Salam semua, salam hari Jumaat terakhir untuk tahun 1437 Hijriah. Lusa iaitu pada hari Ahad 2 Oktober 2016 kita akan masuk tahun baru Hijriah yang seterusnya lalu menyambut hari Awal Muharram. Dengan itu biarlah ditutup segala yang boleh diceritakan tentang acara ke-17 HIKMAH yang telah selamat dilangsungkan di Seremban 17 Sept iaitu 13 hari lalu. Biar dikumpulkan semua pautan cerita tetang acara tersebut. Selepas ini bolehlah ditumpukan perhatian pada acara seterusnya. Kalau tiada aral melintang insyaallah acara ke-18 HIKMAH akan diadakan di Muzium Negara, Kuala Lumpur pada 22 Oktober, cuma 3 minggu 1 hari sahaja lagi daripada sekarang...
Persediaan untuk acara...
1. Cadangan 3 acara HIKMAH sebelum tamat tahun 2016
2. Meninjau lokasi acara ke-17 HIKMAH di Seremban
2. Meninjau lokasi acara ke-17 HIKMAH di Seremban
Apa yang berlaku sepanjang acara...
Kertas kerja atau/dan perkongsian rasa yang telah dipersembahkan...
1. Dalil-dalil Bertanjak dalam Islam, Sanad Serban dan Imamah serta beberapa Hal tentang Melayu dan Islam dalam Kitab– Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”.
2. Ulamak dan Persilatan dalam Sejarah Alam Melayu - Tun Suzana Othman, pengasas dan pengerusi Kemudi (Pertubuhan Kesedaran Melayu dan Islam) juga penulis buku “Ahlul Bait dan Raja-raja Melayu”
3. Dinar dan Dirham : Perkembangan Terbaru dalam keadaan Malaysia Tersepit antara Pengaruh Blok Amerika dengan Pengaruh blok China - Norbaini Hassan, jururunding kewangan Islam, aktivis dinar dan dirham
4. Red Indian telah DiIslamkan lebih 1,000 Tahun Lalu : Jejak Lama Pendakwah Islam juga Orang Melayu di Amerika– Ustaz Hasanuddin Yusof, pengasas Maktab Penyelidikan Tamadun Islam Nusantara, penulis buku “Sultan-Sultan Soleh Di Nusantara”
5. Nabi Adam AS dan Orang Melayu purba 60,000 Tahun yang Lampau : Menyeleraskan Tempoh Kewujudan Manusia Dalam Sains Berbanding Kitab - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”.
Antara yang dapat dikongsikan dengan butiran di blogspot...
1. Tentang busana Melayu dan perkara-perkara berkaitan milik bangsa kita menurut kitab ulamak silam.
2. Konsep jihad dan tauhid yang benar pegangan ulamak dalam persilatan
3, Laut China Selatan sebagai medan pergolakan yang akan menguji umat Melayu akhir zaman
4. Jejak pengIslaman awal Red Indian juga kedatangan orang Melayu ke Amerika
2. Konsep jihad dan tauhid yang benar pegangan ulamak dalam persilatan
3, Laut China Selatan sebagai medan pergolakan yang akan menguji umat Melayu akhir zaman
4. Jejak pengIslaman awal Red Indian juga kedatangan orang Melayu ke Amerika
Acara juga boleh diikuti melalui video klip...