Salam 1 Rejab. Dengan masuknya bulan mulia yang dikatakan bulan Allah SWT ini biar dipersembahkan klip-klip video dari acara "HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda" yang sudah berlangsung dengan jayanya sebulan lalu. Mari...
Tak perlulah lagi dihuraikan apa yang berlaku pada artikel ini ya. Tiga video pertama di atas boleh dipadankan dengan penceritaan dalam artikel HIKMAH Aceh @ HIKMAH X - Acara pun bermula yang dibuat 3 hari lalu.
Untuk 3 video seterusnya, iaitu video 4 hingga 6 sila padankan dengan cerita pada HIKMAH Aceh @ HIKMAH X - Dari usaha awal di Shah Alam ke pelestarian sejarah di bumi Serambi Mekah.
Sesi malam iaitu seperti terpapar pada video ke-7 dan terakhir pula ada diceritakan pada artikel HIKMAH Aceh @ HIKMAH X - Diraikan Gabernor di kediaman rasmi. Semoga kita semua mendapat rahmat yang tidak terhingga sempena bulan Rejab yang penuh kemuliaan ini.