OK. Bersambung cerita daripada artikel HIKMAH ke-23 di Sarang Art Hub - Dari seni rupa ke perjuangan Melayu dan Islam.
Dalam artikel Pengisian bagi acara ke-23 HIKMAH di Sarang Art Hub seminggu lebih sahaja lagi yang dipersembahkan 10 hari lalu ada disebut bahawa setelah diputuskan bahawa acara HIKMAH itu ditunda dari 21 Oktober ke 11 November kerana mahu diadakan bersekali dengan acara Anjung Tradisi yang telah dianjurkan oleh pemilik Sarang Art Hub 3 kali sebelum ini, saya memberitahu HIKMAH kali ini cuma satu komponen sahaja daripada Anjung Tradisi. Ini kerana melihat HIKMAH cuma bertanggungjawab menjayakan sesi pembentangan ilmu pagi hingga tengah hari sahaja. Selepas itu semuanya adalah atas nama dan usaha Anjung Tradisi.
Saya menyatakan ini supaya tidak dilihat ingin mengambil nama atas penat lelah orang lain jika cuma menjayakan sebahagian kecil acara sahaja. Tengok-tengok apabila keluar reka bentuk poster pemilik tempat merangkap penganjur telah menamakan acara sebagai "Anjung Tradisi & HIKMAH". Mungkin kerana penganjur bersama yang lain iaitu DSSM (Persatuan Dunia Seni Silat Melayu) Malaysia, DSSM Perak dan Armada Malaiu Malaysia ada menyatakan bahawa sejak awal lagi mereka sedia bersama kerana atas nama dan reputasi HIKMAH.
Dengan itu, selain turut menjadi penganjur bersama, HIKMAH bukan sahaja bertanggungjawab menjayakan sesi pembentangan ilmu. Ia juga harus menjayakan keseluruhan acara sehingga lewat malam. Maka tidaklah menjadi kesalahan bagi pihak kami untuk merujuk kepada keseluruhan acara sebagai acara ke-23 HIKMAH dalam tulisan-tulisan kami. Sambil itu kami mengaku ia adalah acara ke-4 atas nama Anjung Tradisi apa lagi tempat, makanan dan kemudahan disediakan oleh Sarang.
Secara ringkas kami juga merujuk acara ini sebagai HIKMAH Sarang. Itulah juga nama grup WhatsApp yang dibuka pada 1 September bagi membincangkan perjalanan acara dan bagaimana hendak menjayakannya. Apapun, kembali pada tarikh ia berlangsung Sabtu 11 November. Selepas selesai perasmian yang bermula sekita jam 1 petang tetamu VVIP juga pembentang termasuk saya pun makan tengah hari. Sambil itu diadakan persembahan silat oleh anak-anak daripada gelanggang Lang Buana milik Sarang, gelanggang yang terletak di sebelah bangunan restoran...
Gambar ini diambil jam 2.59 petang.
Persembahan daripada gelanggang Lang Buana selesai jam 3.12 petang.
Gambar ini pula diambil jam 3.29 petang.
Ketika ini hadiran dan peserta rata-rata masih berehat santai lalu saya pun berjalan-jalan melihat keadaan dan juga tapak jualan barangan...
Jam 3.40 keadaan masih kelihatan santai. Sedangkan menurut atur cara asal jam 2 hingga 4.30 petang adalah bagi persembahan silat daripada beberapa perguruan yang diatur oleh DSSM Perak dengan kerjasama DSSM Malaysia.
Rupa-rupanya para pesilat yang dibawa DSSM cuma menunggu hendak dipanggil bagi memulakan persembahan. Tetapi tidak kelihatan siapakah yang mengatur perkara. Melihatkan keadaan ini saya pun mengambil tanggung jawab menjadi MC bidan terjun untuk memanggil lalu memastikan kelancaran.
Turut menjayakan persembahan adalah ahli-ahli Armada Malaiu Malaysia. Persatuan ini telah bersama menjayakan acara-acara HIKMAH sejak tahun 2013 lagi.
Kemudian masuk kembali anak-anak gelanggang Lang Buana diikuti para pesilat yang dibawa oleh DSSM Perak.
Petang jam 5 diadakan perarakan di pekan Tanjung Malim. Lihat video atas. Selepas itu berehat santai menunggu sesi malam pula bermula waktu Maghrib.