Sampai masanya untuk menutup segala cerita tentang pembentangan. Masuk bahagian ketiga dan terakhir perkongsian mengenai pembentangan saya pada acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara 22 Oktober. Bersambung daripada artikel Pemerhatian terhadap perkembangan pemakaian busana tradisional Melayu - Gerakan yang berkembang ke merata Semenanjung membawa luar negara ke Aceh.
Pada pagi Sabtu 19 September 2015 saya telah diwawancara secara langsung dalam program Resensi iaitu satu segmen ulasan buku dalam Selamat Pagi Malaysia di RTM1 lalu hal ini dimasukkan ke dalam slaid. Tarikh yang tertera iaitu 18 September sedikit tersilap. Bila menyemak kembali artikel berkenaan dalam blogspot CATATAN SI MERAH SILU iaitu Wawancara siaran langsung "Mencari Diri dan Erti" di TV1 baru tersedar kesilapan. Apapun, ia adalah tentang buku ke-8 merangkap buku terbaru saya ketika itu.
Ia adalah kali ke-3 saya muncul dalam Resensi. Kali pertama adalah pada 9 tahun lalu. Lihat Mengenang ulasan siri buku "Berpetualang ke Aceh" dalam program Resensi, Selamat Pagi Malaysia di RTM1 penghujung 2007..., Ketika itu ia dimulakan sebagai rakaman awal bulan Oktober. Bulan Disember baru keluar di kaca TV. Kali kedua, iaitu pada Oktober tahun 2011 baru merasa diwawancara secara langsung lalu ia dipaparkan terus ke televisyen. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.
Ia adalah kali ke-3 saya muncul dalam Resensi. Kali pertama adalah pada 9 tahun lalu. Lihat Mengenang ulasan siri buku "Berpetualang ke Aceh" dalam program Resensi, Selamat Pagi Malaysia di RTM1 penghujung 2007..., Ketika itu ia dimulakan sebagai rakaman awal bulan Oktober. Bulan Disember baru keluar di kaca TV. Kali kedua, iaitu pada Oktober tahun 2011 baru merasa diwawancara secara langsung lalu ia dipaparkan terus ke televisyen. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.
Pada kemunculan pertama saya diwawancara oleh personaliti televisyen terkenal dan saudagar buku, Sayed Munawar. Kali kedua oleh penulis novel thriller pujaan ramai, Ramlee Awang Murshid. Sayed mewawancara saya lagi pada 19 September 2015 sedangkan itulah kali pertama saya muncul di kaca televisyen bercakap tentang buku sambil memakai busana penuh tradisional Melayu. Sebelum itu saya pernah berpakaian begitu dalam tv tapi bercakap tentang perkara lain, antaranya adalah aktiviti NGO dan penggunaan wang dinar dan dirham. Lihat Antara HIKMAH di kaca televisyen, buku untuk Melaka dan persiapan di Kelantan juga Bertandang ke program "On The Point"
Kenapa saya masukkan hal ini dalam pembentangan? Apakah kerana ingin menunjuk-nunjukkan pencapaian? Diakui iya saya ada menunjuk juga. Saya ingin menunjukkan jangkaun pencapaian sebagai seorang penulis sambil turut menjadi seorang aktivis busana yang memberikan cukup kelayakan untuk menampilkan pemerhatian saya tentang perkembangan pemakaian busana.
Tetapi lebih utama dan lebih kena mengena adalah soalan berkaitan yang ditanyakan oleh Sayed kepada saya pada Resensi tahun 2015 itu. Adapun kami sudah saling mengenali sejak Resensi tahun 2007 lalu beliau sedia maklum tentang perkembangan penulisan saya yang dibuat berdasarkan pengalaman sebenar hidup sambil mencari makna dan haluan diri. Beliau bertanya apakah saya sudah menemui apa yang dicari? Saya jawab iya sambil menambah, pun begitu saya terus melalui proses memperbaiki diri apabila pencarian dikongsikan secara jujur dalam buku, buku yang kemudian diberi nafas baru apabila diterbtikan semula dalam bentuk dan format yang memberikan banyak maklumat tambahan, gambar-gambar dan peta. Merujuk pada busana yang dipakai siap berkeris itu Sayed pun bertanya apakah ini adalah kemuncak pada proses pematangan dalam perjalanan dan pencarian hidup saya? Saya jawab tidak. Insyaallah akan ada (yang lebih baik) lagi...
Tetapi lebih utama dan lebih kena mengena adalah soalan berkaitan yang ditanyakan oleh Sayed kepada saya pada Resensi tahun 2015 itu. Adapun kami sudah saling mengenali sejak Resensi tahun 2007 lalu beliau sedia maklum tentang perkembangan penulisan saya yang dibuat berdasarkan pengalaman sebenar hidup sambil mencari makna dan haluan diri. Beliau bertanya apakah saya sudah menemui apa yang dicari? Saya jawab iya sambil menambah, pun begitu saya terus melalui proses memperbaiki diri apabila pencarian dikongsikan secara jujur dalam buku, buku yang kemudian diberi nafas baru apabila diterbtikan semula dalam bentuk dan format yang memberikan banyak maklumat tambahan, gambar-gambar dan peta. Merujuk pada busana yang dipakai siap berkeris itu Sayed pun bertanya apakah ini adalah kemuncak pada proses pematangan dalam perjalanan dan pencarian hidup saya? Saya jawab tidak. Insyaallah akan ada (yang lebih baik) lagi...
Dengan itu pembentangan pun dibawa untuk menyorot balik pada satu acara HIKMAH yang diadakan di Terengganu hampir 2 tahun lebih awal, pertama kali dalam sebuah masjid. Lihat Acara kelima HIKMAH di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu, 5-8 Jun 2013. Untuk makluman selepas itu ada 2 lagi acara HIKMAH dilangsungkan dalam masjid. Ia adalah Acara kesebelas HIKMAH di masjid dan makam Sultan Alauddin Riayat Shah (Melaka), Pagoh, Muar 8 Nov 2014 dan Acara keempat belas HIKMAH di Masjid Warisan Kampung Chenor, Maran, Pahang 9 Mei 2015.
Acara ini dilaksanakan dalam keadaan saya baru sahaja seminggu dibedah kaki untuk dimasukkan besi akibat patah kaki. Lihat Sekitar perjalanan untuk HIKMAH V di Kuala Terengganu. Apapun, apa yang hendak ditekankan di sini adalah bagaimana acara telah diatur begitu baik oleh imam masjid, Ustaz Khairul Azhar sehingga dapat diadakan selama 4 hari, paling lama setakat ini bagi satu acara HIKMAH. Tetapi yang datang sedikit sangat. Menurut penglihatan dan anggaran saya paling ramai pada suatu masa tidak sampai 100 orang. Kemudian saya mendapat tahu warga tempatan di sekeliling kawasan seperti mengelak untuk hadir. Saya diberitahu, apabila terlihat lambang keris pada banner atau sepanduk HIKMAH ada yang terus berkata ia terkait dengan parti politik tertentu yang tidak disenangi mereka.
Kebetulan acara ke-5 HIKMAH itu berlaku sebulan selepas PRU atau Pilihan Raya Umum Malaysia yang ke-13. Maka suasana masih panas dan perbezaan pilihan parti masih amat membara. Ketika pilihan raya itu sendiri berlaku 5 Mei saya tidak tahu menahu apa-apa kerana sedang berada di Sulawesi Selatan walaupun baru patah kaki. Lihat Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - The compilation. Sebelum patah kaki pula saya berada di Tanah Arab. Tak teringin pun hendak memantau apa-apa perkembangan politik yang saya lihat memecah-belahkan umat Melayu. Lihat Ziarah dan umrah 2013 - Dari mula sampai ke tamat....
Sesungguhnya buat beberapa lama memang aktivis busana tradisional Melayu sering dikaitkan dengan parti politik tersebut. Hanya kerana selalu memakai keris, kami dilihat seperti manifestasi malah macai iaitu budak suruhan parti yang ada memakai logo senjata keramat Melayu itu pada bendera mereka. Alah... sebut aje le parti tu adalah UMNO. Sepanjang beberapa tahun aktif berbusana, kami sering dituduh taksub pada bangsa, tidak mengutamakan agama Islam terlebih dahulu. Persoalan memilih antara perjuangan bangsa dengan perjuangan agama sering dijadikan punca untuk berbalah lalu lebih berpecah-belah.
Keadaan atau stigma buruk ini saya lihat mula berubah dengan nyata apabila para pemimpin kanan muda sebuah parti politik yang dikatakan lebih Islamik memakai busana siap berkeris pada satu majlis utama mereka. Ini berlaku pertengahan tahun 2016, setelah 3 tahun setengah saya menjadi aktivis busana...
Keadaan atau stigma buruk ini saya lihat mula berubah dengan nyata apabila para pemimpin kanan muda sebuah parti politik yang dikatakan lebih Islamik memakai busana siap berkeris pada satu majlis utama mereka. Ini berlaku pertengahan tahun 2016, setelah 3 tahun setengah saya menjadi aktivis busana...
Hal ini menarik perhatian ramai. Tiba-tiba parti yang dianggap lebih Islamik itu iaitu PAS kelihatan lebih ke hadapan dalam membela nasib orang Melayu. Dalam kemeriahan ada juga sisi negatif muncul apabila seorang ahli politik Selangor membuat kenyataan buruk dengan mengatakan mereka yang memakai busana itu semuanya mabuk. Namun saya dan sejumlah orang lebih seronok dengan sisi positif perkara kerana apa yang dibuat oleh pemuda PAS itu telah memecahkan stigma bahawa orang yang gigih memakai busana adalah penyokong UMNO belaka konon. Tiba-tiba kami dapati sempadan perbezaan politik telah dilangkau lalu harapan untuk orang Melayu bersatu hati tanpa mengira parti dan pegangan politik menjadi cerah.
Semangat untuk berbusana juga mendorong anak Melayu lain untuk berbusana melonjak naik selepas itu. Perkara ini dicanang dengan sesungguhnya oleh ramai pihak dengan semua menggalakkan untuk berpakaian begitu apabila menunaikan solat hari raya nanti. Saya adalah antara orang yang paling galak mencanangkan perkara pada bulan puasa itu. Hasilnya masyaallah. Memang lain macam le. Memang nyata kelihatan begitu ramai anak Melayu berbusana tradisional Melayu pada hari raya, terlebih banyak daripada tahun-tahun sebelumnya.
Perkembangan yang sangat mengujakan ini saya catat dan ulas dalam artikel Ledakan busana tradisional Melayu di masjid-masjid pagi raya . Tanpa stigma yang menyempitkan pemakai busana tradisional sebagai penyokong parti politik tertentu suasana terasa lebih lapang dan lega untuk aktivis meneruskan perjuangan bagi memartabatkan busana tradisional Melayu juga mendaulatkan Melayu dan Islam itu sendiri.
Penghujung bulan Syawal saya terlihat gambar penaung dan penasihat HIKMAH, Dato' Dt Othman Yatim yang kami panggil sebagai Prof Othman berbusana tradisional Melayu dalam satu majlis di wilayah Patani, kini dalam selatan Thailand, Ini menarik perhatian kerana memang sudah lama saya mengusahakan agar golongan cendekiawan dapat berpakaian begini pada majlis-majlis umum, supaya hilang stigma kedua yang saya lihat wujud dalam kalangan golongan atasan dan mereka yang berpelajaran tinggi iaitu pemakai busana tradisional Melayu kononnya terdiri daripada mereka yang kekampungan, tahu bersilat sahaja. Daripada pengalaman saya sendiri ke sana ke mari menyertai banyak majlis ilmu, masih sedikit yang dapat menghargai. Ramai kelihatan seperti memandang rendah lalu perlu disentak, antaranya adalah apabila saya bertanyakan soalan-soalan dalam majlis untuk menunjukkan kemampuan berfikir aras tinggi.
Itulah kali pertama Othman memakai pakaian sebegitu pada majlis. Semasa bertandang ke rumahnya untuk berhari raya sebelum itu beliau ada meminta saya menunjukkan cara ikatan sampin yang menarik juga cara pemakaian tanjak yang betul. Rupa-rupanya beliau sedang merancang untuk ke Patani bersama satu persatuan. Untuk pengetahuan Othman juga adalah penaung PENGUKIR, satu persatuan yang terdiri daripada para pengukir berwibawa tanah air dan mereka yang berminat lalu memilik cukup pengetahuan seni untuk terlibat sama dalam aktiviti-aktiviti mereka.
Difahamkan PENGUKIR sendiri pernah mengadakan majlis dengan setiap ahli memakai busana beberapa bulan (ke setahun) sebelum itu. Inipun sudah membuka satu rintangan kerana kebanyakan aktivis busana lebih dikenali sebagai pesilat. Orang tak hairan melihat golongan pesilat selalu berbusana kerana itulah yang mudah diterima dalam fikiran mereka. Sedangkan ada aktivis yang memandang lebih jauh dan luas mahukan pemakaian busana dipraktikkan oleh segenap lapisan masyarakat, daripada atas ke bawah seperti pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Apabila orang seni sudah masuk beramai-ramai untuk melestarikan perkara tentulah saya teruja. Satu lagi gambar di Patani menunjukkan kawan-kawan aktivis lain (selain PENGUKIR) pun ada beberapa orang menyertai majlis di sana...
Penghujung bulan September timbul satu acara besar keris di Universiti Putra Malaysia. Pemakaian busana tradisional Melayu mencapai tahap baru apabila kelihatan lebih ramai cendekiawan sanggup berpakaian begitu di hadapan umum.
Saya dan isteri datang pada hari terakhir majlis. Ketika itu sudah masuk tahun baru Islam 1438 Hijriah. Tujuan utama kami datang adalah untuk menunjukkan sokongan kepada Prof Othman yang membentang hari itu. Selain daripada itu kami hendak melihat apa yang ada seraya bertemu kawan-kawan. Lihat artikel Temasya keris di UPM diikuti .Seminar untuk temasya keris di UPM .
Kebetulan Othman memakai satu persalinan busana yang disediakan oleh isteri saya atas jenama beliau sendiri. Lihat artikel Jenama Bona Fida sudah bergerak menerima dan menghantar tempahan di blogspot Bona Fida. Kelihatan dalam gambar atas Othman berdiri di belakang saya dan isteri juga sejumlah kawan aktivis. Setiap pertemuan mengeratkan lagi silaturrahim sambil melebarkan jaringan kenalan....
Ini pula adalah gambar sekitar majlis yang muncul dalam surat khabar, saya lupa bertarikh bila tetapi dalam masa terdekat itu. Ia diambil pada hari Sabtu 1 Oktober di mana terdapat lebih ramai orang datang kerana acara dirasmikan pada hari tersebut.
Ketika pertama kali mengatur slaid untuk pembentangan cerita tentang majlis di UPM merupakan yang terakhir sebelum acara ke-18 HIKMAH berlangsung di Muzium Negara 22 Oktober. Ini kerana saya tidak nampak apa lagi titik penting yang harus dinyatakan sebelun acara bermula. Siapa sangka tidak lama kemudian muncul majlis lain yang cukup signifikan untuk diambil kira. Nak tak nak beberapa lagi slaid harus ditambah agar pembentangan terasa cukup lengkap.
Siapa sangka persiapan untuk menganjurkan acara terbaru HIKMAH itu membawa kepada Jabatan Muzium Malaysia meminta pihak kami untuk memeriahkan lagi seraya memberikan kelainan pada majlis anjuran mereka yang namanya tertera dalam gambar. Lihat Kaitan HIKMAH Muzium Negara dengan perasmian pameran songket Asean oleh Tengku Puan Pahang petang ini.
Jaringan aktivis kami pun dibawa masuk terutama untuk menyambut tetamu utama/VVIP iaitu Tengku Puan Pahang. Selepas membuat sedikit persiapan mereka pun bersedia untuk melaksanakan perkara. Lihat Rehearsal akhir untuk majlis perasmian Pameran Songket ASEAN diikuti Menunggu ketibaan Tengku Puan Pahang
Dalam tempoh 9 hari sahaja selepas diminta pihak kami juga dapat menyediakan persembahan silat untuk majlis gilang gemilang yang merupakan terbesar oleh jabatan dan Muzium Negara bagi tahun 2016! Ini bukan calang-calang majlis. Ia adalah bertaraf antarabangsa dan boleh juga dikira majlis diraja.
Kawan-kawan aktivis busana tradisional Melayu yang dibawa masuk disebabkan penganjuran HIKMAH turut diberikan peluang memperagakan pakaian di hadapan Tengku Puan Pahang. Mereka malah menutup pentas peragaan selepas dua kumpulan lain menunjukkan cara pemakaian mereka yang lebih moden. Lihat Apabila kawan-kawan HIKMAH mencuri perhatian tetamu diraja dan masyarakat antarabangsa.
Secara rata itu sudah cukup untuk menunjukkan bahawa apa yang kami buat, gerakan untuk memartabatkan kembali cara pemakaian busana tradisional Melayu seperti pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka telah mendapatkan pengiktirafan yang tinggi. Dengan ini cukuplah huraian isi pembentangan saya di Muzium Negara. Sekian. Semoga bermanfaat kepada semua...