilmu. Biasanya mereka cuma akan berbuat begitu dengan badan-badan yang dikira sama berwibawa dan berprestij seperti Arkib Negara, Perpustakaan Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka juga universiti-univerisit awam ternama.

Hal ini menunjukkan HIKMAH secara khusus,  gerakan memartabatkan Melayu melalui pemakaian busana tradisional secara umum telah diiktiraf mereka. Sambil itu ia juga membuka jalan untuk kawan-kawan lain yang terlibat bersama HIKMAH, kumpulan-kumpulan dan persatuan pesilat juga sebagainya untuk menjayakan program-program akan datang bersama jabatan terutama di Muzium Negara. Lihat melalui pautan-pautan berikut bagaimana hal ini boleh terjadi lalu mencipta pelbagai lagi kemungkinan yang memberangsangkan...


Persediaan untuk acara...




Apa yang berlaku sepanjang acara...



Kertas kerja atau/dan perkongsian rasa yang telah dipersembahkan...


1. Teknologi Alat Tenun Melayu - Rosidah bt. Abdullah, Kurator Muzium Tekstil, Kuala Lumpur

2. Destar : Satu Pandangan Falsafah Islami - Mohd Emil Azril, aktivis budaya dan naib pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kuala Lumpur 

3. Pakaian Silat Melayu - Azlan Ghanie, pengasas MAGMA, persatuan guru-guru seni bela diri dan pengasas majalah Seni Beladiri 

4. Keris : Pakaian Ketamadunan Melayu - Tengku Ahmad Ridhaudin, aktivis budaya dan kolektor keris

5. Falsafah dan Simbol pada Tanjak - Maaruf Lim, aktivis budaya dan ahli PERDAM (Persatuan Destar Alam Melayu)

6.  Evolusi Busana Melayu - Nur Afifi M. Taib, aktivis budaya dan pensyarah UiTM Shah Alam 

7. Pemerhatian Terhadap Pemakaian Busana Melayu - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis siri trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


Antara yang dapat dikongsikan dengan butiran di blogspot...





Memberikan tumpuan pada acara ke-19 di Bukit Tinggi

$
0
0
Dengan terbitnya artikel kompilasi Acara kelapan belas HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016 dua hari lepas tumpuan sudah mula boleh diberikan pada penganjuran acara ke-19 yang mahu diadakan di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang pada 17 Disember 2016. Sejak itu saya telah membuat beberapa update berkenaan di Facebook. Biar ia dikongsikan di blogspot ini pula untuk tatapan mudah...

Ah. Baru teringat. Sebetulnya saya telah membuka event page untuk acara di Bukit Tinggi lebih awal iaitu pada 4 November atas sebab tertentu. Lihat sini. Sekarang baru boleh dikongsikan cerita, dengan sedikit suntingan untuk paparan sini...




Update 4 November 2014 (dikongsikan di FB HIKMAH pada jam 11.44 malam)...



ACARA KE-19 HIKMAH DI RUMAH PERANGINAN PERSENDIRIAN DI BUKIT TINGGI, BENTONG, PAHANG 17 DISEMBER...

Salam semua. Ketika ini tarikh masih 4 Nov 2016 iaitu 4 tahun selepas acara pertama HIKMAH diadakan di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012. Tergerak saya untuk membuka event page untuk acara ke-19 HIKMAH yang mahu dilangsungkan di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang 17 Dis 2016. Kalau ikut rancangan asal saya cuma akan membuka page untuk event ini selepas selesai mempersembahkan segala cerita/artikel tentang acara ke-18 HIKMAH yang telah selamat dilangsungkan di Muzium Negara pada 22 Okt iaitu 13 hari lalu. Sekarang ini cuma tinggal artikel-artikel yang menghuraikan isi beberapa pembentangan pada acara belum dikongsikan lagi.

Tetapi isteri saya memberitahu sahabat kami yang meminta agar acara ke-19 itu diadakan di rumah peranginan persendiriannya di Bukit Tinggi telah bertanya kenapa masih tak keluar event page? Apakah kami tak jadi nak buat di tempatnya? Maka sebagai jawaban kepada persoalan itulah saya tergerak untuk membuka page malam ini. Nanti akan diberikan butiran daripada semasa ke semasa ya. Untuk gambar-gambar sekitar lokasi tetapi diambil lebih 3 tahun lalu lihat artikel A private retreat at Bukit Tinggi di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.





Update 13 November 2016


MENUTUP BAB HIKMAH MUZIUM NEGARA... BERGERAK UNTUK PERSEDIAAN ACARA SETERUSNYA DI BUKIT TINGGI

Salam semua. Hari ini 13 November 2016 bersamaan 13 Safar 1438 Hijriah biar dipersembahkan satu artikel kompilasi yang mengumpulkan pautan semua artikel tentang acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara 22 Okt. Lihat Acara kelapan belas HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016. Ini menandakan episod tentang acara itu boleh ditutup sudah. Selepas ini tumpuan bolehlah diberikan pada acara seterusnya, acara ke-19 yang dijadualkan berlangsung di Bukit Tinggi. Bentong, Pahang pada 17 Disember 2016.






Update 14 November 2016


HIKMAH KE-19 DI BUKIT TINGGI, PAHANG 17 DISEMBER 2016 - KENAPA ULANGKAJI MAULIDUR RASUL?

Salam semua. Mulai sekarang persediaan untuk menjayakan acara ke-19 HIKMAH di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang haruslah dipesatkan. Untuk tema majlis kali ini saya telah memilih tajuk "Ulangkaji Maulidur Rasul". Sekarang biar diterangkan kenapa sambil saya mengatur perkara.

Adapun Maulidur Rasul masuk dalam tema kerana tarikh acara adalah bersamaan 17 Rabiulawal 2016 Hijriah. Kita semua sedia maklum tarikh hari Maulidur Rasul adalah 12 Rabiulawal, sedangkan sambutan boleh berlanjutan sehingga lebih 3 bulan kemudian. Inikan lagi tarikh acara cuma 5 hari selepas hari Maulidur Rasul. Maka kita akan cuba sediakan sambutan yang berpatutan, paling tidak pun memberikan ruang bagi ingatan.

Sekarang tentang Ulangkaji. Kenapa ada dalam tema? Adalah niat saya, untuk acara ke-19, ada nombor 1 ada nombor 9 untuk kita mengenangkan kembali kenapa HIKMAH ditubuhkan. Walhal asalnya untuk membuat satu sahaja acara, bagi menghilangkan mental block yang saya alami teruk dalam penulisan buku. Tak sangka pun ia boleh mendapat sambutan sehingga dapat diadakan di merata Semenanjung Malaysia membawa luar negara ke Aceh.

Untuk acara ini kita mahu mengingatkan kembali semangat dan sebab musabab sebenar acara diadakan. Oleh itu saya mahu mengulang kembali (Ulangkaji) seberapa banyak topik yang dapat daripada HIKMAH pertama. Ini senarainya...


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan?– Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI

2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja– Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara

3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu– Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail

4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman– Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah

5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)

6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu– Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris

7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu– Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri

9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu– Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur

10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara– Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu

11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan– Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan

12. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan Bangsa Melayu Akhir Zaman– Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


OK. Nak dapat semuanya diulang agak susah kerana kekangan masa, komitmen dan sebagainya. Tapi kami cuba le mana yang dapat. Harap kawan-kawan dan kenalan sedia membantu menjayakan acara. Sila berikan maklum balas...



---------------------


Yang di bawah ini adalah kata-kata baru, bukan disalin semula dengan suntingan daripada FB.


Oleh kerana acara ke-19 itu dibuat dengan niat mahu mengulangkaji apa yang berlaku pada acara pertama HIKMAH 4 tahun lalu maka ada baiknya dilihat video-video berikut. Dengan ini cukuplah penulisan ini sebagai artikel pertama di blogspot HIKMAH tentang acara ke-19. Apabila ada lagi perkembangan yang harus dikongsikan nanti saya beritahu...



Video sekitar acara sulung kami,
"Suai Kenal HIKMAH"
di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012
bersamaan 19 Zulhijjah 1433 Hijrah














Bersilat santai di Muzium Negara - Satu natijah daripada acara HIKMAH di sana sebulan lalu

$
0
0
Salam semua. Merujuk pada artikel Memberikan tumpuan pada acara ke-19 di Bukit Tinggi yang dibuat 6 hari lepas. Dalam pada kita mahu memberikan tumpuan pada acara terbaru HIKMAH yang mahu diadakan 17 Disember tak salah jika bercakap tentang acara lain yang mahu mendaulatkan Melayu dan Islam apa lagi ia memang ada kena mengena dengan HIKMAH. Ini ada satu cerita daripada aktiviti semalam...


Hampir tengah hari Ahad 20 November 2016 saya telah membawa isteri dan anak-anak ke Muzium Negara.



Adapun sejak berjaya melaksanakan acara ke-18 HIKMAH di muzium ini sebulan lepas (lihat Acara kelapan belas HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016) saya cuma pernah sekali sahaja bertandang lagi ke sana.



Itupun saya bertandang sekitar 2 minggu lepas kerana hendak memulangkan satu barangan milik muzium yang seorang sahabat telah terambil kerana menyangkakan ia milik seorang pembentang. Barangan tersebut adalah alatan USB untuk menangkap signal atau isyarat pointer yang biasa digunakan untuk membuat Power Point presentation. Rupanya yang seperti thumb-drive biasa menyebabkan sahabat tersebut menganggap ada salah seorang pembentang telah tertinggal thumb-drive selepas selesai sesi pembentangan pagi hingga tengah hari HIKMAH di auditorium muzium. Lihat HIKMAH Muzium Negara - Berulang-alik antara pembentangan ilmu di auditorium dengan persembahan silat di dataran. Nasib baik saya dapat jumpa. Kalau tidak, kena bayar RM300 atau beli sendiri yang serupa sebagai ganti.



Kali ini saya datang membawa keluarga untuk melihat satu acara lain tapi berkaitan...



Ia adalah majlis silat santai yang dianjurkan Jabatan Muzium Negara bersama persatuan DSSM (Dunia Seni Silat Melayu) dengan bantuan beberapa pihak.









Alhamdulillah, majlis yang diadakan di tanah lapang berdekatan sebuah istana lama kelihatan cukup meriah dan menarik. Istana berusia lebih 130 tahun itu telah dialihkan dari Terengganu untuk dijaga pihak muzium lalu menjadi sebahagian daripada tarikan pelancong. Lihat artikel Istana Satu (The 'One Palace') di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART.









Saya yang datang santai sebagai seorang pengunjung biasa merasa amat teruja malah terharu pun ada. Kenapa rasa terharu? Kerana melihat anak-anak silat telah diberikan ruang dan kepercayaan oleh Muzium Negara, satu institusi berprestij tinggi lagi ikonik untuk memakmurkan tempat mereka.













Percaya atau tidak inilah salah satu natijah daripada usaha saya dan kawan-kawan membawa acara HIKMAH ke Muzium Negara sebulan yang lalu. Sesungguhnya bukan mudah untuk Jabatan Muzium Malaysia yang turut mengendalikan lebih 20 muzium (kalau tak salah) di seluruh Malaysia untuk memberikan kepercayaan sebegini pada mana-mana pihak. Dengan pertolongan orang tertentu juga reputasi HIKMAH yang telah berjaya mengendalikan 17 majlis ilmu di merata Semenanjung Malaysia membawa luar negara ke Aceh, jalan pun dibuka untuk kami dan kawan-kawan melakukan aktiviti demi aktivi bersama jabatan.


Malah disebabkan usaha penganjuran HIKMAH di muzium kawan-kawan kami telah diberikan peluang untuk mencantikkan satu majlis besar peringkat antarabangsa dan bertaraf diraja anjuran jabatan sebelum acara HIKMAH di Muzium Negara itu sendiri berlangsung. Rujuk artikel Kaitan HIKMAH Muzium Negara dengan perasmian pameran songket Asean oleh Tengku Puan Pahang.



Untuk majlis HIKMAH itu sendiri pula kami telah meminta penggunaan satu kawasan dataran yang agak besar untuk kawan-kawan bersilat di bawah seliaan DSSM negeri Selangor. Lihat HIKMAH Muzium Negara - Kemeriahan di dataran. Inilah yang membuka jalan untuk persatuan silat tersebut menjalinkan usahasama seterusnya bersama jabatan.


Acara bersilat santai semalam adalah yang pertama dianjurkan muzium bersama DSSM.



 Lihatlah kehadiran penonton yang terdiri daripada sejumlah pelancong asing.



Ini baru kali pertama acara diadakan. Penganjurannya baru dirancang secara ad hoc dalam tempoh 2-3 minggu lepas.



Saya dimaklumkan ia mahu diadakan sekurang-kurangnya sekali setiap bulan.



Bila perkara sudah tetap bolehlah ia dimasukkan ke dalam kalendar muzium lalu diwar-warkan ke merata negara. Boleh juga dimasukkan dalam kalendar pelancongan, supaya para pemaju pelancongan dapat memberikan tumpuan dengan membawa lebih ramai pengunjung pada tarikh-tarikh yang ditetapkan.



Bergambar bersama saudara Jazwan Kahar, salah seorang guru yang mengajar pesilat semasa Akademi Silat Pendekar Muda berlangsung di TV Alhijrah beberapa bulan lepas. Beliau datang tidak berbusana tradisional Melayu kerana baru selesai mengendalikan dua program lain. Rujuk artikel-artikel berikut :-





Untuk makluman separuh daripada gambar-gambar yang dikongsikan dalam artikel ini saya ambil daripada Facebook beliau dengan izin.










Ini kerana sudut penggambaran saya sendiri agak terhad. Disebabkan masalah kamera terjatuh semasa HIKMAH Muzium Negara sehingga rosak sistem fokus saya mengambil keputusan untuk mengambil gambar menggunakan handphone kali ini.







Tetapi saya tidak biasa menggunakan handphone untuk mengambil gambar.  Ini sedikit sebanyak mengganggu cara gerak kerja biasa saya ketika merakam perjalanan suatu acara...





Akibatnya saya lebih banyak mengambil gambar daripada satu sudut sahaja.






Nasib baik ada gambar-gambar milik Jazwan untuk membantu menampung cerita...







Tentang sambutan Maulidur Rasul, keindahan lokasi HIKMAH Bukit Tinggi dan senarai pembentangan ilmu

$
0
0
Saya rasa harus meletakkan sedikit perkara yang telah dikongsikan di Facebook baru-baru ini masuk ke sini. Saya copy and paste dengan sedikit suntingan...




November 21 pada 4:10pm ·


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL BERSAMA HAQQANI ENSEMBLE PADA HIKMAH BUKIT TINGGI 17 DISEMBER

Salam semua. Masih ingatkah anda pada sambutan Maulidur Rasul yang diadakan pada acara HIKMAH ke-16 di Janda Baik pagi Sabtu 30 Januari 2016? Adapun tarikh itu adalah bersamaan 20 Rabiulawal 1437 Hijriah, 8 hari selepas hari Maulidur Rasul atau kelahiran Nabi Muhammad SAW 12 Rabiulawal. Kami buat sesi sambutan Maulidur Rasul secara ad hoc kerana 1-2 hari sahaja sebelum acara baru saya mendapat tahu tuan punya lokasi iaitu penulis buku politik S.H. Alattas terlupa hendak mendapatkan orang atau kumpulan yang boleh memimpin sesi. Nasib baik saya ada kawan-kawan di Janda Baik yang boleh mengendalikan perkara. Kebetulan mereka berkelapangan.

Merekalah yang mula-mula datang memeriahkan majlis. Ia dimeriahkan lagi apabila para pelajar ma'ahad tahfiz berdekatan yang saya secara peribadi jemput untuk datang mengikuti acara terasa begitu seronok. Lalu tanpa dipinta beberapa orang daripada mereka kembali ke madrasah untuk membawa alatan gendang dan sebagainya agar dapat bermain sama. Lihat artikel berkenaan, HIKMAH Janda Baik - Gema Maulud yang tak disangka, pembukaan yang sangat memberangsangkan

Adapun kawan-kawan saya yang datang bermain secara ad hoc itu adalah ahli kumpulan Haqqani Ensemble yang telah bermain di merata tempat luar dan dalam negara termasuk di istana Perak. Untuk acara terbaru HIKMAH iaitu acara ke-19 di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang saya dan tuan rumah telah meminta mereka untuk datang lagi, kali ini diatur awal-awal secara rasmi supaya lebih ramai ahli mereka dapat bersama dalam keadaan lebih selesa. Untuk makluman, tarikh acara iaitu 17 Disember adalah bersamaan 17 Rabiuawal, 5 hari selepas hari Maulidur Rasul. Iya, tahun 2016 ini kita menyambutnya 2 kali. Maka elok sungguhlah sesi Maulud menghiasi acara penutup HIKMAH tahun ini di Bukit Tinggi, insyaallah lebih baik daripada sesi Maulud yang membuka acara pertama 2016 iaitu di Janda Baik.

Ahli-ahli Haqqani Ensemble ini akan mula berkampung di lokasi iaitu pusat peranginan persendirian merangkap rumah rehat yang dipanggil Dusun Nora, petang Jumaat 16 Disember. Letaknya sekitar 4 km sebelum Berjaya Hill Resort/Colmar Tropicale di puncak bukit. Adapun semua yang mahu menghadiri acara HIKMAH tersebut 17 Disember boleh juga mula masuk berkampung pada petang itu. Malah saya sudah mendapatkan persetujuan tuan rumah untuk membenarkan hadirin berkampung secara percuma sehingga tengah hari Ahad supaya dapat berehat sambil menikmati suasana atas pergunungan selepas majlis dengan tenang.

Dengan ini saya mengambil peluang untuk memanjangkan undangan bagi semua masuk berkampung petang Jumaat 16 Disember. Dusun Nora memiliki 6-7 chalet, setiap satu saya rasa boleh memuatkan sehingga 10 orang dengan cukup selesa. Ia juga memiliki asrama yang boleh memuatkan 60-70 orang. Selain itu ada surau yang boleh digunakan untuk tidur lambak, saya anggarkan boleh menampung lagi 60-70 orang.

Cuma priority atau keutamaan akan diberikan kepada ahli keluarga dan saudara mara pemilik lokasi iaitu Puan Sri Nora diikuti para pembentang dan urusetia majlis. Selepas itu baru diikuti kawan-kawan yang sudah biasa mengikuti HIKMAH seterusnya orang lain. Apa pun saya percaya ada cukup ruang untuk menampung 150-200 orang dengan selesa. Nak camping pun boleh. Tanah dusun ini cukup luas untuk menjalankan banyak perkara. Cuma bawa alatan perkhemahan sendiri dan pacaklah di mana-mana yang sesuai dan dibenarkan.

Insyaallah jumpa kita di sana petang Jumaat 16 Disember. Secara rata kami merancang untuk mengadakan sesi Maulud pagi Sabtu keesokannya diikuti sesi-sesi pembentangan ilmu. Turut mahu diadakan adalah tahlil arwah untuk sahabat baik kami, saudara Zaid yang setia menyokong HIKMAH sejak 4 tahun lalu. Adik kepada Puan Sri Nora ini, sahabat kepada ramai daripada kami. kembali ke rahmatullah sekitar 3 bulan lalu.

Tahlil boleh diadakan sebelum Maulud, boleh jadi pagi Sabtu, boleh juga Jumaat malam Sabtu bergantung pada keadaan. Meh. Untuk memudahkan pihak kami mengatur penginapan dan makan minum (iya, semuanya percuma seperti pada mana-mana acara HIKMAH) sila nyatakan kedatangan pada event page kami di sini. Allahumma soli ala Saidina Muhammad wa ala ali Saidina Muhammad.





November 22 pada 4:18pm ·

TENTANG KEINDAHAN LOKASI HIKMAH KE-19 DI BUKIT TINGGI, BENTONG, PAHANG

Salam semua. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang keindahan lokasi acara ke-19 HIKMAH yang mahu diadakan di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang 17 Disember ini. Lokasi tepatnya adalah Dusun Nora, off jalan menuju ke Berjaya Hill Resort/Colmar Tropicale. Jaraknya sekitar 40-50 km ke timur dari pusat bandar raya Kuala Lumpur. Ia adalah satu tempat peranginan persendirian merangkap rumah rehat milik sahabat HIKMAH, Puan Sri Nora.

Gambar-gambar yang saya ada adalah ketika menginap satu malam di sana tahun 2013. Sekitar 2 bulan lalu saya ada datang menginap lagi tetapi keluar awal sebelum Subuh kerana ada hal. Jadi tak dapatlah mengambil gambar menarik waktu siang. Nasib baik terjumpa satu blog yang menunjukkan gambar-gambar keindahan tempat dengan jelas.

Cerita dalam blog juga menerangkan dengan cukup terperinci laluan untuk sampai ke sana dan kemudahan yang ada. Untuk pengetahuan, selain untuk ahli keluarga dan kawan-kawan rapat, tempat ini biasanya disewakan seperti di mana-mana chalet. Tetapi untuk HIKMAH peserta boleh datang menginap hingga 2 malam secara percuma malah diberi makan lagi. Tuan rumah telah membenarkan kita datang masuk berkampung mulai petang Jumaat 16 Disember untuk mengikuti acara Sabtu 17 Disember kemudian berehat sambil menikmati udara segar pergunungan hingga tengah hari Ahad 18 Disember.

Masa-masa lain belum tentu ada peluang boleh memanfaatkan tempat seperti ini. Mari datang berkampung untuk memeriahkan acara. Lihat lagi gambar-gambar dan penerangan tentang tempat di

Harap standby toto dan sleeping bag sendiri ya. Keutamaan tempat tidur akan diberikan seperti berikut :-

1. Ahli keluarga tuan punya tempat dan kawan-kawan rapat

2. Para pembentang

3. Urusetia HIKMAH

4. Para penyokong setia/mereka yang sudah biasa mengikuti acara-acara HIKMAH

5. Lain-lain orang

Seperti biasa HIKMAH tidak mengenakan apa-apa bayaran. Ia adalah terbuka, semua dijemput memeriahkan. Cuma minta seeloknya pakai busana tradisional Melayu, bersampin, bertanjak dan berkeris pada hari acara...




OK. Ada satu lagi perkara saya hendak tambah untuk artikel ini dan ia belum dikongsikan di FB. Ikut rancangan, selepas perkara tersebut dikongsikan baru saya akan membuat artikel menggunakan copy paste update dari FB seperti ini. Tetapi timbul satu keadaan yang mengubah aturan bercerita lalu saya letakkan dahulu di sini ya.

Merujuk pada artikel Memberikan tumpuan pada acara ke-19 di Bukit Tinggi yang dikongsikan 9 hari lalu, pada bahagian akhir ada disebut bahawa saya ingin mengulang kembali atau mengulang kaji tajuk-tajuk yang pernah dibentangkan pada acara pertama HIKMAH di Shah Alam lebih 4 tahun lalu. Ada 11 tajuk kesemuanya semasa itu. Sekarang biar diberitahu saya sudah mendapatkan komitmen untuk 6 daripada 11 tajuk itu dibentangkan kembali, ada yang dijangka akan dibuat dengan sedikit perubahan mengikut perkembangan semasa. Dua lagi tajuk pula menunggu kepastian akhir pembentang kerana ditakuti terikat dengan komitmen lain sekitar hari acara. Mungkin seminggu sebelum acara baru kepastian dapat diberikan.

Enam tajuk yang telah menerima komitmen itu termasuk satu tajuk oleh saya. Ia adalah seperti berikut :-

1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – pembentang asal Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI tidak dapat muncul lalu digantikan dengan seorang lagi aktivis dalam bidang iaitu puan Norbaini Hassan

2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara diganti dengan seorang lagi peguam,saudara Taufiq Khalid

3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail 

4“Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

5. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur 

6. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu, Cuma beliau akan menambah tajuk berkenaan perniagaan buku yang mula diceburi beliau pada HIKMAH I.


Tajuk-tajuk yang menunggu kepastian akhir adalah :-


1. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah. Mungkin kepastian cuma dapat diberikan selepas selesai majlis Maulidur Rasul di tempat beliau 11 Disember.

8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri. Pembentang asal tidak dapat bersama kerana terikat dengan komitmen kerja di selatan tanah air. Seorang lagi keturunan Raja Haji, saudara Huzaifah sedia menggantikan tetapi menunggu dahulu jika satu acara lain melibatkan beliau jadi diadakan sekitar 18 Disember atau tidak.  


OK. Lepas sudah gerak saya tentang hal ini. Ada lagi satu artikel sebelum saya dapat berehat malam ini.



Saya dan HIKMAH dalam majalah Seni Bela Diri

$
0
0
Salam malam Jumaat. Pada bahagian akhir artikel Tentang sambutan Maulidur Rasul, keindahan lokasi HIKMAH Bukit Tinggi dan senarai pembentangan ilmu yang ditulis setengah jam lalu ada disebut telah timbul satu keadaan yang mengubah gerak aturan bercerita sehingga saya membuat artikel tersebut sebegitu rupa. Keadaan yang dimaksudkan adalah ada sahabat dalam dunia persilatan telah berkongsikan gambar-gambar berikut. Saya copy paste cerita berkenaan yang telah dibuat di Facebook dengan sedikit suntingan...














SAYA DAN HIKMAH DALAM MAJALAH SENI BELI DIRI

Alhamdulillah ada orang dah kongsi cerita saya bersama HIKMAH yang keluar dalam majalah Seni Bela Diri untuk bulan Disember. Sebetulnya saya pernah diundang untuk ditemuramah oleh seorang wartawan majalah tersebut pada acara ke-7 HIKMAH di Hang Tuah Centre, Melaka 30 November 2013 lagi. Tapi saya menolak dengan baik kerana tak fikir akan begitu lama mengendalikan HIKMAH. Masuk acara ke-14 di masjid lama Chenor, Pahang 9 Mei 2015 pengasas dan pengendali majalah, saudara Azlan Ghanie  sendiri menjadi salah seorang pembentang. Beliau membentang lagi pada acara ke-18 di Muzium, Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016 iaitu sekitar sebulan lepas lalu mengundang saya untuk ditemuramah di pejabatnya dalam masa terdekat.

Dua minggu kemudian saya menghubungi beliau untuk satu urusan lain. Lalu cikgu Azlan meminta saya untuk datang ke pejabat dalam tempoh 2-3 hari itu. Saya pun sampai pada suatu petang Jumaat lalu kami berbual-bual panjang tentang pelbagai perkara. Hasilnya adalah artikel dalam majalah Seni Bela Diri edisi Disember 2016 seperti yang kelihatan di atas. Untuk lain-lain cerita dan gambar dalam majalah boleh masuk sini... 


------------------


Nota tambahan tentang hal ini. Adapun saya memang bercadang untuk berkongsi isi berkaitan dalam majalah tetapi apabila dah masuk bulan Disember nanti, dan selepas saya mendapat satu naskah majalah, tak tahu lagi dari mana. Tetapi bila melihat ia sudah ditunjukkan oleh sahabat tersebut melalui FB beliau lalu ditag beberapa orang termasuk saya. timbul rasa ia mesti dikongsikan dalam blogspot HIKMAH malam ini juga. Kebetulan pagi Jumaat ini jam 9.15 saya akan mengadakan satu sesi ulasan buku di tengah  ibu kota Kuala Lumpur. Lihat artikel Bedah buku di Kota Buku dan jenama Bona Fida untuk surat khabar di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Penulisan menurut gerak malam Jumaat ini pula membentuk artikel ke-292 di blogspot HIKMAH. Terasa semuanya muncul dengan barakah dan hikmahnya yang tersendiri, insyaallah.



Tinjauan sendiri ke lokasi HIKMAH Bukit Tinggi dan sedikit persiapan

$
0
0
Khamis lepas saya ada membuat artikel bertajuk Tentang sambutan Maulidur Rasul, keindahan lokasi HIKMAH Bukit Tinggi dan senarai pembentangan ilmu di mana ada ditunjukkan betapa cantiknya lokasi acara ke-19 HIKMAH merangkap acara terakhir untuk tahun 2016 ini. Tetapi ia dibuat menggunakan gambar daripada orang lain. Hujung minggu ini baru saya membawa isteri dan anak-anak untuk berehat di lokasi sambil meninjau kemudahan. Biar dikongsikan pemerhatian untuk tatapan dan persediaan semua.


Perjalanan ke sana, ke tempat yang dipanggil sebagai Dusun Nora itu dibuat pada petang Sabtu 26 November 2016. Tetapi kami sampai lewat akibat masalah kereta. Lihat artikel Misi HIKMAH Bukit Tinggi - Dugaan yang melanda ke lokasi di blogspot CATATAN SI MERAH SILU


Pagi Ahad keesokan harinya baru saya dapat betul-betul meninjau kecantikan tempat. Ini telah dikongsikan agak panjang lebar melalui artikel Misi HIKMAH Bukit Tinggi - Menikmati pemandangan indah sambil meninjau kemudahan sebelum kembali mengharungi dugaan kereta rosak.


Untuk blogspot ini saya mahu menumpukan perhatian pada beberapa perkara. Mula-mula adalah tentang surau di Dusun Nora.


Di dalam surau akan diadakan komponen-komponen utama acara. Ia adalah sambutan Maulidur Rasul, pembukaan majlis dan sesi-sesi pembentangan ilmu.








Di belah luar boleh diadakan komponen-komponen sokongan seperti pameran senjata, ruang perniagaan dan persembahan silat.



Peserta juga boleh makan minum di kerusi meja...


Namun paling dipentingkan adalah sesi ilmu kerana HIKMAH adalah satu gagasan pemikiran dan intelektual, Lain-lain daripada itu semuanya adalah komponen-komponen sokongan belaka.



Setelah mencuba set projektor yang ada saya terus membuat slaid latar belakang untuk acara.







Saya cuma perlu mengubahsuai sedikit slaid latar belakang untuk acara ke-16 yang telah diadakan di Janda Baik 30-31 Januari lalu. Untuk makluman, seperti lokasi lama tersebut, Bukit Tinggi juga terletak di dalam daerah Bentong, Pahang. Menariknya acara lama diadakan pada musim sambutan Maulidur Rasul. Begitu juga halnya acara ke-19 yang akan berlangsung di Dusun Nora 17 hari sahaja lagi daripada sekarang.


Ketika membuat slaid baru menggunakan slaid lama baru saya tersedar bahawa tarikh dalam acara di Janda Baik diletakkan berlaku pada bulan Rabiul Akhir. Walhal ia berlaku bulan Rabiul Awal. Setelah hampir setahun ia berlangsung baru tersedar kesilapan. Gambar yang kelihatan pula dipilih daripada koleksi gambar tinjauan yang dibuat pagi itu. Saya tanya pendapat isteri dan pemilik tempat gambar manakah patut digunakan. Mereka sepakat memilih gambar yang kebetulan diberi file name DSC00119 secara automatik oleh kamera.



Oh. Tinjauan ini dibuat menggunakan kamera baru. Lihat  Kamera baru Sony dan semangat 46. Kiranya ia adalah tugasan pertama untuk kamera. Tuan punya tempat kemudian mengajak kami melihat asrama.



Untuk pengetahuan Dusun Nora memiliki satu bangunan asrama yang dipecah kepada dua bahagian berserta beberapa buah chalet. Semuanya biasa disewakan untuk pengunjung. Tetapi untuk HIKMAH sesiapa sahaja berpeluang untuk menginap sehingga 2 malam secara percuma...






Dalam salah satu bilik asrama. Ia telah dikhaskan untuk penginapan kumpulan Haqqani Ensemble yang akan bergendang membuat persembahan Maulud 17 Disember nanti. Lihat balik artikel Tentang sambutan Maulidur Rasul, keindahan lokasi HIKMAH Bukit Tinggi dan senarai pembentangan ilmu, Namun harus ada ruang untuk membawa beberapa orang lagi masuk menginap. 

Setiap chalet pula dapat memuatkan satu keluarga sederhana besar dengan selesa. Tapi kalau perlu kita boleh melonggokkan lebih ramai orang masuk bagi memeriahkan lagi suasana...


Ketika meninjau-ninjau kawasan hadapan pagar masuk kawasan, penjaga Dusun Nora mengajak saya meninjau sehingga ke kawasan luar. Ini adalah simpang masuk ke lokasi dilihat dari jalan mendaki ke Berjaya Hills Resort. Letaknya sekitar 4 km dari pondok pengawal hampir ke kaki bukit.



Ada papan tanda menyatakan terdapat lot-lot tanah dusun.



Terdapat juga papan tanda menunjuk arah ke Dusun Nora sambil kita melalui jalan tidak bertar.


Saya dibawa meninjau dengan menaiki motosikal.






Jalan ini asalnya sempit tetapi telah dilebarkan beberapa kali. Beberapa bahagian sedang dilebarkan lagi agar orang boleh diletakkan kereta di bahu jalan. Kalau tidak, berselisih kereta keluar masuk pun belum tentu mana-mana dapat lepas.






Sekitar 800 meter dari jalan besar kelihatan pagar hijau. Jalan mula menurun agak curam.



Ini membawa ke pintu pagar masuk ke Dusun Nora. Selepas pagar hijau itu cuma beberapa kenderaan sahaja dibenarkan terus lalu boleh  ke dalam. Ini kerana ruang untuk meletakkan kereta adalah terhad. Kalau tak jaga keadaan semua orang akan susah untuk keluar masuk semasa acara berjalan...

Viewing all 317 articles
Browse latest View live