Quantcast
Channel: Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 317

Majlis Kerissana 2018 di Patani - Perasmian yang gilang gemilang

$
0
0


Suasana dalam dewan terasa mewah dan meriah...








Rupa-rupanya ramai sudah mula bertumpu untuk perasmian majlis Kerissana ini.








Ia bermula dengan persembahan silat sekitar jam 1.15...











Kelihatan begitu ramai hadirin menceriakan suasana...





Persembahan silat disusuli oleh pertunjukan fesyen di mana pelbagai gaya busana tradisional Melayu juga sedikit busana tradisional Thai diperagakan atas pentas...








Ucapan-ucapan oleh tokoh-tokoh termasuk seorang yang saya diberitahu adalah menteri kebudayaan Thailand menyusul selepas peragaan fesyen.





Sampai masa perasmian itu sendiri oleh menteri wakil-wakil pelbagai pihak termasuk daripada beberapa persatuan berkenaan dari Malaysia diundang naik ke pentas.








Seterusnya sejumlah peserta lain diajak ke hadapan untuk mengisi ruang gambar...


Selesai perasmian saya dan keluarga berlegar-legar melihat pameran.


Sebetulnya ada beberapa lagi komponen majlis dijadualkan berlaku termasuk pembentangan kertas kerja tentang keris juga tentang busana oleh kawan-kawan kami, aktivis dari Malaysia Untuk pengetahuan majlis atau acara Kerissana 2018 ini berlangsung sampai hari Ahad 25 Mac. Tetapi kami tidak dapat bersama kerana harus mula mengorak langkah kembali ke tanah air petang Sabtu. Ini kerana kami sudah berada 5 hari 4 malam di Patani. Isnin isteri kena masuk kerja dan anak-anak bersekolah. Saya perlu memandu kereta lebih 600 km untuk sampai ke rumah... 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 317