Meneruskan gerak penceritaan yang menyebabkan saya belum dapat berehat dan tidur hingga kini.
Adapun sejak selesai acara ke-10 HIKMAH di Aceh 29 Mac 2014 diikuti segala penulisan berkenaan tentangnya saya tidak lagi memproses video sekitar acara untuk dimuatnaik ke Youtube lalu boleh dipaparkan di blogspot. Ini kerana komputer riba saya selepas itu memiliki masalah yang menyebabkan saya terhalang daripada menyunting video. Oleh itu saya membuat keputusan tak perlulah lagi bersusah payah membuat lagi kerja-kerja suntingan, Apa-apa video yang dirakam oleh pihak saya cukuplah untuk simpanan dan rujukan peribadi sahaja,
Alhamdulillah sejak acara ke-16 berlangsung di Janda Baik 30-31 Januari 2016 ada pula pihak dan hadirin yang sudi berkongsi video rakaman mereka baik melalui Youtube mahupun Facebook. Dengan itu saya boleh mengumpulkan pautan berkenaan atau embed video ke blogspot mana yang boleh dan dapat. Untuk acara ke-19 di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang 17 Disember 2016 juga ada sejumlah video telah dikongsikan oleh hadirin. Dapatlah saya kumpulkannya seperti berikut. Cuma kecuali satu yang paling bawah semuanya adalah perkongsian di FB lalu kita perlu masuk dengan cara klik pada perkataan "sini" di bawah video...
Berkenaan suasana sambutan Mauludir Rasul yang menghidupkan acara...
Klik sini

Klik sini
Klik sini
Klik sini
Klik sini
Klik sini
Sesi pembukaan atau lebih tepat perasmian. Ucapan alu-aluan oleh pemilik lokasi majlis, Puan Nora...
Klik sini
Salah satu pembentangan. Yang ini boleh klik dan main terus pada gambar...