Quantcast
Channel: Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 317

Seminar untuk temasya keris di UPM

$
0
0
Bersambung daripada artikel Temasya keris di UPM.


Adapun perkongsian utama ilmu pada temasya keris di UPM diadakan di bangunan yang kelihatan,..


Ia adalah segmen seminar bagi temasya. Saya dan isteri berkejar ke lokasi kerana mahu menunjukkan sokongan kepada seorang pembentang.





Beliau adalah Dato' Dr Othman Yatim, seorang ahli akademik terkenal. Selain menjadi penaung dan penasihat HIKMAH beliau tampil membentang tentang keris hari itu dengan memakai sepersalinan busana tradisional Melayu berjenama ciptaan isteri saya. Lihat blogspotnya Bona Fida...





Kemudian naik pula dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, Profesor Dr Abdul Muati @ Zamri bin Ahmad membentang tentang keris. Ketika itu baru saya mendapat satu salinan isi pembentangan. Tertulis pada kulit salinan nama para pembentang sejak temasya bermula hari Jumaat.





Apakah isi pembentangan tak perlulah diceritakan ya. Sebetulnya angin atau mood saya sangat tidak baik beberapa hari kebelakangan. Ada peristiwa berlaku yang menyebabkan saya terasa segala usaha termasuk penat lelah mengembara menyelidik pelbagai perkara kemudian berkongsi ilmu secara percuma, menulis pelbagai artikel, menganjurkan acara demi acara HIKMAH seperti sia-sia belaka, tidak berguna dan tidak menyumbangkan apa-apa.






Cuma dah Allah SWT jadikan saya sentiasa menurut gerak. Saya melakukan sesuatu supaya terasa lega sudah melaksanakan perkara yang diilhamkan kepada diri ini walaupun tidak menerbitkan apa-apa keuntungan bagi saya dan tidak membawa apa-apa makna bagi orang lain. Dalam bangunan sama seminar diadakan turut dianjurkan satu pameran menarik. Lihat artikel Exhibition on Langkasuka heritage at UPM di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 317